Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: monogami dan poligami?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» monogami dan poligami?

Please Mendaftar To Post


Oleh monogami dan poligami?

mohm3
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 784
Posting: 216
Dari: malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-06-03 00:06


skit mase hari lalu, msia kecoh dgn isu kedua ini.namun, secara tidak langsung, ramai juga perempuan yang tidak suka suami mereka mendua, mentiga atau mengempat mereka..walaupun dari kalangan yang belajar agama.kenapa boleh berlaku?bagi lelaki pula, apa silapnya hingga mereka perempuan tidak suka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohm3Profil   Hantar PM kepada mohm3   Pergi ke mohm3's Website   Quote dan BalasQuote

scarlet
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 253
Posting: 102
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 11-06-03 00:07


Soal hati ...susah nak duga.. walau semua tahu ia diharuskan.. tapi siapalh yg sanggup berkongsi duhai lelaki yg takkan dapat memahami sepenuhnya kehalusn jiwa seorang perempuan.. Tapi demi kebahagiaan, sesetengah nya merelakan tapi hati, tuhan shj yg tahu...

Soal ketidak adilan pun patut diambil kira.. Bab poligami bukan main pandai kata nak ikut sunnah, tapi..sunnah nabi yg lain hampeh tak nak buat..

Im not go against what has been allocated and permitted by Allah, but dont like the comprehensiveness of Islam is abused and misused.. Lihatlah apa sudah jadi kalau semua bersenang lenang nak poligami..bila tak adil.. Kebajikan isteri pertama atau sebelumnya terabai.. Tapi bila dah susah hidup dgn bini baru, isteri yg tua jugaklah jadi tempat mengadu dan sanggup tolong suami tercinta..

Fikirlah sendiri.. Lihat apa yg berlaku dlm kes2 masalh perkahwinan dan perceraian di Malaysia..yg masih banyak tidak direpotkan.. Sebab apa? Sebab wanita ramai yg mampu berkorban...

Ada satu petikan dari satu2nya filem hindustan yg saya suka iaitu Lajja, mengenai nasib wanita yg didiskriminasi.. iaitu, "Wanita adalah musuh pad dirnya sendiri".. Dirinya boleh memaafkan walau dah terluka beribu kali kerana kasih dan sayang terhadap suami.. yg takkan dapat difhami oleh sesiapa pun..

Poligami..tidklah boleh ditentang..tapi memang payah diterima.. Soal hati..beb!

Bookmark and Share

    


  Member Information For scarletProfil   Hantar PM kepada scarlet   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-06-03 00:42


Assalamualaikum....
Sebenarnya isu poligami telah digembar-gembur oleh sesetengah pihak...
Dalam al-quran sendiri telah menjelaskan hukum berpoligami itu sendiri......
Nak cakap soal monogami,soal poligami,nasib baik takde lagi kes poliandri.....
Inilah akibatnya umat islam tidak lagi berpegang pada ajaran islam yang sebenarnya
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 11-06-03 13:59


Poligami hukumnya harus bagi yang cukup syarat bersandarkan firman Allah..
"fankihu ma tooba lakum minannisa masna wa sulasa wa ruba.."

Kahwinilah dari wanita yg kamu sukai sama ada 2, 3 atau 4...

Kemudian disambung lagi dgn ayat...
"fa inkhiftum an la ta'dilu fawahidah..."

Sekiranya kamu tidak mampu berlaku adil maka cukuplah kawin hanya satu sj...

Perlu ingat poligami ini menuntut amanah dan bebanan yg berat.. kalo gagal dilaksanakan dgn baik akan dipersoalkan di akhirat nanti.. kalo rasa yakin bole dan cukup syarat maka ia tidak menjadi halangan.. actually poligami di mesia ni x byk.. tak sampai 10% dari jumlah yg kawin monogami..

