Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 172
Ahli: 0
Jumlah: 172




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: panggilan ALLAH SWT yang tidak disangka...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» panggilan ALLAH SWT yang tidak disangka...

Please Mendaftar To Post


Oleh panggilan ALLAH SWT yang tidak disangka...

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-05-04 12:47





Ana tak pastilah sama ada artikel yg ana hantar ini sudah diposting kat mana-mana..
Sekadar ingin beri ingatan sesama kita…

KAU PANGGIL DIA DALAM KEADAAN TAK DISANGKA

Aku tak mengenalinya dan dia tak mengenali ku, tapi kami Engkau pertemukan di penghujung usianya yang ditandai episod hitam itu. Sungguh Engkau berkuasa mencatur perjalanan hidup hamba-Mu dengan insiden yang Engkau telah rencanakan, namun tak terduga oleh hamba-hamba-Mu.

Melihat gadis awal 20-an yang berpakaian agak nipis dan seksi itu duduk di sebelahku di perut mikrobas yang dalam perjalanan membelah Kota Iskandariah hari itu, hatiku bagai tak tertahan untuk menegur, “wahai pemudi…alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu….daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar lelaki.”

Memang tak terduga, seorang gadis sepertinya boleh membalas teguran seorang tua dengan rambut yang sudah dipenuhi uban seperti aku ini dengan berkata , “siapakah kamu wahai orang tua? Apakah di tangan mu ada anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di Syurga atau Neraka?”

Tidak timbul perasaan marah di hati ini melainkan sedih dan terkejut mendengar dia kemudiannya ketawa mengejek. Tambah sedih bila dia cuba memberikan telefon bimbitnya sambil berkata, “Ambil telefon bimbitku ini dan hubungilah Allah swt serta tolong tempahkan sebuah bilik jahannam untukku,”

Hilai tawanya masih terbayang di mata kaburku ini dan masih ku ingat betapa penumpang bas yang lain terdiam mendengar bicara derhaka anak gadis mentah ini. Selepas itu mereka tak menghiraukan lagi karenah gadis yang tak mengetahui hukum-hakam itu, hinggalah sepuluh minit kemudian mikrobas sampai ke perhentian lalu penumpang mula mengejutkan gadis tersebut yang mereka sangka tertidur di muka pintu mikrobas.

Puas dikejutkan, gadis itu tidak bergerak sedikit pun. Rupa-rupanya Engkau panggil dia pulang mengadap-Mu dalam keadaan yang tak disangka-sangka dan tanpa meninggalkan apa-apa pesan.
Astaghfirullah……

Bila sekelumit kisah pengakhiran hidup gadis itu ku tatap di akhbar Manar Islam, hatiku lantas berkata moga kederhakaannya itu bukan datang dari hati sanubarinya melainkan dari kejahilan dan kesewelan jua. Kalau Engkau mahu menghukumnya, itu adalah hak-Mu Ya Allah dan Engkau Maha Adil dalam menghukum, dan di tangan-Mu jua kuasa memberi hidayah atau menariknya kembali.

Ya Allah, telah berakhir putaran hidup hamba-Mu dalam usia semuda itu, namun aku sendiri belum tahu bila dan bagaimana akhir hidupku kelak. Maka, kupohon pada-Mu, jadikanlah sebaik-baik usia senjaku ini di penghujungnya dan jadikanlah sebaik-baik amalanku amalan yang penghabisan, dan jadikanlah sebaik-baik hari bagiku hari Engkau panggil aku bertemu dengan-Mu kelak.





Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 11-06-04 22:26


,
adakah ini cerita benar di kota iskandariah, mesir itu? adakah pemudi itu wujud di negara yg mempunyai sungai terpanjang di dunia? adakah itu replynya kepada seorang tua yang menegakkan amar maaruf dan nahi munkar itu yang telah lama tinggal di negara yg dibuka oleh 'Amru bin Al-Ash?

Sungguh menyayat hati tentang nasib si pemudi ini, sungguh Allah telah mengenankan "permintaan"nya yang meminta orang tua itu menempahkannya "sekeping" tiket...
Allah Maha Kuasa. Moga moga pemudi itu akan dapat masuk syurga dengan syafaat saudara-maranya ataupun selawatnya ke atas baginda Rasulullah s.a.w.... InsyaAllah...
sekian, wassalam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

miss_arin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8931
Posting: 288
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 00:01


saya pun pernah dgr cerita ni..tapi sejauh mana kesohehannya..saya tak pasti..
ape pun kita boleh ambik iktibar dr cerita nuraini tu..


Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_arinProfil   Hantar PM kepada miss_arin   Pergi ke miss_arin's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090645 saat. Lajunya....