Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 261
Ahli: 0
Jumlah: 261




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Islam Hadhari hanya Teori


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Islam Hadhari hanya Teori

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Islam Hadhari hanya Teori

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 17:49


ISLAM HADHARI hanyalah teori. Ia bukan teori baru, malahan "selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah dan lenyapnya Khilafah Islamiah, usaha mengembalikan semula tamadun Islam terus diperjuangkan. Usaha pembaharuan Islam telah dilakukan tokoh pemikir Islam seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, Abdul Rahman al-Kawakibi, Syakib Arsalan dan Hasan al-Banna"; itulah ISLAM HADHARI.


Tetapi apakah yang menggagalkan teori Islam hadhari itu daripada dapat dipraktikkan, yang perlu kita cari jawapannya. Sudah berapa ratusan tahun sejarah membuktikan bahawa yang menggagalkan teori ISLAM HADHARI daripada dapat menjadi kenyataan ialah apabila negara merdeka di perintah oleh golongan nasionalis elit berpendidikan Barat. Mereka ini yang sebenarnya adalah sekular, berpura-pura hendak memperjuangkan Islam itu seiring dengan pembangunan dan mengisi kemedekaan.

Golongan nasionalis elit berpendidikan Barat yang menerajui pemerintahan negara tidak akan sama sekali bersetuju bagi memertabatkan Islam dan perundangan Islam. Lihat sahajalah seluruh dunia apabila golongan tersebut menerajui pemerintahan negara, ada-ada sajalah hukum Allah yang mereka tolak, tidak mahu dijadikan undang-undang. Malaysia dan banyak lagi sebagai contohnya menolak Hukum Hudud dikuatkuasakan.

Buktinya bahawa ISLAM HADHARI itu terus menerus hanya sebagai teori saja. Kebangkitan untuk membangunakan tamadun Islam hanya terus menerus hingga kini tinggal dalam bentuk yg dikemukakan oleh tokoh pemikir Islam seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, Abdul Rahman al-Kawakibi, Syakib Arsalan dan Hasan al-Banna. Hasil pemikiran, walau sehebat mana sekali pun, jika mahu dilaksanakan, apabila kononnya mahu dilaksanakan oleh golongan nasionalis elit berpendidikan Barat, ia hanyalah semata-mata ilusi bagi menipu rakyat untuk menyokong untuk mengekalkan mereka berkuasa menerajui pemerintah negara.

Satu hakikat yang amat diabaikan oleh golongan nasionalis apabila memerintah Negara ialah mereka tidak mematuhi Perintah Allah ayat 162 dalam Surah An-A'aam. Mereka menubuhkan parti politik dengan tidak mengira kewajiban Perintah Allah tersebut. Tunku, yang berperanan memerdekakan negara bersama UMNO menerima pakai Perlembagaan yang digubal oleh Reid, dan Tunku sendiri mengistiharkan bahawa Perlembagaan itu adalah Perlembagaan sekular. Ini membuktikan Tunku dan UUMNO tidak mengambil kira ayat 162 dalam Surah An-An'aam di dalam Al-Quran.

Ingatlah segala perjuangan, jika bercanggah dengan Perintah-perintah Allah, maka perjuangan itu sendiri adalah menderhaka kepada Allah. Maka tidak hairanlah kerana tamak menubuhkan Malaysia, Singapura tergadai kepada kupar kufar. Ekonomi terus dikuasai oleh kaum kufar hingga kini.

UMNO hari ini, merupakan parti politik yang menderhaka kepada Allah, apabila parti politik itu menerima penganut kristian sebagai ahli. Ini membuktikan UMNO perjuangannya melalui wadah atau parti politik yang menderhaka kepada Allah, iaitu melanggar ayat 139 dan 144 dalam Surah An-Nisaa, dan ayat 51 dalam Surah Al-Maidah. Sekarang mahu bercakap untuk melaksanakan Islam Hadhari, pada hal wadah, iaitu parti UMNO sendiri tidak mematuhi Perintah-perintah Allah seperti yang dinyakan tadi. Adakah di bawah pentadbiran Pak Lah, hukum Hudud akan dilaksanakan? Jika tidak dilaksanakan, Islam Hadhari itu hanyalah teori kerana Perintah Allah masih ada yang tidak dikuatkuasakan.

Apabila Perintah Allah tidak dilaksanakan oleh Pemerintah, maka Islam Hadhari itu akan tidak dapat dilaksanakan. Kalau dilaksanakanpun; samalah juga hasilnya sejak pemikirannya dicetuskan, hanya tinggal menjadi teori kerana hasilnya adalah "lagha", iaitu sia-sia.

Menegakkan tamadun Islam bererti mematuhi SEMUA Perintah Allah. Apabila hanya satu saja Perintah Allah, maka itu bukannya layak dikatakan sebagai Tamadun Islam. Malah ia akan bertukar menjadi "Tamadun Islam" hanya pada label atau nama, tetapi yang dibenci oleh Allah sendiri. Perinsip mengenai akibat kebencian Allah itu ada dalam ayat 38 dalam Surah Al-Israa, di dalam Al-Quran.

Prinsip yang terkandung di dalam ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu tidak dipedulikan oleh golongan nasionalis elit yg berpendidikan barat atau dalam negara sendiri justeru golongan ini mengenepikan Perintah Allah, ayat 162 dalam Surah An-An'aam. Tanpa mempedulikan ayat 162 dalam Surah An-An'aam dan prinsip dalam ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu, buatlah Islam Hadhari atau Islam apa pun yang dilabelkan, namun penentuan berjaya tidaknya adalah TETAP dalam kuasa Allah.

Apabila dalam kebencian Allah, apakah Allah akan anugerahkan kejayaan Islam Hadhari bagi umat Melayu, atau hanya akan terus menerus namanya saja Islam hadhari tetapi bagi rakyat Melayu "menang sorak kampung tergadai" terus menerus.

Perjuangan PAS dibenci. Apakah yang diperjuangan oleh PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam? Perjuangan PAS melalui politik supaya memperolehi kuasa memerintah Negara, supaya Negara mematuhi Perintah-perintah Allah, agar Negara tidak terus menerus dalam kebencian Allah. Patuhi segala Perintah Allah bagi menghindari dari datangnya kebencian oleh Allah. Itulah sebabnya Hukum Hudud diberi keutamaan oleh PAS supaya ia dilaksanakan oleh Negara kerana Hudud adalah Perintah Allah.

Soal Hudud boleh atau tidak menjamin tiadanya orang Islam berzina, mencuri dan minum arak, itu bukan persoalannya. Persoalannya ialah mematuhi Perintah Allah, kalau mengaku bahawa Hudud juga adalah Perintah Allah. Sepatutnya UMNO yang juga ahli-ahlinya majoritinya orang Islam, perjuangan mereka mestilah juga supaya Negara tidak dibenci oleh Allah, dengan segala Perintah Allah Negara laksanakan, termasuk Hudud itu.

Apakah gunanya ISLAM HADHARI kalaupada masa yang sama negara dan rakyat Melayu Islam terus menerus dibenci oleh Allah?





jadi..nak elak mcm mane ni..semakin buat kaedah baru yang sangat lapuk..semakin banyak gejala maksiat berlaku...mana islamicnya???

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-04-04 17:58


,
disana sini asyik dengar negatif sokmo.. kadang2 naik pening. Benda negatif ni bagus untuk perbetulkan kefahaman kita, tapi kalau duk asyik dengar negatif, kita pun duk asyik kutuk sampai bila kita tidak akan membangun. Kita sendiri yang harus bangkit membangunkan islam yang sebenar, kadang2 kita mengutuk orang yang dah kita tahu kebatilan mereka. Apa salahnya kita turun membentuk masyrakat islam yang sebenar, sebenarnya rakyat yang salah memilih kerajaan, buat apa salahkan kerajaan, salahkan rakyat itu sendiri. Berpunca daripada lemahnya keyakinan rakyat tentang ISlam sebagai ad-din. Tahi cicak di atas sofa tidak perlu dibising2kan, apatah lagi jika ada tetamu, ambik kain buang tahi cicakk tu, bereslah keje. Jadi bagaimana kita harus turun ke padang supaya mengembalikan rakyat kepada keimanan yang hakiki. wallahua'lam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 18:21


Saya cuma nak dapat kepastian sebelum memberikan komen.Apa yg di maksudkan dengan Islam Hadhari ni, sebabbnya saya tengok dari persepktif UMNO lain; PAS pulak kata lain macam mana.Sedangkan PAS pernah menjadikan tema HADHARI sebagai tema bagi muktamarnya tak silap ana tahun 1986.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

achik252
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8180
Posting: 25
Dari: pahang

bahrain  


posticon Posting pada: 14-04-04 10:02


PERJUANGAN DALAM JEMAAH PAS
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA Latar Belakang Kemunculan Gerakan Islam (harakah Islamiyyah) di seluruh dunia amat diperlukan sebagai suatu force yang akan memastikan hukum Allah SWT terlaksana di atas muka bumi setelah jatuhnya Khilafah Islamiyyah. Dari segi syara’ ia adalah suatu kewajiban umat Islam berdasarkan nas al-Qur’an dan juga hadith Rasulullah SAW. Setiap gerakan Islam di dalam sesebuah negara mempunyai peranan pentingnya. Dari segi teori, sebaik-baiknya ada SATU gerakan di dalam sesebuah negara demi perpaduan, menjimatkan tenaga, masa dan wang. Namun realiti yang berlaku hari ini menunjukkan kemunculan banyak kumpulan Islam yang masing-masing mempunyai haluan yang tersendiri, termasuklah di negara kita. Dalam konteks Malaysia, PAS adalah satu satunya pilihan sebuah jemaah Islam yang perlu didokongi untuk merealisasikan tugas dan tanggungjawab seperti yang telah disebutkan diatas. Setiap ahli PAS hendaklah memahami hakikat bahawa dia adalah merupakan anggota kepada sebuah jemaah Islam yang menjadikan politik sebagai wasilah untuk sampai kepada satu matlamat yang besar. Setiap ahli PAS adalah anggota kepada sebuah jamaah Islamiyah global yang berperanan ditapak tempat dia berdiri. Kita lihat AS dan UK sering berkempen di pentas dunia betapa bahayanya Iraq kepada dunia. Mereka merantau ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam di Asia Barat meyakinkan pimpinan negara-negara Islam bahawa perang yang akan mereka lancarkan “bukan perang terhadap Islam tetapi pengganas Islam.” Oleh itu, kita lihat mereka lebih bersikap global apabila menyerang Islam. Tetapi masih ramai umat Islam masih tidak menyedari hakikat ini malah mereka sering bercakaran di antara satu sama lain dan mengambil pula takrif Islam dari sumber yang tidak ada asal usulnya dalam Syariah Islam dalam menangani isu dan maalah mereka sendiri. Akibatnya umat Islam ibarat menumpang dinegara sendiri. Oleh sebab kuasa-kuasa kuffar bergabung secara global, maka umat Islam dunia juga mesti merencana strategi secara global untuk menangkis serangan pihak kuffar. Di sinilah peranan yang boleh dimainkan oleh Gerakan Islam. Allah SWT telah mengizinkan beberapa Gerakan Islam di dunia menang bertanding dalam pilihanraya di negara masing-masing – di Turki, Lebanon, Mesir dan banyak lagi termasuk kita di Malaysia. Pentas demokrasi yang diizinkan perlu diambil kesempatan oleh semua Gerakan Islam dunia supaya suara Islam dibenarkan berkumandang di dewan parlimen masing-masing. Ini suatu kewajiban yang diizinkan oleh syara’ malah dituntut oleh syara’ dalam konteks dan ruanglingkup dakwah. Inilah pentas politik yang dapat digunakan untuk berdakwah. Cabaran Yang Dihadapi Umat Islam Umat Islam kini berada di ambang tekanan yang amat hebat oleh negara-negara yang diperintah oleh orang-orang Islam sendiri termasuklah Malaysia. Dengan itu, Gerakan Islam berhadapan dengan dua musuh: (i)kuasa kuffar dan (ii) pemerintah Islam sendiri. Di dalam negara, pemimpin negara sering menonjolkan pelbagai agenda berlabelkan Islam yang amat mengelirukan ummah, menguatkuasakan pelbagai undang-undang, mengawal masjid-masjid, memporak-porandakan sistem pendidikan Islam dan mengubahkannya supaya menjadi sistem pendidikan formal biasa dan berbagai-bagai lagi. Di luar negara imej Islam dilabel sebagai pengganas yang tidak mengenal erti kemanusiaan, ajaran sesat, songsang, fundamentalist dan sebagainya. Dalam suasana ini intima’ dan iltizam kita kepada jemaah menjadi berlipatkali ganda. Kekentalan jatidiri sebagai anggota sebuah jemaah Islam mestilah dijadikan perisai setiap ketika untuk menangkis cubaan yang merupakan saringan terhadap keikhlasan kita memperjuangkan Islam ini. Kehadiran kita didalam jemaah ini bukan secara kebetulan tetapi satu kewajipan untuk memperjuangkan Islam. Kekuatan dalaman ini akan hanya dapat dilaksanakan jika sekiranya urusan tarbiyah menjadi agenda utama setiap ahli. Tarbiyah hendaklah dilihat dalam aspek nya yang luas yang akan melahirkan pejuang dan bukan hanya sekadar pemidato. Tarbiyah akan melahirkan keyakinan bahawa apa yang sedang kita lakukan ini adalah merupakan satu jihad yang akan pasti menerima kemenangan diakhirat selain mencari kemenangan didunia. Jemaah yang kita dokongi ini adalah jemaah yang telah lima puluh tiga tahun menjalani proses berbagai untuk menambahkan keyakinan kita terhadap perjuangannya. Kalau ada kekurangan, kita yang akan membaikinya. Kalau ada kelemahan kita yang akan memperkasakannya. Jemaah ini adalah milik kita untuk diajak pula mereka yang berada diluar sana bersama dengan kita. ‘Sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan ummah, PAS adalah satu dari mata rantai gerakan lslam seluruh dunia. la bersama-sama dengan lhkwanul Muslimin di Mesir, Jamaat al-lslami di benua kecil lndia, Hamas di Palestin dan lain-lain harakah lslam di seluruh dunia, menawarkan khidmat kepada umat lslam supaya bangun bersama lslam dan mewujudkan corak hidup lslam. PAS telah membuktikan ketabahannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan. Dan PAS telah mentarbiyahkan ahli dan penyokongnya supaya mengutamakan kepentingan parti dan jamaah dari yang lain-lain serta terus beristiqamah, berakhlak mulia dan sentiasa mencerminkan syakhsiyah lslam. Juga meletakkan budaya dan ciri-ciri kenegaraan lslam di dalam setiap diri. Pendokong gerakan lslam mestilah menjadi contoh yang baik untuk diteladani dalam apa juga bidang. Perlu diingat bahawa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan adalah sebahagian dari ibadah. Ahli-ahli gerakan lslam hendaklah sentiasa merasakan diri terpanggil apabila berlaku sesuatu peristiwa yang memerlukan khidmat dan pembelaan lslam serta hendaklah peka terhadap setiap perkembangan dan kejadian. Setiap pendokong gerakan lslam hendaklah dari masa ke masa memperbaiki akhlak serta mempertingkatkan ilmu disamping sering bermuhasabah atau memeriksa diri sendiri. Justeru itu, peribadi dan akhlak ahli-ahli PAS secara langsung mencerminkan suatu dakwah yang boleh menarik dan memikat masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan PAS. Ahli-ahli PAS berkewajipan melahirkan tanggapan positif masyarakat terhadap PAS. Mereka wajib mempertahankan nama baik jamaah sehingga segala prasangka dan tanggapan negatif masyarakat terhadap PAS dapat dihapuskan. Mereka yang berpandangan positif terhadap perjuangan PAS layak untuk bersama PAS, dan pintu PAS sentiasa terbuka kepada mereka. Seseorang lslam yang berhasrat untuk berjihad dan ingin memberi sumbangan kepada agama dengan apa yang ia mampu dan mereka yang ingin melihat lslam didaulatkan, serta insaf akan masalah dan himpitan yang dihadapi oleh lslam dan umatnya, dan berazam untuk mencari keredhaan Allah, maka mereka ini akan dapat bersama dengan PAS dan perjuangan ke arah tadi. Ketika PAS muncul di awal penubuhannya lalu, politik lslam dianggap asing oleh sesetengah pihak. la dianggap tidak wajar wujud dan tidak secucuk dengan zaman. Undang-undang lslam dilupai dan tidak mungkin dikemukakan semula. Tetapi hari ini, suka atau tidak suka, semua pihak di luar PAS sama ada dari dalam atau luar negara telah menerima hakikat bahawa adanya politik lslam. Malah kini ada yang sudah pandai menyebut siasah syariah, maqasid syariah dan beberapa istilah lagi yang telah diperkenalkan oleh para ulama lslam sejak dari abad awal hijrah lagi. Konsep siasah dalam lslam sudah menembusi telinga, tembok batu dan bangunan cermin di seluruh dunia. la adalah satu kejayaan hasil dari perjuangan gigih umat lslam dan harakahnya yang tidak pernah mengaku kalah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Tuhan bahawa agama ini (lslam) akan sampai ke mana juga selagi mana sampainya malam dan siang”. Kita yakin semua aspek dalam perbendaharaan lslam akan menjadi agenda yang bertambah penting bagi semua pihak termasuk mereka yang masih menaruh prasangka terhadap lslam. Justeru itu, kita jangan jemu dan penat untuk menerus dan meningkatkan perjuangan supaya para petualang tidak menguasai suasana dengan menggunakan modal lslam dan kita jangan sekali-kali membiarkan politik dan suasana menguasai lslam, tetapi perjuangkanlah supaya lslam menguasai politik dan suasana. Sejarah manusia sepanjang zaman mengesahkan betapa getirnya pertarungan antara golongan yang berkuasa dengan yang lemah. Golongan yang lemah ditindas dan dizalimi sekalipun mereka berada di pihak yang benar. Golongan yang berkuasa pula biasanya memiliki kekuatan dan keupayaan yang tidak mampu disaing oleh golongan lemah. Mereka bukan sahaja dapat menguasai rakyat melalui kuasa yang ada, malah mereka menundukkan rakyat melalui tipu helah yang bertopengkan kebaikan dan kepentingan rakyat (umum). Fenomena ini terus berjalan dari zaman ke zaman. la adalah sandiwara hidup yang dipentaskan di dunia, cuma yang bertukar ialah pelakonnya sahaja. Sejarah lslam telah memaparkan melalui kisah-kisah al-Quran dan Sunnah tentang kepedihan dan ranjau-ranjau yang pernah dilalui oleh para anbia dan Rasul-rasul a.s. serta pengikut-pengikut mereka dalam menyampaikan risalah Allah kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji” - (al-Buruuj: . Golongan yang mahukan kepada lslam seringkali dihina, dicemuh, ditohmah, difitnah dan berbagai lagi tindakan yang dilakukan oleh golongan kuffar yang berkuasa. Golongan ini terus menolak seruan yang dibuat sekalipun seruan dan dakwah itu untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat. Al-Quran telah memaparkan peristiwa pertarungan antara Nabi lbrahim a.s. dengan Namrud, Nabi Musa a.s. dengan pemerintahan Firaun dan akhirnya antara Nabi Muhammad SAW dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di Mekah. Semua peristiwa ini menjadi contoh bagi meningkatkan keyakinan kita dalam perjuangan lslam yang kita dokong selama ini. Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang memakan masa lebih dari dua dekad adalah contoh terdekat untuk kita renungi dan pelajari. Para rasul sebelumnya hanya menghadapi satu barisan musuh sahaja iaitu kekuasaan dan kekuatan kuffar setempat. Keadaan ini berlainan dengan suasana yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW, di mana baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kuasa kuffar dari dalam dan luar disamping penyatuan barisan di kalangan mereka yang mendakwa sebagai Muslim iaitu golongan munafiqin dengan kekuatan kuffar dalaman yang terdiri daripada kaum Yahudi dan musyrik Arab. Meskipun demikian, seluruh barisan musuh telah dapat dipatahkan, malah ramai dari pengikut golongan kuffar telah memeluk lslam dan menerima ajarannya yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW itu, bahkan ikut memperjuangkannya pula. Firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang bathil telah hilang lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap” - (al-lsra’: 81). Sungguhpun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita 14 abad yang lalu, tetapi risalah lslam terus berjalan dan berkembang. Generasi demi generasi terus mempertahankan risalah lslam dan memperjuangkannya dengan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dalam bentuk yang sama seperti yang dihadapi oleh Rasulullah SAW atau cabaran dalam bentuk baru. Sesungguhnya, musuh-musuh lslam mempunyai matlamat untuk menghancurkan lslam dan kekuatan ummahnya. Firman Allah yang bermaksud: “Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya” - (at-Taubah: 32). Hari ini gerakan lslam atau harakah lslam terus mewakili cabaran yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW. Suasana yang dihadapi kian hari kian meruncing. Pendokong gerakan lslam kini terdiri daripada manusia biasa, keupayaan yang mereka miliki adalah terhad. Sementara penentang-penentang lslam semakin rakus dan ganas. Dalam keadaan serba terhad ini kita menghadapi gabungan kekuatan kuffar dan munafiqin serta konspirasi hebat mereka. Penentang gerakan lslam hari ini telah mempelajari pengalaman yang pernah dialami oleh kuasa kuffar dunia bahawa selagi mereka menentang lslam secara terbuka dan menggunakan kekerasan, selama itulah umat lslam tidak akan kecundang atau tunduk kepada mereka. Oleh itu mereka telah mengubah strategi yang dianggap sebagai baru iaitu dengan menunjukkan bahawa mereka bersimpati dengan lslam dan nasib ummahnya, malah ada di antara mereka yang mendakwa bahawa merekalah pejuang lslam yang sebenar. Mereka menuduh gerakan lslam sebagai golongan yang menyeleweng, ekstrim, pelampau dan sebagainya. Mereka menonjolkan kepentingan maddi dan duniawi yang dapat mempesonakan orang-orang awam biasa dengan berselindung di sebalik slogan-slogan pembangunan yang kononnya selari dengan ajaran lslam. Mereka menggunakan lslam untuk menentang lslam. Mereka mulai mencari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang kononnya menyokong tindakan-tindakan mereka. Mereka melaksanakan program yang berbentuk agama yang dapat memberikan keuntungan kebendaan dan keduniaan, tetapi membiar dan merelakan kemungkaran dan kemaksiatan bermaharajalela di hadapan mereka. Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan demikianlah kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang besar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya” - (al-An’am: 123). Kita hendaklah sedar bahawa apa juga bentuk rancangan jahat yang telah diatur oleh mereka bagi menghalang dan menentang lslam tidak mungkin berjaya, sebaliknya lslam akan terus berkembang dan mara ke hadapan. “Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan jahat mereka (untuk menentang lslam) sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu dapat melenyapkan gunung-ganang” - (lbrahim: 46). Dalam konteks negara kita Malaysia, PAS sebagai satu wadah perjuangan ummah hendaklah meneruskan perjuangan tersebut demi untuk keagungan lslam dan menegakkan perintah Allah di atas muka bumi ini. Justeru itu, PAS hendaklah tetap dengan identitinya disamping berkewajipan pula menyatu dan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan penyokong-penyokongnya. Dengan kesepaduan sokongan daripada ahli-ahli dan penyokong, PAS bukan sahaja mampu menghadapi lawan dengan mudah, malah boleh mengerunkan pula mereka. Untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan, semua ahli dan penyokong-penyokong PAS bermula dari peringkat pimpinan atas hinggalah kepada ahli-ahli biasa hendaklah sentiasa patuh dan taat kepada setiap arahan jamaah walaupun arahan-arahan itu berat dirasai. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menjadi kewajipan atas setiap Muslim mendengar dan mematuhi sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka”. Perlu ditegaskan bahawa PAS mempunyai syakhsiyahnya tersendiri dan ia bergerak serta berjuang mengikut peraturan dan khittah parti. Apa yang PAS lakukan adalah kesinambungan kepada apa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu. Sebagai jamaah yang mempunyai sikap dan syakhsiyahnya, perjuangan PAS tidak mungkin boleh dijual beli. Atas sebab-sebab itu maka PAS, tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya ia boleh menjejaskan dasar dan syakhsiyah PAS. Sungguhpun demikian, PAS tetap mengamalkan sikap terbuka. PAS sedia berunding dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebaikan ummah sama ada dari dalam atau luar negara. PAS bukanlah sebuah gerakan yang memencilkan diri seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Di dalam negara, PAS telah bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46, Berjasa dan Hamim bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). PAS bekerjasama dengan parti-parti ini kerana mereka menghormati dasar perjuangan PAS. Sebaliknya PAS tidak dapat bekerjasama dengan UMNO dan seumpamanya yang tidak dapat menerima dan menghormati dasar PAS. Sementara diperingkat antarabangsa pula, PAS mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa gerakan lslam, dan hubungan ini begitu rapat sekali. PAS bersama gerakan tersebut (lslam) adalah kerana mereka memiliki dasar dan aspirasi matlamat yang sama dengan perjuangan PAS. PAS juga sentiasa bersama-sama dengan umat lslam di mana-mana sahaja, terutamanya mereka yang ditindas, didera dan dizalimi. PAS pernah menyokong umat lslam di lran kerana PAS yakin mereka dizalimi. PAS juga bersama umat lslam di lraq dalam menghadapi pakatan jahat Amerika dan sekutu-sekutunya dahulu. Komitmen PAS terhadap perjuangan umat lslam Palestin, Kashmir, Bosnia-Herzegovina, lndia, Rohingya, Moro Filipina, Afghanistan, Chechen dan lain-lain tetap tinggi, malah semakin meningkat. Apa yang PAS lakukan adalah berdasarkan kepada ajaran lslam itu sendiri, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman di antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri”. Apabila PAS menyokong mana-mana negara lslam atau gerakan lslam, bukanlah bererti PAS telah diperalatkan oleh mereka. Sekali lagi dinyatakan bahawa PAS mempunyai visionnya yang tersendiri. PAS juga mempunyai dasar dan sikapnya sendiri. PAS tidak bersedia untuk diperalatkan oleh mana-mana pihak dan PAS tidak mungkin menerima sebarang arahan dari mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar. Dasar dan pegangan PAS tidak lain adalah memperjuangkan lslam. Dasar ini tidak pernah berubah dari dahulu hinggalah sekarang. PAS bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan lslam. PAS terus menjadikan lslam sebagai landasan perjuangan dan menjadikan lslam sebagai matlamat gerak kerjanya. PAS juga tidak pernah bercadang untuk mengikut jejak langkah orang lain yang sentiasa berubah dasar perjuangan mereka’. Strategi BA yang menggabungkan PAS-Keadilan-DAP-PRM pada peringkat permulaan ditubuhkan dikira amat bertepatan dengan realiti politik semasa Malaysia dalam konteks menentang BN dan jika ditakdirkan Allah, akan menumbangkan BN dan BA akan memerintah pula. Sebelumnya, semua parti pembangkang berdiri sendiri dan menentang BN yang menggabungkan banyak parti. Namun pada Pilihanraya November 1999, strategi BA telah menampakkan hasil dan PAS mengekalkan Kelantan, berjaya menakluk Terengganu dan hampir menakluki Kedah. Kedudukan PAS dalam BA telah diputuskan oleh Majlis Syura dan Dewan ‘Ulama’. Ia juga mengambil kaedah at-Tahalluf as-Siyasi yang dibenarkan. Selain kebolehan dari segi syara’, BA mempunyai beberapa kebaikan kepada PAS, di antaranya: (a) Kekuatan pembangkang akan disatukan dari segi politik. Ini ternyata amat membimbangkan BN. (b) PAS dapat mengeksport idea Islamnya kepada parti-parti lain yang bergabung dengannya di bawah BA terutama kepada kaum bukan Islam. Ini sangat penting dari segi politik jangka panjang. Dengan kata lain, melalui BA pun, PAS sedang berdakwah. (c) Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk. BA adalah latihan awal bagi PAS untuk memahami kepelbagaian kaum di bawah satu entiti politik. Dulu kita pernah ada CCC, namun ia cuma sebuah unit kecil di dalam PAS. Namun dengan adanya BA, runglingkup politiknya lebih luas dan lebih mencabar. PAS berpandangan kesepakatan poltik BA perlu diteruskan. BA yang mendapat sokongan kuat almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor akan diteruskan sehinggalah diputuskan sebaliknya oleh Majlis Syura dan Dewan ‘Ulama’ PAS sama ada PAS akan kekal dalam BA atau keluar daripadanya. Prospek entiti politik BA amat cerah jika perpaduan pelbagai parti dalam BA dapat dikawal dan persefahaman yang baik dapat dijaga. Jika BN kekal sehingga kini, maka BA pun boleh malah lebih baik daripada BN, insya’ Allah. Satu aspek penting yang tidak boleh kita lupai ialah hakikat bahawa PAS mesti mengambilkira suara bukan Islam/Melayu dalam konteks Malaysia. Suara Islam PAS mesti benar-benar difahami oleh rakyat bukan Islam/Melayu. Kita berpendapat bahawa, disebabkan fahaman Islam sebenar telah berjaya dimainkan oleh media antarabangsa dicampur dengan tafsiran sekular yang dibawa oleh UMNO telah mencemarkan Islam yang suci. Inilah tugas berat yang telah, sedang dan akan terus dipikul oleh PAS di Malaysia. Setiap petugas PAS mesti memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap perjuangan PAS dalam rangka menegakkan kalimah Allah di Malaysia. Penglibatan PAS dalam politik kepartaian adalah salah suatu wasilah perjuangannya mengambilkira sistem demokrasi yang membenarkan ia bertanding dalam pilihanraya setiap 4 atau 5 tahun. Kewajiban kita bertambah apabila kita diberi mandat oleh dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu untuk diperintah oleh PAS. Maka inilah ujian yang Allah SWT anugerahkan kepada kita dalam bentuk “kemenangan sementara”. Jika kita berjaya lalui ujian ini, maka diuji lagi iaitu memerintah sebuah negara bernama Malaysia! Melihatkan scenario ini, maka adalah menjadi kewajiban setiap petugas memahami perjuangan PAS sepenuhnya. Rakyat sudah muak dengan sepak terajang politik murahan UMNO serta sekutunya dalam BN. UMNO sanggup menggadai maruah Islam dan Melayu dalam memastikan “the end justifies the means”. “Inilah UMNO yang kita kenal dari dulu, sekejap menjadi kawan, tetapi lebih lama jadi lawan” mengungkap kembali kata-kata almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, pimpinan yang meletakkan asas BA. Penutup Apapun dan bagaimana jauhnya langkah kita dalam pentas dakwah, pentas politik dan BA, namun Islam yang menjadi dasar pegangan kita dalam parti PAS tidak boleh dicemari. Jika berlaku percanggahan di antara prinsip-prinsip Islam dengan strategi, maka yang perlu dipinda ialah strategi dan uslub dan bukannya dasar Islam kita. Inilah adalah asas kita dan kita tidak boleh menggadaikan asas Islam kita walaupun atas dasar strategi politik semasa untuk meraih undi! Ingat bahawa PAS masih sebuah Gerakan Islam dan bukan hanya semata-mata sebuah parti politik yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan



