Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: STUDY @ JEMAAH..nama nombor satu??!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» STUDY @ JEMAAH..nama nombor satu??!!

Please Mendaftar To Post


Oleh STUDY @ JEMAAH..nama nombor satu??!!

sitimutiah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1141
Posting: 40
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-06-03 00:25


siti nak minta komen , pandangan @ nasihat dari sahabat dan sahabiah sekalian.....kekadang kita tersepit dan keliru dengan tanggungjawab dan amanah kita sebagai seorang hamba Allah,anak,pelajar@ahli masyarakat......konsep AULAWIYAT(keutamaan) lantang dibicarakan tapi bila berdepan dengan situasi sebenar..kata-kata hanya tinggal kata-kata...KENAPA??TERSEPIT??

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitimutiahProfil   Hantar PM kepada sitimutiah   Quote dan BalasQuote

insanbiasa
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1183
Posting: 10
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-06-03 12:46


a'kum. ana bukan nak menjawab, tapi sekadar ingin m'berkan pandangan dan pendapat. disini kita samer2 sedar betapa pentingnya jemaah dan pelajaran. jemaah memang harus diutamakan tapi at the same time kiter jangan pulak lupakan study. kat sini actually its depends on diri kiter sendiri.JEMAAH NOMBOR SATU, STUDY BUKAN NOMBOR DUA! INSYAALLAH.

I am a Muslim woman
Feel free to ask me why
When I walk
I walk with dignity
When I speak
I do not lie

I am a Muslim woman
Not all of me you'll see
But what you should appreciate
Is that the choice I make is free

I'm not plagued with depression
I'm neither cheated nor abused
I don't envy other women
And I'm certainly not confused

wasssalam,hamba Allah.insan biasa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insanbiasaProfil   Hantar PM kepada insanbiasa   Quote dan BalasQuote

ikhqoi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 266
Posting: 60
Dari: klang, selangor

taiwan  


posticon Posting pada: 09-06-03 12:58


hmmm... bagi saya, study lagi penting.. penting sgt... oklah. realiti, kalu anda fail subject @ dismiss. jamaah ker yang nak selamatkan anda... bukan per honestly, ramai yang saya tgok kat tempat saya.. yang kuat jamaah... resultnyer truk gaks.. lepaih tuer tanyer naper truk.. kater sebok ngan jamaah,... aiks jamaah plak yang disalahkan... tapi honestly saya cakap.. kalu tak leh libatkan byk perkara dalam satu masa.. baik anda tumpu kat stadi.. jgn yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran... tapi kalu nak masuk jamaah tuer berpada-pada lah,.,.. jgn menganggu masa stadi... yang penting assignment disiapkan tau...

-----------------
sesungguhnya...pertemuan tidak menjanjikan percintaan tetapi percintaan terbit dari sebuah pertemuan.. itulah realitinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhqoiProfil   Hantar PM kepada ikhqoi   Pergi ke ikhqoi's Website   Quote dan BalasQuote

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 09-06-03 13:26


sebenarnyer kedua-duanyer penting.. dalam hidup nie perlu ada keseimbangan dalam semua hal.. terpulang pada individu itu sendiri untuk menguruskan semuanya berpandukan kemampuannya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa menyusahkan pihak lain.

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 09-06-03 13:27


STUDY!!!
konsep awlawiyat...pelajaran tapi pada masa yang sama jangan abaikan jamaah. ingat, kalau kita tak sehebat hassan al-banna, jangan lah 'agah' utamakan jamaah.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 17:40


Kedua-duanya begitu penting dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar Muslim. Apa pun, segalanya kembali pada diri kita sendiri, sejauh mana kemampuan kita dalam menghadapinya, Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri...

Pelajar yang menyertai jemaah tetapi resultnya kurang baik satu isu juga. Sebaiknya isu ini ditangani, bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas jemaah lebih² lagi kepada agama kita sendiri...

Pelajar² yanh tidak hidup di dalam jemaah agak sukar juga, lebih terdedah kepada ranjau² tribulasi yang bakal menekan pegangan kita sendiri. Hatta di dalam hadith sahih sabit dari RasuluLlah SAW menyeru agar kita hidup di dalam jemaah dengan membezakan kambing yang hidup secara berkumpulan atau sekor² je. Mana yang lebih terdedah pada bahaya haiwan pemangsa ? Fikir-fikirkan...

