Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 162
Ahli: 0
Jumlah: 162




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 15 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: MEMORI KONVOKESYEN


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» MEMORI KONVOKESYEN

Please Mendaftar To Post


Oleh MEMORI KONVOKESYEN

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 03-06-04 14:09


Hamdan lillah. 16 Mei 1999 pertama kali kita bersua.. masing-masing agak canggung, taklimat pertama di Lab Metrologi.. garangnya Dr Zaid..he..he..
* * *
Terkenang. Banyak sekali yang terkenang di lebuh nostalgia. Berbunga satu demi satu memori, tersingkap helai demi helai diari kenangan, masih utuh termaktub langkah-langkah padu, janji-janji satu, suka duka sebuah keluarga.
Terlewat ke kuliah kerana tertidur..dah tu gi kuliah tak sempat mandi.. member sebelah senyum semacam je.. takpe.. pegi jugak kan dari ponteng terus..
Mana mungkin dilupakan jasa ‘murni’ sahabat sekuliah berkongsi tugasan, akrabnya kita!
Adakala menyambut ulangtahun hari lahir bersama dalam mesra ukhuwah.. tiada kalimah seindah untuk dizahirkan. “Masa sudah tamat, sila berhenti menulis, yang meniru sila berhenti meniru!” Senyum simpul Dr Mani sukar dilupa.. Dr Lim yang segak dengan gaya selambanya.. kacang maa.. Aduh.. adakala sama-sama berkongsi boring semasa kuliah.. he..he ada yang tertidur lagi tu.. siapa ye..?
Menarik hadir kuliah Dr K, kuliah yang bertenaga, tak pernah sunyi dari jenaka, senyum panjang dan ikhlas.. “Salah dua daripadanya adalah..” ada ke patut semua gelak kat Dr Khoo.. kegigihannya turut dikagumi.. Waduh.. penatnye salin nota Dr Zaid.. laju sangat.. takpe nanti pinjam nota Kak Omie atau Kak Intan.. tulisan diorang lawa.. Dr Norhashimah.. walaupun dah berpisah tak dilupa.. jangan lupa 7 QC Tools, pareto dll. Dr Zuraidah.. ha..ha tegas tapi baik orangnya..Dr Raje dengan langkah lembutnya menghurai Teorem Boolean..
Ingat-ingat pesan Dr Suzuri Ramadhan yang lalu: “Carilah keredhaan Allah..”
Ketegasan dan kesungguhan ‘Cikgu’ Zalina tidak boleh tidak, terabadi di sanubari.
Jangan lupa pada malam-malam yang lampau tika kita terpaksa korbankan masa tidur untuk menyiapkan tugasan dan study untuk ujian.. (sesekali bermunajat) ..yang ada di sisi kita hanya rahmat Allah, doa ibu ayah dan sokongan sesama.. betah kita menempuh satu demi satu ranjau bersama. Masalah, ujian dan dugaan kita dadai bersama hingga tertegak sebuah kota yang utuh dikubui ukhuwah.
Sahabat, mampukah kita tinggalkan semua ini ??