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

qalbun_nisa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 487
Posting: 63
Dari: ntah

Sabah  


posticon Posting pada: 11-06-03 18:26


bismillahir rahmanir rahim
assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
alhamdulillah, hamdan lillah, wassolatu wassalamu 'ala rasulillah wahabibih..

saya saje nak nyampuk, saya rasa saya setuju kat lang_biru, memang poligami dibenarkan dalam islam, tetapi kerana islam itu sempurna, ia juga turut menggariskan panduan dan syurut berpoligami. masalah utama di sini sepatutnya bukanlah kerana emosi perempuan, tetapi kelayakan dan kemampuan seorang lelaki itu untuk berpoligami, mampukah dia bersikap adil, mampukah dia memenuhi hak2 isterinya atau isteri2nya? mampukah dia menjalankan tangungjawabnya sebagai seorang suami? jika kita hayati erti poligami yang sebenarnya didalam islam, kita akan dapati poligami bukanlah semata2 kelebihan dan nikmat yg dianugerahkan kepada lelaki, tetapi ia adalah suatu tanggungjawab yg berat. bahkan pernah ada ulama mengatakan, keadilan dalam poligami ini bukan bergantung sepenuhnya kepada material sahaja, tetapi waktu yg dihabiskan untuk bermesra dgn isteri yg satu mestilah sama dgn waktu utk bersama isteri yg lain, cuma perasaan kasih shj yg dilberi kelonggaran, krn ia adalah soal hati dan perasaan dan rasulullah sendiri tidak dpt membahagi2kan perasaan kasihnya sama rata kpd isteri2 baginda. bila kita perhatikan kpd lelaki2 yg berpoligami skrg ni, adakah betul caranya? adakah cukup syaratnya? adakah benar2 mereka ini mengikut panduan yg digariskan oleh islam? atau semata2 kerana ingin memenuhi tuntutan nafsu beristeri muda dan mengeksploitasikan kelonggaran yg diberikan oleh agama utk kesenangan duniawi. cuba kita fikirkan. cuba kita renungkan kembali. cuba kita perhati dan imbas kisah nabi dan sahabat2 yg berpoligami, apakah tujuan dan bagaimana caranya mereka berpoligami. saya sendiri tak layak untuk memberi peringatan sebenarnya. semoga kita semua dapat mengambil iktibar, amin



-----------------
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit meluas...
Harga selautan syukurku...
hanya setitis NikmatMu di bumi...
Tuhan selangkah ku dekat padaMu...
seribu langkah Kau dekat padaku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For qalbun_nisaProfil   Hantar PM kepada qalbun_nisa   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-06-03 18:41


Poligami adalah sunnah....kalau layak..bolehlah...tapi kalau saya cukuplah satu...tak suka ramai ramai...jadi boleh beri tumpuan....kalau dah empat....walau saya layak pun saya taknak....susah tanggugajawab....jaga perempuan ni bukan mudah..byk cabaran...boleh kering badan kalau tak pandai....sebab tu kadang kadang segelintir org ni amalkan poligami sebab nafsu...bukan sebab sunnah ke..itu bukan cara yg baik....pilihan saya satu cukuplah.....nak jaga satu ni pun sukar....kalau tak dpt jadi suami yg baik..padah jawapannya...



p/s...Belajar beli tudung bawal..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 12-06-03 04:50


... poligami smmgnya byk cabaran.. qalbun nisa mempersoalkan keadilan tetapi disebaliknya ada sesuatu mengenai perasaan kasih dan emosi yg melibatkan wanita... biasalah wanita mana yang suka bermadu... sokong kata² scarlet yg jujur pada posting awal topic ini... persoalan hati susah dimengertikan bukan...

p/s: kahwin satu merupakan uruf org mesia skrg ni.. poligami sst yg baru, tetapi masih ramai lagi yg belum kawin sudah berani duduk dan tinggal bersama tanpa ikatan.. kita masih sibuk dgn poligami heheheh

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

Arcaine
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 246
Posting: 237
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 12-06-03 12:24


A'kum

Zaman sekarang ni, susah nak cari suami yg betul-betul 'mampu' menjalankan tanggungjawapnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArcaineProfil   Hantar PM kepada Arcaine   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-06-03 12:37


kalau cukup semua-kemampuan..isa nak berpoligamilah..best sikit ramai isteri..hehehe jiwa pun tenang je
jengan marah wahai kaum hawa....yakinlah bahawa bahawa islam tidak mengkhianati sesiapa(laki @ perempuan).....
tapi kalau tak mampu baik tak payah laaa

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 12-06-03 13:12


Pilih poligami... hehehheh

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

qalbun_nisa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 487
Posting: 63
Dari: ntah