Bookmark and Share

    


  Member Information For achik252Profil   Hantar PM kepada achik252   Quote dan BalasQuote

achik252
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8180
Posting: 25
Dari: pahang

bahrain  


posticon Posting pada: 14-04-04 10:04



Kemana Arah Islam Hadhari

Hadhari atau kata asalnya hadharah membawa maksud ketamadunan. Progressif, maju dan kemakmuran. Ibn Khaldun mendefinasikan hadharah sebagai umran iaitu tamadun adalah suatu kemakmuran dan keamanan.
Selalunya pemikir falsafah ketamadunan Islam menyebut istilah Hadharah Islamiyyah iaitu visi mencapai ketamadunan atau puncak kejayaaan Islam.
Namun apabila Istilah ini diterbalikkan, Islam hadhari membawa maksud Islam yang dilihat dari aspek perspektif yang maju. Ini juga menghasilkan kesimpulan mudah iaitu Islam yang tidak syumul atau mengongkong kemajuan tetapi cuba diberi nafas baru melalui program kemajuan untuk disepadankan dengan Islam yang asal.
Kita melihat gimik politik yang seolah-olah memberi penafsiran semula terhadap Islam agar masyarakat tidak mahu atau terlupa tentang ayat terakhir kepada rasulullah tentang kecukupan nikmat, kesyumulan dan sifat lengkap Islam pada saat akhir hayat baginda.
Istilah hadharah Islamiyyah lebih tepat memandangkan kalimah Islamiyyah membawa maksud sifat bagi ketamadunan itu. Bermakna kata perkara ketamadunan dan pembangunan haruslah berdasarkan Islam.
Adakah kita terlupa pada malam pengisytiharaan keputusan PR yang ke-11 baru-baru ini. Datin seri Hendon isteri Perdana Menteri kita dipeluk dan dicium oleh Menteri Pelajaran kita sekarang. Begitu mudah masyarakat kita tertipu dengan tadahan doa pemimpin pada malam tersebut dan kalimah Islam hadhari ini walaupun jelas perlanggaran syariat oleh isteri pemimpin tersebut sendiri. Mungkin melalui Islam hadhari membenarkan kita mentafsir semula hukum fiqh mengenai bersentuhan bukan mahram(walaupun ada mazhab membenarkan bersalaman dengan tiada syahwat), atau mungkin Menteri Pelajaran kita anak susu isteri Perdana Menteri?
Didalam sebuah hadis Rasul riwayat Imam Ahmad, ada menyatakan tentang balasan menyokong penzalim adalah dibalas dengan kezaliman orang lain terhadap kita.
Balasan kezaliman terhadap seseorang adalah berdasrkan kezaliman yang mungkin pernah dilakukan terhadap orang lain. Berdasrkan pengamatan saya, kita mungkin tidak dapat melupankan kes pemecatan Tun Salleh Abbas yang trajis dan penuh kehinaan hanya kerana beliau mempertahankan aqidah seorang budak yang ingin dimurtadkan. Beliau akhirnya diatas tiket S46 bertanding di Lembah Pantai menentang Dato’ Shahrizat Abd Jalil dan beliau dipertahan bermatian oleh bekas Tim Perdana Menteri kita Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Isi kandungan cercaan terhadap Tun Salleh Abbas tak mungkin kita lupakan. Persekongkolan Anwar Ibrahim dengan kezaliman Tun Dr Mahathir tidak terhenti disitu sahaja sebaliknya berterusan sehingga cercaan beliau terhadap Dato’ Ishak Baharom yang dipecat kerana menangkap ratu cantik . Namun seperti hadis berkenaan, kita melihat dimana kezaliman yang disekongkol oleh Dato’ Seri Anwar memakan dirinya.
Namun sebagai ahli gerakan Islam yang ditarbiah, kita perlu mengamalkan prinsip menentang kezaliman walaupun sesiapa jua. Kenangan lama perlu dihapuskan dan niat menentang kezalian perlu disemai didalam pakatan pembangkang walaupun siapa yang dizalimi. Inilah adab didalam harakah Islamiyyah.
Adakah kita sanggup melihat penderitaan datin seri Wan Azizah yang dinafikan hak sebagai isteri hanya kerana tuduhan yang dipinda sesuka nafsu, tidak releven, tiada hak jaminan dan rawatan kesihatan terhadap suaminya? Mungkin Islam Hadhari ulama UMNO menghalalkan Imam besar yang sepatutnya mencontohi peranan Imam terdahulu yang mempertahankan fatwa demi menentang kezaliman pemerintah seperti Imam Nawawi, Imam Ahmad dan Imam Malik. Islam Hadhari menghalalkan seorang ulama’ bersekongkol dengan rasuah dan kejahatan dalam menentang seorang Isteri yang kehulu kehilir mencari pembelaan terhadap suami tercinta. Isu ini dikatakan isu kecil? Tidak releven? Kalau tidak releven, lepaskan Anwar dan lihat kesan revolusi di tanah airkita yang terkenal dengan budaya bacul dan rigid dengan perubahan walaupun korup.
Hafsah anak kesayangan saidina Umar ada menyatakan seorang isteri hanya dapat menahan diri sepeninggalan suami hanya sekitar 6 bulan sahaja. Hak isteri dan nafsu isteri tahanan ISA dinafikan hanya kerana pengampuan terhadap Amerika yang akhirnya melebelkan Malaysia sarang pembangkang. Sekiranya isu pengganas di Malaysia kecil, tidak seberbahaya seperti Indonesia, lepaskan tahanan ISA yang diadakan tuduhan tanpa bukti dan dakwaan yang sah. Akta Harm ISA tidak lagi menjerat perompak bank, perogol bersiri, pembunuh di sekolah atau lainnya tetapi hanya digunakan terhadap seseorang yang mempertahankan Islam didalam Negara atau diluar Negara. Lupakah jasa Nik Adli dan rakannya sekitar tahun 1989 semasa menentang Russia dan mereka turut dibantu oleh Amerika dahulu. Melayu mudah dibuai isu dan Melayu adalah bangsa yang buta sejarah!!! Penderitaan tahanan ISA dan isteri mereka akan dibalas di akhirat dan ini janji Allah kepada kita.
Senyuman Pak Lah dalam menebar Islam hahdari adalah senyuman yang mampu melupakan Melayu bangsa yang buta sejarahdari meneliti fakta dan kebenaran.
Wahai petugas Islam , bersatu dengan sesiapa sahaja dari aliran sosialis atau nationalis demi kemaslahatan menentang kezaliman. Kita berjuang atas dasar ilmu dan fakta bukannya hanya disebabkan nafsu semata.
Segala luahan ini adalah secara langsung tanpa preparation. Fakta yang tersalah, harap diampun oleh Allah Rabbul Jalal.







Bookmark and Share

    


  Member Information For achik252Profil   Hantar PM kepada achik252   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 14:31


emmmmm.........

dah faham kan al-farisi maksud hadhari tu...emmm banyak dan parti yang menggunakan perkataan hadhari..walaupun maksudnya sama namun bermacam-macam cara dilakukan untuk mencapai matlamah hadhari ni..ade yang ikut syarak dan ade yang tak ikut syarak..pandai2 pikir....saya tak mahu mulakan ketegangan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 14:52



Erm...bagaimana agaknya Terengganu kita sekarang?…
rasanya dah takde mood ana nak balik kampung lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-04-04 14:53


Tak habis2...mcm dah takde benda nak tulis.....komplen itu dan ini......ni ukhwah dah jadi mcm portal nak lepas geram pd parti politik dan pemerintah....Jangan memain pasal mcm ni.....jgn kerana sibuk nak cakap itu dan ini pasal politik..ukhwah menerima kesan....jgnlah pentingkan pentingkan kepentingan sesebuah organisasi politik dari ukhwah.com ni....fikirlah kesan ukhwah.com sendiri,terutama kepada mereka yg tak masuk campur langsung hal2 begini......carilah idea lain...I'm so sick about this!




Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 15:17


emmmmm.......

kan saye dah kate, macam ni la kalau ade nye isu macam ni...saya tak salahkan saudara syed..tapi saya kesal dengan tinakan sesetengah orang yang tak suka dengan topik macam ni,...padahal topik macam ni lah yang perlu ada untuk membuka minda ...ini perbincangan bukannye forum kutukan....dan setiap manusia yang ade kat sini boleh memberikan pendapatnye sendiri..kan kak hanan dah cakap yang pendapat peribadi itu adalah pendapat dia sendiri..bukan pendapat seluruh komuniti ni...betul kan kak hanan..jadi buat ape nak takut....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 15:38


Sekiranya isu ini di bincangkan secara ilmiah, timbang rasa dan berlapang dada.Ia tidak akan memberi sebarang masalah. Seperti kata Saidina Ali; dekatilah orang berilmu tak kira baik atau tidak sebab akal bertemu akal.Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-04-04 15:57


Ilmiah ya...heheheh....manisnya ayat ekk.......ilmiah sungguh kata2 mu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 14-04-04 16:14




akum...

salam keamanan
mmm...bergantung pada kita nak jadikan ianya skadar teori atau praktikal....

terima jela apapun keputusan rakyat......rakyat skrg dah bijak memilih pemimpin yg bukan skadar reti berceramah je.....tapi juga membangunkan agama,bangsa dan negara....

mm..ana mmmg dah tak reti nak ckap pe...mmg dah boring ...disebabkan fahaman politik...umat islam kat negara nie bergaduh,kutuk mengutuk... takyahla kita ckap bangsa arab tu tak bersatu mempertahankan iraq mahupun negara islam lain kat dunia nie.....kalo time liga arab diaorang mesti bergaduh,maki hamun,takda kata sepakat.....just look inside our country,our ummah...........it's just the same...

wallahualam

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-04-04 10:57


Saya tak pasti atas polisi ukhwah.com ni,rasanya seperti yg saya tahu,polisi ukhwah.com menyebut tidak dibenarkan menyebut atau menyerang mana-mana parti politik dan juga serangan peribadi terhadap mana2 individu tertentu (politician)....dan saya rasa ia dah disebut beberapa kali oleh MT dan Pengarah Ukhwah.com sendiri....Tapi ni apa ni??????????
Tak faham polisi ke,atau tak baca ke,atau tak tahu ke atau memang sengaja buat tak tahu.....ni bukan bahan ilmiah.......ni hanya satu rencana kritikan.....dan saya tak fikir bahan mcm ni boleh jadi general knowledge.....lainlah kalau ia berkisar mengenai agama,kehidupan..ni apa ni?ni apa ni????????

P/S:Ukhwah dah makin teruk....tu je saya nak cakap,dah lari dari matlamat asal.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-04-04 10:58


Saya tak pasti atas polisi ukhwah.com ni,rasanya seperti yg saya tahu,polisi ukhwah.com menyebut tidak dibenarkan menyebut atau menyerang mana-mana parti politik dan juga serangan peribadi terhadap mana2 individu tertentu (politician)....dan saya rasa ia dah disebut beberapa kali oleh MT dan Pengarah Ukhwah.com sendiri....Tapi ni apa ni??????????
Tak faham polisi ke,atau tak baca ke,atau tak tahu ke atau memang sengaja buat tak tahu.....ni bukan bahan ilmiah.......ni hanya satu rencana kritikan.....dan saya tak fikir bahan mcm ni boleh jadi general knowledge.....lainlah kalau ia berkisar mengenai agama,kehidupan..ni apa ni?ni apa ni????????

P/S:Ukhwah dah makin teruk....tu je saya nak cakap,dah lari dari matlamat asal.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 11:08




nampaknya isu2 politik dah makin byk... pihak komuniti dah berikan garis panduan... spt kata joshua, tidak dibenarkan menyerang mana2 parti politik... cukuplah sekadar berdiskusi secara ilmiah tanpa melibatkan mana2 parti politik... memandangkan musim pilihanraya yg lepas, sedikit kelonggaran diberikan... namun, disalahgunakan... isu2 politik dibincangkan sehingga menyebabkan pertelagahan sesama ahli... pihak pengurusan sudah pun mengunci topik2 berkaitan pilihanraya yg lepas...

cuba fikirkan... siapa yg mencorakkan ukhwah??? anda sendiri.. so, pandai2lah memilih topik utk diposting...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

nurul_peace
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8179
Posting: 149

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 11:37


huhuhu..
panjangnya aman252 tulis...
tak larat nak baca....x per2...tulislah lagih..mungkin luahan hati ker...hee..
sbb sy pun x phmkonsep islam hadhari sbnrya.. yelah..budak2 mentah lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_peaceProfil   Hantar PM kepada nurul_peace   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 15-04-04 11:54


Islam Hadari ? dtakrifkan sebagai Islam yang mementingkan soal pembangunan dan kemajuan?

pelik sungguh cara manusia berfikir hari ini..Islam yang digariskan oleh Rasullulah s.a.w di sembunyikan ..dibenamkan jauh kedasar pemikiran ..supaya ia tidak difikirkan...mudahlah manusia-manusia munafik seperti Dato Idris Jusoh menipu rakyat dan ummah.

Rasullulah s.a.w mengariskan pengertian Islam kepada Aqidah, Syariat dan akhlak. Setiap bahagian dituntut untuk dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah. Memencilkan bahagian lain dengan menghebohkan satu juzuk dari bahagian yang besar dan mengambarkan ianya seolah-olah islam yang syumul adalah merupakan suatu bidaah yang jelas dan nyata.

meninggalkan sebahagian dan mengambil sebahagian demi kepentingan politik UMNO merupakan suatu kejahatan yang sangat nyata.