Masih jelas di mata, keruh wajah Najib ketika ibunya pergi dahulu meninggalkan kita, namun Najib tidak keseorangan.. Begitu juga ketika air mata Kak Ina merungkai duka di pelukan Kak Fizah semasa ayahnya menyambut seruan Ilahi.. kami juga terasa dukanya, Kak Ina tak bersendirian.. Ketika Kak Iza diuji hebat dalam musim peperiksaan kehilangan yang tersayang, yang mampu kami berikan hanya semangat dan doa, kita kongsi duka itu agar tidak ditanggung sepi sendiri.. Begitu juga ketika Kak Mazli kehilangan yang dikasihi..
Tersinggung dan berselisih pendapat, sedangkan lidah lagi tergigit.. maaflah sesama kita. Kita tak mampu berselisih lama akhirnya kemesraan merapuhkan segalanya.. Masih subur di ingatan kasih sayang ikhlas ketika ziarah ke rumah Kak Aida, Kak Omie, Abang Wan (bas), Abe Mi (Ajoi), Kak Fizah, Kak Awin, Kak Faeiz dan lain-lain.. Sama-sama kesyukuran berbunga di dada tatkala memandang seri wajah Kak Ina diijabkabulkan bersama Abang Man, tahniah, barakallahulaka..
Saban tahun kita berbuka puasa bersama pensyarah. Mana mungkin luput dari ingatan jabat salam akrab sesudah tarawih, peluk kasih Aidilfitri ketika hampir raya.. Keluarga kita berkembang dengan kehadiran junior yang amat kita sayang walaupun mungkin mereka tidak begitu mengetahui betapa kita menyayangi mereka. Tidak banyak yang kita mampu lakukan untuk mereka.. tapi kita zahirkan erti persahabatan dan persaudaraan.
Dan hari ini 2 Jamadilakhir 1423H, 11 Ogos 2002 kita bersua lagi untuk bertukar salam tahniah sempena majlis konvokesyen.. juga untuk berpisah.. Allah telah menyaksikan pertemuan dan kasih sayang kita.
Dan hari ini Allah akan menyaksikan hati-hati ini dengan gugup rasa pilu menerima hakikat perpisahan.. ya, kita akan berpisah hari ini.. sudah tiba masanya.. siapa pernah menduga….
Sahabat, kita telah bersama, dan kita akan bersama. Mudah-mudahan kesyukuran sempena pengijazahan ini akan menjadi saksi akan persaudaraan kita..kasih sayang kita..keakraban kita.. kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, kita bertemu kerana Allah..
Dan kini kita akan berpisah..
Juga kerana Allah.
Mudah-mudahan semalam yang pergi, hari ini yang hadir dan esok yang mendatang tidak merubah keakraban kita… Moga Allah berkati segalanya, insya Allah. Berdoalah moga Allah memelihara pertemuan dan perpisahan ini dengan rahmat-Nya…
Selamat Berjuang sahabatku. Hidup cuma sementara, impian kita kejayaan dunia dan akhirat. Matlamat kita keredhaan-Nya.
Walhamdulillah, solatan wasalaman ‘ala Rasulillah.
MEMORI KONVOKESYEN KE-31 QCI USM 2002


Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-04 18:13




Tahniahlah.. seronok dgr pengalaman orang konvo
ana habis belajar bulan 11 ni..
tapi konvonya bulan 8 tahun depan
jenuh menunggu..
doakan ana ye..
wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Tiefia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2413
Posting: 63
Dari: Cheras

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-06-04 19:06




Bestnye baca memori konvo bro. Abdullah...
Paling bestnye sebab tarikh konvo die tuh same ngan besday ana, 11 Ogos.. hehe
anyway, tahniah dr ana..



Bookmark and Share

    


  Member Information For TiefiaProfil   Hantar PM kepada Tiefia   Pergi ke Tiefia's Website   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 04-06-04 09:17


,
Alhamdulillah, solatan 'ala Muhammad,

Tak expect ucapan tahniah sebenarnya, dah hampir dua tahun berlalu, cuma Abdullah ingin berkongsi kenangan dengan sahabat-sahabat di sini..
Bagi adik-adik yang masih belajar, hargailah saat-saat ini, terlalu indah, boleh dikatakan paling manis dalam kehidupan.
Semasa belajar, tension prepare untuk ujian atau exam terasa begitu pahit tapi apabila kita sudah meninggalkan bangku kuliah dan masuk ke alam karier, kenangan di kampus terasa masya Allah itulah yang paling manis sekali...tak percaya, tunggu sahaja bila adik-adik dah konvo nanti, pasti akan memiliki perasaan yang sama..
Pastikan adik-adik keluar daripada gerbang kampus dengan pakej seorang insan- kecemerlangan akademik, kemurnian sahsiah dengan kemuliaan akhlak serta berkeperibadian muslim yang tinggi dengan kefahaman Islam, pastikan ilmu untuk kebaikan di dunia dan akhirat seiring..
Lebih-lebih lagi apabila hubungan antara coursemate begitu akrab dengan adanya kelab khusus untuk pelajar Islam yang disokong para pensyarah.
Cukup manis terasa ukhuwah yang terbina, sampai kini semua masih berhubungan, ada yang dah bertunang, ada yang dah mendirikan rumahtangga, ada yang akan menimang cahaya mata, ada yang dah pun menimang cahaya mata..! Kadang-kadang rasa lucu pun ada, sebab dulu belajar semeja dengannya kini dah bergelar ayah!

Teringat kata-kata seorang Ustaz semasa kuliah Maghrib di USM dahulu- "Barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah taqwanya kepada Allah, sesungguhnya dia semakin jauh daripada Allah" kalau tak silap Abdullah mafhum hadis.. moga kita semua bukan dari golongan tersebut..insya Allah.

OKlah, nikmati campus life anda in a positive and beneficial way, semoga Allah berkati segala usaha, insya Allah.
Salam Jumaat!
Walhamdulillah, salaman 'ala Rasulillah,
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-06-04 09:52




bila membaca coretan Abdullah, terkenang memori masa ana belajar di UiTM dulu... rindu betul pd kwn2 lama... kwn2 yg tahu menghargai erti senuah persahabatan...

ana start belajar disana pd bln Nov 1997 (Matriculation of Library Science)... time tu, masih dikenali dgn nama ITM... then, sambung degree Jun 1999 (Bsc Info Studies)... Apr/May 2002, praktikal di library Bank Negara... masa praktikal dah start apply kerja... habis praktikal, hari2 beli suratkhabar dan surfing internet cari keje kosong... alhamdulillah berjaya menempatkan diri di sebuah sykt swasta... start kerja 1 Okt 2002... my graduation is on 12 Okt 2002... terpaksa minta cuti sehari dari bos for my convocation day... kenangan yg teramat manis yg sukar dilupakan...

Matrix (1997/1999) & IS223 (1999/2002)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-06-04 20:50


waa....xsabar nk tggu konvo bln 7 nih....

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-06-04 21:08


Quote:

On 2004-06-04 20:50, nur_islami wrote:
waa....xsabar nk tggu konvo bln 7 nih....



anti konvo bulan tujuh ni ye..
Tahniah ye nur_islami..


-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 10-06-04 12:58


,
Alhamdulillah, solatan 'ala Muhammad,

Tahniah Nur_Islami yang akan grad tak lama lagi..
Tima kasih Kak Engku sudi kongsi memori bersama kita..

Walhamdulillah, salaman 'ala Rasulillah,
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

sinar_islamiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5550
Posting: 110
Dari: mesia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-06-04 14:13




setuju ngn abdullah...masa study memang best!!kenangan manis yang tak mungkin dilupakan!!susah nak dapat...so, kita kena hargainya...saya grad last year..masa grad dapat jumpa balik kwn2 masa study dulu...masa final sem kitorg rapat sgt2..study sesama...suka duka sume dikongsi bersama...port kitorg kat library sampai library tu dah jd rumah ke dua ...sekarang masing2 dah ada kerjaya tp ukhwah yang terbina tak putus begitu saje..dan alhamdulillah kenangan ni akan berulang kembali (walau tak sama macam dulu)...21jun ni ktrg sama2 akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana...doakan kitorg ye sahabat2 sume! smg kt sume sama2 berjaya dunia dan akhirat dan mendapat ilmu yg bermanfaat...amin ya rabbal 'alamin

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiahProfil   Hantar PM kepada sinar_islamiah   Pergi ke sinar_islamiah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.394243 saat. Lajunya....