Oleh |
Tempayan Yang Retak |
LaNG
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.04.2004 Ahli No: 8573
Posting: 36
Dari: Teranung
|
Posting pada: 10-06-04 15:49
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh. Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu." "Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?" "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu. Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retakmemerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya. Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang." Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.
|
Engku_Salina
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 10-06-04 16:14
Thank you very much... what a nice story to share with us... begitulah... setiap makhluk ada kekurangannya... kelemahan boleh diperbaiki... jika saling lengkap melengkapi antara satu sama lain... manusia sentiasa mencari tempayan baru... setelah tempayan lama dipergunakan sepenuhnya... biasanya tempayan lama/retak terbiar sepi... tak diperlukan lg... usah dibuang tempayan yg retak... masih byk kegunaannya... hargailah apa yg kita ada... nilai sesuatu perkara berbeza pd penilainya... bukan semua dpt diukur dgn wang ringgit... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 10-06-04 16:35
ya best.. bleh buat koleksi.. & ambil iktibar.. emm -----------------
|
LaNG
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.04.2004 Ahli No: 8573
Posting: 36
Dari: Teranung
|
Posting pada: 10-06-04 16:36
time kasih...copy dari tenet jer tue...  ...
|
Pdaus
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan
|
Posting pada: 10-06-04 22:58
memang manusia selalu tidak menyedari bahawa di sebalik kekurangan pasti ada hikmah dan kelebihan yang hanya akan disedari dengan kepekaan dan penilitian yang mendalam. LANG mekasih banyok eee,.. kalu mu dok posting mesti aku dok tahu citer gini.. memang beh citer ni!
|
HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA Menyertai: 08.09.2003 Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari:
|
Posting pada: 10-06-04 23:06
thank you very much ----------------- Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 14-06-04 21:45
assalamualaikum.... kita mesti belajar untuk bersyukur dalam setiap apa yang kita dapat, kerana semua ini merupakan anugerah ALLAH dan datang dari qada' dan qadar-Nya jua.... kadang kala kita lupa.... "Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 18-06-04 19:25
|