Insaflah wahai ummah....jangan dikelirukan oleh munafik yang memang ingin melihat orang Islam jahil tentang Islam. Cukuplah apa yang mereka lakukan..wahai ummah..berilah tugas memimpin negara kepada ulamak kerana mereka mampu metadbir dan Insyalaalh diredhai Allah...berilah mereka peluang.

wahai ummah...jangan sampai kesan dari perbuatan munafik seperti UMNO ini sudah tidak terkawal...berlakunya keruntuhan sosial dan moral yang teruk barulah nak sedar..dikala anak-anak tidak terkawal...lahir anak anak luar nikah..lahir manusia berjiwa binatang dan sebagainya.



Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

zaidharisah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.03.2004
Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 15-04-04 12:39


biarkan rakyat menilai sejauh mane islam hadhari yg diperjuangkan tu.. kalau setakat kempen politik, tak bagus la. harap mereka dpt laksanakan dgn baik tetapi ape yg saya dgr sudah ada kelab malam yg dibuka di terengganu di pulau perhentian. azwan ali pun bercadang nak buat parti cit cat kat t'ganu.. semoga t'ganu dilindungi drpd program maksiat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidharisahProfil   Hantar PM kepada zaidharisah   Pergi ke zaidharisah's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 13:17




Astaghfirullahala'zim.....sedihnyer ana mendengar perkhabaran ini...

Bagaimana kita nak melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun dari segi akhlaknya...tutur bicara....pe'el perangainya...yang selari dengan ISLAM....?
sedangkan hanya berkejar-kejaran untuk membina projek itu-ini...kononnya nak bagi keselesaan pada rakyat....
tp, alangkah ruginya....tidak berupaya...tiada usaha untuk memperbaiki/memperbetulkan sahsiah diri masyarakat kita kini....
ngerinya melihat kadar maksiat...masalah sosial yang semakin mengerunkan ini...

ana duk terfikir mungkin lepas ni... 'pesta pantai' yang dulunya dihapuskan ketika pemerintahan dibawah Tuan Guru kita pastinya kembali lagi...malah mungkin pelbagai bentuk 'keseronokkan' ....pesta meng'sureheboh'kan kembali negeri Darul Iman ini....alangkah sedihnyer.....


'sama~samalah kita menadah tangan memohon keampunan dan diberi kekuatan, perlindungan dari terjebak ke lembah penghinaan di depan ALLAH SWT nanti....'nau'zubillahiminzalik.....bantulah kami Ya Allah....

Amin....



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

azliyanazhari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.10.2003
Ahli No: 4654
Posting: 86
Dari: pluto

russia   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 14:27


sampai bile laa agaknya ahli2 komuniti ni nak protes perkara2 macam nih yek...sedih bile tengok orang2 berilmu nih..hantar topik ikut sedap rase jek..bukan kita sorang je yang ada pendapat..rasulullah pun terima pendapat para sahabat..kalau rasa x setuju dengan apa yang orang lain buat..terus terang dan cuba pulihkan keadaannye...bukan dok main kutuk je...semua yang orang buat tu salah..macam bagus sangat...
nak tegur sikit waaz04..jangan ikut sedap je nak label orang sebagai munafik ye...itu urusan mereka dengan tuhan..x elok macam tuh..yang penting..kita baiki diri kita...dan bantu orang lain..kalau betul nampak caranya macam munafik dan lupa agama...jangan laa dicanang satu malaysia...tu dah jatuhkan maruah orang lain namanya...islam x ajar kita label keimanan seseorang....
macam apa yang amanmalaysia_peace katakan...masyarakat kita skarang ni..dikaburi ngan kepercayaan politik sampai sesama islam pun nak bertelagah..x boleh ke kalau bersatu bna islam yang sebenar...inilah yang diharapkan oleh orang kafir..supaya masyarakat islam x bersatu..supaya lebih mudah mereka jalankan jarum mereka...dan kita...macam bagi peluang utk kemudahan mereka tu....
kesian kak engku_salina..dan admin lain..penat membangunkan ukhwah..tapi ahli2nya bagi posting ikut suka...nak kutuk x ingat dunia...dalam dunia nih kena ada tolak ansur...jangan nak perang jer...masing2 diberi akal utk berfikir..tapi semuanya terkongkong dalam fahaman politik...x ke rugi??

Bookmark and Share

    


  Member Information For azliyanazhariProfil   Hantar PM kepada azliyanazhari   Pergi ke azliyanazhari's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-04-04 14:36


saya setuju dengan kata-kata azlina dan juga kak engku.
Saya fikir,ahli ukhwah perlu baca semula polisi ukhwah ini,kecaman berbaur kritikan secara sopan ini hanya akan memberi implikasi kepada ukhwah.com.....kalau nak kritik pun agak2lah..takyahlah sebut mana2 nama parti ataupun individu....(manalah tak angin)....janganlah kerana terlalu bersemangat hingga jadi manusia yg pentingkan diri sendiri..nak sgt ke org fikir ukhwah ni tempat medan berpolitik secara tidak rasmi..?polisi dah jelas...janganlah keras kepala...nak pentingkan pendapat anda ke ukhwah.com ni?
Fikirlah yg terbaik,saya mungkin tak berkuasa apa2.cuma as a senior,saya begitu prihatin terhadap perkara begini dan paling penting...
dah penat dah bertengkar kat sini....carilah isu lain......ni benda2 mcm ni,u all hanya dpt bersuara kat sini dan sesama sendiri baca...lainlah kalau beri pendapat ada tindakan.....
Ni pasal munafik jugak....saya tak tahulah waaz ada kuasa apa nak cakap mcm tu...jangalah singkat sgt.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 15:03



ana bersetuju apa yang dikatakan oleh sahabat kita ini waaz04

andainya itu kebenarannya...tak perlu kita takut untuk disuarakan...memanglah bab hukum-menghukum ini kuasa ALLAH...
tapi...kalau dah jelas nampak dah ini suatu pengkhianatan....penipuan...takkan kita nak duk goyang kaki...? boleh ke kita duduk berpeluk tubuh sahaja...tanpa berikhtiar dan berusaha untuk memperbaiki keadaan yang penuh diselubungi kekaburan dan kepura-puraan ini...?
sebagai contohnya...
sanggupkah kita melihat maksiat yang mengerunkan kini tanpa ada suatu cara pencegahannya....?
siapa yang wajib bertanggungjawab mencegahnya kalau bukan para pemimpin kita yang kita duk sanjung sangat masakini....?

mohon maaf ... ana bagi pendapat sebegini...



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 15-04-04 16:31


asslamualaikum...slam keamanan!

takyahla kita sebut seseorang tu munafik ke,kafir ke? tu bukan hak kita nak ckap camtu kat seseorang tu....ITU HAK ALLAH SWT,MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.
fikirla..adakah kita nie ckup baik,ckup sempurna nak ckap org lain camtu?yg terbaik just kita berusaha jadi ummah terbaik,ummah yg bersatu...

firman ALLAH
" dan DIA mengeluarkan kamu dari perut ibumu dlam keadaan tidak mengetahui sesuatupun,dan DIA memberi kamu PENDENGARAN,PENGLIHATAN dan HATI agar kamu BERSYUKUR"

wallahualam



-----------------
SaLam KEaMAnAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-04-04 21:05


Saya nak tgk dulu. tak lama lg mesti topic ni hot.
Pada pendapat saya, orang seperti waaz04 ni patut kita elak. Tak sudah merosakkan Islam. Apa kuasa untuk munafikkan org.

Sini cam dah jadi medan politik. 'Medan politik budak2 yg hanya berani borak kosong tp tak berani nak laksanakan'. Kalau berani turun padangla.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-04-04 09:39


tulah....jack,aku ingat ukhwah ni patut tukar nama ukhwahPAS.com....dia org ni degil..polisi ukhwah dah jelas..tapi dah mcm batu nak faham.....tulah,nilah.........
agaknya si Waaz tu DAH CONFIRM masuk syurga kot..tu yg dia berani cakap mcm tu....dah power kott

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 10:15



saudara kata tak baik main hukum-menghukum tuduh-menuduh antara satu sama lain.....tapi mengapa masih ada lagi kutuk-mengutuk ini...masih duk sinis-menyinis sesama kita...
ingat di sini kita berforum untuk menjelaskan isu yang sebenar andai ada bukti yang benar...
dan masing-masing punyai hak untuk bersuara dan bagi pendapat...bagi penjelasan kepada mereka yang mindanya masih lagi kekaburan...

tak mengapalah..kepada sahabat kita saudara/saudari waaz04 usah lah terasa...
anda seorang yang berani mengeluarkan pendapat...teruskan...

sekian.....maaf terlanjur bahasa skit.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 16-04-04 10:43


Asalamualaikum

lihat dan fikirkanlah apa yang berlaku disekeliling kita..kita mungkin boleh membiarkan sahaja, kita boleh melakukan sesuatu, atau mungkin kita boleh memekakkan telinga dan "membutakan" mata..terpulang kepada kita.

Tapi ingat.....dan ingin saya jelaskan..

seorang individu melakukan kesalahan/dosa yang tak melibatkan kesan pada masyarakat..itu hak dia..saya tidak akan berkata apa kerana kesannya hanya pada dia dan yang terlibat sedikit sahaja.
Dengan kata lain..ianya tidak merosakkan masyarakat.

seorang individu bergelar pemimpin...melakukan sesuatu yang melibatkan masyarakat..akhirnya merosakkan masyarakat maka inilah yang saya tentang dan akan terus tentang sampai akhir hayat. saudara/i boleh untuk berdiam diri tetapi saudara/i lah yang dikatakan manusia yang tidak menyumbang kepada pembangunan masyarakat..kalau saudara/i bergelar ulamak maka saudara/i lah yang dipanggil ulamak jahat = berdiam diri dari melaksankaan amar maaruf dan nahi mungkar.

saya ingin bertanya kepada gelaran munafik diberi kepada abdullah bin ubai, gelaran jahat juga diberi kepada musailamatul kazab, dan sebagainya oleh Allah? kenapa Allah mengutuk firaun? kenapa Allah menjuruskan panggilan itu kepada individu?

ingatlah...dalam perkara mengkafirkan manusia pun ada kaedahnya... untuk pengetahuan saudara/i bab kafir mengkafir ini ada 3 situasi:-

1. Sekiranya kita mengkafirkan manusia sedangkan dia tidak kafir maka kita menjadi kafir.
2. Sekiranya kita ragu-ragu tentang kekafiran seseorang padahal dia jelas kafir maka kita menjadi kafir.
3. Sekiranya dia jelas kafir maka kita tidak mengkafirkan dia maka kita menjadi kafir.

kenapa saudara/i menghalang saya dari mengatakan yang hak dan benar? saya menyatakan Dato Idris Jusoh sebagai munafik kerana pengertian Islam yang dibawanya itu menyempitkan pengertian Islam yang sebenar...dia cuba memesongkan manusia dengan istilah yang direka sebegitu rupa.
apakah saudara tahu apa yang dilakukan beliau di Terengganu? tunggu saja nanti konsert hiburan yang liar bermaharajalela, tunggu saja nanti rasuah berleluasa, penipuan dalam duit ehsan (orang umno..JKKK mereka yang tandantangan ) borang untuk rakyat mendapatkan duit ehsan..so apakah ini bukan penipuan? berapa banyak mereka bantai duit rakyat terengganu(hak rakyat dan pemerintah pada masa tu), apakah dato Idris tidak boleh dipertanggungjawab dengan seribu satu penipuan yang belaku di Terengganu? percampuran lelaki dan perempuan dalam konsert liar..yang manghasilkan anak-anak muda menjadi liar dan tidak terkawal..budak-budak motor dibiarkan bebas berlumba dan buat apa sahaja oleh POLIS semasa pemerintahan PAS .....tidak diambil tindakan semata-mata untuk memperlihatkan kegagalan kerajaan PAS..hudud tidak disokong....

sauara/i Allah menjadikan kita..kita mengakui akan tauhid rububiyyahnya tetapi kita meninggalkan dan tidak mengakui dari sudut uluhiyyahnya...kita tinggalkan syariat..hukum hakam yang diwajibkan oleh Allah untuk dilaksanakan. Orang seperti saudara/i lah yang menyokong seribu satu macam kezaliman ini..tidak berani berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim. yang "MENSUCIKAN" pemimpin yang munafik dan kotor ini. kalau saudara/i masih terus mahu menyokong mereka...sokonglah tetapi ingatlah..saudara/i sama-sama bertanggungjawab kepada kehancuran ummah dan saudara/i akan menjawabnya di hadapan Allah s.w.t.

Saya tidak berkata saya baik bila menghukum pemimpin yang begitu munafik tetapi saya kalaupun melakukan dosa hanya utnuk diri snediri sahaja tidak melibatkan masyarakat...tetapai pemimpin yang munafik begitu melibatkan masyarakat..melibatkan ummah dan fikirkanlah kesannya. Hukuman pun berubah mengikut apa yang kita buat..kalau besar kesalahan kita maka beratlah hukuman itu.

saya tidak bermusuh dengan dato Idris Jusoh tetapi sikap dan tindakannya. saya bersdia bersama-sama dato Idris kalau beliau bersedia melaksanakan apa Allah suruh dan wajibkan keatas kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 11:39


assalamualaikumm.....

emmmmmm...

saya terima pendapat yang dicakapkan oleh kak engku...saya dah agak dari awal-awal lagi yang topik ni akan menjadi topik yang panas...dan saya terima pendangan saudara-saudara dengan hati yang terbuka..walaupun pandangan saudara tidak dalam hati saya......apa yang kita bincangkan di sini adalah berkenaan dengan islam hadhari.. memang saya bersetuju bahawa ianya hanya teori....dan saya tak mahu membabitkan soal kepartian dalam hal ini..ini ialah realiti..kalau dah benda ni benar kita tak mahu nak cakap jugak..manusia berakalkah kita ni????

saya tak ajukan pendapat saya ni kepada pas ataupun bn...apa yang kita bincangkan dalam hal ni adalah benarkah kerajaan sekarang ni betul-betul mahu kepada islam yang hadhari....takrif hadhari telah diberitahu oleh sahabat kita...dan cuba kita fikirkan apakah islah hadhari terdapat di negara kita???????itu saje yang kita bincangkan....kalau dah negara malaysia ni tak ikut islam....wajarkah kita sokong???ni soalan saya kepada joshua...saya mahu joshua jawab..adakah Allah redha yang bumi Nya tak ikut apa yang diperintahkan...???memang jelas,,, kalau hukum pun tak ikut islam hadhari ke islam di malaysia ni???

bab isu munafik ni..saya nak saudara semua rujuk kepada Al-quran surah Al-munafikun...saya tak mahu bagi ayat dia..saya mahu saudara baca terjemahan seluruh ayat tu....pasti saudara akan jumpa jawapannya....apa yang saya nak bagitahu....orang munafik ni kalau dia mati kita tanam dia dalam kubur...Allah nak hina sangat orang munafik ni...kalau kita duduk ataupun berdiri di sebelah kubur orang munafik kita akan dapat satu dosa...saya bercakap berfakta bukan cakap kosong je...lagi satu orang munafik ni mase di hari akhirat Allah humban dia di neraka paling dalam berbanding dengan golongan munafik....saudara semua tahu ciri-ciri golongan munafik ..bukan saudara tak tahu..ting 2 dah belajar dah..so kita fikir-fikirkan lah..apakah orang yang kita bela tu munafik ataupun tidak wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 16-04-04 11:48


Pentadbiran Barisan Nasional dan pendirian kita
Kita tidak menafikan bahawa setiap kerajaan mempunyai kaedah pentadbiran masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional yang didukung oleh UMNO memerintah Kelantan sebelum ini juga ada peraturan dan cara pcntadbirannya sendiri. Cuma, yang silapnya dari sudut pandangan kita yang memperjuangkan Islam ini ialah Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil Islam sebagai dasar pemerintahan dan oleh kerana itu bentuk pentadbiran yang dijalankannya juga tidak mengikut cara sepertimana yang dikehendaki oleh agama. Contohnya, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti berjudi, penjualan arak secara bebas, pusat-pusat hiburan yang menggunakan wanita sebagai alat bagi memuaskan nafsu dibenar dan dikeluarkan lesen.

Oleh kerana perjuangan UMNO itu berdasarkan kebangsaan atau nasionalis maka benda-benda yang bersangkut paut dengan tegahan agama dipandang ringan. Apabila hukum Tuhan dipandang ringan, tidak dapat tidak, penyelewengan seperti menyalahgunakan kuasa, rasuah dan lain-lain mustahil tidak berlaku. Atau dengan perkataan lain, mereka ini tidak bimbang sangat dengan teguran yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak terhadap mereka kerana mereka percaya kepada ajaran demokrasi bahawa sesiapa yang dapat menjawab pertanyaan di dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, perkara itu dianggap sudah selesai. Begitu juga jika mereka yang terbabit dengan tuduhan rasuah diseret ke mahkamah, mereka dapat melantik peguam untuk lawan bicara. Jika menang perbicaraan, perbuatan yang berhubung dengan tuduhan itu dikira tidak bersalah dan mereka dibebaskan sekalipun rasuah itu betul-betul mereka lakukan.

Sebaliknya, kita yang memperjuangkan dasar Islam tidaklah begitu cara. pemikiran kita kerana perhitungan utama kita dalam membuat sesuatu peraturan disandarkan kepada Allah dan menggunakan Qur'an dan hadis sebagai panduan. Oleh kerana itu akan timbul dengan sendirinya perasaan untuk mengambil kira dosa pahala yang akan diterima pada hari pembalasan daripada
Tuhan di Padang Mahsyar di akhirat kelak. Ertinya, dengan sebab kita berpegang kepada akidah bahawa Tuhan itu ada dan paling berkuasa daripada segala yang berkuasa di muka bumi ini dan juga di akhirat, maka sudah tentu timbul satu macam kegerunan untuk membuat peraturan dan udang-undang mengikut pandai-pandai kita sahaja sebab kita yakin sebijak-bijak manusia tidak dapat mengatasi kebijaksanaan Tuhan memandangkan kita sendiri pun Dia yang jadikan.

Oleh sebab itu apabila kita hendak membuat sesuatu peraturan dalam mengendalikan pentadbiran sesebuah negeri atau negara, mengikut pandangan kita yang memperjuangkan dasar Islam, kita tidak boleh lari daripada apa yang digariskan oleh Tuhan dalam alQur'an dan hadis Rasulullah. Segala peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan dalam memerintah sesebuah negeri itu bukan tamat setakat di dunia sahaja tetapi berpanjangan hingga sampai ke akhirat.

Ini bermakna segala peraturan yang dibuat oleh pemerintah terhadap rakyat di atas dunia ini akan disoal oleh Munkar Nakir selepas di dalam kubur dan seterusnya di hadapan Tuhan di Padang Mahsyar nanti. Apabila kita yakin sungguh-sungguh kepada akidah seperti ini, kita akan keberatan hendak membuat sesuatu perkara atau peraturan yang bercanggah dengan kehendak agama. Inilah titik perbezaan besar antara pemikiran kita yang berjuang atas landasan agama deagan mereka yang berjuang mengikut fahaman sekular.

Kita sanggup mempertahankan bermati-matian bahawa pentadbiran mengikut cara Islam itu palling betul kerana Islam itu adalah sebuah agama yang dibuat oleh Allah SWT dan dikirim melalui Nabi Muhammad SAW untuk dilaksanakan di atas dunia ini bagi menjamin kesejahteraan kepada semua manusia. Ertinya, Tuhan yang membuat manusia bersama dengan tabiat dan perangainya sekali. Dialah lebih lojik menetapkan garis peraturan di dalam al-Qur'an supaya manusia ikut sekiranya mereka mahu selamat. Dengan sebab itu apabila Islam itu agama dan al-Qur'an itu merupakan buku undang-undang yang paling lengkap maka tidak ada sebab kita harus menolak pentadbiran lslam.

Berbeza dengan fahaman sekular yang berdasarkan berbagai-bagai ideologi buatan manusia seperti nasionalis, sosialis, komunis, kapitalis dan sebagainya yang semata-mata berasaskan teori, boleh berubah-ubah mengikut selera siapa yang berkuasa. Semasa seseorang pemerintah itu kuat dan berkuasa dia mempertahankan teori dan ideologi yang dipegang itu.dengan bermacammacam alasan. Sebaliknya apabila individu yang berkuasa itu j atuh, teori dan ideologi itu juga turut hancur kerana pemerintah yang baru akan membawa'fahaman dan ideologi yang bersesuaian dengan kehendak dan kemahuan mereka pula memandangkan sebarang ideologi yang dibuat oleh manusia itu boleh kita terima dan boleh juga kita tolak kerana semua peraturan dan undang-undang yang dibuat itu berdasarkan pemikiran manusia sendiri, tidak seperti agama yang dibuat oleh Tuhan di mana manusia tidak boleh sama sekali menolaknya.

Sehubungan dengan ini juga manusia harus faham bahawa Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat bukan tempat membuat undang-undang kerana undang-undang untuk manusia itu telah pun ada, iaitu al-Qur'an. Cuma, apa yang harus dibuat oleh wakil-wakil rakyat di dalam dewan-dewan tcrsebut adalah membincangkan bagaimana hendak melicinkan perlaksanaan undang-undang yang sedia ada itu bagi memberi manfaat kepada semua rakyat yang menjadi hamba Allah. Ini satu daripada pengertian yang terselit di sebalik kata-kata 'Dewan yang Mulia' yang dilafaz oleh setiap anggota Dewan apabila bangun bercakap. Ertinya, scgala apa vang hendak dibincang dan apa peraturan yang hendak dilaksanakan kepada manusia itu mesti selaras dengan kehendak 'Pihak yang Mulia' iaitu Allah SWT. Kalau lanya bercanggah dengan kehendak Allah, di mana ada mulianya?



Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

azliyanazhari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.10.2003
Ahli No: 4654
Posting: 86
Dari: pluto

russia   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 14:05


as'kum...
nampaknya antara kita masih x jemu lagi nak mengutuk antara satu sama lain...
kat snih..saya nak mintak tolong sikit kat sumer kawan2 kite...tolong laa jangan gaduh pasal hal macam nih...macam mana islam nak bersatu kalau x maju...
macam mane yang saya dah kata sebelum nih..dan dipersetujui oleh aman, jackie, dan joshua..kenapa kita perlu melabel kemunafikan seseorang sedangkan kita sendiri pun masih x tau di mana kita berpijak di akhirat kelak..teguran ni bukan kenapa...cuma...takut nanti...taksub sangat memunafikkan orang sana sini..kita x sedar yang kita sendiri dah jadi munafik jugak...bukan laa nak kata waaz ni munafik..tapi...x ke rasa macam mengatasi kuasa tuhan..bila dah sesuka hati nenek tiri atuk mak dia nak cakap orang munafik???
memang kita dah blaja...tapi..ntah laa..kadang2 mungkin kerana terlalu taksub berparti...nampak salah orang..sampai apa yg sendiri buat tu..dah x dapat difikirkan dengan rasional....
ataupun..mungkin ada di kalangan kita yang terpengaruh dengan kata2 pemimpin pas...yang mengatakan..sape undi pas dapat masuk syurga..tu yang dah boleh label kemunafikan orang tu ye??