Kesimpulannya, pelajar yang terbaik adalah pelajar yang mampu bertindak seimbang dalam kedua-dua hal yang cukup penting ini...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 19:29


Ana setuju ngan ukhti Maryam n akhi SaLaFiaN n jugak sahabat² yg lain...
tp yg pastinya... kita perlukan dua²... pelajaran tu penting sbb tanpanya kita tak de ilmu dan tak boleh nak dakwah org... masuk jemaah pon ana rasa tak aktif sngt sbb dia tak boleh nak bg sumbangan / memberi idea² yg bernas kpd jemaah tersebut... tp kalo dr segi wang , tenaga , masa tu boleh la kot.. itu pon kalo dia mampu sumbangkan



-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-06-03 19:59


a'kum....

pada pendapat saya yg tak seberapa ni.. saya mmg bersetuju dgn pendapat yg diutarakan oleh sahabat kita tadi.. kedua-dunya penting.. tapi.. ingatlah!! kita dihantar ke menara gading utk menimba ilmu.. dan ingat amanah yg dipertanggungjawabkan oleh mak ayah kita .. mereka mahu kita berjaya!!.. jadi.. fikirkan matlamat sebenar kita ke menara gading...

soal jemaah tu pulak mmg penting.... tapi.. ingatlah.. kalau kita mengaji tak seberpa.. mcm mana org nak pandang kita sebagai pendakwah.. tunjuklah kepada mereka bahawa kita ni bukan pendakwah yg calng-calang org.. kita ahli jamaah yg cemerlang dlm semua bidang.. jadi tumpukan yg mana satu adalah tanggungjawab kita....

wallhu 'alam..

-----------------
believe, persist and archive

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

ikhqoi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 266
Posting: 60
Dari: klang, selangor

taiwan  


posticon Posting pada: 10-06-03 14:06


hmm... saya still mention STUDY ADALAH IMPORTANT...Bab jemaah tuer bukan per.. penting lah gaks.. tp kenanglah jasa mak pak kiter.. akibat kiter sebok sgt dengan jemaah then dismiss.. parent maner yang tak frustt.. hantar pi ngaji U tetiber dismiss.. time tuer, kawan awak yang dalam jemaah nak tolong ker.. time tuer.. tak kirer kawan awak yang jemaah ker idak ker takkan pandang awak.. cayerlah... kiter kekadang masuk jemaah kerana semangat.. betul tak.. orang lain masuk aku pun nak masuk gaks lah.. hmmm tepok dada tanya hati.. iman akan jawab... tepok dada tanya otak.. nafsu akan jawab.. tp bagi saya stadi dulu lah ooi

-----------------
sesungguhnya...pertemuan tidak menjanjikan percintaan tetapi percintaan terbit dari sebuah pertemuan.. itulah realitinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhqoiProfil   Hantar PM kepada ikhqoi   Pergi ke ikhqoi's Website   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-06-03 16:27


Assalamualaikum..... sahabat- sahabat al-ahibba'.....
yang mana lebih penting?jemaah atau studi.....secara peribadi kedua- duanya sama penting baik studi dan jamaah. melalui pemerhatian ana ...... memang menjadi isu apabila ada student yang bergiat aktif dalam jamah tetapi dalam studi tercorot kebelakang/ tak mumtaz mcm rakan lain. Tetapi secara peribadi lagi ingin ana nyatakan .... jgn biarkan pandangan serong rakan -rakan lain terhadap jamaah....seru kpd makruf dan cegah mungkar memang tugas mukminin.... Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang mengucapkan kalimah lailahaillallah maka dia adalah dai.......
jangan sampaikan kita kecewakan harapan abah dan umi untuk melihat kita berjaya.... tetapi jika ikhlas dalam berjamaah pasti Allah membantu segala urusan insya-Allah..
........................
Berukhuwwah itu manis bila diidhafat pada Allah Rabbulmulk
perhambaan itu asyik bila mengenal Tuan yang Maha Pengasih bersifat dengan kesempurnaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-06-03 02:13


assalamualaikum wbt...

topik ni selalu sangat ana dengar... masing2 menegakkan hujah masing2...

tapi bagi ana... ana setuju dengan pendapat majoriti sahabat2 yang mengatakan jamaah dan study tu penting.... jamaah adalah nyawa kita dan study tu sebagai wasilah kita untuk mencapai kemenangan islam yang hakiki...

apa2 pun kembali semula kepada pengurusan diri masing2... bila kita menjadi ahli jamaah, tiada lagi masa untuk kita bersuka ria.... masa kita pack dengan tugas2 yang diberi... jadi kene pandai bahagi masa sahabat2... ana bagi satu contoh ok....

