Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-06-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kegembiraan dan kedukaan adalah sama. Ia tak kekal lama

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
Assalamualaikum semua.. kino baru lagi kat sini.. nice to meet all of you.. SmILE!!

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu
azan84: 32 hari yang lalu

Yang menawan itu sebenarnya ialah....
 Posted on Khamis, 20 November 2003 @ 22:42:07oleh Hanan
Tazkirah ummimq menulis Tanda orang yang mempunyai akhlak mulia:
1) Dia sentiasa berusaha menjauhi persengketaan dan perselisihan.
2) Mempunyai kesedaran sekaligus mengamalkan nilai keadilan.
3) Orang yang tidak mencari-cari kesalahan orang lain.

BAGAIMANA MENGENALI AKHLAK MULIA?

Abdullah Ibnu Mas’ud .a. pernah menyatakan bahawa “Sebaik-baik kekayaan ialah kekayaan jiwa, sebaik-baik bekalan ialah bekalan taqwa, seburuk-buruk sifat ialah buta hati dan seburuk-buruk akhlak ialah dusta”. Rasulullah S.A.W. perna merakamkan dalam sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku di-utus sebagai penyempurna akhlak yang mulia”.

(H.. Ahmad)

Akhlak atau budipekerti sesungguhnya merupakan natijah atau tujuan para rasul diutus oleh Allah S.W.T. Malah menurut Syekh Dr. Muhamad al-Ghazali bahawa semua ibadat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. ialah menjurus kepada pembinaan akhlak yang mulia. Misalnya ibadat solat, disebutkan oleh Allah S.W.T. sebagai mencegah daripada perbuatan yang tidak berakhlak yang keji dan mungkar.

Maksudnya:

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada apa-buatan keji dan mungkar”.

(Al-Ankabut: 45)

Demikianlah juga ibadat puasa yang mendidik diri kita untuk mencapai tahap akhlak yang tinggi kerana puasa yang sebenar bukan hanya puasa daripada makan dan minum sahaja tetapi juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang berada di luar batas akhlak seperti berdusta, mencerca, mengumpat, mengadu domba dan memfitnah. Begitu jugalah halnya dengan ibadat zakat yang mempunyai pesan moral pembinaan akhlak yang mulia dengan mendidik untuk menjauhi akhlak-akhlak yang keji seperti tamak, haloba, bersifat individualistik, mementingkan kebendaan dan tidak berkasih sayang. Pendeknya semua ibadat yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya sebenarnya berfungsi sebagai mentarbiah manusia agar memiliki nilai akhlak yang mulia sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam keperibadian Rasulullah S.A.W. yang menjadi suriteladan yang unggul.

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi, Rasulullah S.A.W. menyatanak sesungguhnya “Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak yang jahat pun boleh merosakkan amal, seperti cuka merosakkan manisnya madu”.

Imam As-Suyuti menjelaskan kepada kita beberapa ciri akhlak yang mulia yang apabila insan memiliki kreteria ini nescaya dia akan mencapai kesempurnaan dalam keperibadiannya. Tiga daripada ciri tersebut ialah:

Pertama, menjauhi permusuhan. Tanda orang yang memiliki akhlak yang mulia ialah dia sentiasa berusaha menjauhi persengketaan dan perselisihan. Perbuatan suka mencari helah dan alasan yang remeh dan tidak musabah untuk bersengketa sebagaimana tabiat keji Amerika adalah jelas menunjukkan nilai akhlak yang rendah. Sedangkan orang yang akhlaknya tinggi ialah cinta kepada keamanan, perpaduan, kedamaian, kasih sayang dan nilai-nilai kemanusiaan. Orang-orang yang tinggi akhlaknya bukan sahaja sedia memaafkan tetapi juga segera untuk memohon kemaafan jika melakukan kesalahan.

Ciri kedua, orang yang tinggi akhlaknya seperti yang disebutkan oleh Imam As-Suyuti ialah mempunyai kesedaran sekaligus mengamalkan nilai keadilan. Sekali lagi jika kita melihat tingkah laku dan karenah Amerika hari ini jelas bahawa mereka tidak berakhlak yang tinggi, kerana meminggirkan nilai-nilai keadilan. Mereka melaungkan demokrasi dan kesaksamaan, tetapi dalam masa yang sama mereka jugalah menolak untuk belaku adil. Mereka memburu pihak yang dikatakan ganas, tetapi Israel yang jelas berlaku ganas dan mengganas terhadap orang-orang Islam Palestin dibiarkan menumpahkan darah. Jadi, adil adalah teras kepada nilai tinggi akhlak, sementara orang-orang yang gemar menganiaya orang lain, mengutamakan kepentingan diri, suka menghukum sesuatu dengan emosi dan perasaan marah, tidak tahu bersabar, tidak melihat kebaikan dan kebajikan masyarakat di sekitarnya sesungguhnya adalah wajah golongan yang tidak berakhlak.

Imam As-Suyuti juga menyenaraikan bahawa ciri ketiga orang-orang yang berakhlak tinggi ialah orang yang tidak mencari-cari kesalahan orang lain. Orang yang berkeperibadian tinggi sesungguhnya tidak mempunyai masa untuk mencari-cari kesalahan orang lain. Sebaliknya hanya orang yang akhlaknya rendah sahaja yang gemar mencari-cari kesalahan orang lain, mencipta-cipta cerita, suka bermain gosip dan mereka-reka fitnah terhadap orang lain.

Orang yang tidak berakhlak ini menjadi pelanggan tetap bursa fitnah, umpatan dan dia juga pelanggan kepada saluran mencari kecacatan serta keaiban orang lain, yang lagaknya seperti “kuman di sebe-rang lautan dapat dilihat, gajah di depan mata tidak kelihatan”. Jika kita sentiasa bermuhasabah mencari dan menginsafi kesalahan diri pastilah kita tidak disibukkan dengan agenda-agenda mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Luqman al-Hakim pernah berpesan.

“Barangsiapa yang melihat aibnya sendiri, maka dia akan meninggalkan kerja mencari keaiban orang lain. Barangsiapa yang rela dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah, maka dia tidak akan bersedih jika orang lain mendapat kelebihan rezeki, barangsiapa yang menghunus pedang untuk menganiaya orang lain, tangannya akan terpotong oleh pedang itu sendiri, barangsiapa yang menggali lobang untuk saudaranya, dia sendiri akan terjerumus ke dalam lobang itu, barangsiapa yang membuka aib orang lain, aibnya sendiri juga akan tersingkap, barangsiapa yang lupa akan kesalahan diri sendiri, dia akan selalu menganggap besar kesalahan orang lain”.

Demikianlah tiga daripada ciri-ciri peribadi yang berakhlak mulia yang boleh kita jadikan landasan dalam kita membangun diri dengan keperibadian unggul Akhlalqul Karimah. Tiga ciri tersebut ialah pertama, mulianya akhlak dengan menjauhi perbalahan, sengketa dan permusuhan serta mengelak elemen-elemen yang boleh menimbulkan pertelengkahan. Kedua, mulianya akhlak dengan mengamalkan nilai-nilai keadilan terhadap diri, dalam keluarga, jiran, masyarakat, organisasi dan negara. Ketiga,menjauhi diri daripada mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Ertinya mencari sengketa, melakukan ketidakadilan dan mencari aib orang lain adalah tanda rendahnya akhlak. Marilah kita jauhi sifat-sifat mazmumah ini marilah kita berhati-hati terhadap orang yang berakhlak buruk ini.

 

  Tazkirah


Komen


"Yang menawan itu sebenarnya ialah...." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.114989 saat. Lajunya....