Quote:
saya ingin bertanya kepada gelaran munafik diberi kepada abdullah bin ubai, gelaran jahat juga diberi kepada musailamatul kazab, dan sebagainya oleh Allah? kenapa Allah mengutuk firaun? kenapa Allah menjuruskan panggilan itu kepada individu?

ingatlah...dalam perkara mengkafirkan manusia pun ada kaedahnya... untuk pengetahuan saudara/i bab kafir mengkafir ini ada 3 situasi:-

1. Sekiranya kita mengkafirkan manusia sedangkan dia tidak kafir maka kita menjadi kafir.
2. Sekiranya kita ragu-ragu tentang kekafiran seseorang padahal dia jelas kafir maka kita menjadi kafir.
3. Sekiranya dia jelas kafir maka kita tidak mengkafirkan dia maka kita menjadi kafir.



1.kita dah setaraf dengan Allah ke utk melayakkan kita melabel kekafiran seseorang??
2.pernah nampak ke yang datuk idris jusoh sembah berhala nak kata dia kafir?

saya nak minta maaf pada waaz dan nuraini kalau terasa...tapi...cubalah korang fikir skit apa yang korang dah cakap tuh..ye...

islam takkan maju kalau ummatnya tak bersatu


[ Posting ini telah di edit oleh: azliyanazhari pada 2004-04-16 14:10 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For azliyanazhariProfil   Hantar PM kepada azliyanazhari   Pergi ke azliyanazhari's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 14:41




islam takkan maju kalau ummatnya tak bersatu???

bagaimana kita nak bersatu seandainya kita sendiri tak berupaya nak menyatukan segala aspek kehidupan kita ni dengan cahaya ISLAM yang sebenar-benarnya?

kita masing-masing duk berbincang...keluar akta itu-ini....nak kurang gejala sosial ...jenayah...samseng.....
tapi dalam masa yang sama....konsert makin hebat...makin banyak 'mengsurehebohkan' lagi kadar maksiat di pelusuk negara rasanya...

bukankah benda-benda/perkara-perkara yang berunsur hiburan sebegini membawa kepada keburukkan pada diri-sendiri...keluarga....sahabat-handai.....dan seterusnya pada rakyat?

maaflah kerana terkasar bahasa ni....






Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 16-04-04 14:58


BALIK BELAJAR DULU.. KALAU TAK RETI JGN JAWAB SEMBERONO....BERHUJAH BIAR LANDAS KEPADA AL QURAN DAN HADTIH... KITA TAK LABELKAN SESIAPA MUNAFIR ATAU KAFIR. TAPI ALLAH SWT BERI PERINGATAN DALAM AL QURAN AKAN CIRI MUNAFIK.SIAPA PULAK KITA NAK BANTAH FIRMAN ALLAH SWT.


(Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan). [Q47:28]




[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2004-04-16 15:25 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 16-04-04 15:52


Asalamualaikum

jawapan untuk azliyanazhari

saudari harus faham dan mengerti bahawa syahadah boleh terbatal melalui :-

1. Itikad
2. Perkataan
3. perbuatan

yang menyalahi dari sudut aqidahnya..
saya bagi contoh.....Allah dah tetapkan bahawa undang-undang Allah sahaja yang layak mentadbir manusia dan alam ini..tiba-tiba kita megambil hukum lain dan membelakangkan hukum Allah...

kalau dengan kefahaman kita kepada Islam...kita engkar..kita telah kufur dengan ayat-ayat Allah..

al maidah

"barangsiapa tidak menghukum dengan hukum Allah maka dia adalah kafir, fasiq dan zalim"

rujuk surah almaidah saudari.

saya rasa cukup dengan satu contoh sebab kalau saya cakap banyak pun belum tentu saudari faham..apa yang saya posting mungkin tidak dibaca..

kalau saudari mahu berhujah..berhujah lah atas fakta..jangan pi mai tang tu gak..hujah orang tak nnak lihat tapi hujah sendiri yang tidak ada fakta tu lah dipegang.

wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

azliyanazhari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.10.2003
Ahli No: 4654
Posting: 86
Dari: pluto

russia   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 17:01


as'kum...
hrmm..maklumlah..saya nih x berilmu..x skola agame la pulak kan...kalau camni..terpakselaa senyap jek..nanti cakap lebih2 takut ada orang yang lebih berilmu terase hati..takut nanti saya pun jadik munafik jugak ;p


[ Posting ini telah di edit oleh: azliyanazhari pada 2004-04-16 17:04 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For azliyanazhariProfil   Hantar PM kepada azliyanazhari   Pergi ke azliyanazhari's Website   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 16-04-04 20:14


Quote:

On 2004-04-16 17:01, azliyanazhari wrote:
as'kum...
hrmm..maklumlah..saya nih x berilmu..x skola agame la pulak kan...kalau camni..terpakselaa senyap jek..nanti cakap lebih2 takut ada orang yang lebih berilmu terase hati..takut nanti saya pun jadik munafik jugak ;p


satu lagi ingatan untuk saudari..kalaulah dinyatakan kebenaran melalui ayat-ayat Allah saudari masih mahu mengejek atau menyindir...ketahuilah ..saudari tidak menyindir saya tapi saudari menyindir hukum Allah..nauzubilah..harapnya saudari berkata macam ni disebabkan jahil..kerana hukum bagi yang jahil lain ringan sikit..kalau saudari memahami apa yang dinyatakan tapi masih tidak mahu menerimanya..saudari harus berfikir banyak kali.



[ Posting ini telah di edit oleh: azliyanazhari pada 2004-04-16 17:04 ]



Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 23:08


maaf menyampuk enta kemana pergi ni topik ni..
hadari bermakana bertamadun dan maju dan lain2 lagi..tetapi ape guna kemajuan meterial kalau dari segi rohani hancus...itu yang nak di perkatakan sebenaranya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-04-04 23:18


w.b.t...
Sabda Rasulullah SAW "Orang-orang yang mukmin itu salam sayang menyayangi, kasih mengasihani, santun menyantuni tidak ubah seperti satu tubuh seperti satu tubuh yang apabila satu anggota daripada tubuh itu, akan menderita pula seluruh tubuh yang lain dengan tidak dapat tidur dan demam.
dan lagi...
Sabda Rasulullah S.A.W.
Maksudnya : Orang mukmin bagi orang mukmin itu seumpama satu binaan. Kuat menguat diantara satu sama lain.

Alhamdulillah Allah SWT telah memasukkan kita di dalam golongan orang yang diberi petunjuk dan hidayahnya, yang mana hidayah ini diberikan kepada hamba2nya yang terpilih sahaja. Seperti yang kita tahu Rasululah SAW diutus ke dunia ini adalah rahmat untuk seluruh alam sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT
"Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam."
(Surah al-Anbia':107)

Allah berfirman: "Orang mukmin dan mukminat itu setengahnya menjadi ketua akan setengah-setengahnya, kerja mereka menyuruh berbuat yang baik (ma'aruf) dan mereka menegah kemungkaran, mereka mendirikan solat, mereka mengeluarkan zakat, mereka taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan dirahmati oleh Allah, bahawa sanya Allah itu mulia dan bijaksana" At Taubah 71

Jelas dari ayat di atas bahawa sesetengah orang Islam itu adalah layak untuk memimpin dan memberikan teguran dan larangan yang berlandaskan hukum Allah. Jika tiada ujud golongan ini maka akan hanyutlah masyarakat tersebut di mana kesalahan dibiarkan, sedangkan kebaikan tidak diajak untuk dilakukan. Tetapi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran inilah kerap menjadi sasaran maki hamun,cercaan dan umpatan di kedai kopi, di balai lintang masjid, di rumah kenduri dan sebagainya. Mereka tidak sedar jika golongan ini tidak ada, maka tidak adalah orang yang memperingatkan mereka dan masyarakat akan kesilapan yang dilakukan.

Bayangkan saudara-saudari jika kita terus bercakap dan berpidato dalam bentuk melabel2kan, pendek kata dengan kata2 yang kesat dan cuba bayangkan jika pendekatan yang Rasulullah SAW gunakan pada masa dahulu kepada masyarakat jahilliah sepertimana yang saudara/ri gunakan. Bagaimana agaknya islam akan tersebar ke seluruh alam sehingga kita hari ini Alhamdulillah mendapat Iman dan Islam. Kita harus faham, yang kita sebagai khalifah dimuka bumi ini bukan ditugaskan untuk ajak orang islam keluar islam, tetapi kita hendak mengajak orang yang bukan islam dan orang2 islam yang kurang penghayatan islam supaya faham islam dan menerima keseluruhan islam. Adakah dengan cara mencerca, mengkeji, prasangka buruk kepada mereka boleh membawa mereka kepada islam yang sebenarnya. Perbanyakanlah muhasabah diri kita sendiri, sebelum menghina orang lain.
Segala ancaman Allah SWT dalam al-Quran dan Rasulullah SAW sebenarnya adalah dalam bentuk untuk menyedarkan bukanlah untuk memperendah2kan atau menghina sehingga menjauhkan orang drp agama islam yang suci murni ini. Hayatilah ..
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik..
(Surah an-Nahl : 125)
firman Allah S.W.T.:
maksudnya:
“...Sekiranya kamu bersikap keras lagi berkasar tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekeliling mu…”
(Surah Ali-Imran : 159)
Allah S.W.T. telah berfirman:
Maksudnya:
“....Bermujadalahlah, berdebatlah atau berbahaslah kamu dengan mereka itu dengan cara yang lebih jitu yang terlebih baik, yang terlebih lunak... "
(Surah an-Nahl : 125)

Wallahua'lam bissowab...


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 17-04-04 02:29


...
PERSOALANNYA BUKAN BELAJAR SEKOLAH AGAMA ATAU TIDAK. BERASA HATI BUKAN BERMAKNA TERSINGGUNG TAPI ATAS KITA MEMBERI PERINGATAN PADA ORANG LAIN DAN JUGA DIRI SENDIRI.

Sehebat mana ilmu kamu merendah dirilah. semiskin mana ilmu kamu beradablah. janganlah memperdagangkan apa yang kamu cenderung dalam hal ugama, kiranya kamu ahli sunni janganlah kamu hinakan ahli tahqiq. Janganlah dengan ilmu kamu kamu menjadi lebih hina dengan meletakkan label..polan adalah orang wahabi dsb. dan meyebarkan fitnah tersebut. Janganlah kamu perpanjangkan perbincangan yang tidak kamu adakan dalil dari quran dan sunnah, dan janganlah kamu tafsirkan sesuatu mengikut nafsu, sedang keilmuan kamu dalam bidang bahasa amat cetek. jangan sesekali kamu menjadikan nasihat sebagai barang jenaka, agar tidak tertutup mata dan telinga batin. Jadilah manusia yang sentiasa merindukan pertemuan dengan nabinya,muhammad saw. Jadilah manusia yang sentiasa dalam keadaan ingat

Diam menutup segala keaiban menjadi keindahan bagi orang alim dan menutup bagi yang bodoh – Madah ahli Fikir

Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. Dengan ilmu manusia memiliki darjat yang tinggi. – Al Imam Ghazali

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-04-04 18:35


wbt
Saya tidak menafikan kata2 waaz04, memang benar dan soheh apa yang diperkatakannya cuma dari sudut cara penerangannya.

Quote:
hujah orang tak nnak lihat tapi hujah sendiri yang tidak ada fakta tu lah dipegang.



dan sebagaimana saudara martyr

Quote:
BALIK BELAJAR DULU.. KALAU TAK RETI JGN JAWAB SEMBERONO



dan cuba bandingkan dengan sabdaan Rasulullah SAW yang saya senaraikan. Dan suaikanlah pula dengan kata hikmah saudara
Quote:
Sehebat mana ilmu kamu merendah dirilah. semiskin mana ilmu kamu beradablah



Dalam usaha kita untuk memahamkan orang yang tidak faham atau cetek drp segi ilmunya, gunakanlah pendekatan yang terbaik sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik..
(Surah an-Nahl : 125)
Maaf jika saya terkasar bahasa.
Wallahua'lam bissowab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-04-04 22:52


assalamualaikum ooo assalamualaikum??
kenape ni..?mcm2 le..
kenape nak bercakaran...
bermuzakarahlah dengan sebaiknya..jika sahabat kita kurang ilmu..tegurlah dengan hikmah..jangan terus tuju je... wsslm

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

usamah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8451
Posting: 52

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-04 00:16


.....islam hadhari menjadi perbualan rakyat malaysia terutama rakyat negeri terengganu......dari segi teori islam hadhari ini cukup bagus dan menarik untuk diterapkan tapi jangan lah kita menggunakan teori ini untuk kepentingan pribadi menyebab tujuan sebenar dari islam hadhari itu telah disalah tafsirkan dalam kehidupan harian,akibat dari itu rakyat malaysia terutamanya akan menjadi bingung kerana penjelasan dari islam hadhari itu sendiri tidak sempurna.....maka disini saya ingin tegaskan jangan sesekali kita menggunakan islam untuk kepentingan pribadi

Bookmark and Share

    


  Member Information For usamahProfil   Hantar PM kepada usamah   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-04 17:36




tadi saya baru sahaja dengar ceramah dr ustat solehin mukhyi, bekas adun sg besar yg mana beliau menjelaskan bahawa konsep islam itu sahaja sudah cukup kuat, tdk perlu lagi ditambah dgn hadhari. mmg maksud hadhari itu ialah bertamadun dan moden, jika baru hari ini konsep islam hadhari itu hendak dipakai adakah, islam pada zaman rasulullah saw belum bertamadun?

sebenarnya islam hadhari ini hanya bertujuan utk mengabui mata rakyat terutama sekali yg jahil ttg agama utk menunjukkan bahawa kerajaan ini bersungguh2 utk melaksanakan islam, dlm masa yg sama perlaksanaan islam hadhari ini utk mengambil hati amerika yg tdk senang dgn perlaksanaan islam yg sebenar. buktinya kjaan amerika syarikat memuji islam hadhari malaysia yg sederhana.

realitinya kita lihatlah isi kandungan islam hadhari kjaan ni. rasanya tak perlulah diulang lagi sbb topik2 terdahulu pun dah disebut. iaitu maksiat. maksiat dan maksiat. wallahu alam.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-04-04 22:55


semoga Allah merahmati negara kita..wsslm

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 22-04-04 14:38


لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ
كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ

[Q34:15]

ISLAM BUKAHLAN SEPERTI BANGUNAN LAMA YG BILA SAMPAI MERENTASI ZAMAN YG TERLALU IA PERLU DI BERIKAN WAJAH BARU, TETAPI ISLAM SESUAI DULU, KINI DAN SELAMANYA


[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2004-04-22 14:50 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 22-04-04 14:57


huh.....

cukup tegang situasi sekarang....manusia semua nak menang tak ade seorang manusia pun yang mahu kalah...memang kita pandai bercakap tapi kenyataan situasi membatasnya...

kalau kita tengok sekarang ni rancangan islam hadhari di malaysia...apa yang dilakukan oleh kerajaqan untuk membentuk kerajaan yang hadhari di malaysia..kalau ilmu pendidikan islam pun nak dihapuskan...itu kerje orang yang tak ade akal je.....sebut yang bukan dibenarkan dalam hati...itu ciri-ciri munafik...kita boleh melabel orang itu munafik ataupun tidak dengan ilmu dan panduan yang diberikan oleh Allah....

dalam isu islam hadhari ni..bukan sahaja menyetuh aspek politik malah dari seluruh segi...apa yang saya nak nasihatkan kat sini adalah..hujah kita kadang kala kita tidak perasan..kita main cakap je...akhirnya mendatangkan kecurigaan da;lam komuniti ni....kita tak kutuk kerajaan tapi kita mempersoalkan kewibawaan kerajaa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

khuwailid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5241
Posting: 139
Dari: marakka, mareisha

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 22-04-04 15:24



Setakat pandangan dari ana.
Islam hadhari ni tak lebih dari satu slogan, slogan...
ermmm... bosan. Cuba anda semua berfikir bagaimana nak laskanakan undang-undang islam kalau pemimpin itu sendiri takut untuk menggunakannya? Islam yg di canangkan selama in hanyalah pada kulitnya sahaja... isinya langsung tidak diamalkannya. Macam ni? Pemerintah yang hanya membahagiakan rakyat dgn wang daN PANGKAT sahaja. Rakyat sudah pilih! Rakyat sekarang nie telah terkena barah kejahilan yang semakin meruncing. Program maksiat adalah satu kemestian dan benda sial(izin laluan yg berhormat) inilah yg telah merosakkan pemikiran umat kita sekarang. Fikir-fikirkanlah. Ana sedih tengok masyarakat sekarang.... semakin hari perangai mcm binatang. Mana dia pembangunan insan....rohani dan kewarasan akal fikiran? Jgn fokus shj pada pembangunan material sahaja....Renungkanlah.
Sampai bila kita nak jadi non-partisan pd mana-mana parti politik? Kita ade hak dan kitalah pengubahnya. inilah saluran utk kita memperbetulkan apa yg tak betul.
Jangan jadi pengecut! kalimah Allah perlu ditegakkan dimuka bumi ini.wassalam.

-----------------
Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khuwailidProfil   Hantar PM kepada khuwailid   Pergi ke khuwailid's Website   Quote dan BalasQuote

salleh_y
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1068
Posting: 215
Dari: :: Tanah ++ ::

china  


posticon Posting pada: 22-04-04 15:58


..
em..bile mcm ni..ambil lah yg mana anda rasa aula..dua2 penting..ambil kira kesan..ukhwah.com punya masa depan pon kene timbang sama..ok?
salam KEAMANAN !!

-----------------
Senaraikan Laman Web Islam Disini


Bookmark and Share

    


  Member Information For salleh_yProfil   Hantar PM kepada salleh_y   Pergi ke salleh_y's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 23-04-04 11:05


emmmmmmm...........


mengapa lahirnya perkataan hadhari dalam islam...maksud keseluruhan islam hadhari adalah islam moden...puas saya fikir dari hari ke hari...

adakah islam yang dibawa oleh rasulullah dahulu sebagai islam kuno.. sehingga tidak boleh diguna pakai oleh rakyat dan dunia yang semuanya moden ini...nabi juga pernah bersabda yang agama islam ini adalah sesuai untuk peredaran zaman...so mengapa ada pula istilah hadhari...apakah tujuannya...adakah ajaran islam yang bibawa nabi salah....

cuba saudara pikirkan...saya setuju kalau negara kita ini ke arah negara moden..tapi bukan dengan cara yang kotor dan tidak menepati syarak....sebab islam itu adalah agama yang syumul....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 25-04-04 17:56


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ
عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي
مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu Nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu.....
[Q5:3]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

salleh_y
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1068
Posting: 215
Dari: :: Tanah ++ ::

china  


posticon Posting pada: 25-04-04 20:34


..
kita xsuka langkah melaungkan Islam hadhari..
so apa kata kita bncg mcm mana nak sebar Islam yg TULEN..
mcm mana..
rasa ramai pemikir dan pelaksana kat ukhwah nih..
kita bukan sekadar kritik tapi bagi jalan sbg pilihan atau apa yg sepatutnya..
:: Islam 4 Everyone ::

-----------------
Senaraikan Laman Web Islam Disini


Bookmark and Share

    


  Member Information For salleh_yProfil   Hantar PM kepada salleh_y   Pergi ke salleh_y's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-04-04 22:57


jadi bagaimana kita mahu kembalikan undang2@ dustur islam itu sendiri sedangkan rakyat masih memilih yang x betul??sepatutnya kita selaku rata2nya cerdik pandai..mahasiswa dan mahasiswi sepatutnya cuba cari jalan mcm mane nak ubah persepsi rakyat yang man telah di buai dengan arus kejahilan dan mudah terpengaruh dengan ugutan yang akhir sekali menjerumuskan masyarakat menjadi hadhari dalam melaksankan kemaksiatan....
baru2 ni saya terbaca di mana sebuah kerajjan negeri yang mana dulu di perintah oleh kerajjan lain dan sekarang kerajjan lain mengambil alih..
mereka menyatakn taidak kan memberi lesen2 toto kepada pengusaha2 syarikat judi tu..saya harap ianya bukanlah satu omongan yang sementara..tetapi menjadi satu titik tolak mengubah dasar mereka yang menyamakan "amru bil maaruf dan amru bilmunkar" ..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 26-04-04 10:51


emmmm.........

dalam masalah ini...hanya islam menjadi jalan penyelesaian..kita harus kembali kepada islam dari segi rohani, dan fizikal...bukan hanya pandai bercakap tentang islam sahaja..namun hati tiada terpancar sinar islam.......dan golongan remaja/ mahasiswa juga mengambil peranan yang penting dalam menegakkan agama islam ini..kalau orang tua yang kita harapkan tak mampu nak takbir sebuah negara yang kecil ni..jadi kitalah yang wajib mengambil tugas-tugas tersebut....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-04-04 12:36


hehhe...
islam hadhari...
ok lah..saya bagi satu konsep islam hadhari pada pandangan PAK LAH...

1.menahan org tanpa bukti.
2.tdk dibicarakan utk memberi peluang membela diri.
3.tdk dibenarkan keluarga atau peguam utk dtg melawat selama 60hari awal penahanan.
4.tdk dibenarkan utk melakukan solat jumaat.

jadi..jika SAUDARA SEMUA ADA IMAN,AKAL DAN FIKIRAN MAKA SAUDARA BOLEHLAH MENTAFSIR ADAKAH INI SATU PERLAKSANAAN ATAU HANYA SLOGAN.

p/s..ramai rakyat malaysia yg islam.
tapi tdk ramai yg tahu islam.
kerna tdk ramai mengamalkan islam.
sebab itu mudah utk diperdaya pemimpin yg mengaku lagak islam.....

