Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 139
Ahli: 0
Jumlah: 139




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PERHATIAN:Mereka yang nak khawin


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PERHATIAN:Mereka yang nak khawin

Please Mendaftar To Post


Oleh PERHATIAN:Mereka yang nak khawin

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 14:23


Ni cerita orang..... untuk MEREKA yang nak kawen...

Begini ceritanya:
Saya baru melangsungkan perkahwinan, dlm 5 bulan
lepas.Duit hantaran 6k. Habis dalam 15-18K. Habis gitu jeeek jadi
angin. Termasuklah belanja kawin, hantaran, barang2 asas dalam rumah
cth peti sejuk dan mesin basuh dan belanja pergi rumah perempuan.
Itu pun barang2 asas kat rumah yang simple aje. Low budget. Nasib
baik ada bank untuk rakyat, dapat le duit loan. itu pun lepas lawin
ni terasa jugak tercekiknya kena potong gaji. Bagi saya yang baru
kerja 4 tahun, nak simpan +/- 400 sebulan untuk simpan duit bukannya
senang. Betul tak? dengan duit keta dan lain-lain lagi...... itu pun
hujung bulan dah makan burger aje. Rokok pun tak mampu nak beli.
Mintak kat member aje.
Pada pendapat saya adat istiadat melayu dan cara hidup
masyarakat melayu mempengaruhi terlalu banyak pemikiran masyarakat
melayu. Banyak perkara remeh yang lebih diutamakan. Untuk hantaran
perkahwinan ala kadar aje dah mencapai lebih kurang 1K. Yang
mahalnya bukan barang tapi bunga dan rendanya. Nak cari renda dengan
bunga punya le susah, tak sesuailah, tak sama warna lah. Nak tempah
jangan harap le. Lagi le mahal. Nak antor 9 dulang aje katanya sikit
sangat. Malu lah nanti orang tengok. Kata dek orang. Kenalah anto 11
dulang. Semuanya kena nak isi. Katalah purata sedulang isinya RM50,
totalnya dah RM650.00. Bunga telur plak yang paling murah dan elok
le sket rupanya harganya RM1.20, itu pun kena cari dekat Nilai 3.
Kenalah beli lebih kurang 50 batang. Habis lagi RM 60. Tapi kalau
kite ceritakan perkara ni pada orang perempuan mereka akan kata `
ala ?. Sekali aje seumur hidup'

Lagi satu, pihak keluarga perempuan. Belanja kawin 6K sepenuhnya
digunakan untuk buat kenduri. Pada pendapat saya kalau budget untuk
kenduri tu sikit kenapa nak juga buat kenduri besar? ada karaoke
lagi? Dan gunakan duit hantaran dari pihak lelaki plak tu. Alangkah
baiknya kalau duit tu digunakan untuk kehidupan anak perempuan lepas
kahwin. Setidak2nya ringanlah sikit beban. Mana lebih berbaloi
gembira 1 hari dari gembira berhari-hari atau berduka sehari dari
berduka berhari hari . Nasib saya baik. Belanja kenduri di rumah
saya ayah yang tanggung. Buat kecil kecilan aje, tak de pelamin, tak
de karaoke, Cuma pakai baju pengantin aje sambut tetamu. Meriah
jugak, ramai jugak orang datang. Tetapi saudara mara akan kata `ala?
sekali aje seumur hidup, apa salahnya.'

Baju pengantinnya plak paling kurang pun kena sediakan
RM500. Itu pun dapat sepasang baju pengantin dengan sorang mak andam
yang andamannya kononnya menjadikan lebih cantik dari biasa.
Betukker? Masa tu sibukla orang pempuan kata ada seri lah. Kalau tak
de seri, mak andam dipersalahkan katanya mak andam `amik' seri?
Sampai sekarang saya sendiri tak tau seri pengantin tu macam mana
J . Kalau yang sewa photographer dan posing ala-ala model tu, kalau
tak de 1K keatas jangan mimpilah. Saya pada mulanya tak mau sanding
menyanding ni. tapi pihak pempuan cakap, `ala sekali aje seumur
hidup, kami nak tengok'. Nasib baik sewa baju dengan mak andam aje
tak yang lain.

