Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 16 jam, 21 minit yang lalu
budakbesar: 7 hari yang lalu
azemi: 11 hari yang lalu
Firdaus15: 17 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 20 hari yang lalu
secureofficemovers: 21 hari yang lalu
Naqiu: 27 hari yang lalu
nawfaa79: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: statement yang memalukan!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» statement yang memalukan!

Please Mendaftar To Post


Oleh statement yang memalukan!

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-06-04 17:55




kengkawan ukhwah semua, tujuan ana posting ni bukan untuk mengaibkan individu tertentu tapi untuk renungan betapa jahilnya seorang muslimah ini dan mentaliti-mentaliti yang mengaburi minda insan seperti dia. KESIAN..
BERIKUT IALAH KENYATAAN TERSEBUT

Fiza jangan tengok kalau sakit mata
01 June 2004

RAMAI beranggapan kerjaya seni Siti Zaidatulfiza Abdul Halim atau Fiza, 23 berkubur selepas tinggalkan Elite. Lebih menguatkan lagi persepsi itu apabila wujud pula kontroversi yang melanda dirinya. Pun begitu, Fiza sebenarnya masih aktif meneruskan kerjaya seninya sebagai pelakon, meskipun bidang nyanyian belum menjanjikan apa-apa setakat ini. BINTANG POPULAR mendekati Fiza yang sejak akhir-akhir ini semakin berani bergaya seksi. Khabarnya juga Fiza semakin tidak terkawal! Namun, masih terdengar suara sumbang yang membisikkan ke telinga, Fiza masih menjalin hubungan dengan rocker terkenal, Awie. Justeru, sejauh mana kebenarannya?

FIZA mula mengenali dunia glamour dan penuh pancaroba apabila dia dipelawa menganggotai kumpulan Elite sekitar 1998. Selepas tiga setengah tahun, akhirnya Fiza melangkah pergi meninggalkan Elite apabila dirinya dihambat kontroversi hebat bersama penyanyi rock terkenal, Awie.

Tidak lama selepas itu, dunia hiburan digemparkan dengan berita Fiza jatuh sakit akibat perbuatan 'guna-guna'. Konon cerita, orang yang bertanggung jawab menujukan ilmu hitam kepada dirinya adalah rakan seperjuangannya dalam bidang seni.

“Selepas Fiza keluar Elite, kontroversi dengan Awie seterusnya jatuh sakit, hari ini Fiza bangun semula dengan semangat baru dan melakukan perubahan drastik supaya diri Fiza tidak terus dilupakan dari dunia seni gara-gara masalah peribadi yang selama ini membelenggu diri Fiza.

“Perubahan yang Fiza maksudkan termasuklah dari segi penampilan diri, pergaulan dan kehidupan peribadi. Orang cakap Fiza sekarang semakin seksi, semakin daring, tapi Fiza tak ambil pusing dengan cakap-cakap orang sebab jika Fiza berpakaian seksi, Fiza tak kacau kehidupan mereka. Kalau ada yang sakit mata tengok Fiza seksi, jangan tengok! Mudah bukan?

“Dulu, Fiza tak seksi, tapi orang kata seksi. Sekarang ni lebih baik Fiza benar-benar seksi, puas hati. Kalau ada yang mengata pun, hati tak sakit sebab inilah diri Fiza yang sebenarnya.

“Biarlah apa orang nak cakap, nak label Fiza artis seksi, yang penting sehingga ke hari ini, Fiza boleh cari makan walaupun hanya dengan berlakon. Fiza benar-benar bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan. Nasib baik boleh berlakon, kalau tak, buat kerja office, lagi huru-hara!
“Sebenarnya Fiza tak takut dengan gelaran seksi kerana yang paling menggerunkan Fiza apabila masyarakat mula melabel Fiza sebagai artis hipokrit.

“Fiza seksi kerana Fiza berbangga dengan anugerah Tuhan. Nanti apabila pemberian itu ditarik balik oleh-Nya, misalnya kita dah tua, dah tak guna nak seksi lagi. Nanti kalau kita tetap seksi, tetap vogue, orang akan kata Fiza perempuan tua yang tak sedar diri.

“Justeru, semasa diri tengah muda, tengah tak ada tanggung jawab yang besar, bolehlah seksi. Walau bagai­manapun, janganlah kita mempersoalkan isu agama dan hukum hakam kerana itu isu sensitif kalau Fiza perdebatkan. Yang penting, open minded,” kata Fiza berterus-terang dan sentiasa lantang memberikan pendapat.