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-04-04 14:57


emmmmmm.......

bukan tu sahaja azimi..tapi banyak lagi yang menyatakan islam hadhari dari pandangan pemimpin tertinggi kita tu...

kalau perlaksanana tak betul bukan sahaja orang islam menjadi keliru...malah boleh mencapai tahap bidaah....bayangkan kalau pemimpin yang tak reti islam...nak mengubah islam...ape yang akan jadi pada islam...jelas walaupun perlaksanaan islah hadhari telah bercanggah dengan islam sebenar....

di malaysia ni rakyat seramai 22 juta orang separuh daripadanya ialah orany yang beragama islam....fikirkan kalau orang islam di hidangkan dengan perkara-perkara yang salah...maka manusia di malaysia ni yang islam tak mustahil akan hancur...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

achik252
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8180
Posting: 25
Dari: pahang

bahrain  


posticon Posting pada: 04-06-04 11:08


marilah kita tanamkan azam untuk menjadikan diri kita rijal dan nisa' yang hidup berjuang mempertahankan Islam...pesanan kepada diri kita jangan hanya pandai beretorik dan berfalsafah sahaja...buktikan!!!amal makruf nahi mungkar..."ALLAH TIDAK BERTANYA KEMENANGAN KITA TETAPI SEJAUH MANA KESUNGGUHAN KITA DIDALAM JALAN DAKWAH INI YANG AKAN DITANYA"

-----------------
mengeluh kerana tidak berkasut sebagai suatu kelemahan untuk berjalan adalah sangat mengaibkan pada pandangan seseorang yang lansung tidak berkaki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik252Profil   Hantar PM kepada achik252   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 05-06-04 14:56


hehehehe...

sokong tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-06-04 17:51


Pak Lah’s Islam Hadhari allowed the Interest Bearing CHHB’s RCLS Investment?

Thursday, June 10 @ 12:47:43 MYT


By: Alex
On June 9, 2004 Kubang Kerian MP, Sallehuddin Ayub had raised the issue of the involvement of Khazanah Nasional Berhad in acquiring the Redeemable Secured Loan Stock (RCLS) issued to bill out Country Height Holding Berhad.

Malaysia second Finance Minister, Tan Sri Mohammad Nor Yaacob had failed his responsibility to the 219 Members of parliament by misinform the house the actual facts about the misdeed of Khazanah Nasional Berhad which defied its corporate mission and objectives.

Second Finance Minister had also ignored the sensitivity of the Muslim community by getting the Abdullah Badawi’s Islam Hadhari administration to be involved in the Non- Syariah Country Height Holdings Debt instrument; the RCLS Series “A” has the interest bearing of 6% forbid by Islam.

Second Finance Minister said, “Khazanah invested in CHHB because the more prudent banks had also invested” is a very clear indication of the weakness of the KNB that lacks of Professional Risk Management team to evaluate the viability of the CHHB’s CULS that it has to follow the desperate banks who seek to recovered the bad loan owed by CHHB.

The Minister also ignore the fact that the commercial bank are actually trying to recover their debts rather than trying to invest in the portfolio that do not have any future earning potential.

It was on December 16, 2003, Khazanah Nasional Berhad (KNB) has entered into an agreement to bail out Country Height Holding Berhad (CHHB) by injecting RM 125 million into CHHB’s Special Purpose Vehicle, East Vision Leisure group of companies (EVL).

KNB’s involvement into this bail out exercise of CHHB is an evident of the corrupted practices of the Abdullah Badawi Administration because:

Former Board of directors of KNB has acted unprudently and intentionally to defy all the main corporate objectives of:

I. Strategic,
II. High technology, and of
III. National interest

In this restructuring process, the underperformed and over valued assets of CHHB’s subsidiaries were injected into the special purpose vehicle, East Vision Leisure (EVL) at the price of RM 655 million payable by the issuance of 655 million EVL shares.

KNB’s RM 125 million was exchanged with one golden share of EVL and 125 million 7 years 6% “Series A” Redeemable Convertible Secured Loan Stock (RCLS) valued at RM 1.0 each; while bank creditors; RHB and BCB were issued 295 million similar RCLS. While the remaining bank owing of RM 68.82 million were exchanged with “Series B” ” Redeemable Convertible Secured Loan Stock (RCLS) that carried 5% annual interest.

This restructuring exercise makes EVL the beneficiary owner of the 3 companies:

I. Mine Shopping Fair Sdn. Bhd. (MSF)a beneficiary owner of a shopping complex on a 10.2 acre of land that has 1.7 million square feet gross floor area and 1,200 parking lot valued at RM 325 million
II. Mine Water Front Business Park Sdn. Bhd. ( MWBP) A part beneficiary owner of 5 unit of 10 storey office block with floor area of 466,000 square feet and 168 parking lots on 12.05 acres land valued at RM 100 million
III. Mines International Exhibition Center Sdn. Bhd. (MIEC), a beneficiary owner of the 6 storey 1.20 million square feet exhibition center with 1,500 parking lots on 6.74 acres of land. MIEC was valued at RM 230 million

The involvement of KNB in this exercise may be seen as the Creditors turn shareholders; but the term and conditions of the deal is only favorable to CHHB for the following reasons:

I. The target assets are exorbitantly overpriced. RM 197 per square feet for the target assets, mainly parking lots and old mining land is too expensive.
II. The target assets are running at a net loss of RM 6.04 million to the investment. With the RM 655 million price tag, the investors should be expecting a minimum annual Earning before tax of 65.5 million not the net loss of RM 6.04 million
III. The consolidated Current Ratio of the Target asset is only 0.2 (The Companies can only pay RM 0.20 for every RM 1.00 owed). This is a significant fact that CHHB (EVL) will not have RM 32.8 million to pay the 6% “Series A” RCSL and the”Series B” RCLS by the end of 2004.
IV. The Target assets are all poorly managed and underperformed as in year 2003, these 3 target assets recorded the consolidated loss of RM 6.04 million.

Profit and Loss Account as at December 31, 2003
TMSF MWBP MIEC Consolidated
Operating Revenue $27,181,258.00 $6,011,843.00 $17,540,093.00 50,733,194.00
Operating Expenses $24,566,776.00 $7,101,229.00 $25,103,605.00 56,771,610.00
Earning Before Tax $2,614,482.00 $(1,089,386.00) $(7,563,512.00) (6,038,416.00)
Profit After Taxation *$4,219,833.00 $(1,091,030.00) $(7,563,512.00) (4,434,709.00)
Unappropriate Profit B/F $3,277,364.00 $(1,714,344.00) $(1,307,613.00) 255,407.00

· *TMSF has tax credit in the year 2003

VI. Eventually KNB and Lender whom had been issued 420 million RCSL will assumed 63% of debt ridden company that owns the target assets.

After the exercise, CHHB shall be saved from the PN4, but KNB and lenders will start to bear the burden of the white elephant.

The Equity Structure after the restructuring of CHHB through East Vision Leisure Group of companies

East Vision Leisure Group Share Holders No. of Shares Percentage
CHHB 235000000 35.88
Khazanah Nasional Berhad 125000000 19.08
Lenders 295000000 45.04
Total 655000000 100.00


VII. In 2003, MIEC has a Share premium and reserve of RM 286 million; it should be fairly liquid to undertake the lead in this restructuring exercise. Why need KNB and Lenders? There must be a query of where the RM 286 million is?
VIII. Both Mine Waterfront Business Park and Mine International Exhibition Center are registering Negative Equity due to the mismanagement and huge operational losses.

There is no single strong rational investment reason why KNB has to waste RM 125 million in the CHHB investment as the target assets are not profit centers. The RCLS held by KNB will cause the government to further drifted into the financially bleeding entities.

This KNB Investment in CHHB is has many irregularities and occurred on the 77th day after YAB Dato Seri Abdullah took office with his Islam Hadhari Mission.

It is timely that KNB sell off all its RCLS interests to the owners of CHHB because such an investment was morally wrong to PM’s Islam Hadhari Mission, besides, this KNB investment also face high tendency of interest payment defaults because of its loss making track of records.

YAB Prime Minister has to act swiftly without any fears or favor to unload CHHB RCLS because the implications of this irregularity will set precedence for KNB to be drifted further from its main corporate objectives and its accountability to the Malaysia government.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-06-04 19:27


Loteri: Islam Hadhari tidak kenal halal, haram

Friday, June 11 @ 16:06:53 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Sikap pemimpin Umno yang mencadangkan agar mewujudkan loteri seolah memberikan gambaran betapa konsep Islam Hadhari tidak kenal erti halal dan haram.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kesanggupan pemimpin Umno supaya diwujudkan loteri bagi membantu kemajuan sukan negara bukan sekadar menggambar mereka tidak bermoral malah konsep Islam Hadhari yang diuar-uarkan seolah-olah tidak kenal erti halal dan haram.

Katanya, sekalipun bidang sukan hanya untuk keduniaan tetapi memperuntuk judi seperti loteri dalam sukan tetap haram dalam Islam.

Dua hari lepas, anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Zaid Ibrahim mencadangkan agar kerajaan mewujudkan loteri khas untuk membantu mengembangkan sukan di negara ini.

Beliau mencadangkan demikian kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said di sidang Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Azalina pula berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan loteri bagi membantu sukan negara kerana tidak mahu PAS menang dalam pilihan raya akan datang.

Mengulas kenyataan Azalina, Idris berkata, menteri berkenaan mungkin berasakan PAS adalah sebuah parti yang memelihara Islam.

"Ini menunjukkan perlunya dipertahankan parti PAS kerana sekurang-kurangnya pemimpin Umno tidak berani membuat sebarang kemungkaran kerana takut PAS menyerang mereka," katanya.

Oleh itu katanya, rakyat harus faham bahawa PAS sememang menegakkan hukum Allah dan menentang segala kejahatan dan kejahilan.

Beliau yang turut sedih dan kesal dengan tindak tanduk pemimpin Umno tanpa hirau dosa dan pahala berkata, Biro Agama Umno yang diwujudkan itu tidak seharusnya berdiam diri dalam menangani masalah-masalah seperti itu. - mks.



hemm..LIMA TAKULU MALA TAFAALUN????

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-06-04 13:53


Islam Hadhari: Implikasinya mencemar akidah - Suatu Kritikan

Thursday, May 06 @ 15:45:55 MYT


Oleh Dr Shafie Abu Bakar
Pendahuluan

MUTAKHIR ini ulama Umno berhempas pulas cuba mengolah konsep 'Islam Hadhari' yang istilahnya dikoin dan dibekalkan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam ucapannya pada satu persidangan awal tahun ini.



Islam Hadhari dikatakan merupakan projek khas YAB Perdana Menteri. Di dalam kertas kerja 'Program Seminar Percambahan Pemikiran Islam Hadhari Fasa Kedua Tahun 2004' dinyatakan:

"Program Seminar ini merupakan program khas yang akan dilangsungkan secara besar-besaran di seluruh negara yang akan melibatkan sektor kerajaan, agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, bank-bank, syarikat-syarikat korporat yang besar serta badan-badan berkanun."

Dari objektifnya antaranya dikatakan:

"Rata-rata rakyat negara ini disalahertikan dan menolak pembangunan itu sebagai tuntutan agama yang mereka pelajari dari ceramah-ceramah jalanan yang tidak berhemah. Dengan memahami penjelasan ini, ia akan membentuk masyarakat Islam yang cemerlang melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang sebenar dan membentuk semua pekerja di negara ini menyokong usaha-usaha kerajaan dan Umno bagi mencapai matlamat wawasan 2020."

Antara tujuan yang diperturunkan ialah:

"Program seminar ini akan mempastikan seluruh kakitangan/pekerja di negara ini sebagai jentera kerajaan dan Umno yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan dasar dan polisi kerajaan Barisan Nasional sekaligus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN."

Seminar secara berperingkat yang akan dilakukan di seluruh negara menyasarkan untuk tahun ini seramai 700,000 pekerja dengan peruntukan sebanyak RM41.12 juta.

Huraian: Mengapa Islam Hadhari?

Sebelum ini Umno merasa tergugat dengan gagasan 'Negara Islam' dan dokumen Negara Islam' yang dilancarkan oleh PAS pada akhir 1424/2003.

Sebelumnya Umno mendakwa bahawa Malaysia 'Negara Islam' dan Umno parti yang memperjuangkan Islam, tetapi tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen 'Negara Islam' dakwaannya.

Dalam pada itu perisytiharan Malaysia 'Negara Islam' ala Umno tidak disenangi orang bukan Islam dalam parti-parti komponan BN dan juga di luar BN seperti DAP.

Dalam pada itu Umno sendiri merasa tercabar dengan dakwaan 'Negara Islam', kerana seharusnya ia menyediakan dokumen 'Negara Islam'nya, sedangkan Umno tidak pernah ikhlas untuk menegakkan 'Negara Islam' sebenarnya.

Sebab itu 'Islam Hadhari' memperlihatkan sifat tercari-cari Umno tentang gagasan Islamnya. Ianya adalah helah dan pelarian dari penjelasan 'Negara Islam' yang didakwa Umno.

Istilah Hadhari

Bagi mengelak daripada terperangkap dengan olahan 'Negara Islam' Umno, ulama Umno mencari-cari istilah yang dapat menarik perhatian masyarakat dan sekaligus mengabui mereka, maka dikemukakan istilah 'Islam Hadhari'.

UMNO sedar ada sebuah istilah yang telah terkenal dipopularkan di Malaysia, iaitu 'Masyarakat Madani'.

Istilah ini telah diperkenalkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika menyampaikan kertas kerja berjudul, "Islam Dan Pembentukan Masyarakat Madani" yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 19 - 21 September 1996 (Masyarakat Madani, 1998: VI).

Tetapi oleh kerana istilah ini diperkenalkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka ianya menjadi fobia bagi Umno dan dijauhinya sejauh-jauhnya.

Biarpun istilah ini lebih tepat dan jitu. Pengemukaan 'Islam Hadhari' secara yang boleh dipersoalkan adalah bertujuan untuk menandingi dan kalau boleh menenggelam dan menghapuskan istilah dan konsep 'Masyarakat Madani' itu.

Istilah 'Hadhari' bukan sebenarnya istilah asli yang dikemukakan oleh 'ulama Umno, tetapi diciplak dari istilah yang digunakan oleh Ibn Khaldun di dalam bukunya yang berjudul 'Muqaddimah Ibn Khaldun'.

Ibn Khaldun di dalam membicarakan tentang perkembangan masyarakat, menurutnya bermula dari Badwi (darat/hulu), membawa kepada Hadhari (maju/semasa), Madani (bandar/bertamaddun) dan Misri (kota/berbudaya). Istilah-istilah ini digunakan bagi menunjukkan tahap perkembangan dan kemajuan masyarakat ( Ibn Khaldun, 1948: 122).

Penggunaan istilah-istilah berkenaan oleh Ibn Khaldun yang menisbahkan kepada masyarakat adalah tepat. Dato' Seri Anwar juga yang turut meminjam dari istilah Ibn Khaldun 'Madani' dan dinisbahkan kepada masyarakat adalah tepat, iaitu 'Masyarakat Madani, manakala penggunaan istilah 'Hadhari' yang dinisbahkan kepada Islam adalah tidak tepat, mengelirukan, bahkan salah kerana ianya boleh mencemarkan akidah.

Kritikan: Istilah Islam

Istilah Islam adalah berasal dari al-Quran dan Hadith. Banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh dipetik.

Contoh ayat al-Quran bermaksud:

"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah ISLAM" (Al-Imran, 3: 19)

Juga ayat bermaksud:

"Pada hari itu Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan Aku lengkapkan kepada kamu nikmatKu dan Aku redhakan kepada kamu Islam sebagai agama".

Manakala Hadith dapat dipetik contoh hadith riwayat Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w. disoalkan tentang Iman, Islam dan Ihsan (Riwayat Bukhari).

Kefahaman Ilmu

Dari 'Islam' dapat dirumuskan antaranya sebagaimana berikut:

i) Islam adalah satu agama dari Allah yang sempurna lagi lengkap yang tidak boleh ditokok tambah atau dikurangkan.

ii) Islam merangkumi segala yang maujud. Menjadi keilmuan dan panduan.

iii) Islam boleh diolah secara tauhid, falsafah, prinsip, hukum, ilmu, akhlak dan sebagainya.

iv) Islam melahirkan negara, tamadun, peradaban dan kesusilaan.

v) Islam melahirkan masyarakat umat yang mempunyai identiti dan ciri tersendiri.

Sayyid Qutb di dalam membicarakan hakikat masyarakat Islam mengatakan:

"Sistem masyarakat Islam itu bersumber dari aqidah Islam dan ditentukan polanya oleh Syariat Islam, maka dalam penyegaran dan pertumbuhannya sistem itu haruslah tunduk kepada sumbernya dan kepada syariat Islam yang menentukan bentuknya.

"Syariat Islamlah yang menguasai segala perkembangan di dalam sistem masyarakat yang bercorak Islam itu. Dalam pengarahannya, sistem itu tidak memberi kelonggaran untuk menundukkan diri kepada sesuatu konsepsi asing yang menyimpang dari karakteristiknya sendiri, baik pengarahan yang bersifat menyeluruh (kulliy) maupun yang bersifat juziy (partial).'' (Sayyid Qutb, 1975: 66)

Dalam pada itu menurut Sayyid Qutb, jika ada secara kebetulan elemen-elemen tertentu yang dianggap baik dan mempunyai persamaan dengan sistem-sistem tertentu atau apa-apa penisbahan terhadapnya, maka tidak boleh dikaitkan dengan Islam contohnya 'Islam Sosialis', maka kata Sayyid Qutb:

"Adalah tidak layak sebenarnya untuk memberikan embel-embelan kepada Islam seperti di atas itu, kerana sistem Islam itu secara faktuil lebih tua (dari sistem sosialis - penulis) dan unggul.

"Ini dari segi gaya bahasa. Dari segi materinya, maka Islam adalah suatu sistem yang lengkap dan sempurna. Segala pengarahan yang terdapat di dalamnya berpangkal pada sendi-sendi yang tetap, terpaut pada idea yang menyeluruh dengan pembidangan yang teratur dan bersangkut rapat dengan akidah terhadap Allah." (Sayid Qutb, 1975: 24)

Makna

(Dari pemaparan di atas mari kita lihat 'Islam Hadhari' dari segi makna)

Penggunaan Istilah 'Islam Hadhari' memberi implikasi makna sebagaimana berikut:

i. Ada faham (isme) tertentu (Islam Hadhari) yang ditempel (embel) kepada Islam yang faham ini mencabul Islam sebagai agama yang lengkap, suci dan sempurna yang tidak perlu dikaitkan kepada mana-mana fahaman.

ii. Melihat Islam sebagai sesuatu yang terhad, iaitu dari segi 'hadhari' (Maju dan Semasa), sedangkan Islam sebagai satu sistem yang menyeluruh yang mencakupi segala yang maujud. Ini merendahkan martabat Islam itu sendiri.

iii. Mengaitkan Islam dengan kemahuan pihak tertentu (Umno). Alangkah tidak beradabnya mereka yang terlibat terhadap Islam (lihat kertas kerja dan judul-judul kertas cadangan bagi Islam Hadhari).

iv. Memaksa Islam dengan kemahuan-kemahuan semasa yang tidak wajar dikaitkan dengan kesucian Islam (Contoh: Objektif Islam Hadhari: Membentuk semua pekerja di negara ini menyokong usaha-usaha kerajaan dan Umno bagi mencapai matlamat wawasan 2020).

v. Meninggalkan aspek-aspek kesempurnaan Islam yang lain seperti perundangan Islam dan dari satu segi mencemar Islam, kerana di dalam Islam Hadhari di Malaysia ada perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam yang tidak diambil tindakan yang selaras dengan kehendak Islam seperti membiarkan perjudian, riba dan segala jenis maksiat.

Implikasi Dari Segi Aqidah Tauhid

(Dari pemaparan di atas mari pula kita lihat implikasi dari segi akidah tauhid)

i) Dalam sejarah pemikiran Islam, walau betapa pun berlakunya pelbagai pendapat. Misalnya lahirnya golongan Asha'irah, Maturidiyyah dan Mu'tazilah di dalam bidang usuluddin dan ilmu al-kalam (Al-Baijuri, t.t. 28 -29.).

Mereka tidak dinisbahkan kepada Islam Asha'irah, Islam Maturidiyyah atau Islam Mu'tazilah. Ini untuk mengelak dari perkara yang mengelirukan di dalam Islam.

Lagi pula kelahiran ini adalah merupakan aliran-aliran yang tumbuh di dalam peradaban dan tamadun masyarakat Islam. Ianya merupakan pengolahan terhadap Islam. Di dalam konteks ini tidak sewajarnya menempelkan 'Hadhari'' kepada Islam.

ii) Islam sebagai agama Allah yang bersifat syumul, tidak seharusnya dilihat kesyumulannya hanya kepada aspek yang dianggap significant dan dalam masa tertentu (kekinian). Implikasinya aspek-aspek yang lain tidak sempurna?

iii) Jelas dari kertas kerja 'Islam Hadhari'' memperlihatkan Islam diguna dan diperalatkan bagi kepentingan ideologi dan parti tertentu (Umno).

Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui akan niat dan keikhlasan atau sebaliknya pihak-pihak berkenaan.

iv) Istilah 'Hadhari' bila dikaitkan dengan Islam tidak dapat mengelak dari pencemaran akidah, maka sebab itu hendaklah dinisbahkan pertumbuhan yang lahir dari nilai dan syariat Islam kepada masyarakat.

Contohnya 'Masyarakat Madani'. Istilah ini tepat dan menarik kerana ianya mempunyai akar kata dan pecahan yang tumbuh dan berkembang di dalam tamadun dan peradaban Islam.

Contohnya berasal dari Madinah (tempat berkembang suburnya Islam), berkait dengan tamaddun (peradaban dan susila), berkait dengan kata 'Din', iaitu tempat dikembangkan agama Islam, berkait dengan 'Dayn', iaitu manusia terhutang dengan Allah, kerana nikmat yang dikurniai-Nya, sebab itu manusia perlu patuh kepada-Nya dan berkait dengan kata 'Dana', iaitu dekat dengan Allah dan juga bererti mudah dipelajari (Islam).

Manakala istilah 'Hadhari' tidak ada perhubungan dengan sebarang istilah yang merujuk kepada tamaddun dan peradaban Islam. Mengapakah istilah yang miskin, tidak tepat dan tidak berkembang di dalam perbendaharaan Islam ini menjadi pilihan ?

v) Secara sedar atau tidak mereka yang terlibat dengan gagasan 'Islam Hadhari' adalah mereka yang terpengaruh, bahkan terjebak dengan faham sekularisme Barat.

