Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tak kiralah berapa kali anda jatuh; yang penting ialah berapa kali anda boleh bangun kembali selepas jatuh.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 19
Ahli: 0
Jumlah: 19




  Dari Galeri
Assalamualaikum para muslimah semua yang ku kasihi...
Ni lah kita...yang tak cun...!Sorrylah tak fotogenik dalam pic..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Pengalamanku
 Posted on Khamis, 20 November 2003 @ 22:35:36oleh Hanan
Kreatif shafiah menulis Assalamualaikum, sahabat sahabiah semua moga dirahmati Allah SWT dan dilapangkan dari segala kesulitan dan kesukaran. Sahabiah semua, sesungguhnya kasih seorang ibu sentiasa bersama kita hingga akhir hayat......namun, sejauhmana kasih kita pada mereka? Renung2kanlah...

Tika kecil
Ku sering bertanya ibu
Adakah ibu sayang pada ku
Adakah ayah jua begitu?

Jawab ibu
Setulus kasih kami kalungkan
Selaut sayang kami curahkan
Tak mungkin layu kekeringan
Walau diteguk panas berlarutan

Jawab ayah
Engkau anak bertuah
Tak pernah kenal erti susah
Hidupmu disaluti kesenangan
Sentiasa dilimpahi kebahagiaan

Tika remaja
Aku bertanya ayah
Mengapa raut wajahnya resah
Adakah ayah marah padaku
Adakah ibu jua begitu?

Jawab ayah
Engkau sudah berakal anakku
Jagalah setiap tutur kata mu
Hiasilah secantiknya nilai peribadi mu
Ilmu itu ada di mana-mana
Jangan engkau leka dengan pujukan dunia
Jangan menyerah dengan rayuan manusia

Jawab ibu
Dunia penuh duri pancaroba
Tersalah langkah dirimu merana
Penuhi dadamu dengan iman dan doa
Jagalah nama baik keluarga
Nak, ubahlah nasib keluarga kita..

Tika dewasa
Beruntunglah ayah dan ibu
Kami berbangga dengan mu nak
Kau dapat menghadapi cabaran itu
Kau telah berjaya mencipta
Masa depan yang penuh cahaya

Kini
Ku bertanya diriku sendiri
Cukupkah emas, wang dan kasih sayang
Yang aku ada
Untuk membalas jasa orang yang aku cinta??

 

  Kreatif


Komen


"Pengalamanku" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.117478 saat. Lajunya....