Pun begitu, lantaran tubuh Fiza yang menjadi perhatian mata nakal setiap kali berposing seksi, terdengar desas-desus yang memberitahu, kejelitaan Fiza tidak asli kerana dia menyuntik silikon ke dalam beberapa anggota badannya.

“Fiza pun ada dengar orang cakap macam tu. Orang kata Fiza buat punggung, buat payu dara, buat hidung, tapi maaflah ya kerana semua itu adalah fitnah semata-mata daripada orang yang dengki! Untuk pengetahuan semua, 'barang' kepunyaan Fiza, original, bukan cetak rompak!

“Benar, ada pendapat memberitahu, kita tak perlu seksi untuk popular. Lihat saja contoh terdekat seperti Siti Nurhaliza dan Misha Omar. Tapi, bagi Fiza itu sekadar pendapat umum dan siapa nak ikut macam Siti atau Misha teruskan, tapi bagi Fiza, kita bebas membuat pilihan. Yang penting kita perlu hormati pendirian masing-masing.

“Seperti yang Fiza katakan awal-awal tadi, apa pun keadaan diri, Fiza masih boleh bernafas, boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan artis lain, Alhamdulillah.

“Contohnya dulu Fiza menggunakan nama Fiza Elite, tapi sekarang hanya Fiza, pun boleh hidup! Bagaimanapun Fiza tak pernah lupa asal usul Fiza. Fiza tetap menghargai jasa KRU dan Elite sebagai platform kejayaan Fiza hari ini,” kata Fiza yang semakin lantang bersuara.

Mengenai kerjaya lakonan, Fiza sempat menjayakan dua filem iaitu Anak Mami yang kurang menyerlahkan dirinya, diikuti Getaran, karya yang mencetuskan kontroversi hebat dia bersama Awie. Sekalipun tawaran filem agak suram bagi Fiza, namun produksi telefilem menjadi penyelamat buat dirinya.

Terbaru yang disiarkan di TV2 ialah telefilem Selagi Lasir Menderu, diikuti telefilem 15 episod, Lantera bakal menemui penonton di kaca TV tidak berapa lama lagi. Selain itu ialah telefilem 75 episod, Mengejar Pelangi yang menyaksikan Fiza berlakon bersama Haleeda. Begitu juga dengan Payung Ke Syurga akan disiarkan dalam masa terdekat.

“Boleh dikatakan mulai Jun depan, telefilem lakonan Fiza tak putus-putus bakal disiarkan di RTM. Alhamdulillah, Fiza bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan,” jelas Fiza yang boleh dikategorikan sebagai pelakon berbakat cuma belum ada peluang melebarkan sayap dalam perfileman.
Mengenai pergaulan pula, Fiza sehingga kini masih bingung kerana ramai yang tidak berpuas hati dengannya apabila dia mulai rapat dengan mana-mana artis atau rakan perempuan.

“Apabila Fiza baik saja dengan seseorang kawan perempuan tu, ending kami akan bermasam muka ekoran hasutan orang. Tapi, apabila Fiza rapat dengan artis lelaki, tak pula kecoh! Maksud Fiza tak ada batu api.

“Bagaimanapun, kita tolak tepi soal Awie, itu cerita lama, Fiza dah malas nak ungkit sejarah silam. Banyak hati yang perlu Fiza jaga,” kata Fiza yang ketika ini sudah pun berpunya. Selepas melalui episod hitam dalam percintaan, Fiza kini berbahagia dengan buah hatinya, seorang ahli perniagaan, di mana mereka sudah pun menyemai benih cinta kira-kira tiga tahun lalu.

Tapi, apabila ditanya bilakah Fiza akan mendirikan rumah tangga, terus dia menyerahkan soal itu kepada jodoh. Desas-desus mengatakan Fiza kini mengamalkan kehidupan peribadi yang tidak terkawal dan apabila diajukan soalan itu, dia tidak terkejut.