Sabah  


posticon Posting pada: 12-06-03 15:02


bismillahir rahmanir rahim
assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
alhamdulillah, hamdan lillahi kholiqul makhluq, wassolatu wassalamu 'ala rasulillah wahabibih..

terima kasih pada lang_biru, mungkin apa yg anda dan scarlet katakan memang benar, perempuan mana yang sanggup dimadukan i.e. berkongsi kasih dan sayang suaminya dengan perempuan lain. Saya teringat sebuah cerita tentang saidatina fatimah dan saidina 'ali,(sila betulkan saya jika ada kesilapan dalam cerita ni). Apabila saidina 'ali menyatakan hasrat beliau untuk berkahwin lain kpd saidatina fatimah, lantas saidatina fatimah hanya tersenyum. Namun apabila saidina 'ali meletakkan telur di atas dada saidatina fatimah, telur tersebut masak dek panasnya dada fatimah, betapa sukarnya perempuan hendak menerima kehadiran insan ke-3 antara dia dan suaminya, sehinggakan fatimah mengadu kepada baginda rasulullah dan baginda sendiri menjumpai 'ali dan bertanyakan apa kekurangan saidatina fatimah, anak baginda. tu anak nabi, apa lagi kita yang biasa ni, yang ajaran islam takla sedalam dan sekuat fatimah, taklah setabah dan sekuat mana. tapi, saya cukup kagum dengan beberapa org isteri pada hari ini, ada yang siap carikan madu ke-3, ada plak yang siap carikan madu nak cukupkan empat. wah...bahagialah sisuami ya, dan insya Allah dapat payung emaslah isteri2 ni di syurga nanti, . tapi bila tengok kat suami2 yang bertuah ni, semo yang insya Allah 'alim2 belaka, yang kuat pegangan agama mereka ni, yang adil dalam layanan, kasih-sayang tak melebih2 dan berbeza2 antara satu dan yang lain, dan kebanyakannya pula kahwin kerana nak tolong janda, nak jauhi fitnah orang. mungkinkah telah wujud wanita kini yang sedar bahawa poligami bukanlah satu kepahitan yang amat pahit sekali untuk ditelan? mungkinkah telah wujud wanita pada zaman ini yang mampu dan cukup tabah untuk berkongsi kasih dan layanan suaminya bersama2 wanita lain? entahlah... tapi yang pastinya, wanita2 yang mengagumkan ini amat payah dan sukar untuk ditemui. honestly, saya bukanlah setabah mereka. . hmm.. tentang lum kawin dah berani duduk serumah ni, ini satu lagi senario yang makin menjadi dalam masyarakat kita. Ya Allah, lindungilah kami daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan dan kemurkaanMu Ya Rahman.. amin... tu duduk serumah, tapi ada plak yang tanpa segan-silu buat zina kat taman bunga. Nauzubillah.... Bila difikirkan, saya terasa sedih dan takut sangat, kemaksiatan semakin banyak berlaku kat m'sia ni, macam cendawan tumbuh selepas hujan, takut2 nanti Allah turunkan bala ke atas kita gara2 kejahilan dan kealpaan kita ni, nauzubillah... Nauzubillahi min sokhtika wannar, Ya Rahman... semoga kita sentiasa terpelihara daripada dosa dan kemaksiatan, amin...

-----------------
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit meluas...
Harga selautan syukurku...
hanya setitis NikmatMu di bumi...
Tuhan selangkah ku dekat padaMu...
seribu langkah Kau dekat padaku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For qalbun_nisaProfil   Hantar PM kepada qalbun_nisa   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 12-06-03 15:44


ana hanya mampu tersenyum... qalbunnisa juga pakai rerama biru ek.. takpe ana doakan agar qalbunnisa diketemukan 'adam' yg soleh dan setia... bagi yg lain kalo dah cukup syarat kahwinlah.. jgn tangguh dan jaga adab sabagai mukmin sblm ikatan nikah yg sah.. bagi yg dah kawin dan ada kemampuan nak kawin lagi dipersilakan bela wanita² yg kehilangan suami (janda) terlebih dahulu.. ia adalah sunnah sebagaimana nabi memperisterikan wanita² janda.. rasanya itu lebih afdhal.. wallahualam

