Ukhwah.com
ukhwah.com-oil-and-gas

Dalam Industri Oil and Gas Tapi Tebar Roti Canai

Dua sahabat yang sekian lama tak bertemu, terserempak, bertanya kehidupan dan pekerjaan masing-masing.

“Aku di jabatan kerajaan, kau pulak?” Tanya Ali.

“Aku bisnes sendiri,” jawab Abu.

“Hebat kau. Bisnes apa?” Tanya Ali lagi.

“Ala kecil-kecilan. Kira dalam industri Oil and Gas lah.” Jawab Abu merendah diri.

“Wah… industri besar tu. Tahniah Abu.”

Selang beberapa minggu kemudian mereka terserempak lagi. Abu sedang menebar roti canai di depan restoran Hailam.

“Apalah kau tipu aku Abu.”

“Tipu apa?” Ali terkejut.

“Kau kata bisnes sendiri dalam industri oil and gas. Rupanya kau jual roti canai.” Abu kesal.

“Betullah oil and gas. Yang ini oil,” sambil Ali menunjuk pada minyak makan di depannya, “yang itu gas,” sambil menunjuk pada tong gas, “Oil and gas lah…”

Sumber: Faebook Kang Razzi Armansur

Kang Razzi Armansur

Kang Razzi Armansur

Seorang penulis yang menjadikan penulisan sebagai kerjayanya. Telah menghasilkan lebih kurang 50 judul buku pelbagai genre. Menulis menggunakan formula Suami Beristeri 5, Patah Muntah, Makmum Mengikut Imam. Menghasilkan sebuah buku khusus untuk yang MAHU menulis, dengan judul, "Ini Buku Saya!"