ana terlibat dalam jamaah secara serius... meeting boleh dikatakan setiap malam antara pukul 8.15 malam ke 11 malam.... jadi ana prepare pagi dan petang tu untuk cover topik yang ana belajar hari tu dan baca sikit2 untuk pelajaran esok... biasanya kuliah ana start pukul 8 sampai 12 t/hari... then ana tak makan t/hari just makan roti dalam makmal sambil2 ulangkaji balik subjek yang baru diajar tadi...

then, klas start balik pukul 2 sampai pukul 5 petang. after solat asar, ana akan stay library buat tutorial+prepare untuk pagi esok.... ulnagkaji kalau baca2 je mana boleh, kene buat nota kecil... pukul 6.15 sampai maghrib ada study group... then lepas maghrib ana dengar kuliah ilmu... then skip ke meeting...

time sebelum start meeting, bacalah nota yg kita tulis tadi.... dapatkan gambaran apa yang telah dipelajari...

dalam perjuangan, ada benda yang kita perlu berkorban kerana pengorbanan menuntut sedemikian... ana terpaksa korbankan sedikit masa main dan sembang... ujung minggu baru boleh main bola... kengkadang dengki juga tegok kawan2 yang bukan ahli jamaah yang sembang dan main sakan....

kalau kita lemah semngat (futur), cuba kita ingat balik pengorbanan Rasulullah... apa yg bginda sebut 3 kali sebalum wafat.... ummati... ummati... ummati...

setakat ni ana berjuang baru keluar peluh dan duit jer, belum lagi macam Rasulullah, bersembur darah bila dibaling batu semasa di Thaif...

apa pun... hidup mati kita adalah jamaah... jiwa dan jasad ini milik jamaah.... tanpa jamaah siapalah kita.... jamaah tak memerlukan kita tapi kita yang mendambakan jamaah...

salam amal islami bersama arus perjuangan islam....



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 11-06-03 08:14


Salamun alaik.. hoho.. nice questions and respons too.. well study still da most important than jamaah.. ini krn dgn adanya ilmu barulah ssebuah jemaah itu berdiri dgn kukuh dan mantap. Jemaah yg tanpa pengisian ilmu yg seimbang sama ada ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah sooner or later akan membantut perkembangan dan kemajuan ssbh jemaah..

Tholabal ilmi faridhotun 'ala kulli muslim .. hadis ini cukup menerangkan kepentingan ilmu dlm hidup manusia.. malah ayat quran yg pertama al-Iqra diturunkan juga berkaitan dgn ilmu iaitu membaca.. Dengan ilmu barulah Rasulullah membentuk kesatuan ummah yg terdiri daripada sahabat dan keluarga terdekat seterusnya berkembang terjadinya negara Islam pertama Madinah yg berasaskan sahifah madinah iaitu bersumberkan ilmu wahyu dari Allah swt...

teringat pulak motto sekolah... berilmu, beriman dan beramal.. ahakss..

Dengan ilmu+iman= barulah boleh beramal.. jemaah konsep die bersepadu mcm motto sekolah lang.. dan kalo nak jelaskan sure tak abis satu hari heheh

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

puterakasih_85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 296
Posting: 39
Dari: johor

iran  


posticon Posting pada: 11-06-03 12:22


Assalamualaikum..
Ana bukan nak beri pandangan, tapi just nak beritahu mengenai hadis lebih kurang beginilah maksudnya, Rasullulah pernah mengatakan bahawa kalau boleh baginda mahu mengerahkan budak-budak kampung untuk mengumpulkan kayu api untuk dibakar rumah-rumah dimana terdapat penghuninya lelaki yang tidak sembahyang berjemaah. Tapi tidak dibakar kerana mengenangkan di dalam rumah itu juga terdapat orang perempuan seperti ibu, isteri juga anak perempuan.
Pertimbangkanlah dalam mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaja di dunia, bahkan juga untuk akhirat...


-----------------
indahnya seseorang itu melalui budi pekertinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterakasih_85Profil   Hantar PM kepada puterakasih_85   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 11-06-03 13:50


putera kasih... takde huraian ttg hadis tersebut? yakni dari segi sanad dan matan hadis, ttg taraf hadis ini sama ada sahih atau hadis hasan mahupun dhoif? jelaskanlah pada kita semua ttg iktibar pengajaran dari hadis ini dan kaitannya dgn persoalan ilmu dan jamaah di sini.. syukran jazilan..