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-06-03 17:25


uiks..
makin panas lak topic nih..
tapi....hehehe..
nape bila berpoligami....
kesalahan hanya terletak pada suami je...
pelikkan...
kadang2 ada juga isteri yg salah...
dan tdk saya pertikaikan ada juga suami yg tdk berlaku adil.....
tapi utk lelaki...fikirkan tujuan dan niat utk berpoligami.pastu fikirkan ttg kemampuan zahir dan batin...zahir bukan hanya wang ringgit dan batin bukan sekadar seksual je...(tuh kena paham sendiri la yek)...kalo tak mampu takyah la...
fikirkan jika adik atau kakak kita dimadukan dgn suami yg tdk adil..apa perasaan kita...apapun jodoh pertemuan adalah hak ALLAH...

p/s....camne suami tak kawin lain kalo balik koje isteri pakai bedak sejuk,tgk tv citer korea pastu lauk pun tak masak....jeng jeng jeng..siapa salah

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

scarlet
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 253
Posting: 102
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 12-06-03 22:22


Terimas lang_biru and qalbun_nisa kerana memahami.. Maaf jika di awal posting of this forum saya agak emo.. hi3 Kdg2 tak terkawal bila ckp bout poligami ni sbb dh byk menyaksikan ketidakadilan bila yg diharuskan disalah gunakan.. Mmg saya tak pernah menentang..apalah daya wanita spt saya ni.. tapi, duhai lelaki.. berlaku adillah..ya?

Yeap..hidup ini..dan shariah tidak pernah mendiskriminasi dan mengkhianati sesiapa..

Kepada wanita yg mampu terus melebarkan sayap kesabaran..syabas..!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For scarletProfil   Hantar PM kepada scarlet   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-03 22:53


as'kum...erm, bila sebut tentang poligami ni, rerasanya wanita lebih sensitif. tapi kenapa??

p/s:sokong poligami tetapi tak suka bermadu..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 13-06-03 03:08


biasalah topik mcm ni mmg sentiasa panas.. terharu oleh kejujuran scarlet... mmg x dpt nafikan rasanya perempuan x boleh terima.. lang paham.. oleh sebab itu lang hanya prefer satu isteri saja ahakss.. heheh..

Tapi ada satu cerita ttg andalusia (anak gadis lanjut usia) yg masih solo terpaksa pasrah kahwin dgn laki yg dah berkahwin sbg isteri ke2.. alhamdulillah segalanya dalam keadaan baik saja.. tolak ansur dan faham-memahami itu penting.. sedar dgn tggjwb masing2 insyaallah rumahtangga bole berjalan dgn sempurna..

Org laki kalo nak kawin lebih tu rasanya masih tertakluk dgn UU syariah keluarga Islam.. terdapat mekanisme yg menilai sama ada ia layak atau sebaliknya.. tapi x pasti pula keadaannya di Perlis dan Kelantan yg open dlm bab poligami ini... ade org perlis atau kelantan bley jelaskan perkara ini.. kawin lebih tanpa kebenaran isteri pertama?

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

qalbun_nisa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 487
Posting: 63
Dari: ntah

Sabah  


posticon Posting pada: 13-06-03 15:39


bismillahir rahmanir rahim
assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
alhamdulillahi khaliqul 'adzim, wa bihi nasta'in, wassolatu wassalamu 'ala rasulihi wahabibih,