Bertunang plak, kena sediakan belanja untuk hantaran
dan cincin. Biasanya majlis ni dibuat berasingan dengan majlis
kawin. So? 2 kali kena kuar duit. Saya bernasib baik majlis tu
dijalankan pada hari yang sama, jadi selamat duit hantaran sket.
Tapi duit cincin kena jugak. Kena beli cincin kawin dengan cincin
tunang, Terbang jugak la RM650. Itu pun beli kat kedah Ah Seng.
Kalau kat Habib atau Poh Kong, maunya 2 kali ganda. Kalau beli satu
cincin aje tak boleh ke? Tapi orang pempuan kata ` ala? sekali aje
seumur hidup, itu pun nak berkira ke?'.

Nasihat saya kepada bakal pengantin dan lelaki bujang,
janganlah rasa takut untuk berkahwin. Seronok berkahwin ni. Ia akan
mematangkan anda. Dari kesunyian seorang diri, anda akan berteman.
Bertemankan saorang isteri yang baik dan jujur anda akan rasa
sungguh bahagia. Hati anda akan tenteram. Lain rasanya dari
bertemankan rakan-rakan kita. Alhamdulillah saya dikurniakan isteri
yang baik dan menghormati suami. Kepada bapa2 ketua keluarga dan
ibu2 bakal mendapat menantu janganlah membebankan anak dan bakal
memantu kita dengan perbelanjaan yang melebihi had kemampuan mereka.
Keputusan ditangan anda. Bantu dan bimbingilah mereka membina
rumahtangga bahagia bukannya menambahkan lagi beban mereka. Kepada
bapa2 juga, tengok2kan lah anak kita semasa menyarung baju
pengantin, takut2 yang lelakinya diapakaikan rantai emas, yang
perempuannya hilang tah kemana tudung kepala. Berbaloikah anak
perempuan kita yang hari biasa memakai tudung litup, tapi dihari
perkahwinannya aurat dipertontonkan kepada orang ramai. Wahai isteri
kesiankanlah kepada si suami, selepas mendapat pahala menikah, kena
pula menanggung dosa aurat isteri. Jangan sampaikan ada yang
berkata `Ala tak pe?..sekali aje seumur hidup. Raja sehari kenalah
macam tu.'


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

hijrah
Warga Rasmi
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9589
Posting: 8

blank  


posticon Posting pada: 29-06-04 14:55


,
Memang cam tu le adat org kita, yg banyak kekalkan adat hindu sebenarnya. Susah nak ubah mentaliti masyarakat kita nih.. Dah berbuih mulut ustaz & ustazah dok tegur kat tv & radio tapi dok cam tu gak... Bersanding tetap bersanding, siap potong kek lagi you! Apa yg Nabi SAW nasihat kita tak nak buat, yg style budaya kaum lain kita mesti nak tiru. Bukannya duit hantaran tinggi, baju pengantin "vogue", pelamin yg grand yg nak jadi faktor kebahagiaan hidup penagntin. Biar kenduri kecil tapi ada barkah, itu yg penting. Semoga parents saya diberi taufik hidayah oleh ALLAH Taala untuk faham hakikat ni, kerana saya dah tak larat nak pujuk mereka pasal hal ni.. Kalau kita cakap lebih2 nanti kita dianggap kurang ajar pulak.. Hai, entahlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hijrahProfil   Hantar PM kepada hijrah   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 29-06-04 15:28


,
Alhamdulillah, solatan 'ala Muhammad,

Setuju!
Nikah, jangan kahwin!
Bezakan ibadat dengan adat. Syariat sepatutnya menundukkan adat bukan sebaliknya.
Hairan sungguh, di hari pernikahan, biasanya pengantin perempuan berhias habis-habisan, yang dulu pakai jubah ada yang berkebaya 'kerengga'.. bukankah memperlihatkan perhiasan kepada bukan mahram itu haram hukumnya.
Abdullah setuju, majlis yang kecil tapi diberkati lebih patut diidamkan berbanding majlis yang besar tapi meriah dengan DJ.

