Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang bijak akan sentiasa ingat bahawa kejayaan atau kegagalan bukan pengakhiran

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
nielah gambar kiter n husband kiter...
maser family day kat pantai irama, kelantan.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Renungan Bersama
 Posted on Selasa, 28 Oktober 2003 @ 23:39:06oleh Hanan
Kreatif nur_malam menulis Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.Semoga segala perlakuan kita akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permsuhan tersekat, pambangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan jadi pesat.

Tetapi AWAS,apabila pembangunan meningkat, kemajuan jadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU, manusia mula mengubah tabiat,
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat, ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang semakin hari semakin liat.
Apabila sembahyang makin liat, orang baik ada yang tukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu, telan saja lah minyak gamat.

Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Bila jadi macam ni, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirin surat.
Bila berjumpa tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Tak peduli agama dan adat.
Tak takut pada Allah dan Malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, time tu kita tengok banyak bayi dibuang di merata tempat.
Maknanya ketika itu, iblis dah mula melompat.
Dia kata apa? Habis... manusia dah masuk jerat.
Habis... manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu, wahai saudaraku dan sahabat...
Marilah kita pakat mengingat.
Bahawa dunia ni dah makin singkat.
Esok lusa mungkin kiamat.
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat

Di sana, kita akan ditanya... apa yang kita buat.
Masa tu sendiri mahu ingat.

Umurmu, banyak mana mu buat ibadat?
Zaman mudamu, apa yang telah mu buat?
Harta bendamu, dari mana mu dapat?
Ilmu mu, adakah mu manfaat?

Semoga ia dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan amal ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Haji Akil Hayy Rawa)

 

  Kreatif


Komen


"Renungan Bersama" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.084452 saat. Lajunya....