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-06-03 18:10


Quote:

On 2003-06-11 13:50, lang_biru wrote:
putera kasih... takde huraian ttg hadis tersebut? yakni dari segi sanad dan matan hadis, ttg taraf hadis ini sama ada sahih atau hadis hasan mahupun dhoif? jelaskanlah pada kita semua ttg iktibar pengajaran dari hadis ini dan kaitannya dgn persoalan ilmu dan jamaah di sini.. syukran jazilan..



Boleh ana bantu ? Alhamdulillah, ana telah menemui hadith terbabit. Inilah matan penuh hadith terbabit...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak melihat beberapa orang sahabatnya dalam beberapa waktu sembahyang jemaah. Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya aku mengambil berat untuk menyuruh seseorang supaya menunaikan sembahyang secara berjemaah bersama orang ramai. Kemudian aku pergi kepada beberapa orang yang tidak menunaikan sembahyang secara berjemaah. Lalu baginda menyuruh supaya membakar rumah mereka dengan seikat kayu. Sekiranya salah seorang daripada mereka mengetahui bahawa dia akan mendapat segumpal daging yang gempal ataupun lemak yang baik di celah-celah kaki binatang (lembu atau kambing), pasti dia akan menunaikan sembahyang itu iaitu sembahyang Isyak." (Hadith sahih diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Ahmad dan Malik.

Apa pun, tentang rasional hadith ini dijadikan sebagai hujah, moleklah sekiranya tuan badan yang menjawabnya sendiri...

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-06-11 18:11 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 12-06-03 04:42


wokeh... putera kasih?

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

puterakasih_85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 296
Posting: 39
Dari: johor

iran  


posticon Posting pada: 12-06-03 14:30


Terima kasih sahabat kita salafian kerana mendetailkan lagi. Ana dapat ni pun dari hadis sahih muslim. Ana sekarang cuba untuk mecari lebih lanjut mengenai hadis ini nanti.Insya-ALLAH...

-----------------
indahnya seseorang itu melalui budi pekertinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterakasih_85Profil   Hantar PM kepada puterakasih_85   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-06-03 17:36


bagi saya study No 1....tanpa pelajaran siapalah kita sebagai muslim yang hendak menjulang agama sendiri,tanpa ilmu kita bukan sesiapa.Kat Shah Alam ni,Tabliqh semua canggih canggih,ada pilot MAS,Jurutera,pakai selipar Hush Puppies,bukan cap kapal atau Bata...dia org berdakawah,tunjuk teladan baik.Mereka cakap ilmu sgt penting,jadi ilmu masih jadi no 1 tanpa abaikan jemaah.Tu sahaja...


p/s....nak jadi muslim berwawasan

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-06-03 19:00


Assalamualaikum.

Ustat saya pernah berkata bahawa kita perlu mengutamakan akademik tetapi kita tak blh letakkan jemaah di tempat yang kedua. Pandai2 lah nak setting. Kata ustat saya tu membuktikan bahawa akademik dan jemaah itu adalah sama penting bagi kita di peringkat ipt ini. Tak timbul bahawa jika kita bergerak dlm jemaah kita akan mengabaikan akademik sedangkan cuba kita lihat balik masa dlm satu hari. Sudah tentulah kita takkan hanya mengisinya dgn akademik sahaja. Jadi masa yg diperuntukkan utk luar dari akademik itu daripada kita isi dgn melepak, bercouple, merayap2 tak tentu arah, ada baiknya kita isi dgn kerja jemaah. Tak kira la berbentuk persatuan ke, politik kampus ke. Yg pnting kita tahu dlm membahagi dan mengurus masa antara akademik dan jemaah.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 13-06-03 20:20


Quote:

On 2003-06-09 00:25, sitimutiah wrote:
siti nak minta komen , pandangan @ nasihat dari sahabat dan sahabiah sekalian.....kekadang kita tersepit dan keliru dengan tanggungjawab dan amanah kita sebagai seorang hamba Allah,anak,pelajar@ahli masyarakat......konsep AULAWIYAT(keutamaan) lantang dibicarakan tapi bila berdepan dengan situasi sebenar..kata-kata hanya tinggal kata-kata...KENAPA??TERSEPIT??



Kalo dirujuk kpd empunya soalan topik ini maybe mempersoalkan ttg tggjwb sbg mahasiswa, pelajar, anak dan ahli masy. etc..

So apa yg dinilai di sini sama ada study atau jemaah/prog persatuan yg mana satu lebih penting?

Semuanya penting tetapi lebih berat kpd study bagi student di mana² tahap pendidikan.. kita insan yg perlu menuntut ilmu untuk menambahkan pengetahuan di dlm dada manakala aktiviti persatuan/jemaah sebagai penambah pengalaman sbg adunan tambahan yg cukup baik dlm mematangkan hidup..