“Fiza sekarang enjoy dengan cara kehidupan yang baru. Fiza bebas berkawan dengan sesiapa saja walaupun Fiza dah ada komitmen. Boyfriend Fiza faham bahawa diri Fiza tak suka dikongkong. Pun begitu, kebebasan Fiza ada batasannya. Fiza masih ingat amanat orang tua Fiza di kampung,” kata Fiza yang masih minat menyanyi jika ada pihak yang memberinya peluang.


jangan tengok kalau sakit mata“Perubahan yang Fiza maksudkan termasuklah dari segi penampilan diri, pergaulan dan kehidupan peribadi. Orang cakap Fiza sekarang semakin seksi, semakin daring, tapi Fiza tak ambil pusing dengan cakap-cakap orang sebab jika Fiza berpakaian seksi, Fiza tak kacau kehidupan mereka. Kalau ada yang sakit mata tengok Fiza seksi, jangan tengok! Mudah bukan? null

sedihkan kawan-kawan !

Bookmark and Share

  


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

zaidisharif
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6260
Posting: 29
Dari: Malaysia

Sabah  


posticon Posting pada: 05-06-04 18:16




Kenyataan seorang mangsa keadaan Jahiliyah di Malaysia...

Telah berpuluh tahun Jahiliyah subur di Malaysia... tak perlulah sebut negara2 umat islam yg lain... bekas kemegahan Khilafah islam... semua di bahagi2 oleh Barat utk di perintah dengan undang2 kafir ciptaan manusia yg hina... yg tak sempurna kejadiannya...

Masihkah kita diam dengan Jahiliyah ini?

Ubahlah Dunia ini!!! - dgn islam kita mampu!

Kembalikan undang2 langit dari Allah yg Maha Sempurna - tertegak di seluruh muka bumi... buangkan jauh2 undang2 ciptaan manusia yg terang jelas rosak dan merosakkan...

Kasihanilah manusia mangsa keadaan ini... mereka jahil disebabkan kurangnya usaha da'wah menerangkan pada mereka ttg Allah dan islam...

Jika mereka diberi nasihat oleh kita insyaAllah hidayah itu datang pada mereka dan tak mustahil mereka akan lebih hebat dari kita dan masuk syurga terlebih dahulu dari kita...

jangan sekali merendahkan potensi manusia lain!

berilah nasihat yg baik dengan berhikmah...




Jihad zaman Mekah... Jihad dengan Hujjah



Bookmark and Share

  


  Member Information For zaidisharifProfil   Hantar PM kepada zaidisharif   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-06-04 22:23


simpati terhadapnya

-----------------
jangan matikan hatiku sebelum kematianku

Bookmark and Share

  


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 05-06-04 22:39


.....

ini hanyalah salah satu dari statement/berita yang memalukan dan yang pastinya mengaibkan umat Islam.

bukalah majalah hiburan atau berita hiburan, anda akan dihidangkan bukan sahaja puluhan, malah ratusan statement statement yang sebegini....


Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-06-04 23:57



Betul tu nur_malam99, statement sebegini hanya satu dr jutaan yg lain.. Pokok pangkalnya bila tidak takutkan Allah.. inilah akibatnya...

Inilah contoh mereka yang bangga dengan imej seksi.. Dan mereka inilah juga yang akan dijulang2.. Kita yang bertudung labuh ini juga yang terasing di bumi Malaysia....



-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-06-04 02:55


memang kenyataan ini salah satu dari berjuta yang seumpamanya tapi menghargai anugerah TUHAN dengan mempamerkannya memang satu kenyataan yang kurang ajar malah menzahirkan kejahilan individu terbabit..
agaknya apalah komen Ustaz Pirdaus dengan Ustazah Mashitah serta mereka yang sewaktu dengannya dalam pasca Islam hadhari Malaysia..

malukah mereka atau akan terus membisu hanya ALLAH Yang Maha Tahu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

servant
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.01.2004
Ahli No: 6210
Posting: 28
Dari: bdr tun hussein onn

senegal  


posticon Posting pada: 06-06-04 04:26


bodoh ker hape budak pompuan sorang nih??

Bookmark and Share

  


  Member Information For servantProfil   Hantar PM kepada servant   Quote dan BalasQuote

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 06-06-04 06:23



Astaghfirullah... Berani dia mengatakan dia sbg org yg bersyukur pd Tuhan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-06-04 10:28


Seoarang yg berani melawan hukum tuhan dalam masa sama rasa bersyukur.... ?????
Seoarang yg tidak mahu diangap hipokrit tetapi sememangnya sedang dlm hipokrit.....

Siapa tahu sememang bahagia mcm tu ?

[ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-06-06 13:05 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-04 12:32




ish,ish..ape kena perempuan ni...??
berani kata begitu?

moga2 dia cepat sedar dan bertaubat...sebelum terlambat......