hehe.. betul gak kata firdaus_azimi, kalau pasal poligami aje, mesti suami jadi mangsa, ye dak? kecian juga pada para suami, asyik2 dorang je kena tembak, asyik2 dorang juga yang kena. Kenapa ya? mungkinkah sebab utamanya lelaki adalah ketua dalam sebuah keluarga, sepatutnya suami mempunyai kuasa yang besar dalam keluarganya dan sewajibnya berkemampuan menjadi ketua dalam keluarga seperti firman Allah 'azza wajalla fikitabihil karim:ar-rijalu qawwamuna 'alan nisa..)dan hadith rasulullah:'setiap kamu adalah penjaga ke atas kamu, sisuami adlah penjaga kepada keluarganya dan akan disoal tentang ahli2nya (kalau ada tersalah dan tersilap sila perbetulkan). Oleh kerana itu, sebuah keluarga seringkali diumpamakan sebagai sebuah bahtera dan suami pula seringkali diumpamakan sebagai nakhodanya. Jadi rasanya, kalau ada sesuatu yang suami tak puas hati kat isteri, siisteri rasa tentu suaminya akan tegur atau perbetulkan, dgn cara yang berhemah dan tidak menyinggung perasaannya. Tapi kalau suami duk diam aje, tak bincang ngan isteri, tak perbetulkan isteri, tak terus-terang ngan isteri,tapi pilih alternatif lain plak dgn cari pompuan lagi lawa kat luar, nak buat camne ya? . tak taula... Tapi tak boleh dinafikan, isteri sepatutnya kena pandai jaga hati suami, tarik hati suami, kan?(mcm kata firdaus_azimi, camne suami tak berpoligami, bila balik aje isteri sambut ngan bedak sejuk kat muka.hehe) Kan islam ada menganjurkan cara2 menjaga dan mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. So, isteri2 pun kenala juga memainkan peranan anda dan memperbaiki diri anda ya (termasukla saya sekali, insya Allah..). Tapi insya Allah, kalau ketua baik, rakyat pun mesti turut sama jadi baik. jadi kesimpulannya, isteri (insya Allah peringatan buat saya sendiri juga), pilih suami yang baik dan berkepimpinan, dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri sebaik2nya dan seikhlas2nya kerana Allah. dan suami, kepimpinan sebuah keluarga bergantung pada anda(insya Allah), dan pimpinlah keluarga anda sebaik2nya. Kalau nak berpoligami, pastikan niat dan caranya tak lari daripada ajaran Islam yang sebenar, tak menyimpang daripada keredhoan Allah dan tidak sampai menindas kaum hawa, insya Allah...(Islam tidak pernah menindas mana2umatnya, tetapi umatnya seringkali menyimpang daripada ajaran islam sebenar dan menzalimi diri mereka sendiri)
Bila darul_numan kata wanita sensitif terhadap poligami ni, terasa plak saya, hehehe . Sebenarnya apa yang darul_numan kata tu memang betul, saya sendiri mengakui saya agak sensitif tentang isu ni. Bukan saya aje, saidatina fatimah pun sensitif pasal menda ni. . Memang dah jadi fitrah pompuan kot? ataupun pompuan selalu aje jadi mangsa kot? Allahu 'alam. Tapi sebenarnya, kalau difikirkan kembali, seorang isteri tetap akan berkongsi suaminya dengan bidadari2 yang jauh lebih cantik daripadanya di syurga nanti, di 'alam yang kekal, insya Allah.... Hm... jadi.... nak buat macamana pun kepututsan tetap sama.. hehehe... tapi mungkin yang membezakan hanyalah situasi yang dialami, kot? ntahla... anyway, sunah tetap sunah, yang halal tetap halal, yang dibolehkan tetap merupakan sesuatu yang dibolehkan, begitu juga poligami, pahit ke, masin ke, itulah ketetapan Allah dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala2nya. Janganla plak kita berani menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal hanya semata2 kerana tuntutan nafsu dan perasaan, nauzubillah...aqulu qauli haza astaghfirullahali walakum, wassalam..
p/s: 'kadangkala apa yang kamu benci adalah kebaikan buat kamu dan apa yang kamu sukai itu adalah keburukan buat kamu, sesungguhnya Allah lebih Mengetahui'

Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit meluas...
Harga selautan syukurku...
hanya setitis NikmatMu di bumi...
Tuhan selangkah ku dekat padaMu...
seribu langkah Kau dekat padaku...


[ Posting ini telah di edit oleh: qalbun_nisa pada 2003-06-16 14:39 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For qalbun_nisaProfil   Hantar PM kepada qalbun_nisa   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 13-06-03 15:49


no komen !!!


p/s : teringin juga nak penuhkan kuota ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 13-06-03 20:22


hoho.. meh penuhkan quota pilihan.. .. tapi kawin tetap satu ahakss..