-----------------
Suatu kelainan hanya di www.softHands.com.my ...... anda berani ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 19:15


bagi saya, tiada yang nombor dua. kedua-duanya adalah nombor satu dan perlu diambil secara serius tetapi seimbang....

saya sangat tertarik dengan rutin doktor_kampung tu... itulah dinamakan remaja yang berdisiplin yang memanfaatkan umur mudanya dengan sepatutnya..

sebab tu, jika kita ambil kedua-dua study dan jemaah itu sebagai nombor satu, maka itulah orang yang berjaya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-09-06 19:42


dua-dua benda itu penting.....study pun penting....jemaah pun penting....so, pandai2lah bahagikan masa.....org lain boleh cemerlang dalam dua-dua benda itu serentak, takkan kita tak boleh.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 21:33


STUDY NOMBOR SATU!
JEMAAH BUKAN NOMBOR DUA!

pertimbangkan dulu tugasan kita sebagai individu dan sebagai anak..apa tanggungjawab kita kepada mereka..anyway, jangan lupakan jemaah..agar kita dapat membantu sesama muslim..

mungkin lambat atau cepat..kita mampu memberi komitmen yang padu kepada jemaah..tapi, jangan abaikan terus..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 23-09-06 18:37


dalam kita mencari dunia
kita tidak boleh lupa akhirat
dalam kita mengisi otak kita
kita tak boleh lupa pengisian rohani kita

kita tak tahu bila kita akan dipanggil menemui ilahi
so, pandailah bahagi masa

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-09-06 19:07


Pada 09-06-03 12:58 , ikhqoi posting:

!!! QUOTE !!!

hmmm... bagi saya, study lagi penting.. penting sangat... oklah. realiti, Kalau anda fail subject @ dismiss. jamaah ke yang nak selamatkan anda... bukan apa honestly, ramai yang saya tengok kat tempat saya.. yang kuat jamaah... resultnyer teruk jugak.. lepaih tuer tanya Kenapa teruk.. kata sebok dengan jamaah,... aiks jamaah pula yang disalahkan... tapi honestly saya cakap.. Kalau tak boleh libatkan banyak perkara dalam satu masa.. baik anda tumpu kat stadi.. jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran... tapi Kalau nak masuk jamaah tuer berpada-pada lah,.,.. jangan menganggu masa stadi... yang penting assignment disiapkan tau...


erm, nampaknya jemaah pulak yang disalahkan. untuk peringatan bersama, kita selaku umat islam berkewajipan meyampaikan dakwah dan untuk berdakwah, tak boleh seorang-seorang. bidaah namanya sebab nabi kita tak pernah buat. hingga sampai satu tahap ana pernah dengar, jatuh hukumnya haram kalau jadi pendakwah bebas tanpa menggabungkan diri dalam jemaah. itu satu kewajipan ye. another 1 most important thing, study kena berjalan seiring agar tidak menimbulkan fitnah kepada jemaah. study tu juga perjuangan yang dituntut untuk jangka masa panjang. sebagai da'ie, kita memang tak banyak masa. bekerja dalam jemaah dan pada masa yang sama beramanah sebagai pelajar, itulah yang akan mendidik kita cara menguruskan masa dengan berkesan. lagi 1, kalau betul kita berada dalam jalan yang Allah redha, insyaAllah, rpasti Allah akan tolong kita. kan Allah dah kata, Allah akan tolong org yang tolong agamaNya...wallahu'alam.

"islam itu seseungguhnya bangkit di celahan jahiliyyah!!"

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 23-09-06 21:13


Pada 23-09-06 19:07 , bintubahariyah posting:

!!! QUOTE !!!


erm, nampaknya jemaah pulak yang disalahkan. untuk peringatan bersama, kita selaku umat islam berkewajipan meyampaikan dakwah dan untuk berdakwah, tak boleh seorang-seorang. bidaah namanya sebab nabi kita tak pernah buat. hingga sampai satu tahap ana pernah dengar, jatuh hukumnya haram kalau jadi pendakwah bebas tanpa menggabungkan diri dalam jemaah.

sapa yang pandai2 jatuhkan hukum haram & bid'ah ni? tak takut ke, suka-suka hati nak letak hukum haram?

zmn Rasulullah SAW & khulafa' ar-rasyidin dulu, para sahabat dihantar berdakwah ke merata tempat, ada yang secara berkumpulan, ada yang berseorangan

jangan pandai2 letak hukum kalau tak pasti

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah" (QS16: 116)