Berhubung dengan faham sekularisme ini Syed Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam And Secularism mengatakan:

''The term secular, from Latin saeculum, conveys a meaning with a marked dual connotation of time and location; the time referring to the 'now' or 'present' sense of it, and the location to the 'world' or 'worldly' sense of it. Thus saeculum means 'this age' or 'present time', and this age or the present time refers to events in this world, and it also then means 'contemporary events (Al-Attas, 1978: 14).

Jelas 'Islam Hadhari' yang bermakna Islam semasa, kini dan sekarang melihat kemajuan secara terputus kepada pergolakan semasa, moden dan kini dan terpisah dari kesyumulan Islam secara keseluruhan, khususnya dari segi akidah, syariat dan nilai serta akhlak.

Penglihatan lebih didominasi oleh konsep kemajuan alam kebendaan dan sekular terpisah dari kerohanian.

'Islam Hadhari' jika tidak sepenuhnya bersifat sekular sebagaimana dihuraikan di atas, setidak-tidaknya tidak terlepas dari pandangan dan pengaruh sekular itu.

Pengaruh sekular ke dalam pemikiran tokoh-tokoh ulama Umno bukan secara kebetulan, kerana bukan satu rahsia lagi ada kalangan pensyarah dan ulama yang mendokong Umno terang-terang menampilkan pandangan yang bersifat sekular baik di dalam bilik kuliah, di dalam ceramah, forum dan penulisan sehingga orang awam sendiri merasa tidak senang.

Disebabkan itulah tidak hairan pandangan yang bersifat sekularisme meresap masuk ke dalam rangka dan gagasan 'Islam Hadhari'.

Kesimpulan

(Bagi menjaga kesucian Islam, maka di bawah ini diperturunkan beberapa cadangan)

i) Agama Islam adalah agama yang suci lagi lengkap, maka segala usaha secara ikhlas bagi menegakkan Islam, hendaklah atas nama ISLAM semata-mata.

Usaha menempel atau melabelkannya dengan sesuatu boleh merosakkan kesucian Islam itu sendiri. Ini adalah merupakan sebaik-baik pendekatan.

ii) Seandainya hendak juga ditempelkan sesuatu, maka janganlah ditempelkan pada Islam yang sudah lengkap, tetapi bolehlah pada aspek-aspek pengolahan terhadap Islam, misalnya Masyarakat Madani (hasil dari acuan akidah-syariat Islam).

iii) Istilah 'Islam Hadhari' khususnya istilah 'Hadhari' agak janggal dan asing. Ianya tidak tumbuh dan berkembang di dalam peradaban dan persuratan Islam, sekurang-kurangnya tidak sebagaimana istilah 'Madani' bagi 'Masyarakat Madani.

iv) Andainya istilah ini (Hadhari) mahu digunakan, walaupun 'Madani' lebih wajar, tetapi kerana ianya dipopularkan oleh Dato' Seri Anwar dan mahu dielak (tidak wajar dari segi ilmu dan kebenaran), maka hendaklah digunakan Masyarakat Hadhari, bukannya 'Islam Hadhari'.

v) Jangan terjebak ke dalam pengaruh sekularisme yang boleh merosakkan kesucian Islam dan boleh mencemarkan akidah.

Rujukan:

Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. 1978. Islam And Secularism. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam (ABIM).

Al-Bayjuri, Ibrahim. T.t. Hashiyat Tuhfat al-Murid 'Ala Jawharat al-Tawhid. Misr: Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyat.

Ibn Khaldun. 1984. Muqaddimat Ibn Khaldun. Beirut: Dar al-Qalam.

Masyarakat Madani: Satu Tinjauan Awal. 1998. Selangor: Institut Strategi Pembangunan Malaysia (MINDS).

Sayyid Qutb. 1975. Masyarakat Islam. Bandung: PT al-Ma'arif. - mks.




Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-06-04 23:10


HA NI CTH TEORI HADARI TU TAK MENJADI...


Oleh Ahmad Othman
[email protected]

KOTA TINGGI: Makam Sultan Mahmood Dijulang di Kampung Makam, di pinggir bandar ini yang dikatakan tidak diselenggara dengan baik kini, didakwa menjadi tempat pasangan memadu asmara selain penagih dadah melepaskan gian.



Dalam kejadian terbaru Jumaat minggu lalu, seorang gadis berumur 16 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, ditemui di bilik mengaji makam itu dalam keadaan tidur berpelukan, dipercayai terlalu mengantuk selepas memadu asmara sepanjang malam.

Perkara itu didedahkan Bendahari Majid Jamek Kampung Makam, Hafitz Hasbollah, 47, yang tidak mahu bersubahat dengan perbuatan mungkar di kariahnya.

Menurutnya, perbuatan remaja itu amat dikesali dan pihak berkuasa perlu bertindak bagi memastikan makam terbabit terpelihara daripada sebarang kegiatan yang tidak bermoral.

Katanya, remaja berkenaan ditemui pada kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu, ketika dia bersama beberapa jawatankuasa masjid sedang berkemas untuk solat Jumaat.

Hafitz mendakwa, ibu bapa datang ke makam itu untuk mencari anak gadisnya yang berusia 16 tahun, selepas tidak pulang ke rumah.

Difahamkan, sebelum itu ibu bapa berkenaan menemui beberapa rakan perempuan anaknya dan berhasrat melaporkan kehilangan gadis itu kepada polis jika anaknya gagal ditemui.

“Difahamkan, seorang daripada rakan anak gadisnya memberi kerjasama dengan membuka rahsia tempat pasangan remaja itu sering memadu kasih iaitu di kawasan makam ini.

“Selepas ke makam itu, ibu bapa terbabit terkejut dan kesal apabila mendapati anaknya yang masih berpakaian baju tidur, dalam keadaan tidur berpeluk dengan pasangannya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikelilingi beberapa naskah al-Quran dalam bilik mengaji makam ini.

“Bagaimanapun, saya memuji ketegasan ibu bapa itu kerana mereka menyerahkan pasangan itu untuk tindakan pegawai Pejabat Agama Islam daerah.

“Difahamkan pasangan itu kini dalam proses diberi sesi kaunseling,” katanya di sini, semalam.

Hafitz yang juga anak jati kampung itu berkata, segala kejadian maksiat dan tidak bermoral termasuk menagih dadah di makam sultan itu, ada kaitnya dengan keadaan makam itu yang kini tidak diselenggara dengan baik.

Menurutnya, pagar makam itu kini didakwa sudah uzur dan perlu dibaik pulih supaya tidak diceroboh terutama pada waktu malam bagi kegiatan yang tidak sihat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, makam itu juga perlu dicat semula dan pasir mengelilingi makam itu digantikan kerana tempat itu menjadi tumpuan kunjungan pelancong luar dan peminat sejarah.

“Pihak berkuasa perlu menggajikan seorang pengawal makam yang khusus untuk memulihara tempat bersejarah ini,” katanya.

Hafitz berkata, sebelum ini kawasan Makam Sultan Mahmood Mangkat Dijulang itu juga dikatakan sering dihendap anggota polis Cawangan Narkotik kerana terdapat maklumat, segelintir penagih menjadikan tempat itu untuk menghisap dadah pada waktu malam.

“Tempat itu yang sunyi dan bangunan makam terletak di kawasan tinggi, dikatakan memudahkan penagih dadah itu membuat pemerhatian pergerakan orang lain atau mudah melarikan diri jika mereka diserbu,” katanya.




Catatan : Dipercayai dipetik daripada akhbar

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

miss_arin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8931
Posting: 288
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-06-04 23:50


cuba fikirkan... siapa yg mencorakkan ukhwah??? anda sendiri.. so, pandai2lah memilih topik utk diposting...

betul kata kak engku_salina..saya setuju..
kita yg mencorakkan ukhwah ni..
tepuk dada tanyalah iman..

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_arinProfil   Hantar PM kepada miss_arin   Pergi ke miss_arin's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 20:31


Islam Hadhari: Kerajaan dibidas kerana membenarkan 'Konsert Sarah Brightman'

Monday, June 14 @ 19:06:32 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Senator Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Kelantan) membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kononnya membawa konsep Islam Hadhari tetapi masih lagi membenarkan konsert hiburan artis luar negara seperti 'Konsert Sarah Brightman' pada 20 Jun ini.

Semasa mencelah dalam perbahasan oleh Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mashitah Ibrahim, Siti Zailah mempersoalkannya kerana Islam Hadhari yang dibawa oleh kerajaan adalah untuk mendidik rakyat dengan fahaman Islam yang sebenar sedangkan masih melaksanakan program-program yang berunsurkan negatif.

"Adakah kerajaan sedar bahawa perkara ini terang-terangan bercanggah dengan budaya kita dan apa lagi mendidik masyarakat kita ke arah akhlak yang baik," katanya sambil menunjukkan keratan akhbar penyanyi luar negara itu.

Tegasnya, di antara perkara yang akan dibawa oleh penyanyi itu ialah lagu yang bertajuk 'Harem' yang bermaksud 'satu bahagian bilik yang terpisah dalam rumah orang Islam yang menjadi kediaman wanita Islam'.

Jelasnya, lagu yang akan dinyanyikan oleh Sarah itu merupakan satu rancangan halus yang akan merasuk dalam pemikiran umat Islam negara ini.

Beliau kesal dengan pendirian Mashitah yang berpendidikan agama kerana membenarkan konsert Sarah diadakan di negara ini untuk dijamu kepada belia Islam.

Siti Zailah dengan lantang mempersoalkan adakah kerajaan boleh memastikan belia Islam tidak terlibat sama setelah program ini berlangsung, ini kerana sudah banyak program seperti ini pastinya dihadiri oleh belia Islam.

Bagaimanapun, Mashitah menjawab konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Kerajaan BN adalah sesuai dengan rakyat Islam dan bukan Islam.

Mashitah berkata, dengan mengambil kira masyarakat bukan Islam dalam negara ini konsert itu tidak semestinya dihadiri oleh belia Islam.

"Jadi dalam hal ini 'tepuk dada tanya selera', yang penting kita cuba berikan kawalan dalaman tetapi bukan dengan menghalang konsert ini," katanya dalam Dewan Negara hari ini. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 22:43


Ngerinya Islam Hadhari

Tuesday, June 15 @ 18:01:28 MYT


Oleh Annual Bakri Haron
DALAM keadaan 'Ibn Khaldun Abad ke-21' masih hidup, tergamak berpuluh-puluh pelumba motosikal haram bertindak menyerang sepasang suami isteri di Taman Ipoh Garden pada jam 4.30 pagi dan menterbalikkan kereta mereka.

Sementara bekas Perdana Menteri Keempat itu sedang ditabalkan sebagai pemimpin Islam teragung di abad ini oleh seorang doktor 'import' dari Mesir pada pagi yang sama, seorang mangsa ragut telah mengalami koma di Johor dan kini telah diisytihar tidak bernyawa.

Dalam perkembangan lain, pihak polis pula berjaya menggeledah kelab dangdut di Jalan SS3 dan sempat 'menggari' 16 orang GRO.

Dari kira-kira 100 pelanggan, terdapat 27 daripada mereka yang turut ditahan kerana dipercayai mengambil dadah.

Ketika ditanya, pihak polis dengan kecewa menjelaskan yang mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyita kelab dangdut yang telah lapan kali diserbu itu kerana kuasa berada di tangan Pihak Berkuasa Tempatan.

Di Banting pula, sepasang kekasih telah ditemui mati dipukul. Dalam ruangan surat pembaca, seorang yang memakai nama “isteri menderita” pula mendesak pihak berkuasa jangan biarkan GRO Islam berleluasa.

Semua berita-berita ini dapat dinikmati dengan “mewahnya” dalam Utusan Malaysia, pada 14 dan 15 Jun 2004.

Di tengah-tengah luasnya mulut pemimpin Umno melaungkan Islam Hadhari yang sangat bestari itulah juga, umat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya sedang melalui kehidupan dari sehari ke sehari dengan penuh ketakutan.

Siapakah pihak berkuasa di sini? Mana dia pemimpin kerajaan? Apa yang sedang terjadi dengan pihak Kerajaan Tempatan? Inilah barangkali pesaka “bestari” yang ditinggalkan oleh “Ibnu Khaldun abad ke-21 dan kini sedang diwarisi pula dengan bangganya oleh Perdana Menteri Malaysia yang Kelima.

Jika ditanya menteri-menteri kita, tentu yang salahnya ialah sekolah, guru-guru dan para ibu bapa. Apa yang gemar disogok ialah “rakyat perlu bersyukur. Negara kita aman sentosa kerana berkat dipimpin oleh para imam bertaraf Ibnu Khaldun yang sangat bijaksana.

“Ya, inilah dia Islam Hadhari,Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Inilah Islam tamadun yang kita selalu katakan. Islam yang mengikut acuan kita. Jangan diikut Islam radikal. Itu tidak sesuai dengan iklim kita.” Demikian bunyi suara seorang pemimpin yang sangat berwawasan.

Aduh,! Kelirunya saya. - mks.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

insan_fakir
Warga Rasmi
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6925
Posting: 1

Johor  


posticon Posting pada: 15-06-04 23:04




Islam Hadari...em..insan x taula..tapi insan teringat apa yang Syed Qutb cakap...Islam itu menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar mutlak yang tak boleh di ingkari barulah dinamakan Islam...katakanlah istilah TAAT dalam erti kata kepada Raja...kalau satupun undang² kita langgar dah kira derhaka...tapi sedar atau tak kita dah bnyk langgar undang-undang Allah..lbh besar dari TAAT iaitu TAQWA...tunduk ...patuh...nilah yg kita silap sekarang ni salah konsep RABB dan ILLAH...

Islam itu pun bukan sekadar teori tetapi perlaksanaan..bukan dikaji untuk dijadikan penglipurlara....tu kata Syed Qutb...muhasabah diri sendiri...sedar atau x kita hidup sistem jahiliyah...menghalalkan sistem riba..bnyk lagi..post mortem balik diri apa kita termakan harta itu yg msbbkan hidayah itu tak sampai...insan x cakap orang lain tapi insan sendiri...samp jumpe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan_fakirProfil   Hantar PM kepada insan_fakir   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 17:25


Umno reka istilah Islam Hadhari

Thursday, June 17 @ 17:25:59 MYT


Ucapan Tuan Haji Ismail bin Noh, anggota Parlimen PAS Pasir Mas ketika membahaskan persoalan Negara Islam dalam Dewan Rakyat

Saya tertarik dengan pandangan Setiausaha Parlimen (Dato' Dr Mashitah Ibarhim) yang menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Saya rasa siapa sahaja boleh menyebut perkara-perkara tersebut, tetapi kalau kita melihat kepada waqi', kepada kenyataan yang berlaku sekarang ini, saya rasa terlalu jauh. Barangkali kita boleh ambil satu, dua takrif ataupun takrif kepada negara Islam tetapi dua ataupun tiga pandangan orang tertentu, barangkali belum cukup. Kita perlu mengambil takrif-takrif lain, sehingga kita tidak dikritik ataupun kita tidak direndahkan.

Apa yang saya hendak tekankan di sini bahawa negara Islam ini mesti dilihat kepada pelbagai takrif, bukan satu, dua takrif. Contohnya Sheikh Abdul Karim Zaidan. Apa pandangan Yang Berhormat dengan takrif yang diucapkan oleh Abdul Karim Zaidan dalam kitab Ahkam Zimmiyiin, mengatakan bahawa negara Islam iaitu…[Bercakap dalam bahasa Arab] Negara yang semestinya melaksanakan hukum-hukum Islam, baru negara Islam.Jadi, jangan kita mengambil takrif yang secocok dengan kita….

Kita mesti mengambil takrif, pelbagai takrif yang jami' dan mani' tetapi takrif yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi, bukan takrif jami', mani', dua, tiga takrif tadi.

Saya tekankan di sini negara Islam iaitu…[Bercakap dalam bahasa Arab] Yang Berhormat, yang mempunyai dasar latar belakang pengajian Islam yang begitu tinggi memberi takrif ini dan melaksanakan di negara kita Malaysia ini iaitu negara di mana terlaksananya segala hukum Islam. Bukan satu, dua.

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sebut Al-Fadhil Ustaz Fadzil Nor menyebut tentang masyarakat madani. Masyarakat madani dalam takrif Islam, iaitu masyarakat yang berdasarkan madani, asalnya din. Madani berasal daripada din, daripada din inilah kami terus kepada pembangunan, pembangunan yang berdasarkan kepada agama. Berdasarkan kepada agama, ertinya konsep negara Islam berdasarkan kepada asas negara adalah Al-Quran Al-Karim dan Sunah Nabi s.a.w., jadi situ perginya.

Bukanlah kata madani, ertinya maju dengan tidak ada asasnya. Asas di sini agama dan tertegaknya negara Islam Madinah berdasarkan kepada agama, bukan sebagaimana Malaysia sana, bukan berdasarkan kepada agama. Jadi, di mana kebenaran daripada pihak kerajaan yang mengatakan bahawa hendak mengambil contoh apa yang disebut oleh Ustaz Fadzil Nor, betul. Betul apa yang disebut oleh Ustaz Fadzil Nor, tetapi berdasarkan kepada Islam, bukan berdasarkan kepada sekularisme, sebagaimana sekarang ini.

Saya rasa dan saya yakin bahawa istilah Islam Hadhari ini ialah istilah 'musthannak'. Istilah yang baru dicipta oleh kalangan ahli-ahli UMNO ataupun ….

Istilah ini adalah istilah yang direka cipta oleh UMNO bagi mengaburi mata rakyat. Kerana sebenarnya tidak ada istilah ini dalam fikah Islam, dalam Hadarah Islamiah tidak ada. Yang adanya Hadarah Islamiah bukan Islam Hadhari. Akan tetapi kerana ulama-ulama UMNO, ustaz-ustaz UMNO takut kepada pemimpin mereka sebenarnya [Diganggu] Jangan suka, kalau hendak bagi masa dia.

Apa yang penting di sini bahawa istilah ini adalah istilah 'musthannak', istilah yang dicipta, yang direka oleh UMNO bagi mengaburi mata rakyat. Yang ada sebenarnya Hadarah Islamiah iaitu tamadun Islam, bukan Islam tamadun.

Tamadun Islam bukan Islam tamadun


Yang ada iaitu Hadarah Islamiah - tamadun Islam bukan Islam tamadun. Yang adanya mata manusia bukan manusia mata. Kaki manusia bukan manusia kaki. Kepala manusia, bukan manusia kepala, makna lain. Kalau manusia kepala, maknanya lain. Kaki manusia lain makna, manusia kaki, lain makna dari segi istilah. Saya hendak bincang masalah istilah itu dahulu. Kerana itulah saya yakin bahawa dan saya minta pandangan daripada Yang Berhormat supaya rujuk istilah ini kepada Dewan, kepada Kamus Al-Arabil Islami, jangan hanya rujuk 'Kamus Secularism' bagi mengaburi mata rakyat.

Oleh sebab banyak pihak Tuan Yang di-Pertua, yang menyerang PAS, yang menyerang saya secara peribadi, saya terpaksa bangun untuk mempertahankan peribadi pada hari ini selain daripada mempertahankan parti saya.

Saya mendengar selain daripada Yang Berhormat, ada suara-suara yang mengatakan bahawa kita diberi oleh Allah maka kita terima. Kita semua diberi oleh Allah dunia, diberi oleh Allah, kita terima apa yang berlaku. Baik. Ia ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua yang saya mesti terangkan di sini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bukan minta penjelasan tu, hendak bagi syarahan tu.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Saya akan minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Saya akan minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, minta penjelasan.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Tetapi saya terpaksa memberi sedikit penerangan untuk meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua: Hmm.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Kalaulah berdasarkan kepada yang Tuhan bagi, yang Tuhan izin kepada Israel memerintah misalnya. Tuhan izin orang itu memerintah, adakah Tuhan reda? Saya hendak tanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apa yang disebut oleh Yang Berhormat kita daripada Jerai. Yahudi, Allah S.W.T. bagi kepada dia, apakah Allah S.W.T. tetap reda kepada dia? Allah S.W.T. izin dia memerintah Palestin, apakah Allah reda. Saya minta Yang Berhormat terangkan di antara reda dengan izin pada petang ini. - zs





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 20:54


hehehehe...

thats the great artical saudaraku syed....tahniah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 23:06


Islam Hadhari kelirukan pengundi muda

Friday, June 18 @ 15:13:14 MYT


KUALA TERENGGANU, 18 Jun (Hrkh) – Manifesto Barisan Nasional (BN) negeri yang menggunakan slogan â€Islam Hadhari Terengganu Bestari’ dalam pilihan umum ke-11 (PRU 11) lalu berjaya mengelirukan golongan pengundi muda yang cetek pengetahuan agama.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali berkata, pemuda yang lemah jiwanya sanggup menukar kebaikan, keadilan dan keamanan di bawah pemerintahan PAS yang memimpin kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri.

Katanya, mereka menukar kerajaan dengan wang ringgit yang disogok mulai pendaftaran mereka sebagai pengundi, rasuah pada hari-hari terakhir sebelum keluar mengundi dan janji-janji kosong selepas mengundi.

Tambahnya, slogan â€Islam Hadhari Terengganu Bestari’ itu menjadi beban kepada Pemuda PAS kawasan untuk meraih sokongan golongan muda.

“Inilah peluang untuk kita mendapat pahala, melipatgandakan kerja dan memuhasabah kesilapan lalu dan beberapa pendekatan baru perlu difikirkan bersama kerana masa telah berubah dan teknologi semakin canggih,” ujarnya sempena Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS kawasan kali ke-22 di Markaz Tarbiyah PAS kawasan, di sini, malam tadi.

Mesyuarat agung itu dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri yang juga Adun Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Tegasnya, Pemuda kawasan menerima dan menggunakan kaedah pilihan raya sebagai pendekatan perjuangan untuk mencapai tujuan mewujudkan kembali pemerintahan Islam.

Tambahnya, realiti yang perlu dalam kaedah ini ialah negara dan pemerintahan Islam hanya dapat terlaksana melalui kemenangan dalam pilihan raya.

Beliau juga melahirkan rasa kesyukuran kerana menjadikan pemuda PAS golongan yang bersabar dengan ujian kekalahan dalam PRU 11 lalu dengan mengekalkan bersama jamaah dan tetap teguh di bawah kepimpinan ulama.