Teringat satu majlis kenduri sebulan dua yang lalu. Abdullah ikut beberapa orang Pak Cik dan Pak Aji gi berzanji dan marhaban di rumah orang kahwin pada hari Jumaat malam. Elok dah, semua berharapkan keberkatan selawat dan berzanji ke atas majlis dan kedua-dua pengantin.
Esoknya, lepas Zohor, si ibu pengantin perempuan minta sekali lagi datang ke rumah untuk baca selawat pengantin dan doa pengantin ketika ketibaan pengantin. Yang bestnya, masa Abdullah dan seorang lagi Pak Aji pergi, punyalah rancak majlis dengan lagu hindinya, lagu Melayu dan DJ nya.. Bila pengantin tiba, sampai ke pekarangan rumah, mikrofon pun diserahkan untuk selawat pengantin, terasa begitu terasing sekali bila selawat dibacakan, seolah-olah selawat sesuatu yang luar biasa pulak.. punyalah sedih masa tu... lepas selawat Pak Aji baca doa pengantin pulak..sebaik tamat doa pengantin, DJ kembali mengambil alih mikrofon dan terus memainkan lagu rancak..aduh.. Abdullah memang rasa janggal dan malu pun ada bila rasa seperti dah jadi majlis rojak.. ada selawat ada doa ada lagu ada DJ..

Tapi itulah, Abdullah dan Pak Aji sempurnakan jugak hajat selawat dan doa tu dengan harapan adalah sedikit pengisian yang mengingatkan kita pada Rasulullah S.A.W.

Teringat kata-kata seorang Ustaz, tak salah diadakan hiburan pada hari majlis pernikahan asalkan tak bercanggah dengan syarak kerana memang digalakkan kita meraikan majlis pernikahan tersebut. Asalkan hiburan yang disajikan mengingatkan kita pada Allah dan tidak melalaikan.

Walhamdulillah, salaman 'ala Rasulillah,
Wassalam




Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 15:42




betul tu...
ramai yg lambat kawen sbb kos yg tinggi...
dan ramai yg dah beranak pinak tp hutang kawen masih belum langsai lg...
ada juga yg masih kumpul duit sbb taknak berhutang...
byk sgt adat dan budaya yg perlu dijauhi dihari perkahwinan...
cubalah elakkan dari adat dan budaya yg menyimpang dari ajaran islam...


-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 15:44


iyshhhhhhhhh.... mahal betol... macam mana nak kawen nih... bape tahun nak kumpul duit byk tu... kawen hanya sekali.. tapi kumpul duit bertahun2.. habisnya kejap jer... lepas tu.. abis gitu jer.. pas kawen mst nak dok umah sendiri.. kalo dok kl ni paham2 jer lah... campur deposit 2bln lagi.. perghhh...

nak kawen ke tak.. nak kawen ke tak.. nak kawen ke tak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 16:00




Seronok dengar pengalaman saudara kita yang baru aja kahwin bulan 5. Bagi ana pula rasanya tak sampai RM10,000. Belanja hantaran RM5,000, cincin digunakan yang sama bagi majlis pertunangan dan majlis kahwin. So jimatlah, sebab buat apa habiskan duit untuk beli cincin. Apa-apa pun ikut kemampuan. Mengenai belanja hantaran tu untuk wife 100% so tak adalah timbul habiskan duit kahwin untuk kenduri. Selepas kahwin alhamdulillah ister bantu juga. Sebab kalau tak silap ana, jangan minta balik duit hantaran yang diberi kepada isteri tetapi jika isteri nak bantu selepas kahwin, nikmatilah pemberian / bantuan itu dengan sebaik yang mungkin. Itu salah satu rezeki / keberkatan yang Allah beri.

Yang penting kalau kita memang confirm sesuatu benda tu betul cubalah sebaik yang mungkin untuk tegakkan benda tu walaupun ada org suruh buat bend ayang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

izdihar_insyirah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4238
Posting: 32
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 29-06-04 16:12


...

bagi saya le kan,perkahwinan ni kan satu ibadat.patutnya kita lebih utamakan ibadat,bukan adat yg mengarut tu.buat apa nak membazirkan duit semata-mata nak org pandang kita,nak bermegah-megah dengan hantaran yang tinggi,sebab tu la ramai yang kahwin lambat,nak mengumpul duit semata-mata nak memuaskan hati semua pihak.akhirnya berhutang sana-sini.....siapa yang susah?......fikirle sendiri...