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 23-09-06 21:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

bviolet84
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19281
Posting: 50
Dari: putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-09-06 21:44


bagi saya pun study harus diutamakan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bviolet84Profil   Hantar PM kepada bviolet84   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 00:56


Pada 23-09-06 21:13 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-09-06 19:07 , bintubahariyah posting:

!!! QUOTE !!!


erm, nampaknya jemaah pulak yang disalahkan. untuk peringatan bersama, kita selaku umat islam berkewajipan meyampaikan dakwah dan untuk berdakwah, tak boleh seorang-seorang. bidaah namanya sebab nabi kita tak pernah buat. hingga sampai satu tahap ana pernah dengar, jatuh hukumnya haram kalau jadi pendakwah bebas tanpa menggabungkan diri dalam jemaah.

sapa yang pandai2 jatuhkan hukum haram & bid'ah ni? tak takut ke, suka-suka hati nak letak hukum haram?

zmn Rasulullah SAW & khulafa' ar-rasyidin dulu, para sahabat dihantar berdakwah ke merata tempat, ada yang secara berkumpulan, ada yang berseorangan

jangan pandai2 letak hukum kalau tak pasti

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah" (QS16: 116)



maafkan ana. mungkin ana tak ada dalil yang jelas untuk dibawa sebagai dalil. ana cakap macamtu sebab ana pernah dengar dari seorang penceramah. erm, pasal zaman rasulullah dulu tu, saudara sendiri cakap yang para sahabat dihantar ke merata tempat untuk berdakwah kan? itulah buktinya bahawa mereka dihantar brdakwah atas nama jemaah. atas urusan jemaah. bukan seorang-seorang saja. ok, dalam amal islami ada 3 bahagian iaitu amal fardi ( kerja yang dilakukan secara perseorangn), amal jama'ie ( gerak kerja dalam jemaah) dan amal ijtimai'e (gerak kerja bermasyarakat). cara dakwah yang dibuat oleh nabi dan para sahabat dan tabi'in itu adalah amal fardi yang melengkapkan amal jamai'e. maknanya mereka bukan pergi berdakwah atas niat personal atau saja2 nak pergi sendiri. tapi atas perintah ketua yang mentadbir gerakan islam pada masa tu (in this case, Nabi Muhammad & khulafa' rasyidin).

ok,ni antara dalil2 hadith yang baru ana jumpa.

'seorang muslim bagi seorang muslim yang lain seperti binaan yang tersusun kukuh, sebahagian mereka menguatkan sebahagian yang lain'

'tangan (pertolongan) Allah bersama-sama jemaah, dan sesungguhnya serigala hanya dapat memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya).'

'berjemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab'

'hendaklah kamu bersama-sama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.'

ni pulak kata-kata dari saidina umar alKhattab:

'Tiada Islam dengan tiadanya jemaah, tiada jemaah dengan tiadanya kepemimpinan dan tiada kepemimpinan dengan tiadanya taat'

erm, maafkan ana sekali lagi. ana sedar yang ana ini bukanlah sesiapa untuk mengistinbatkan hukum. ana cakap berdasar sikit ilmu yang ana dengar dari seorang yang 'alim. insyaAllah, kita boleh sama-sama cari kesahihannya. ana harap saudara tak keberatan untuk turut membantu mencari jawapannya. syukran jazilan.

sesungguhnya percanggahan pendapat ialah rahmat.=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 01:58


!!! QUOTE !!!

'seorang muslim bagi seorang muslim yang lain seperti binaan yang tersusun kukuh, sebahagian mereka menguatkan sebahagian yang lain'

'tangan (pertolongan) Allah bersama-sama jemaah, dan sesungguhnya serigala hanya dapat memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya).'

'berjemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab'

'hendaklah kamu bersama-sama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.'

ni pulak kata-kata dari saidina umar alKhattab:

'Tiada Islam dengan tiadanya jemaah, tiada jemaah dengan tiadanya kepemimpinan dan tiada kepemimpinan dengan tiadanya taat'


ini dalil2 yang menunjukkan keutamaan berjemaah, macam mana pula boleh tafsir sampai jadi bid'ah & haram dakwah seorang diri? tugas dakwah wajib bagi setiap individu. sama ada kamu duduk seorang atau berjemaah, kamu tetap wajib berdakwah. siapa yang kata haram?

Rasulullah & sahabat dulu pun tak pernah berdakwah guna internet. so hari ni kamu masuk portal ukhwah, tak bid'ahkah cara dakwah kamu? tak haramkah kamu berdakwah dalam blog, sebab kamu tak dakwah scra berjemaah dalam blog kamu?