Bookmark and Share

  


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

zhurye
Warga Rasmi
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 8973
Posting: 10
Dari: Sabah

Melaka  


posticon Posting pada: 06-06-04 12:43


Ada tak planet lain tuk dia nie.

Bookmark and Share

  


  Member Information For zhuryeProfil   Hantar PM kepada zhurye   Quote dan BalasQuote

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 06-06-04 20:32



Artikel camni x patut di kuarkan... Buleh merosakkan pemikiran anak2 muda, remaja2 Islam yg lain.

Furthermore, org camni x layak ditemuramah... Menghina Islam...



Bookmark and Share

  


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-06-04 22:28


,
pada pendapat ana, kita patut sedih kerana adanya manusia yang jahil sebegini rupa. Kita sepatutnya banyakkan doa kepada Allah SWT supaya dia diberi hidayah oleh Allah SWT kerana kita mungkin tidak akan tahu masa akan datang artis tersebut. Allah SWT boleh balikkan hati manusia sekelip mata sahaja sebagaimana berlaku kpd sahabat r.anhum termasuklah Umar RA yakni seorang yang bertukar drp seorang yang kuat menentang Rasulullah SAW kepada seorang yang mengorabankan harta, jiwa dan tenaga demi agama Allah SWT dan kemudian diangkat darjat olehNYA sehinggakan Rasulullah SAW bersabda jika ada selepasku nabi maka Umar RA yang paling layak.

Waallahua'lam.

Bookmark and Share

  


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3081
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 06-06-04 22:40


emmmm.,...

tak sangka ade jugak orang macam ni ....

Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-04 11:25


mmmm...jahill nyeee....minta -mintak dia sedar akhirnyeeeeeee

Bookmark and Share

  


  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

Zuhairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6256
Posting: 106
Dari: Selayang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-04 11:42




Astaghfirullahal a'zim. Semoga Allah turunkan hidayah ke atasnya. Mengapa sudah tahu akan hukum hakam tapi masih melakukan kesilapan itu?

Quote:
Justeru, semasa diri tengah muda, tengah tak ada tanggung jawab yang besar, bolehlah seksi. Walau bagai­manapun, janganlah kita mempersoalkan isu agama dan hukum hakam kerana itu isu sensitif kalau Fiza perdebatkan. Yang penting, open minded,” kata Fiza berterus-terang dan sentiasa lantang memberikan pendapat



Apakah hukum hakam pada pandangannya, manalah hamba Allah ni belajar agama ya? Apakah konsep aurat pada ilmunya? Semoga kejahilan dihapuskan dari dirinya, insyaAllah. Semoga dirinya jahil, bukannya mungkar(dah tahu salah tapi ttp berdegil). Segalanya terletak atas kuasa Allah. Kita selagi ada kesedaran nikmat kurniaan Allah ini, diwajibkan utk berusaha, melalui berdakwah serta menyedarkan mereka yang masih lalai dan jahil. InsyaAllah kita tidak sibuk memperkatakan masalah hal orang, menuding jari kpd orang lain, tp yg paling penting kesedaran pada diri kita akan betapa bernilainya hidayah Allah pd diri kita dan tanggungjawab untuk berkongsi dengan umat Islam yang lain.

Janganlah kita bersangka buruk, perlulah sentiasa faham bahawa perkara sebegini adalah di bwh perhatian setiap umat Islam. Marilah mekarkan nama Islam. Amar maaruf nahi mungkar itu kan wajib..

-----------------
"Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu Islam"

Bookmark and Share

  


  Member Information For ZuhairiProfil   Hantar PM kepada Zuhairi   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-04 12:12




semoga dia mendapat petunjuk dari yang Esa..

Bookmark and Share

  


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 07-06-04 13:31




Kejahilan dan kemungkaran tercipta apabila diri dibiarkan bernoda dengan persekitaran nafsu iblis.

Ambil iktibar dari kemungkaran ini. Paling penting bagi kita ialah ......jaga diri, keluarga dan sahabat handai terdekat agar tidak terikut-ikut seperti si jahil ini.

Doakanlah semoga sinar hidayah akan menemui si jahil ini sebelum ajal datang menjelma.

Fikirkanlah jika anda masih mampu berfikir!

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

  


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 07-06-04 14:19


hmmm mcm² org zaman skrg...