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

scarlet
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 253
Posting: 102
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 15-06-03 10:48


Sebab ape perempuan lebih sensitif bab poligami ni..hmm.. sebab merekalah yg diMADU, lelaki tidak...

p/s:apapun setiap hukum Allah tu ada hikmahnya.. kita rujuk balik pd maqasid dlm shariah..kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For scarletProfil   Hantar PM kepada scarlet   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 16-06-03 00:14


assalamualaikum...

ermmmm,di barat mmg isu nih jadi isu paling hangat...nak minta hak persamaan...seorang lelaki ble kawin ngn seorng perempaun jer...

setiap ketentuan allah ader hikmahnya...lagi pun nihlah peluang kaum hawa utk mendapat syurga..redha isteri...menerima setiap yg berlaku i'allah,besar ganjarannya..salah satu melatih dri berkongsi segala2nya...ish mmg susah tp manis nikmat menahan kesabaran...sesudah melihat hasilnya kelak..

jgn jadi org barat...melaung2 meminta hak persamaan...ish..bayangkan kl sehgala yg lelaki mmpu buat perempuan pun ble buat..hehhee,haru biru dunia..lagi pun allah jadikan manusia nih saling memberi dan menerima..bergantung antara lelaki dan perempuan serta saling lengkap melengkapi...allah maha mengetahui..

saya meyokong poligami,sekiranya cukup syarat lelaki tuh adil...kasih sayang mmg tak ble adil...apa pun,islam agama syumul..kepada semua kaum hawa...redha dgn ketentuan allah adalah sebaik2nya...

waalahua'lam...

-----------------
"haza fadlhu min rabbina"

Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

cill
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1172
Posting: 236

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-06-03 00:56


pabila berhujah... janagn dihujah pada hujah manusia... tapi hujahlah pada hujah Allah...

dan firman Allah yang bermaksud .... " maka nikahilah kamu dua , tiga atau empat wanita . jikalau tidak mampu , maka cukuplah sekadar satu.."

dan pabila mentafsirnya... jangan tafsir dengan tafsir yang melulu... rujuklah pada ulama' yang telah tersohor dan diakui... bukan pada orang yang tiada ilmu tapi mahu berlagak pandai...

wallhu a'lam...

_________________________

percayalah pada allah.... setiap apa yang diciptanya ada kebaikan ... iman itu wajib... walau tanpa ilmu... kita tetap wajib percaya padanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cillProfil   Hantar PM kepada cill   Pergi ke cill's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-06-03 11:13


hewhehe.....
isu poligami dan monogami ini tetiba je jadi
isu besar.sampai isteri org no2 besar sanggup turun rasmikan kempen sebuah NGO tempatan.kempen satu suami satu isteri.
maka bermacam2 pendapat kelua baik dr hawa mahupun adam.siaran televiesyen bagai nak rak buat liputan kerna isteri PAK LAH merasmikannya.
maka komenlah hendon ttg isu ini.tapi satu kemusykilan dimana pula pendapat ulamak.

nun jauh diindera kayangan....
dilancar juga kempen...
kempen yg memudahkan urusan poligami..
tujuan nya mudah..membanteras maksiat dan pelancongan.tapi kempen ini dinaungi oleh MB dan digerakkan oleh mufti.maka berdebatlah wakil NGO tadi dengan MUFTI.maka byklah persoalan2 yg terjawap.akhirnya...kata pemutus diambil poligami dibenarkan oleh islam.tapi bukan digalakkan.

NGO nampak macam tak puas hati......
lalu dibuat satu lagi forum.....
kali ini dijemput wakil parti politik pembangkang
dan mufti willayah...dn NGO ini tadi diwakili oleh seorg andalusia.....
berdebat dan berforumlah mereka....satu berhujah dengan akal..dan 2 dengan hujah ilmu......
akhirnya terkeluarlah kata2 dr wakil NGO itu...
"kami bukan anti poligami tapi jika suami nak berpoligami maka kahwinilah perempuan yg berumur 60 tahun keatas kerna golongan ini adalah golongan teramai."

tapi saya tertarik dengan hujah wakil parti politik pembangkang Dr lo'lo' ghazali.
"Sister in islam sepatutnya menumpukan kepda isu2 yg lebih besar seperti gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja.isu poligami ini adalah isu kecil dan telah ada jalan penyelesaiannya"

pendapat saya adalah.......
hukum ALLAH itu ALLAH jadikan bersebab.
pasti ada kebaikkan.tapi jgn mencari keburukan.
islam adalah agama yg mudah.jgn kita sesekali ingin menyusahkan apalagi cuba menyesatkan.

p/s...sedih tgk org biasa pertikai hujah ulamak.