Rasulullah SAW & para sahabat dulu dalam jemaah mana, Imam Abu Hanifah, Malik, Syafi'e & Ahmad dulu dalam jemaah mana? enti & penceramah2 bebas @ tak bebas hari ini dalam jemaah mana? tak samakah jemaah mereka dengan jemaah Rasulullah SAW & para sahabat dulu? tak samakah seruan dakwah Rasulullah, imam2 mazhab, enti & pendakwah bebas @ tak bebas hari ini?

tolong bezakan yang mana matlamat, yang mana cara @ platform @ alat. jangan mudah2 nak jatuhkan hukum

kalau tak reti istimbath hukum, then jangan buat. kalau tak pasti, jangan cakap tentang hukum. bab halal haram bukan boleh keluar daripada mulut sesuka hati, lebih-lebih lagi apabila melibatkan bab halal & haram

wallahu a'lam


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 24-09-06 02:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 05:55


Pada 24-09-06 01:58 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

'seorang muslim bagi seorang muslim yang lain seperti binaan yang tersusun kukuh, sebahagian mereka menguatkan sebahagian yang lain'

'tangan (pertolongan) Allah bersama-sama jemaah, dan sesungguhnya serigala hanya dapat memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya).'

'berjemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab'

'hendaklah kamu bersama-sama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.'

ni pulak kata-kata dari saidina umar alKhattab:

'Tiada Islam dengan tiadanya jemaah, tiada jemaah dengan tiadanya kepemimpinan dan tiada kepemimpinan dengan tiadanya taat'


ini dalil2 yang menunjukkan keutamaan berjemaah, macam mana pula boleh tafsir sampai jadi bid'ah & haram dakwah seorang diri? tugas dakwah wajib bagi setiap individu. sama ada kamu duduk seorang atau berjemaah, kamu tetap wajib berdakwah. siapa yang kata haram?

Rasulullah & sahabat dulu pun tak pernah berdakwah guna internet. so hari ni kamu masuk portal ukhwah, tak bid'ahkah cara dakwah kamu? tak haramkah kamu berdakwah dalam blog, sebab kamu tak dakwah scra berjemaah dalam blog kamu?

Rasulullah SAW & para sahabat dulu dalam jemaah mana, Imam Abu Hanifah, Malik, Syafi'e & Ahmad dulu dalam jemaah mana? enti & penceramah2 bebas @ tak bebas hari ini dalam jemaah mana? tak samakah jemaah mereka dengan jemaah Rasulullah SAW & para sahabat dulu? tak samakah seruan dakwah Rasulullah, imam2 mazhab, enti & pendakwah bebas @ tak bebas hari ini?

tolong bezakan yang mana matlamat, yang mana cara @ platform @ alat. jangan mudah2 nak jatuhkan hukum

kalau tak reti istimbath hukum, then jangan buat. kalau tak pasti, jangan cakap tentang hukum. bab halal haram bukan boleh keluar daripada mulut sesuka hati, lebih-lebih lagi apabila melibatkan bab halal & haram

wallahu a'lam



erm, betul semua kata-kata enta tu. astaghfirullah...ana dah salah sangat ini. kesilapan ana yang paling besar kat sini ialah menyebarkan fatwa yang ana sendiri tak jelas ttgnya. syukran atas teguran tu. selama ni ana sendiri jrg bercakap bab hukum. takut salah kecuali yang ana benar-benar beramal dengannya. entah Kenapa jadi macam ni pulak. kepada lain2 pembaca, ana mohon maaf sangat-sangat. tolong ambil pengajarn dari kesalahan ana ni ye. insyaAllah, belajar dari kesalahan. cuma ana masih tak paham bagaimana penceramah tu boleh cakap macam tu ye? erm....tak mungkin dia main hentam saja. papapun, mungkin ada jawapannya. ana sendiri pun terkejut masa mula2 dengar. anyway, ana rasa dah takmau cakap lagi dah pasal hal ni. cukuplah. enta dah datangkan pada ana cukup bukti yang ana stand pada perkara yang salah. syukran jazilan. moga Allah terus pimpin hati kita semua ke jalanNya. ameen...

"sesungguhnya islam itu bangkit di celahan jahiliyyah"
wallahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 10:32


"setiap perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya perbuatan itu boleh dikatakan haram, malah ada juga hukumnya makruh, atau khilaf aula sahaja, seperti daging dhab. Sebab itu tidak boleh kita mengambil dalil haram itu semata-mata ia tidak dilakukan oleh Rasulullah.