Bookmark and Share

  


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zaidharisah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.03.2004
Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 07-06-04 15:12


sape fiza ni.. x glamour pun mcm mariah carey. org dah lupa asal usul pas tu tak ingat mati. dia ingat lepas dia mati, dia boleh jadi hantu kot. dia lupa soal kubur. jawab je lah nanti dlm kubur.

Bookmark and Share

  


  Member Information For zaidharisahProfil   Hantar PM kepada zaidharisah   Pergi ke zaidharisah's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 07-06-04 16:47


saya rasa si fiza patut kena tarbiyah lagi. Jadi cadangan saya apa kata kumpulan ukhwah.com antar team untuk tarbiyah dia balik.

Kembalikan cahaya keimanan kedalam hati beliau

p/s; sekdar cadangan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

Nasliyana-Wafa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7355
Posting: 126
Dari: alor setar

Kedah  


posticon Posting pada: 08-06-04 11:10


orang industri hiburan ni memang HIPOKRIT....mengaku je la....ana paling meluat bila diorang suka mencampur aduk yang hak dan batil....kadang kadang kesian tul ana ngan diorang ni....tapi nak wat camner diorang ni lebih majoriti dari segi ketrampilan....

Bookmark and Share

  


  Member Information For Nasliyana-WafaProfil   Hantar PM kepada Nasliyana-Wafa   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-06-04 17:42


kawan-kawan! bukanlah tujuan ana posting kenyataan ni untuk kita kutuk atau cerca individu terbabit, dia hanyalah mangsa kejahilan dan kekeliruan tentang Islam yang dicanangkan oleh kerajaan Malaysia. seperti kata Hanan dan kata Al_farisi dia ni perlu ditarbiyah lagi kerana bukan dia seorang saja yang pernah mengeluarkan statement begini bahkan ramai dan banyak lagi yang sewaktu dan sebau dengannya. Tang perlu kita bincangkan ialah BAGAIMANA untuk merungkai kejahilan yang sudah beraja dan APA tindakan kita?

kalaulah ada ahli Ukhwah yang kenal dan rapat dengan individu yang sebegini,AYUH laksanakan tuntutan jiwa,naluri keIslaman kita!

p/s: harap jangan ada lagi KUTUKAN selepas ini!
jom berbincang dan selesaikan masalah ini bersama

sekian...

Bookmark and Share

  


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

Zuhairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6256
Posting: 106
Dari: Selayang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-06-04 15:12


betul tu pdaus.. Terima kasih fasal dah buka mata fasal hal mcm ni. jom tarbiyyah jom jom..

ya Allah sinarilah kami semua dengan cahaya addinul haq, al Islam.. amin

Bookmark and Share

  


  Member Information For ZuhairiProfil   Hantar PM kepada Zuhairi   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1287
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-06-04 15:31


kita sepatutnya kesian kat dia,bukan mengutuk perangai buruk dia tue..
pasal dia tak dapat hidayah drpd Allah Taala..

-mari kita doakan semoga dia and seangkatan dgn perjuangan dgn dia tue(yg teruk jugak) semoga dilimpahi rahmat dan hidayah dr Allah Taala..
ameen...

p/s:sokong saranan Pdaus..tarbiyah diorang!

Bookmark and Share

  


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

simba
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 184
Posting: 251
Dari: BAnGi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-06-04 15:35


Siannye si Fiza nie..jom pakat2 semua kite sedekahkan kain pada fizanie..tak cukup kain agaknyer

Bookmark and Share

  


  Member Information For simbaProfil   Hantar PM kepada simba   Quote dan BalasQuote

yeop
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen

germany  


posticon Posting pada: 09-06-04 16:06



Itulah salah satu tanda dunia akhir zaman.Manusia berbangga dengan melakukan kemungkaran.Manusia berbangga dengan memakai seluar pendek,berbangga kerana dia berjaya mencuri harta orang lain.berbangga kerana dapat jatuhkan maruah orang lain dan macam-macam lagi kebnggaan atas nama kejahilan mereka yang dapat kita lihat.Sebaliknya manusia malu dengan kebaikan,malu hendak memberi salam,malu memakai pakaian menutup aurat,malu mentarbiyah orang lain,malu bertanyakan hal-hal berkaitan ilmu Allah ta'ala.Apakah mereka tidak malu utk menghadap Allah s.w.t di akhirat kelak dengan melakukan perkara-perkara sebegitu?Ini bukan sahaja utk peringatan saudara-saudari semua,bahkan peringatan utk diri saya sendiri,masih malu menegakkan yg hak.yang batil dibiarkan begitu sahaja.Semoga saudara-saudari memberi tunjuk ajar kepada saya...insyaAllah

-----------------

\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.