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

qalbun_nisa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 487
Posting: 63
Dari: ntah

Sabah  


posticon Posting pada: 16-06-03 14:48


lakukanlah wahai pejuangku..benar ia adalah sunnah Rasulullah...jangan disempitkan simpati umum, hanya kerana tuntutan perasaan... Ampunkanilah empunya airmata yang mengalir, sesungguhnya ia bukanlah airmata derhaka akanmu, tetapi airmata penyesalan yang mengalir kerana masih gagal untuk merasai kemanisan kurniaanNya...

sumber inspirasi: lakaran syahrawi...

-----------------
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit meluas...
Harga selautan syukurku...
hanya setitis NikmatMu di bumi...
Tuhan selangkah ku dekat padaMu...
seribu langkah Kau dekat padaku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For qalbun_nisaProfil   Hantar PM kepada qalbun_nisa   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 18-06-03 04:50


... best nukilan syahrawi..

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-06-03 11:08


hewhhe......
adala terbaca dlm satu ruangan pembaca didlm akhbar arus perdana.....
pembaca itu mengupas isu ini dengan begitu menarik
walaupun pendek nukilannya tapi padat.........

antara nukilannya adalah..........

"wanita mana yg sanggup berkongsi kasih,tiada wanita yg mahu dirinya dimadu.tapi ALLAH halalkan poligami ini dengan bersebab."

"wanita dicipta utk seorg lelaki dan lelaki dicipta utk 4 org perempuan"

tul gak apa yg dia kata.........

p/s....bukan menolak takdir....
apalagi nak tentukan sendiri....
cuma kalo kawin nanti..
sorang pun ALHAMDULILLAH....

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 18-06-03 15:47


bagi ana..poligami itu suatu yang diredai selagi mana cara perlaksanaannya berlandaskan syara'..ana bukanlah penentang poligami...bagi ana ia merupakan suatu rahmat dari Allah kepada wanita tersebut..ini bagi menguji cinta si wanita itu..adakah cinta wanita itu terhadap suaminya kerana Allah atau semata2 kerana nafsu...if cintanya kerana Allah,, dia akan reda dan rela kerana baginya bila poligami berlaku akan mendekatkan dirinya dengan Allah..die ade lebih banyak mase dengan Allah..ini kisah benar yang ana dengar dari orang yang terlilbat...tapi ana amat anti bagi lelaki yang beramal dengan poligami sedangkan dia tak layak..rujuklah surah an nisa ayat 4..itu hanya pandangan ana yang daif ini..sesungguhnya yang baik itu dari Allah jua dan yang kurang itu dari kelemahan diri ana sendiri...

-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

qalbun_nisa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 487
Posting: 63
Dari: ntah

Sabah  


posticon Posting pada: 30-06-03 18:07


bismillahir rahmanir rahim
assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
alhamdulillah, hamdan lahu, wassolatu wassalamu 'ala sayyidina rasulih wahabibih,

setuju ngan mujahidah_muslimah, seperti yg ana katakan, yg boleh tetap boleh, yang halah tetap halal, tapi jalannya, caranya dan perbuatannya kenalah juga yang betul. tak bermaksud nak tentang hukum Allah, (nauzubillah...) cuma sedih dan terkilan bila ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kurniaan ini.

-----------------
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit meluas...
Harga selautan syukurku...
hanya setitis NikmatMu di bumi...
Tuhan selangkah ku dekat padaMu...
seribu langkah Kau dekat padaku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For qalbun_nisaProfil   Hantar PM kepada qalbun_nisa   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 30-06-03 22:35


Assalamualaikum

Adil merupakan syarat poligami

Adapun syarat yang diletakkan oleh Islam untuk bolehnya berpoligami adalah kepercayaan seorang Muslim pada dirinya untuk bisa berlaku adil di antara para isterinya, dalam masalah makan, minum, berpakaian, tempat tinggal, menginap dan nafkah. Maka barangsiapa yang tidak yakin terhadap dirinya atau kemampuannya untuk memenuhi hak-hak tersebut dengan adil, maka diharamkan baginya untuk menikah lebih dari satu. Allah berfirman:

"Jika kamu takut berlaku tidak adil maka cukuplah satu isteri" (An-Nisa':3)

Kecenderungan yang diperingatkan di dalam hadits ini adalah penyimpangan terhadap hak-hak isteri, bukan adil dalam arti kecenderungan hati, karena hal itu termasuk keadilan yang tidak mungkin dimiliki manusia dan dimaafkan oleh Allah.