“Kekalahan PAS dalam pilihan raya umum yang lalu diharapkan Umno/BN melengkapkan dan menzahirkan kezalimannya kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.

Beliau menambah, kekalahan dalam PRU 11 itu diharapkan agar Allah memberikan kemenangan yang lebih besar daripada pilihan raya umum 2009.

Ini, katanya sebagaimana kekalahan Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Uhud kerana Allah hendak memberi kemenangan yang lebih besar.

“Kekalahan PRU 11 juga adalah bayaran yang sangat mahal supaya kita melakukan anjakan paradigma, melahirkan ahli yang berkualiti, kepimpinan yang berfikiran arkitek dan menzahirkan golongan munafiqin,” ujarnya. - ayu/zs



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-06-04 23:01


Yadim himpunkan ilmuan jelas Islam Hadhari


KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menganjurkan Multaqa Ulama dan Ilmuan Kebangsaan bagi menghimpunkan ilmuan dan cendekiawan Islam seluruh negara dalam usaha memperjelaskan konsep Islam Hadhari

Multaqa itu yang akan diadakan pada 29 Jun hingga 1 Julai ini di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, membincangkan enam kertas kerja merangkumi pelbagai topik berkaitan pembangunan Islam, masyarakat, perkembangan ilmu dan ketamadunan serta peranan ulama dan pemimpin dalam memacu kemajuan negara.

Kertas kerja itu dibentangkan beberapa tokoh akademik, antaranya Felo Institut Tamadun dan Pemikiran Islam, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, pakar bahasa Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, penganalisis politik yang juga pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Ramlah Adam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka merasmikan multaqa berkenaan pada 30 Jun ini.

Yang Dipertua Yadim, Datuk Nakhaie Ahmad, ketika ditemui di pejabatnya semalam berkata multaqa itu penting dalam melaksanakan Islam Hadhari yang konsepnya berteraskan penguasaan ilmu yang memerlukan umat Islam berfikir secara seimbang.

Beliau berkata, konsep Islam Hadhari yang dibawa kerajaan berpandukan pembangunan seimbang dan sama rata berasakan pembinaan tamadun.

Katanya, Islam adalah agama toleransi yang dapat menerima dengan baik pelbagai aspek tamadun dan diadaptasi dengan cara hidup Islam.

“Prinsip inilah yang menjadi teras kepada kestabilan politik negara kerana Islam berkembang mengikut aliran sejarah,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa Islam Hadhari sepatutnya disebut sebagai Hadharatul Islam, beliau menjelaskan hujah itu dangkal yang cenderung kepada kepentingan politik pihak tertentu.

Katanya, Islam Hadhari sepatutnya dilihat menyeluruh dalam semua aspek kehidupan dan tidak terhad hanya dalam aspek ibadat semata-mata.


ENTAH LAH NAK CAKAP APO LAI....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-06-04 23:13


Islam hadhari kat negara kita ini ialah
1. TOTO,MAGNUM & KUDA banyak tempat senang dicari terutama Lembah Klang.
2.Kilang arak dekat Sg Way masih jalan seperti biasa.
3.Sureheboh masih aktif macam biasa(bila perempuan nyayi kat pentas tu haram lah tu, tak faham kerrr)
4.Casino kat Genting tu masih wujud tak faham kerrr
5.TV pun bukan main aktif tayang wanita seksi
6.SPR, Pendaftaran negara dan UMNO pun sama jerrr bila rasuah, rasuah juga.
7. Jabatan Agama Kat Malaysia hari ni dah jadi bisu mulut kena zip sebab mashukkkk(RM/RM/RM).
Kesimpulan: MELAYU ISLAM HARI NI DAH JADI BUTA KAYU/ KALAU BAGI TARBIYAH PUN SUSAH NAK FAHAM.



enahlah dah banyak rase2nya saya copy pendapat2 org lain...tapi bagaimana depa org nak lagi...depa org nak menegakkan benang yang basah...nak menegakkan mee yang telah di rebus..MANA BOLEH????cuba pikiaq sikit/////

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-04 21:28


MRSM-YT Besut dibuka semula


JERTIH: Pembukaan semula Maktab Rendah Sains Mara-Yayasan Terengganu (MRSM-YT) Besut di Kampung Raja, dekat sini, semalam, sejak ditutup awal Januari tahun lalu, adalah detik bersejarah kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan program pembangunan pendidikan selaras konsep Islam Hadhari, Terengganu Bestari.

Menteri Besar, Datuk Idris Jusoh, berkata usaha kerajaan negeri membuka semula MRSM-YT selaras konsep pembangunan yang dibawa Barisan Nasional (BN) selain memenuhi kehendak Islam yang mementingkan pendidikan.

Beliau berkata, tindakan itu juga antara program pendidikan yang dirancang dalam manifesto pilihan raya umum lalu dan dilaksanakan sejak dua bulan lalu.

"Pembukaan semula MRSM-YT Besut dianggap detik bersejarah selepas kerajaan Pas dulu melaksanakan tindakan anti pendidikan yang menjurus kepada penutupan dua MRSM-YT di Terengganu," katanya selepas merasmikan pembukaan semula MRSM-YT Besut, Kampung Raja, semalam.

Seramai 300 pelajar masing-masing 150 Tingkatan Satu dan Empat mendaftar semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Zamani Mohd Noor.

Idris berkata, pengambilan pelajar dikendalikan Mara dan daripada jumlah itu, 70 peratus adalah pelajar Terengganu. Separuh daripada tenaga pengajar adalah guru lama MRSM-YT Besut yang sebelum ini dipindahkan ke MRSM lain.

Katanya, kerajaan negeri membelanjakan RM400,000 untuk membaiki kemudahan MRSM-YT Besut, manakala Mara membelanjakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan komputer dan peralatan makmal.

Pada 7 Januari tahun lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri), mengumumkan keputusan memindahkan semua pelajar, guru dan harta benda milik Mara di MRSM-YT Dungun dan Besut ke MRSM lain.

Semua 428 pelajar dipindahkan ke lima MRSM yang lain iaitu di Kuala Terengganu, Muadzam Shah, Kuala Lipis, Kuala Krai dan Pasir Tumboh pada 15 Februari tahun lalu.

Idris berkata, dua MRSM baru akan dibina di Kemaman dan Dungun dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RM-9).

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan di Kemaman seluas 20 hektar, manakala di Dungun, kawasan yang sesuai juga sedang dikenal pasti.

“Selain dua MRSM baru, Institut Kemahiran Mara juga akan dirancang untuk dibina dalam RM-9,” katanya.



KENAPE SEMASA KERAJAAN PAS MEMEMRINTAHLAN SEKOLAH TU DI TUTUP??NIKAN ZALIM NAMANYA..???
TAK TERFIKIR KER?KALAU PAS MENANG BALIK,NAK TUTUP BALIK KE MRSM TUE???.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 23-06-04 11:17


emmmm....

sayan ade pergi ke uia untuk mendengar pembentangan 3 kertas kerja mengenai islam hadhari....mula-mulanya keahlian tu tak terhad...tiba-tiba pulak last-last minit di had kan...tak tahu la kenapa???

saya telah mendengar pembentangan 3 kertas kerja tu...apa yang saya lihat...islam hadhari yang dibentangkan tu...tidak sama sekali menyentuh berkenaan dengan syariat(undang-undang islam)....sesebuah negara ni kalau tak ade undang-undang..bukanlah dinamakan negara namanya...tapi itulah kebenarannya...isl;am hadhari ni tak menyentuh tengang syariah...so memang betul la ia hanya teori...wallhuallam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-06-04 19:49


Kerajaan digesa keluarkan 'blue print' bagi menjelaskan Islam Hadhari

Wednesday, June 23 @ 17:31:14 MYT


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Badrulzaman Yusof mendesak kerajaan agar mengeluarkan satu 'blue print' berhubung konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau meminta kerajaan memberikan penerangan kepada seluruh masyarakat Malaysia sejelas-jelasnya tentang apa yang dimaksudkan Islam Hadhari.

Katanya juga, kerajaan hendaklah menerangkan tentang perbezaan Islam Hadhari dengan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau berkata, perkara yang paling penting ialah pihak kerajaan menerangkan kepada rakyat apakah program untuk melaksanakan Islam Hadhari.

"Dan berapa jangka masa yang diambil untuk melaksanakan program ini, sebab masyarakat masih tidak tahu konsep itu," tegasnya ketika dihubungi.

Katanya, masyarakat Malaysia tidak faham tentang konsep Islam Hadhari dan PAS pula menjelaskan Islam Hadhari yang dibawa oleh Barisan Nasional seperti mana yang difahami oleh PAS.

"Apa yang PAS faham ialah dua perkataan iaitu Islam dan Hadhari (tamadun) sahaja iaitu Islam yang hendak ditamadunkan," katanya.

Tambahnya, maksud Islam Hadhari oleh kerajaan pula ialah Islam hendaklah progresif mengikut peredaran masa.

Tetapi katanya, konsep kerajaan BN untuk membentuk Islam Hadhari hanyalah aspek pentadbiran dan peraturan sahaja bukannya mennyeluruh.

Tegasnya, kerajaan melemparkan idea tanpa sebarang penjelasan dengan beberapa tujuan sehingga para ulama bertekak sesama sendiri untuk mentafsirkan Islam Hadhari yang dibawa oleh kerajaan BN.

Bahkan katanya, konsep itu mengaburi mata rakyat bahawa mereka (kerajaan) tidak lagi dipertanggungjawabkan untuk laksanakan konsep negara Islam yang dibuat oleh Dr Mahathir.

"Apalah salahnya beritahu seluruh rakyat tentang Islam hadhari yang dibawa supaya kita sama-sama membantu melaksanakan perkara yang baik dan menjayakan program ini," katanya. - SH/mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 29-06-04 03:20


Isu Islam Hadhari: Kewajipan ummah pertahan kesucian Islam

Monday, June 28 @ 16:34:33 MYT


Oleh Dr Shafie Abu Bakar
MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Abdullah Md Zin semasa merasmikan Hari Anugerah Cemerlang kali ke-19 dan Pelancaran Dana Darul Mal Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP), Negeri Sembilan pada 27 Jun lalu menegaskan bahawa, kerajaan tetap melaksanakan Gagasan Islam Hadhari dan menuduh pembangkang menolak gagasan itu kerana kepentingan politik.



Ingin kita menegaskan bahawa mempertahankan kesucian Islam menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam, tanpa mengira politik dan kedudukan.

Kita melihat `Islam Hadhari' sememangnya merupakan fahaman baru yang cuba dikaitkan dengan Islam oleh pihak Umno, sedangkan Islam adalah agama yang ditegaskan oleh Allah sebagai agama yang sempurna (Al-Ma'idah, 5:3)yang tidak boleh dikurang atau ditokok tambah.

Ini dapat diperkukuhkan dengan sabda Nabi s.a.w., bermaksud: Daripada `Aishah radiya'Llahu'anha berkata; bersabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa mengada-mengada (mereka-reka) berhubung dengan perkara (Islam) kami ini, yang tidak ada padanya (di dalam kitab Allah dan Sunnah Rasul), maka dianya adalah tertolak (batal). - Hadis riwayat Bukhari.

Hadis di bawah ini memperkukuhkan larangan daripada mereka-reka sesuatu berhubung dengan Islam.

Hadis Nabi, daripada Salamah bin al-Akwa' radiyallahu'anhu berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. Jangan kamu mendustakan daku, kerana barangsiapa mendustakan daku, maka dia akan dibakar api neraka. - Hadis riwayat Bukhari.

Sebuah hadis lagi yang maksudnya hampir bersamaan juga diriwayatkan oleh Sayidina Ali k.w. yang juga merupakan hadis riwayat Bukhari.

Kita dapati apa yang dikatakan `Gagasan Islam Hadhari' adalah gagasan yang dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mematuhi tatacara ilmiah.

Gagasan ini dibekalkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan dilontarkan melalui ucapan pada bulan Januari lalu, selepas itu pihak ulama Umno baru mencari dan menyusun bahan tentang gagasan tersebut dan hingga kini masih belum siap yang bukunya dikatakan akan dilancarkan pada bulan Julai nanti.

Dalam masa lebih kurang setengah tahun lalu (Januari - Jun 2004), oleh kerana belum ada gagasan yang konkrit yang disediakan, maka berbagai-bagai pendapat rekaan persendirian yang diutarakan seperti oleh Nakhaie Ahmad, bahkan oleh Astora Jabat dan sebagainya yang mencelarukan lagi apa yang dikatakan `Islam Hadhari'.

Apa yang kita nampak `Islam Hadhari' merupakan sesuatu yang asing, dipengaruhi isu semasa, bersifat sekular dan bukan tumbuh di dalam tamadun dan peradaban Islam, lalu apabila istilah ini dikemukakan, maka dicari elemen-elemen yang mahu dijadikan gagasan dan dipaksa ke atas istilah yang asing dan janggal yang tidak digunakan oleh ulama Islam, walaupun istilah ini pernah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun.

Sesungguhnya Islam sebagai agama yang lengkap, sepatutnya tidak boleh dipaksa dan ditokok tambah ke atasnya.

Islam tanpa mengaitkannya dengan hadhari sudah sempurna dan lengkap yang daripadanya boleh diolah berbagai-bagai bidang sama ada kemajuan ekonomi yang mahu ditekankan di dalam hadhari, kemajuan ilmu pengetahuan, kemajuan sosial, kekeluargaan, keakhlakan dan sebagainya.

Pendeknya Islam tidak selayak dan tidak sepatutnya tunduk pada kemahuan dan kehendak semasa, politik, pimpinan atau institusi tertentu, kerana Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya (maksud Hadis).

Sesungguhnya kita berhujah secara ikhlas, semata-mata ingin mempertahankan kesucian Islam dan melihat dengan gerun betapa kelak `faham baru' yang mencemarkan akidah dan kesucian Islam dipaksakan ke atas Islam ini (hadhari) akan dijadikan agenda untuk disebarkan kepada masyarakat secara luas dengan peruntukan yang begitu besar.

Sebagai seorang Islam yang dituntut agar mempertahankan Islam perlu menentang sesuatu yang boleh merosakkan kesucian Islam. Firman Allah bermaksud; “Wahai orang-orang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kerana Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat sebenarnya).” - (Al-Saff: 61:10 -11)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Dari Abi Sa'id al-Khudri r.a. katanya, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman. Hadis diriwayatkan oleh Muslim. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 01-07-04 05:56


Islam Hadhari semakin kelirukan rakyat – Ustaz Ismail Noh

Wednesday, June 30 @ 15:45:12 MYT


Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) – Ulama pada sepanjang zaman berusaha mengajak manusia maju dunia dan akhirat dan tidak pernah mengajak mereka ke arah penghidupan tidak bertamadun, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Ismail Noh.



"Islam tetap bertamadun sejak awal iaitu daripada zaman Rasulullah s.a.w. hingga ke hari kiamat," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi supaya para ulama mengubah pemikiran umat Islam yang melihat Islam dari sudut ritual sahaja.

Ketika merasmikan Multaqa Ulama Peringkat Kebangsaan 2004 di Sepang, Abdullah berkata, berpandukan konsep Islam Hadhari, rakyat di Malaysia khususnya umat Islam sentiasa berusaha meningkatkan kemajuan diri dan negara.

Ustaz Ismail menegaskan pemikiran Islam Hadhari yang dipelopori kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berjaya meningkatkan kemajuan umat Islam sebaliknya banyak mendatangkan salah faham dan kemudaratan.

Menurut beliau, ummah perlu kembali pada Islam sebenar dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah, membolehkan mereka bertamadun.

Ustaz Ismail yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas menjelaskan, peranan ulama tetap sama pada sepanjang zaman iaitu berusaha mengajak manusia untuk maju dan tidak pernah pula mengajak umat Islam tidak bertamadun.

Menurut beliau, jika Islam yang dilaksanakan mengikut panduan al-Quran dan sunnah sudah pasti akan menjamin keamanan, kebahagiaan dan ketenteraman masyarakat seluruh dunia.

Beliau menegaskan, apa yang berlaku sekarang makin banyak slogan tentang Islam, lagi banyak kes jenayah, kes ragut, perogolan dan pembunuhan.

Berhubung saranan Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan persidangan Dewan Rakyat ke-11 bagi sesi pertama lalu, supaya para ulama turun padang, Ustaz Ismail kesal dengan pendirian ulama dalam kerajaan yang tidak berani menunjukkan ketegasan sebaliknya hanya menjadi `pak turut'.

Menurut beliau, ulama yang berada dalam kerajaan BN perlu bersifat tegas berhubung soal kepentingan umat Islam, bukan sentiasa akur dengan arahan.

Katanya, malang sekali hanya tiga ulama sahaja berada dalam Parlimen di Malaysia yang diuar-uarkan sebagai sebuah negara Islam.

"Tiga ulama ini pula hanya membuat kerja yang telah diputuskan oleh pimpinan tanpa sebarang pertanyaan dan bantahan," jelasnya.

Dalam sidang Dewan Rakyat bagi sesi kedua bermula 5 Julai nanti, Ustaz Ismail berkata beliau akan terus mengajukan soalan berhubung konsep jihad untuk membasmikan kemiskinan yang banyak mengelirukan pemikiran rakyat.

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan kepada rakyat sama ada mereka beragama Islam atau bukan.

"Penjelasan ini amat penting supaya generasi akan datang tidak terbawa dengan satu definisi yang mengelirukan," tegas beliau. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 14-07-04 17:13





Hentikan debat Islam Hadhari?

Wednesday, July 14 @ 13:19:54 MYT
(Harakahdaily, 14 Julai 2004)


Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

SERUAN dalam ruang agama Mingguan Malaysia yang menganjurkan semua pihak “hentikan debat mengenai slogan dan istilah Islam Hadhari” benar-benar mengesahkan bahawa istilah itu telah mencetuskan banyak kekeliruan dan syak akan maksud dan tujuannya.



Kita sangat boleh bersetujulah dengan kenyataan Dr Ismail Ibrahim yang berbunyi, “Islam itu satu, iaitu satu agama yang datangnya daripada Allah untuk umat manusia seluruhnya, bukan untuk orang Inggeris atau Melayu, atau Arab dan orang Afrika, bukan untuk orang Umno atau PAS.” (Mingguan Malaysia 4 Julai 2004). Inilah pun yang selalu saya tegaskan.

Saya boleh sahkan juga di sini bahawa apa yang dipetik oleh Dr Ismail dengan mengambil kata-kata saya yang berbunyi, “Islam itu merangkumi Islam dan iman iaitu Islam di luar dan iman di dalam”adalah benar.

Kata-kata saya yang berbunyi, “Islam yang tidak menyebut soal pegangan kepada al-Quran dan Hadith adalah ditolak” seperti yang dipetik oleh Dr Ismail selanjutnya juga adalah benar.

Jika semua kenyataan ini adalah benar, maka Islam dari jenis lain, yang tidak mahu sebut Al-Quran dan Hadith tentunya Islam kosmetik.

Islam Hadhari cuma bercelak dan berbedak seperti yang diumpamakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

Namun, pendapat saya mungkin berbeza sedikit apabila melihat anjuran Dr Ismail supaya umat Islam menghentikan perbincangan atau perdebatan mengenai Islam Hadhari.

Tidakkah berbincang, berbahas dan bermuzakarah adalah semangat Islam? Allah SWT mengizinkan manusia berdebat dan bermuzakarah dalam apa jua perkara. Cuma hakimnya ialah dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadith sebagai sumber pemutus yang qat’in.

Dalam semangat menjelas dan memberikan keterangan, apa yang PAS jadikan motto cuma berbunyi “Membangun Bersama Islam”, kami tidak berhajat sedikitpun untuk mendefinisi semula Islam.

Ia adalah Islam yang satu. Ia wajib asli. Ia mesti original seperti yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. kira-kira 1,425 tahun dahulu tanpa tokok tambah.

Kita berpuas hati dan reda dengan Islam yang syumul, kamil dan komprehensif dan biar ianya kekal begitu sampai bila-bila.

Jika kita perlu bangun, kita perlu bangun bersama dengan Islam. Jika saya pinjam kata-kata Dr Ismail, “Islam yang hendak diberi kefahaman itu adalah Islam hakiki dan fundamental dimana asas komponennya terdiri dari akidah, syariah dan akhlak.”

Inilahpun yang PAS sedang berikhtiar. Buktinya, Kerajaan Negeri Kelantan telah memindahkan akaun Kerajaan ke dalam Bank Islam. Kerajaan Negeri juga mengeluarkan pekeliling dan kempen bagi menggalakkan amalan penutupan aurat.

Kita juga menyediakan sistem pajakan alternatif secara Ar-Rahn. Kita wajibkan semua Rumah Awam Kos Rendah dibina dengan tiga bilik. Kita kawal premis penjualan arak. Kita tutup semua premis judi. Kita adakan kawalan hiburan melalui Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Kita adakan Yayasan Islam Kelantan dan asaskan sistem pendidikan yang berpaksikan adab, akhlak, ilmu dan amal.

Tidakkah usaha-usaha ini di asaskan di atas kesedaran akidah, syariah dan akhlak? Semuanya ini telah kita laku dan akan terus kita ikhtiarkan.

Inilah membangun bersama Islam. Kami tidak â€modify’ Islam atau mengistilahkan Islam dengan tokok tambah yang lain. Islam adalah Islam.

Kami cuma menurut, patuh dan mengikut kehendak Islam untuk membangun.

Apa yang menimbulkan kesangsian ialah apabila Islam itu pandai-pandai dijenamakan dengan Islam Madani dan kini Islam Hadhari.

Lepas satu jenama ke satu jenama; Islam itu diarak. Islam dibawa berpindah randah tanpa diketahui akan kepentingannya.

Tentunya apa yang mustahak ialah soal amalnya. Sekali lagi saya boleh bersetuju dengan Dr Ismail yang menekankan faktor ilmu dan pengisiannya.

Jika begitu, apa perlunya dipecah-pecahkan Islam kepada hadhari atau non-hadhari?

Perlu apa pula dicerai-ceraikan Islam itu kepada pecahan-pecahan yang menyerupai sub-budaya (sub-culture) seperti Islam toleransi, Islam hikmah, Islam dinamik dan Islam Pembangunan.

Inipun juga telah dipersoalkan oleh Dr Ismail dengan kata-kata, apalah bezanya Islam Hadhari dengan Islam dinamik, Islam tamadun dan Islam toleransi?