Bookmark and Share

  


  Member Information For yeopProfil   Hantar PM kepada yeop   Quote dan BalasQuote

yeop
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen

germany  


posticon Posting pada: 09-06-04 16:06



Itulah salah satu tanda dunia akhir zaman.Manusia berbangga dengan melakukan kemungkaran.Manusia berbangga dengan memakai seluar pendek,berbangga kerana dia berjaya mencuri harta orang lain.berbangga kerana dapat jatuhkan maruah orang lain dan macam-macam lagi kebnggaan atas nama kejahilan mereka yang dapat kita lihat.Sebaliknya manusia malu dengan kebaikan,malu hendak memberi salam,malu memakai pakaian menutup aurat,malu mentarbiyah orang lain,malu bertanyakan hal-hal berkaitan ilmu Allah ta'ala.Apakah mereka tidak malu utk menghadap Allah s.w.t di akhirat kelak dengan melakukan perkara-perkara sebegitu?Ini bukan sahaja utk peringatan saudara-saudari semua,bahkan peringatan utk diri saya sendiri,masih malu menegakkan yg hak.yang batil dibiarkan begitu sahaja.Semoga saudara-saudari memberi tunjuk ajar kepada saya...insyaAllah

-----------------

\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.


Bookmark and Share

  


  Member Information For yeopProfil   Hantar PM kepada yeop   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-06-04 02:12






Keliru?ana amat2 kecewa dengan kenyataannya.Kita pi tarbiyah die balik.Buat usrah dengan si fiza.Tapi sian kat die yer.Kat mak ayah die.Penat2 melahirkan ke dunia...tengok2 jadi macam ni.Nauzubillah...

Semoga kita sentiasa sedar dengan kejatuhan ISLAM dan kejahilan di antara mereka..sama2 kita perangi.

KEsian hek kat die ............................?????
Tak malu..cacat perasaan!!!maruah diri hilang.Harga wanita dalam diri juga mencecah ke nilai RM 1.50..........fikirkan.Agaknyer..berapa ringgit si fiza nih??????
RM 0.30 agaknyer..statement yg mengecewakan...kewarasan manusia yg tahap jahiliyah^^^^^^_______^^^^^^^^



Bookmark and Share

  


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

kakciknah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3875
Posting: 165
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-06-04 14:46



jauhkan diri kita drp bersifat kufur n hipokrit...bukan boleh untung pun....... !!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For kakciknahProfil   Hantar PM kepada kakciknah   Quote dan BalasQuote

fayyzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20937
Posting: 27
Dari: Johor

japan   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 15:30


ya ALLAH, lembutkanlah hatinya agar dia dapat merubah dirinya yang jahil kepada yang lebih baik...

Bookmark and Share

  


  Member Information For fayyzahProfil   Hantar PM kepada fayyzah   Pergi ke fayyzah's Website   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 16:37


Astaghfirullahalazim...
sakit jantungku dibuatnya...


-----------------
JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI...


Bookmark and Share

  


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 17-11-06 16:50


ada ke cakap begitu?
manusia akhir zaman...

Bookmark and Share

  


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 17:01


Ini hasil yang negara kita perolehi setelah hampir 50tahun merdeka...... Bukan fiza seorang mmangsakan dirinya..malah ratus2 ribu lagi remaja kita sanggup mmangsakan diri kepada hasutan nafsu....fikrah kita masih tjajah....
Daulatkan Hukum Allah......ini adalah jalan pyelesaian...kita kembali kepada pecipta sgala kjadian...
Takbir!!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 17-11-06 19:24


ASSALAMMUALAIKUM...
Hmmm.....tak hairan pun dengan statement ini.....
Jika kita temui yang lain yang bukan glamour, yang tak masuk majalah atau paper, hmmmm...lebih berani lagi daripada statement ini...
Tak percaya...cuba saudara ambil peluang berbual2 dengan anak2 gadis Melayu yang berpakaian seksi...cubalah...