Sama juga dengan apa yang dilakukan oleh baginda itu, terus dihukum wajib, tetapi ada juga yang sunat sahaja. Firman Allah bermaksud: Allah s.w.t telah mempermudahkan untuk kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya. (al-Jathiah-13). Rasulullah ada bersabda bermaksud: Sebaik-baik agama di sisi Allah s.w.t. itu, ialah yang hanifiah (lurus dan saksama) lagi senang dan tidak terlampau sempit atau menyusahkan. (Ahmad dan Dailami)

Sabdanya lagi: Kamu sebenarnya diutuskan untuk menyenangkan bukan menyusahkan. (Saikhan dan lain). Sebab itu ulama kita daripada kalangan mazhab Syafii berpegang dengan kaedah yang mengatakan “asal sesuatu itu adalah halal sehingga terdapat dalil yang mengharamkannya, kaedah ini disokong dengan hadis Rasulullah yang mengatakan. Apa yang halal dan disuruh itu hendaklah kamu laksanakan dan apa yang diharamkan atau ditegah itu hendaklah kamu jauhinya, dan apa yang tidak disentuh atau ditinggalkan bukan kerana lupa itu, adalah semata-mata kemaafan daripada-Nya jangan kamu sengaja mengada-ngada (atau cari pasal). (riwayat Jama’ah)"

kata-kata di atas ni ana petik dari ruang forum tentang hukum lelaki bersalam dengan wanita. bila direnungkan, ceteknya ilmu di dada...=(
kepada akhifilislam, fathurramna, timaksih banyak-banyak atas teguran tu. alhamdulillah, Allah masih sayang sebab sudi menunjukkan kekhilafan ana. moga Allah ampunkan keterlanjuran ana...ameen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 11:43


'jemaah no satu study bukan no dua'

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 12:31


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah bersemangat sungguh anak-anak berbincang tentang tajuk ini. Ini satu peningkatan. Sekiranya kita soroti para pemimpin Islam dulu dan juga kontemporari seperti Hasan Al Bana dll mereka adalah top student masa di alam persekolahan sama ada rendah, menengah atau di kolej dan universiti. Cuba baca sejarah mereka terutama para Imam dan juga khalifah ar Rasyidin.

Dan kita tidak nafikan bahawa peranan IQ, SQ dan EQ dalam mengseimbangkan antara study dan juga jemaah.

Maka balik pada asas sekiranya seseorang itu jelas akan Islam, Iman dan Ihsannya (faham konsep HabluminalAllah dan Habluminannas) InsyaAllah tiada masalah untuk jadi top student dan juga aktif dalam jemaah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - jiwa yang tenang (natijah dari ketaqwaan) akan sentiasa peka yang mana satu patut diawliyatkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mashitah_izzati
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.06.2006
Ahli No: 24677
Posting: 69
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 24-09-06 12:37


betul-betul. jemaah no 1 tapi study bukan no 2....
ana setuju sangatsbb, boleh kita dengan jemaah,masa kita sangat pack... seterusnya kita akan mendidik kita menghargai masa dengan lebih baik...
ada saja kesempatan pasti cari buku...
kehidupan kita juga berbeza dari student lain...
kita kena lah tunjukkan kita mampu berjaya dalam pelajaran dan jemaah... baru sahabat2 akan terbuka mata mereka luas2....
insya allah ana yakin dengan allah, sesiapa yang menolong agama ALLAH, insya-allah, allah akan menolongnya balik..47:7
sama-sama lah kita terus istiqamah dalam jemaah dan study...
biar dapat anugerah dekan...
amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mashitah_izzatiProfil   Hantar PM kepada mashitah_izzati   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 13:20


mana lagi dominan..??
jawab ana.. both of them..

make it wasatiah..iaitu seimbangkn hal dunia wa ukhrawi..
tak salah bila masa belajar..waktu yang sama kita ikut jemaah..
tapi.. kalau di IPT.. kita kadangkala tersepit dgnn
AUKU yang tak berapa nak betuii sangat tu..hehe..

bagi ana memang penting dlmm kita berjuang untuk menimba ilmu..
seiring dengan tu.. kita titipkan juga santapan rohani dengan tazkirah..
serta hal-hal ukhrawi ni.. kerna menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim..

so.. once again.. letakkan yang penting itu di atas perkara yang kurang penting..then.. ]
pelajar yang bijak akan manage time dengan sebaiknye..
hehe..

wallahualam'.. :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 24-09-06 13:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.219211 saat. Lajunya....