Bookmark and Share

    


  Member Information For izdihar_insyirahProfil   Hantar PM kepada izdihar_insyirah   Pergi ke izdihar_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 21:34




Yang penting adalah nikah. Kahwinlah ikut kemampuan masing2. Kalau tak mampu buat cara tak mampu. tapi ada juga yang kata tak mampu tapi membazir untuk dating2 sahaja. Sebenarnya berkahwin ni dapat jimatkan banyak kos kalau bijak. Yang mampu juga tak perlulah membazir. Jangan pula kerana adat dan persepsi orang, perkahwinan diketepikan. Tapi ana lihat masyarakat hari ini makin matang dalam soal perkahwinan. Bersanding pun dah jarang ada. Cuma bergambar di pelamin aje. Cukuplah kenduri kecilan aje, tak perlu habiskan duit untuk mak andam, hantaran yang mahal2 belaka. Banyak juga yang buat kenduri 2 dalam 1. Biasanya yang senegerilah.. Apapun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. InsyaAllah, Allah bantu mereka yang betul2 ikhlas nak berkahwin.

wassalam


-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 22:50


Mahal pun susah hati...
Yang free org takut...

Sebab apa takut?
Bimbang kena tangkap basah.......
Insya-Allaah masalah hantara boleh bawa bincang...kan?

p/s: Menerima nasihat semua sbg panduan nak kahwin ...hehehe



Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

almumtahanah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6367
Posting: 145
Dari: depan komputer

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 01:35


hmmm...ana setuju dgn kak hanan. Yang paling utamanya akad nikah. Majlis walimah tu buatla ikut kemampuan.. Pesan ana kpd semua yg dah nk sampai 'seru' tu simpanla duit dpr skrg ye... amalkan sikap berjimat cermat...fikir utk masa dpn antum semua dan kurangkan enjoy. Kahwin di usia muda ni untung tau..selain pahala ibadat berganda, kita juga terpelihara drp maksiat...so, buat sahabat sahabiah semua, fikir2kanlah yang terbaik buat diri kalian..dan yang paling penting, matangkan diri dlm membuat keputusan ok..

bittaufiq wannajah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For almumtahanahProfil   Hantar PM kepada almumtahanah   Pergi ke almumtahanah's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 10:00




erm.....insya~ALLAH....



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 10:36


Quote:

On 2004-06-30 10:00, nuraini wrote:
erm.....insya~ALLAH....



mendalam makna tu.. Ameeennn.

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 10:38





aicehh.....Cik Hanan....Cik Hanan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 12:18


huh.....

mahalnyer....tak jadi la nak kawin macam ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 12:30


Quote:

On 2004-06-30 12:18, muslimin23 wrote:
huh.....

mahalnyer....tak jadi la nak kawin macam ni....




eeii..mana boleh Amirul...
mesti jadi punya.....
mahal tak mahal..
kahwin tetap kahwin...hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Maisarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2803
Posting: 205
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 12:44



Ana setuju dgn semua ....
Lagi satu ana tegur sikitlah ye... dari panggil org karaoke, baik adakan bacaan ayat2 suci alquran atau zikir dan selawat.
dan Kalau masuk waktu solat, berhentilah ajak jemputan jemaah sekali.... Ni tidak nak jaga hati jemputan , solat entah kemana... Apa kata pengantin lelaki azan, bapa pengantin iqamah....
Pastu semua jemaah sekali. Baru berkat majlis...

Maaflah kalau ana silap....

[ Posting ini telah di edit oleh: Maisarah pada 2004-06-30 12:45 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaisarahProfil   Hantar PM kepada Maisarah   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 30-06-04 12:45


perempuan sedapla. menadah jek. lelaki ni yg t'pakse memerah tulang. ha tulang pun kene perah tau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 12:47


errrrr.....

Quote:
eeii..mana boleh Amirul...
mesti jadi punya.....
mahal tak mahal..
kahwin tetap kahwin...hehehehe




bukan aper prof..kalau mak pasangan kite mintak ape-ape...bengkok jugak kite dibuatnyer....hehhe


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 13:04


Quote:

On 2004-06-30 12:45, alifmimyanun wrote:
perempuan sedapla. menadah jek. lelaki ni yg t'pakse memerah tulang. ha tulang pun kene perah tau.



zaman sekrg dah berubah...
perempuan bkn sekadar menadah je...
mrk pun turut sama membantu meringankan beban belanja perkahwinan...
saling bantu membantu...



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

sufi_anis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.02.2004
Ahli No: 7365
Posting: 36
Dari: KingDOm Of Far Far Away

Melaka  


posticon Posting pada: 30-06-04 13:14


betul tu salina...
skang ni expecially golongan yg ada fikrah...muslimatnya bantu sama..

sllnya famili la yang buat syarat mcm2...haaaaiii...