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 20:37


Nanti jangan kata jadi mangsa keadaan lah, mangsa eksploitasi lah...Jangan nak salahkan orang lain...Diri sendiri yang rela dijadikan alat untuk kepentingan orang lain...:roll: :roll: :roll:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

  


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 17-11-06 21:05


“Fiza seksi kerana Fiza berbangga dengan anugerah Tuhan. Nanti apabila pemberian itu ditarik balik oleh-Nya, misalnya kita dah tua, dah tak guna nak seksi lagi. Nanti kalau kita tetap seksi, tetap vogue, orang akan kata Fiza perempuan tua yang tak sedar diri.

“Justeru, semasa diri tengah muda, tengah tak ada tanggung jawab yang besar, bolehlah seksi. Walau bagai­manapun, janganlah kita mempersoalkan isu agama dan hukum hakam kerana itu isu sensitif kalau Fiza perdebatkan. Yang penting, open minded,” kata Fiza berterus-terang dan sentiasa lantang memberikan pendapat.


ada jugak manusia begini..cakap ikut sedap mulut...lidah membelakangi akal..takbur pulak tu...seksi sebab bangga dengan anugerah Tuhan??sedar pulak Tuhan boleh tarik balik pemberian tu...tapi tak sedar ke Tuhan boleh tarik bila2 masa tak payah nak tunggu tua..papentah dia ni..nampak sangat statement dia tu semua cuma nak menunjukkan lagi betapa jahilnya dia ni..open minded lah sangat..kalau dah semua nak open minded sampai agama letak kat belakang memang terOPEN luas lah pintu neraka tu untuk hang



Bookmark and Share

  


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

tulips_ilah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25834
Posting: 77
Dari: green_world

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 21:10


:lol: bicara tanpa ilmu....main hentam saja bila cakap.....
:oops: kasihan betul perempuan begini......

Bookmark and Share

  


  Member Information For tulips_ilahProfil   Hantar PM kepada tulips_ilah   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 21:35


subhanallah...apa lah jahil sangat ni.moga diberi Hidayah oleh Allah

Bookmark and Share

  


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 01:13


moga suaminya nanti
dapat membimbingnya ke jalan lurus.
:-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-11-06 07:29


Fiza seksi kerana Fiza berbangga dengan anugerah Tuhan

dia ni seorang wanita atau seorang budak tadika

Bookmark and Share

  


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

perak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2006
Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 12:18


tah brpa org yang benar-benar prihatin tentang perkara ni. sptnya kita ambil serius sebab remaja ni segelintir daripadanya ska jadikan artis sebagai roll model mrka. jadi..kita semua mesti sediakn ilmu yang cukp untuk tarik mrka dari terus terjerumus ke lembah kehinaan Allah s.w.t. kan senang kalau semua org jadikan Rasulullah s.a.w sebagai roll model mrka. insya'Allah slmat dunia akhirat..

Bookmark and Share

  


  Member Information For perakProfil   Hantar PM kepada perak   Pergi ke perak's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 12:49


ramai artis di malaysia lupa tentang erti kata budaya dan hukum agama..bagi mereka budaya tetap budaya..agama ialah soal solat puasa..soal bersentuhan, mendendang suara..itu adalah budaya dalam masyarakat melayu..itu kata mereka..

sedih dan simpati pada mereka..tetapi,,mereka tetap dijulang hebat kerana intipati islam hadhari tidak menyekat soal budaya dan karyawan..

Bookmark and Share

  


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

nieza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam

Johor  


posticon Posting pada: 18-11-06 17:13


Assalamualaikum

Firman Allah,

"Dan berkatalah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang disembunyi dan perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

-Surah An-Nur:31-

p/s:semoga Allah menjauhkan kita daripada kejahilan dalam menuturkan kata-kata.Sesungguhnya Perkataan yang dikeluarkan melambangkan peribadi dan keimanan kita...InsyaAllah

:-o


-----------------
Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi
akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi...
-Imam Malik-


Bookmark and Share

  


  Member Information For niezaProfil   Hantar PM kepada nieza   Pergi ke nieza's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 20:53


semoga kita semua terpelihara daripada "kata-kata" yang hanya memakan diri kita semula...

dan untuk diri fiza...
mudah-mudahan Allah memberikannya at-taufiq wal hidayah....

Bookmark and Share

  


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

perak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2006
Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 10:26


hrmm....teruk betul... susah nak tau islam atau bukan kalau dah brprngai macam 2...

Bookmark and Share

  


  Member Information For perakProfil   Hantar PM kepada perak   Pergi ke perak's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.169005 saat. Lajunya....