Allah SWT berfirman:

"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isten(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung." (An-Nisa': 129)

Oleh karena itu, Rasulullah SAW menggilir isterinya dengan adil, beliau selalu berdoa, "Ya Allah inilah penggiliranku (pembagianku) sesuai dengan kemampuanku, maka janganlah Engkau mencelaku terhadap apa-apa yang Engkau miliki dan yang tidak saya miliki." Maksud dari doa ini adalah kemampuan untuk bersikap adil di dalam kecenderungan hati kepada salah seorang isteri Nabi.

Rasulullah SAW apabila hendak bepergian membuat undian untuk isterinya, mana yang bagiannya keluar itulah yang pergi bersama beliau. Beliau melakukan itu untuk menghindari keresahan hati isteri-isterinya.

.......................

Kita sendiri boleh melihat adanya banyak dan kaum Muslimin sendiri yang salah dalam melaksanakan keringanan hukum untuk berpoligami sebagaimana yang telah disyari'atkan oleh Allah. Kita juga melihat mereka salah dalam mempergunakan rukhsah (keringanan) tentang bolehnya cerai (talak). Dengan demikian yang salah bukan hukum Islamnya, tetapi kesalahan ada pada manusia dalam penerapannya, disebabkan kekurangfahaman mereka terhadap ajaran agama atau karena keburukan akhlaq mereka.

Kita lihat ada sebagian mereka yang berpoligami, tetapi ia tidak punya cukup kemauan untuk bersikap adil sebagaimana disyari'atkan dan disyaratkan oleh Allah dalam masalah poligami, sebagian mereka ada juga yang berpoligami, tetapi tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk memberi nafkah kepada isteri-isteri dan anak-anaknya sebagai wujud dari rasa tanggungjawab. Dan sebagian lagi mereka ada yang mampu untuk memberikan nafkah, tetapi dia tidak mampu untuk menjaga diri.

Kesalahan dalam menggunakan kebenaran ini seringkali menimbulkan akibat-akibat yang membahayakan keberadaan rumah tangga. Sebagai akibat dari perhatian yang lebih terhadap isteri baru dan menzhalimi isteri yang lama. Kecintaan yang berlebihan itulah yang menyebabkan ia membiarkan isteri tuanya terkatung-katung, seakan tidak lagi sebagai isteri dan tidak pula dicerai. Seringkali sikap seperti itu juga mengakibatkan anak-anak saling membenci, padahal mereka anak dari satu bapak.

Hal ini karena bapaknya tidak mampu berlaku adil di hadapan anak-anaknya.

Meskipun penyimpangan ini ada, tetapi tidak sampai pada kerosakan sebagaimana yang dialami oleh orang-orang barat, yaitu dengan melakukan pelecehan moral, sehingga poligami bukanlah menjadi problem di dalam masyarakat Islam pada umumnya, karena pernikahan dengan satu isteri sekarang ini pun menimbulkan banyak problem






-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 03-07-03 11:15


kalo rasa diri tu mampu utk uruskan isteri lebih dari satu serta tanggungjawab sbg suami+bapa+khalifah Allah maka dipersilakan utk berpoligami.. kalo rasa tak mampu cukuplah satu..

Perlu ingat poligami bukannya hak asasi lelaki krn ia adalah sebenarnya Tanggungjawab dan Amanah utk yg berkelayakan sahaja...

Lelaki kalo dah tak layak berlaku adil dari segi kasih sayang dan juga harta maka ia lebih elok cukup saja bermonogami.. Islam tidak memaksa kita berpoligami pon utk menyusahkan diri.. ahakss..

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 08:55




Poligami adalah wajar.. Dalam satu hadis yang mafhumnya:

"akan dtg satu zaman yg mana bilangan wanita adalah 50 kali bilangan lelaki"

1 lelaki : 50 wanita

Fikir2kanlah dan renung2kanlah, dan buatlah keputusan yang terbaik, wahai muslimin dan muslimat semua. Kalau sorang lelaki kawin empat, ada baki lagi 46 orang...ish bahya tu...kawinla cpt2 bila dah ada jodoh Kawin tu sunnah nabi...

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.314022 saat. Lajunya....