-----------------
~bulan sabit munculkan diri mengingatkan bumi agar menegur insan yang meremehkan~

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_anisProfil   Hantar PM kepada sufi_anis   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 13:50




Kawin... adakalanya rasa tertekan jiwa raga bila bicara benda ni... beruntung rasanya kalau dpt bakal mertua yg tahu dahulukan mana yg sepatutnya lebih diutamakan...

Bab event masa walimah tu, better buat ceramah ke, ok gak.. tp kalau buat, alamat FRU keliling le rumah kot..

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 14:42


.. cane kalau 70 : 30 %
50 : 50 % lagi bagus

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-06-04 16:53


aduh, lambat lagi la impian nak kahwin 4.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 17:45


Faktor lambat kawen bg lelaki ialah masalah kewangan...
bg wanita pula, kekurangan pasangan lelaki bujang yg mampu menanggung kos perkahwinan...
hehehe...
kebanyakan lelaki yg mampu sudah beristeri...
sbb tulah agaknya ada yg sanggup bercinta dgn suami org...
terpaksalah menunggu green light drpd isteri pertama...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Al_Irshadi
Warga Rasmi
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5534
Posting: 5
Dari: Pulau Pinang # Universiti Malaya

jordan  


posticon Posting pada: 30-06-04 18:02


SalamuLlah'alaikum..

Sahabat2 yg dirahmati Allah..

Alhamdulillah.. ana merupakan salah seorang ahli ukhwah yg sudah mendirikan rumah tangga. Dah ade anak pun.. Esok cukup umur die 9 bulan. Sape2 yg join Mega JK dkt Penang hari tu kenal la anak ana..

Ana nak kongsi sedikit pengalaman dengan sahabat2 semua..

Alhamdulillah.. stakat ni ana langsung takde masalah dengan mane2 pihak, sama ada mertua mahupun ipar duai.. Syukur pada Allah kerana menemukan ana dgn insan yg datang dari sebuah keluarga yg punya didikan agama.

Pada pendapat ana, salah satu faktor utk terus hidup bahagia dlm 'pkongsian' ini ialah family mertua. Sbb kita tak boleh lari dari bermuamalah dengan mereka. Kita bukan sekadar bkahwin dgn isteri kita tetapi kita juga 'bkahwin' dengan family isteri kita. Ingat.. kita bukan bkongsi hidup untuk sehari dua aje.. bukan sebulan dua.. tetapi untuk selamanya.. dunia dan akhirat.. So, kena ambil kira juga perkara ni. Contohnya ada sahabat ana tu, bapa kepada 'gewe' dia tak boleh terima dia..tak berkenan pd dia.. Walaupun bapa gewe die tu seorang yg 'alim dlm ilmu Islam. So, satu tamparan hebat kpd dia.. Ana pun dok tunggu mcmane ending masalah die ni.. Insya Allah khair..

Satu lagi.. Ramai yg berpendapat.. Takpe kalau isteri kita tu tak kuat agama.. Nanti kita tarbiah la die.. Sahabat-sahabat... Kita kena ingat.. dalam seribu belum tentu ade seorang yang boleh berubah. Kenapa? Kerana tarbiah itu bermula dari usia yg muda.. Bayangkan sbg contohnya.. bakal isteri kita tu dari kecik lagi memang jarang solat.. tutup aurat pun tak sempurna.. Dia hidup dalam keadaan begitu selama belasan tahun or maybe lebih dari itu. Adalah sesuatu yg agak sukar utk kita ubah sikap/identiti/akhlak dia walaupun kita punya tempoh masa puluhan tahun untuk mengubah dirinya. Hanya org2 yg punya kekuatan dan kesabaran yang tinggi aje yg mampu mengubah insan-insan yg mcmtu..

'Ala kulli haal, sememangnya ada insan2 yg berjaya dlm mengubah hidup seseorang itu. Contohnya.. Noor Kumalasari. Sape yg tak kenal die.. Semua tahu mcmane kehidupan die masa jadi artis suatu masa dahulu. Tetapi sekarang, AlhamduliLlah, dia sudah berubah 100%. Sahabat2 boleh rujuk Anis keluaran april kalau tak silap ana. Siap jadi cover muka depan lagi..
Syabas dan tahniah ana ucapkan pd individu spt Noor Kumalasari..

Dalam nak mentarbiah ni ana boleh simpulkan ada 2 perkara penting. Pertama si pentarbiah itu perlu mantap dan punya ilmu yg mendalam dlm Islam. Yang ke 2, kepada yg ditarbiah itu perlu bsedia dan berlapang dada untuk ditarbiah..

Akhir kalam.. carilah bakal isteri yg punya kefahaman Islam yg tinggi.. Tak semestinya bakal isteri itu adalah seorang pelajar dlm bidang pengajian Islam je.. Sape2 pun boleh asalkan punya pegangan Islam yg kuat pada suruhan Allah. Ramai je yg belajar agama tp tak pegang kuat pada agama.. Akhirnya.. jadilah mcm layang2 putus tali.. Ape die nak buat, die buat.. Sbb dah takde pegangan yg mantap pd Islam..

Jom kita pakat selongkar mutiara2 hadis Nabi dlm bab mcari pasangan ni. Itu yg terbaik.. Nabi dah ajar pun.. Antara yg popular.. "Tunkahul mar'atu lil arba' ......." Better cari sendiri la kan.. Lebih baik baca dlm Bahasa Arab drp tulisan rumi ni..

Maaf kalau ada kekurangan dlm posting ana ni.. Ilalliqa'..



p/s : Ade tak kelab utk org yg dah bkahwin?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al_IrshadiProfil   Hantar PM kepada Al_Irshadi   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 21:30



lama tak dgr al_irshadi.. cane kuarga semua sihat?

baca posting al_irshadi tambah semangat.. hehe

Quote:
p/s : Ade tak kelab utk org yg dah bkahwin?

kelab yg dah berkawin belum ada.. hehe..



-----------------
kaze tech

[ Posting ini telah di edit oleh: kaze pada 2004-06-30 21:33 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-07-04 07:25



[quote]
On 2004-06-30 21:30, kaze wrote:


baca posting al_irshadi tambah semangat.. hehe[quote]


aa....tambah semangat....?
lagu mana tu.....? boleh jelaskan sikit Encik kaze kita.... he...he......



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 10:00


Ha....
Pakat ambik kursus kahwin dan dpt Sijilnya....hehe
Prof nak sampai Ijazah..ada ke?


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 10:14


Ada prof, Ijazah Sarjana Muda Pra Perkhawinan(Kepujian) dengan pengkhususan:
a) Kekeluargaan Islam
b)Pendidikan Keluarga Islam

Insya Allah kalau semua dokumen untuk proses kelulusan dari JPS(MOE), maka kursus ini boleh diadakan.

Apapun bukan senang nak khawin tanpa persediaan yg benar -benar mantap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 11:26



hm... entah la..bila la dapat kahwin... belanja dah la mahal, pastu nak bayar pinjaman PTPTN lagi...
wahai wanita... kasihanilah bakal2 suami kalian....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 13:03


yang hairan bila ada org sebut

"kau nak bagi isteri kau makan apa.pasir?"

seolah2 sebelum tu,makan pasirlah ya. Cakap seolah2 rezeki ditentukan oleh kita. Bukankah Allah pemberi rezeki?
Sebelum kawin makan nasi,lepas kawin sudah semestinya terus makan pasir? nak kemewahan macam mana?sampai tahap nak makan seekor unta sehari?

Bookmark and Share

    


  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

Nurr_Iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 13:06




banyak juga perbelanjaan nak kahwin nie rupenyer... ana punn setuju dgn kak hanan, yg ptg ialah nikah, nak adakan kenduri tue biarlah pada kadar yg termampu supaya tidak membebankan mane2 pihak. InsyaAllah... kita akan dapat rasakan juga kemeriahannya w/pun di buat dgn penuh kesederhanaan, selagi niat kita berkahwin tue kerana Allah. hidup ini pasti indah jika segala yg kita buat hanyalah kerana Tuhan yg Esa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurr_ImanProfil   Hantar PM kepada Nurr_Iman   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 17:45


hehehehhe....

kalau nak kawin cepat-cepat, baik kumpul duit awal-awal...ini pesanan dari orang yang pakar...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_najah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9199
Posting: 182
Dari: egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 22:32




biasrrlaa tuh...nak kawin nih byk belanjanya...tapi sebenarnya..akak nikah tu yang penting..walimahnyer tuh xyah besar2 pun xper...ermm terpulang lerr pada individu tuh sendiri camner nak pikir yang terbaik..wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_najahProfil   Hantar PM kepada ummu_najah   Pergi ke ummu_najah's Website   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 23:06




Almubazirun minal syaitan..

Lebih afdhal biarlah berkesedrhanaan dlm semua perkara..Lebih2 lagi majlis walimah ni..memanglah ramai jemputan yg hadir..tapi jangan sampai membebankan sebelah pihak..yang penting akad nikah...

Lelaki kenala kumpul duit banyak2 kalau nak cepat nak kawin..hehehehe....



"SaYaNgILaH SeBuaH PeRkeNaLaN KeRNa DiSiTu TeRciPtaNya keMeSRaAN..keNaNgILaH SeBuaH pErSaHaBaTaN keRNa DiSiTu TeRCiPtaNyA KeRInDUaN..HaRgAiLaH KeDuANyA KeRNa ITuLaH RaHMaT DaRi TuHaN.."

[ Posting ini telah di edit oleh: ZahRaTuL_RaiHaNaH81 pada 2004-07-02 23:11 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

cahayaairmataku
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9724
Posting: 24
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-07-04 14:14


assalamualaikum

buat atas kemampuan. cukup sekadar buat doa selamat. xkan kita nak bebankan bakal suami kita sendiri. buat keputusan yang bijak. ia juga bakal suami kita. kalau sampai buat pijaman nak kahwin bagi saya baik x payah khwin. sebab saya x suka berhutang. buat yang penting je......kalau x mampu buat je kecil-kecilan. bersyukur dengan apa yang ada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayaairmatakuProfil   Hantar PM kepada cahayaairmataku   Pergi ke cahayaairmataku's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 05-07-04 16:58


kahwin ikut kemampuan, tapi selalu lelaki juga yg beban dalam perkahwinan ni, wang hantaran, wang belanja hangus pastu nak buat kenduri menyambut plak...lelaki juga kena kluar duit......cari anak datinlah baru bleh senang

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Ibnu_Mohammad
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 335
Posting: 52
Dari: Down Under

Melaka  


posticon Posting pada: 06-07-04 12:02


Malaysians are getting married at older age. Why? Let me give an example.

It is a little bit long example. If you want to skip it, there is a summary at the end.

Say you are a fresh graduate at that age of 24, a male, starting a carrier as an executive officer working somewhere in KL with a salary, say RM2000 per month and without any saving in the bank. Monthly, extracting your expenditures on foods, transportation (public or motorcycle), electricity, water, phone, house rent and other expenses, say you can save about RM800 the most. Then, because you are a good son, you send some money to your parents or relatives about RM300 per month. This will give you a balance of RM500 of saving. For the first year, maybe you are very discipline with your budget, so you save about RM5000.

The next year at the age of 25 , you meet a girl of your dream. Both of you plan to get married after one year or two. Ok, that's fine, it gives you time to save some more money and some more time to prepare the basic necessities for a 'happy' family?a car and a roof to live under. That year because you are a hard worker, you get a raise of 10%. Since you are also a gentleman, you make sure some money is put aside to spend on dates and gifts for your girl, so 10% goes for her. Like the previous year, after much sweat and meggie-eating months, you save another RM5000. Your company is doing ok. You are paid 2 months bonus. So, another RM4000 is added to your saving. So, your total saving now is RM14,000. You decide to spend about RM8000 on a brand-new RM40,000 car downpayment. So, you net saving that year is RM6000.

The next year at the age of 26 , you are doing fine at work. But because now you have to pay for car every month, your total monthly saving is cut down to about RM400. You save roughly about RM5000 that year. No bonus that year because your company is doing poor. So, your total saving in the bank is RM11,000. Then, you decide to get engaged with your girlfriend. She said OK. So, need to buy an engagement ring. RM1500 is spent on ring plus 'hantaran pertunangan'. So, your net saving that year is RM9,500.

The next year at the age of 27 , you get promoted. Your salary now is 1.5 of your starting salary at the company. Good news! You think. "Ok, this year I will get married". You also are 'gersang' already.

So, you ask your fiancee "how much is the dowry (hantaran)? " She say, "berapa-berapa yang u sanggup". You ask,"RM5000 ok?". She replies, "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!".

Your eyes 'terjegil', your tounge 'meleleh' and you faint on the spot. "Where else in the world can I get extra money?", you say to yourself. But, because you are very determined to get married with your dream girl and in the name of love, you work really really hard that year until you are awarded "The Best Employee of The Year". You get 3 months of bonus. You also do some side business to supply ayam pencen. So, roughly your net saving at the end of that year is RM20,000.

Ok, now you are 28 years old with enough saving in the bank to pay for the dowry. But then, come your mom saying,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"

You did a quick in-the-head-calculation, "1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!" You say,"Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?" Your mom replies,"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul." You insist,"Tapi mak?" Your mom says, "Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?".

Anyway, you finally get married. But, a beautiful happy life after marriage that you dream of with your wife does not last long. You have debts around your waist, interest gets higher every month, cannot afford to pay them, you wife gets tired of you asking money from her, she accuses you of being irresponsible husband for not being a good provider, blah blah blah?
At the end, you two go into separate ways? You get divorced.


Problem breeds problem? Sometimes we wonder why marriage institution is failing in our country. The above example may not represent the whole phenomena in our culture, but perhaps it gives us some ideas of the problems young couple these days are facing in getting married from my perspective.

The Root Cause of The Problem...

There is something wrong in our culture. I really think there are some practices in our culture in Malaysia (Malay culture specifically) that do not make sense and especially they are contrary to the teaching of Islam.

These practices are well-rooted in our culture that unfortunately because of them, many people are 'afraid' to get married, or simply feel like they cannot afford when they are actually can afford. These are some of my observation and summary analysis:

(1) Marriage should be done in the most modest way but in Malaysia, it is ought to be done in the most lavish way. Competition on whose wedding is the most grandeur is almost unavoidable. Fame is usually the reason why people spend unreasonable and wasteful amount of money for a wedding.

(2) The "price" of a woman is measured according to her perhaps educational background, physical attributes and family social status not according to her knowledge and understanding of Deen and piety as suggested by the religion. The saddest thing is that "price" is put on women, who are supposed to be, if God-loving, kind-hearted and pious ones, "priceless"! 'Dowry' system is adopted by the Malays from perhaps the Indians who came to Malaysia long time ago. When the 'dowry' is put too high and men can't afford to pay, marriage is usually delayed or cancelled. An effort to build another small brick unit of this Deen is delayed or perhaps destroyed only for this reason.

(3) Marriage should be a quick and easy process for the couple not hard, which eventually becomes a burden. These days, we make marriage so complicated that people are afraid of getting married. When I was in the US, I saw Muslim brothers and sisters getting married at the masjid, with just some sweets as the main course for the guests. The guests who were invited to witness the ceremony were usually whoever prayed jemaah at the mosque or some close relatives and friends. There is no point of being extravagance. We should focus on the life after wedding not the wedding itself.

Wedding is only a door to the marriage house. Why should we spent a lot of money to decorate the door so beautifully, when the inside of the house is then left empty, dark and unattractive?

...and the pressure is on men...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_MohammadProfil   Hantar PM kepada Ibnu_Mohammad   Pergi ke Ibnu_Mohammad's Website   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 11:43


in the name of Allah the most gracious the most merciful

dear brother in islam,

dont be afraid with the money but be afraid with the responsibilites we will be held after marriage, try to spend money for marriege is good but dont try to spend it for others and please istiqomah.

insyaAllah with the gratest of Allah we will see the way how to face it.. just put in your heart "i will be marriage soon" and keep it hard for that.

may Allah the merciful bless u all.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 12:28


hehehehe...

abang malik kite dah bersuara.....terima kasih atas nasihat tu....nanti boleh la sahabat semua tiru jejak langkah abang malik kan..hihihihihi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 13:04


Yes..yes....Prof agree that akhie Aidilshah said......

Don`t worry laaaa...ambik kursus kahwin dulu laaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 13:16




ini la dia konsep biar mati anak jgn mati adat, ikut islam saje kan senang.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 13-07-04 12:26




-nak kahwin tak da duit,tapi kalau tak kahwin lagi susah........
jadi kalu nak kahwin tu ikutlah kemampuan diri sendiri.....yang probelmsnya ada tu ikut orang...belanja besar,dia pun nak buat kenduri besar....
tapi yang pentingnya kita mesti nak kahwinkan...
akadnikad yang terpentingkan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.184821 saat. Lajunya....