Kita perlu faham yang setiap sesuatu perlu betul niatnya. Biar ada usul â€zukhrina’ yang bererti cagaran.

Jika suntuk dan kesukaran di akhirat, amal yang dilaksanakan di dunia boleh dijadikan cagaran di hadapan Allah.

Islam Hadhari Umno dan negara Islam yang diisytiharkan Umno ini bolehkah dijadikan cagaran?

Negara Islam bagaimana jika tanpa apa-apa perubahan? Islam jenis ini yang menghalalkan arak, judi dan tiada halangan untuk bergaula bebas dan mendedahkan aurat dapatkah dijadikan cagaran di akhirat?

Hatta jika di dalam sembahyang yang riak pun tidak diterima oleh Allah kerana rosak niatnya maka bagaimana Islam Hadhari boleh dijadikan sandaran dan tempat bergantung untuk berhujah di hadapan Allah kelak? Niat mesti betul. Struktur mesti betul. Jangan main suka-suka.

Keadaan menjadi semakin kalut apabila pemimpin Umno mula di asak dengan pertanyaan. Mereka kelihatan mulai lemas.

Mereka cuba mencari ulama setempat termasuk dari timur dan barat untuk menghalalkan konsep “hadhari”nya.

Kalau hadhari itu bermakna tamadun, maka Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS telah membinanya dalam bentuk tindakan.

Sementara Umno baru diperingkat cuba menjaja pakej Islam Hadharinya secara “direct selling”di tahun 2004, kami telah jauh berada beratus kilometer di hadapan dalam usaha-usaha pelaksanaan.

Tunjukkanlah mana satukah di antara usaha yang dibuat oleh kami bersifat antitamadun sebagaimana tamadun akhlak yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.

Saya tidak ada masalah untuk mendengar kritikan jika ada bukti yang kami membangun dengan mengkhianati sifat-sifat akhlak seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jika mahu bertahan sangat dengan Islam Hadhari atau Islam tamadun yang kelihatan cuba dipaksa masuk ke kerongkong rakyat, maka kami tidak ada masalah.

Kami telah menjadi pelopor sekurang-kurannya sejak dari tahun 1990 lagi.

Pada masa itu, saya kurang pasti pemimpin Umno sedang berada di mana! Kini, setelah 15 tahun berlalu, mereka sibuk berhadhari pula.

Belumpun selesai melumatkan usaha penerapan nilai-nilai Islam, dan belumpun reda nafas kerana masih mengah mahu mengislamkan negara yang tidak juga-juga menjadi Islam; kini mereka mahu menjual jenis Islam dalam peket bedak hadhari!

Yang kelirunya ialah rakyat. Mereka seakan-akan sengaja melontar bom asap dan dalam kelam asap itulah mereka melakar semula wajah Islam supaya selaras dengan nafsu sekular.

Pada saya,Islam Hadhari itu adalah Islam sekular. Ia sejenis Islam yang di bancuh semula oleh Umno untuk memisahkan dunia dari akhirat.

Dalam hal ini, kita sesungguhnya amat kesiankan rakyat khususnya para penjawat awam.

Merekalah yang sering menjadi mangsa dan kumpulan sasar untuk disyarahkan. Faham tak faham, itu perkara kedua.

Mereka dikurung dalam kem latihan dan pelbagai dewan dan institut kefahaman di segenap ceruk rantau untuk disogok dengan Islam berbaju baru.

Debat tidak perlu. Terima saja! Saya sesungguhnya khuatir. Jangan-jangan rakyat lebih faham apa itu Islam sebenar.

Mereka lebih arif dari pemimpin Umno. Mereka lebih kenal jenis Islam saduran yang berwajah pepat mainan Umno. Bunganya lebat, wanginya tidak. Pisangnya hangus, masaknya tidak!


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 14-07-04 17:33




kalau isu yang baik,apa salahnya diminta pendapatkan....itu namanya kematangan....
jadi jadi jangan dibelenggu oleh perasaan....
apa salahnya kalau ada yang nak meluahkan perasaan kalau ia tak melanggar undang2 negara.......kan......
tak semestinya yang membangkang tu bencikan kerajaan...adakala lebih setia .......
kalau tak beri pendapat lagi stress kan.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 14-07-04 18:08


sebenarnya.. katalah islam apa pun tapi klu dalam diri kita sendiri takde kesedaran takde gunanya juga.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 21:01


ISLAM SEMUA SAMA TETAPI JIKA DISALAH GUNAKAN KAN HANCUR.....
---------
ISLAM IN MY HEART..
ALLAH MAHA BESAR

Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 15-07-04 00:12





Hentikan debat Islam Hadhari?

Wednesday, July 14 @ 13:19:54 MYT


Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
SERUAN dalam ruang agama Mingguan Malaysia yang menganjurkan semua pihak “hentikan debat mengenai slogan dan istilah Islam Hadhari” benar-benar mengesahkan bahawa istilah itu telah mencetuskan banyak kekeliruan dan syak akan maksud dan tujuannya.



Kita sangat boleh bersetujulah dengan kenyataan Dr Ismail Ibrahim yang berbunyi, “Islam itu satu, iaitu satu agama yang datangnya daripada Allah untuk umat manusia seluruhnya, bukan untuk orang Inggeris atau Melayu, atau Arab dan orang Afrika, bukan untuk orang Umno atau PAS.” (Mingguan Malaysia 4 Julai 2004). Inilah pun yang selalu saya tegaskan.

Saya boleh sahkan juga di sini bahawa apa yang dipetik oleh Dr Ismail dengan mengambil kata-kata saya yang berbunyi, “Islam itu merangkumi Islam dan iman iaitu Islam di luar dan iman di dalam”adalah benar.

Kata-kata saya yang berbunyi, “Islam yang tidak menyebut soal pegangan kepada al-Quran dan Hadith adalah ditolak” seperti yang dipetik oleh Dr Ismail selanjutnya juga adalah benar.

Jika semua kenyataan ini adalah benar, maka Islam dari jenis lain, yang tidak mahu sebut Al-Quran dan Hadith tentunya Islam kosmetik.

Islam Hadhari cuma bercelak dan berbedak seperti yang diumpamakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

Namun, pendapat saya mungkin berbeza sedikit apabila melihat anjuran Dr Ismail supaya umat Islam menghentikan perbincangan atau perdebatan mengenai Islam Hadhari.

Tidakkah berbincang, berbahas dan bermuzakarah adalah semangat Islam? Allah SWT mengizinkan manusia berdebat dan bermuzakarah dalam apa jua perkara. Cuma hakimnya ialah dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadith sebagai sumber pemutus yang qat’in.

Dalam semangat menjelas dan memberikan keterangan, apa yang PAS jadikan motto cuma berbunyi “Membangun Bersama Islam”, kami tidak berhajat sedikitpun untuk mendefinisi semula Islam.

Ia adalah Islam yang satu. Ia wajib asli. Ia mesti original seperti yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. kira-kira 1,425 tahun dahulu tanpa tokok tambah.

Kita berpuas hati dan reda dengan Islam yang syumul, kamil dan komprehensif dan biar ianya kekal begitu sampai bila-bila.

Jika kita perlu bangun, kita perlu bangun bersama dengan Islam. Jika saya pinjam kata-kata Dr Ismail, “Islam yang hendak diberi kefahaman itu adalah Islam hakiki dan fundamental dimana asas komponennya terdiri dari akidah, syariah dan akhlak.”

Inilahpun yang PAS sedang berikhtiar. Buktinya, Kerajaan Negeri Kelantan telah memindahkan akaun Kerajaan ke dalam Bank Islam. Kerajaan Negeri juga mengeluarkan pekeliling dan kempen bagi menggalakkan amalan penutupan aurat.

Kita juga menyediakan sistem pajakan alternatif secara Ar-Rahn. Kita wajibkan semua Rumah Awam Kos Rendah dibina dengan tiga bilik. Kita kawal premis penjualan arak. Kita tutup semua premis judi. Kita adakan kawalan hiburan melalui Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Kita adakan Yayasan Islam Kelantan dan asaskan sistem pendidikan yang berpaksikan adab, akhlak, ilmu dan amal.

Tidakkah usaha-usaha ini di asaskan di atas kesedaran akidah, syariah dan akhlak? Semuanya ini telah kita laku dan akan terus kita ikhtiarkan.

Inilah membangun bersama Islam. Kami tidak â€modify’ Islam atau mengistilahkan Islam dengan tokok tambah yang lain. Islam adalah Islam.

Kami cuma menurut, patuh dan mengikut kehendak Islam untuk membangun.

Apa yang menimbulkan kesangsian ialah apabila Islam itu pandai-pandai dijenamakan dengan Islam Madani dan kini Islam Hadhari.

Lepas satu jenama ke satu jenama; Islam itu diarak. Islam dibawa berpindah randah tanpa diketahui akan kepentingannya.

Tentunya apa yang mustahak ialah soal amalnya. Sekali lagi saya boleh bersetuju dengan Dr Ismail yang menekankan faktor ilmu dan pengisiannya.

Jika begitu, apa perlunya dipecah-pecahkan Islam kepada hadhari atau non-hadhari?

Perlu apa pula dicerai-ceraikan Islam itu kepada pecahan-pecahan yang menyerupai sub-budaya (sub-culture) seperti Islam toleransi, Islam hikmah, Islam dinamik dan Islam Pembangunan.

Inipun juga telah dipersoalkan oleh Dr Ismail dengan kata-kata, apalah bezanya Islam Hadhari dengan Islam dinamik, Islam tamadun dan Islam toleransi?

Kita perlu faham yang setiap sesuatu perlu betul niatnya. Biar ada usul â€zukhrina’ yang bererti cagaran.

Jika suntuk dan kesukaran di akhirat, amal yang dilaksanakan di dunia boleh dijadikan cagaran di hadapan Allah.

Islam Hadhari Umno dan negara Islam yang diisytiharkan Umno ini bolehkah dijadikan cagaran?

Negara Islam bagaimana jika tanpa apa-apa perubahan? Islam jenis ini yang menghalalkan arak, judi dan tiada halangan untuk bergaula bebas dan mendedahkan aurat dapatkah dijadikan cagaran di akhirat?

Hatta jika di dalam sembahyang yang riak pun tidak diterima oleh Allah kerana rosak niatnya maka bagaimana Islam Hadhari boleh dijadikan sandaran dan tempat bergantung untuk berhujah di hadapan Allah kelak? Niat mesti betul. Struktur mesti betul. Jangan main suka-suka.

Keadaan menjadi semakin kalut apabila pemimpin Umno mula di asak dengan pertanyaan. Mereka kelihatan mulai lemas.

Mereka cuba mencari ulama setempat termasuk dari timur dan barat untuk menghalalkan konsep “hadhari”nya.

Kalau hadhari itu bermakna tamadun, maka Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS telah membinanya dalam bentuk tindakan.

Sementara Umno baru diperingkat cuba menjaja pakej Islam Hadharinya secara “direct selling”di tahun 2004, kami telah jauh berada beratus kilometer di hadapan dalam usaha-usaha pelaksanaan.

Tunjukkanlah mana satukah di antara usaha yang dibuat oleh kami bersifat antitamadun sebagaimana tamadun akhlak yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.

Saya tidak ada masalah untuk mendengar kritikan jika ada bukti yang kami membangun dengan mengkhianati sifat-sifat akhlak seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jika mahu bertahan sangat dengan Islam Hadhari atau Islam tamadun yang kelihatan cuba dipaksa masuk ke kerongkong rakyat, maka kami tidak ada masalah.

Kami telah menjadi pelopor sekurang-kurannya sejak dari tahun 1990 lagi.

Pada masa itu, saya kurang pasti pemimpin Umno sedang berada di mana! Kini, setelah 15 tahun berlalu, mereka sibuk berhadhari pula.

Belumpun selesai melumatkan usaha penerapan nilai-nilai Islam, dan belumpun reda nafas kerana masih mengah mahu mengislamkan negara yang tidak juga-juga menjadi Islam; kini mereka mahu menjual jenis Islam dalam peket bedak hadhari!

Yang kelirunya ialah rakyat. Mereka seakan-akan sengaja melontar bom asap dan dalam kelam asap itulah mereka melakar semula wajah Islam supaya selaras dengan nafsu sekular.

Pada saya,Islam Hadhari itu adalah Islam sekular. Ia sejenis Islam yang di bancuh semula oleh Umno untuk memisahkan dunia dari akhirat.

Dalam hal ini, kita sesungguhnya amat kesiankan rakyat khususnya para penjawat awam.

Merekalah yang sering menjadi mangsa dan kumpulan sasar untuk disyarahkan. Faham tak faham, itu perkara kedua.

Mereka dikurung dalam kem latihan dan pelbagai dewan dan institut kefahaman di segenap ceruk rantau untuk disogok dengan Islam berbaju baru.

Debat tidak perlu. Terima saja! Saya sesungguhnya khuatir. Jangan-jangan rakyat lebih faham apa itu Islam sebenar.

Mereka lebih arif dari pemimpin Umno. Mereka lebih kenal jenis Islam saduran yang berwajah pepat mainan Umno. Bunganya lebat, wanginya tidak. Pisangnya hangus, masaknya tidak!





Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

yeop
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen

germany  


posticon Posting pada: 15-07-04 01:50



bak kata seorang Ustaz,Islam Hadhari=islam had hari.setiap hari islam ada hadnya...hhmm...apela..padahal ISlam tu merangkumi seluruh hidup kita.....

-----------------

\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.


Bookmark and Share

    


  Member Information For yeopProfil   Hantar PM kepada yeop   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 16-07-04 22:34


Kerajaan tidak telus tangani gejala sosial


Friday, July 16 @ 15:49:13 MYT


Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Selangor mempersoalkan ketelusan kerajaan untuk menangani gejala sosial dengan membenarkan kelab malam beroperasi sehingga jam 2 pagi.

Naibnya, Dr Halimah Ali menegaskan jika benar Malaysia sebagai sebuah negara Islam, kerajaan bukan sahaja menghadkan tempoh pusat hiburan sebaliknya menutup terus semua premis hiburan.

Menurut beliau, tempoh sehingga jam 2 pagi itu bukan menjamin keselamatan sebaliknya menggalakkan maksiat terus berlaku.

Dr Halimah mengulas kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memastikan premis perniagaan di Bangsar terutama pusat hiburan.

Shahrizat berkata, semua premis di Bangsar hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 2 pagi bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman penduduk.

Sehubungan itu Halimah berkata, apa yang mereka buat hanya mahu menutup satu isu sahaja.

"Jika Shahrizat benar-benar mahu menangani gejala sosial bukan setakat memberi tempoh premis hiburan sehingga jam 2 pagi tetapi terus menutup premis tersebut," tegasnya.

Beliau berkata, penutupan premis hiburan itu akan membuktikan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh mahu membanteras gejala sosial yang bertambah kritikal.

Halimah yang juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat turut mencadangkan supaya pihak kerajaan memberikan garis panduan sebagai langkah tegas terhadap mana-mana premis yang mendapat premit sebagai pusat hiburan.

Menurut beliau, jika tidak slogan `Islam Hadhari', Malaysia negara Islam itu tidak akan tercapai dan slogan hanya tinggal slogan sahaja. - mks.


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-07-04 09:53


lawak. sebelum ni pas guna konsep islam hadhari. skrang umno guna, pas tentang. apa motif sebenar pas?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-07-04 02:22


hemm mase bila pulak pas..bawak teori islam hadhari ni???tak pernah dengar pun...kalau nak bawak islam dan cara islam..adelah....

Islam Hadhari tidak meliputi soal akhirat - Ustaz Hadi

Sunday, July 11 @ 14:10:44 MYT


Oleh Azmi Yusof
MARANG, 11 Julai (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perkara-perkara ghaib termasuk yang berkait dengan alam akhirat tidak terdapat dalam Islam Hadhari.

Ini, katanya kerana hadhari yang dinilai pada hari ini ialah tamadun yang berdasarkan kepada fahaman Barat yang menolak perkara-perkara ghaib yang diwahyukan oleh Allah.

Menurutnya, antara perkara yang berlaku di akhirat nanti ialah anggota badan manusia menjadi saksi di atas apa yang dilakukan oleh manusia semasa hidup di dunia.

Tambahnya, pada hari itu, Allah mengunci mulut manusia menyebabkan tidak boleh bercakap sebaliknya anggota seperti lidah, tangan, kaki, mata, kulit dan sebagainya akan bercakap.

“Hari ini manusia berlawan dengan anggota-anggota sendiri apabila anggota sendiri menjadi saksi,” ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, baru-baru ini.

Selain itu, katanya hari yang berlalu di dunia ini juga turut menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan oleh manusia.

Ini, katanya berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tidak ada satu hari yang lalu atas anak Adam melainkan ia menyeru dengan katanya, Wahai anak Adam aku adalah satu kejadian baru dan aku menjadi saksi terhadap yang engkau lakukan, oleh itu beramallah dengan amalan-amalan yang baik aku akan menjadi saksi menolongmu esok (hari kiamat) kerana kalau aku berlalu meninggalkanmu engkau tidak akan menemui aku selama-lamanya dan malam juga berkata demikian.

“Hadis ini menceritakan siang dan malam bercakap, cuma kita tak dengar sahaja, pekak kerana tidak ada hidayah, dengan dosa dan maksiat, pekak dengan kelemahan-kelemahan diri manusia,” katanya.

Ini, tambahnya termasuk dalam perkara yang ghaib yang diberitahu melalui wahyu kepada Nabi s.a.w. yang mendapat ilham dan wahi daripada Allah Taala.

“Ini termasuk dalam ilmu Islam, ilmu yang bukan Islam tidak ada kerana ilmu mengikut orang yang bukan Islam hanyalah perkara yang dapat dirasa, dilihat dengan mata, dicium, perkara yang nyata melalui pancaindera, itu ilmu ikut kajian orang Barat dan ilmu inilah yang menjadi asas tamadun barat,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya ilmu Islam merangkumi perkara yang dapat dilihat dan ghaib atau tersembunyi.

“Bila disebut Islam Hadhari bermakna ilmu ghaibiyat tak ada, tidak ada di dalamnya, ini kena faham, ramai mana sangat yang baca bab ini, ini menjadi masalah kerana hadhari (hadharah) yang dinilai hari ini ialah tamadun yang berdasarkan kepada fahaman Barat yang tidak ada di dalamnya perkara yang ghaib, perkara wahi ditolak oleh tamadun Barat,” katanya.

Tegasnya, Islam tidak boleh tunduk kepada tamadun sebaliknya tamadun mesti tunduk kepada Islam.

“Islam telah membina satu hadharah yang bukan sahaja hadharah zahirah, maddiyah, termasuk hadharah ruhiyah, maknawiyah, hadharah yang tidak boleh dilihat, yang tidak boleh dipandang, yang diberitahu melalui wahi daripada Allah dan Allah telah membuktikan wahi adalah benar,” jelasnya.

Justeru itu, katanya, maka perkara ghaib yang disebut di dalam al-Quran dan hadis adalah benar dan kita mesti beriman dengannya. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-07-04 04:49


untuk pengetahuan saudara syed, pas pernah mengunakan konsep hadhari ni sekitar tahun 80-an untuk menarik sokongan golongan bukan islam. tapi gagal. sekarang ni konsep hadhari digunakan oleh umno pulak. pas pulak yg menentang.

hadhari digunakan sebagai mainan politik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-07-04 09:51



Hadhari tu tak salah, hadhari bermaksud tamadun, kemajuan, kalau kemajuan dan tamadun berlandaskan islam, mengikut batas-batas islam, tak salah....laksanakanlah, tapi islam hadhari yang cuba dilaksanakan oleh kjaan ini adalah batil, tidak menyentuh soal halal haram, dosa pahala, syurga neraka...HARAP PAHAM SAUDARA JACKIE UNITEN....PROGRAM2 YANG MEROSAKKAN REMAJA DI TELEVISYEN TU KENAPA TAK DIHARAMKAN DALAM AGENDA ISLAM HADHARI KERAJAAN, BEGITU JUGA SOAL YANG LEBIH BESAR SEPERTI PUSAT JUDI TERBESAR DI ASIA TENGGARA DI GENTING, ARAK, PUB DAN DISKO YANG BERLELUASA....TAK NAMPAK KE ? PAS NAK MENGHARAMKAN SEMUA NI LAH, SALAH KE ? NAK BUAT ISLAM, BUATLAH SEBAGAIMANA DALAM QURAN, JANGAN PANDAI2 NAK CIPTA BENDA BARU ( BIDAAH )...BIDAAH YANG TAK KIRA HALAL HARAM NI SESAT DAN MENYESATKAN...

hadhari digunakan sebagai mainan politik...betullah tu, kerajaan yang menggunakannya sebagai alat politik utk mengelirukan rakyat dan mengatakan islam yang dibawa PAS tidak betul.....BUKTIKAN DI MANA PAS TIDAK BETUL ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-07-04 13:46


pas dan umno ni cuma parti politik. parti politik yg memopulasikan sesuatu isu untuk menang. takde yg nak laksanakan islam 100%. sebab apa? negara kita yg nak islam ni terlalu sedikit.

kalau pemimpin kita nak buat sesuka hati dia saja dengan kuasa minoriti, jgnlah expect yg Malaysia ni akan jatuh pada orang Melayu lagi. jgn bila negara kita jatuh ke tangan org lain, baru nak menyesal.

kalau kita still nak amalkan islam 100% dalam Malaysia ni, kita kena dapatkan kuasa majoriti dulu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-07-04 13:51


umno dan pas yg menjadikan hadhari ni mainan politik. tak boleh nak salahkan 1 pihak saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-07-04 14:29



Yang Haq dan batil pun tak boleh nak bezakan ke saudaraku, siapa yang melaksanakan kemungkaran dan siapa yang cuba nak melaksanakan kemaarufan dengan menegakkan syariat islam....INI BUKAN SOAL MAJORITI DAN MINORITI, ini soal kewajipan umat islam sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam Al-Quran dalam surah Al-Imran yang bermaksud

" Hendaklah segolongan dari kamu mengajak kepada kebaikan, iaitu mengajak berbuat baik dan mencegah kepada kemungkaran "

Dah umno dok buat mungkar, sebagai orang yang beriman, mestilah kita mesti cegah kemungkaran. saudara jackie tak sensitif dengan kemungkaran ke.....tak terasa ke bila undang2 malaysia sekarang membenarkan orang MURTAD, KERAJAAN UMNO MENGHALANG PELAKSANAAN HUKUM ALLAH ( HUDUD ), MENGHINA ISLAM, MENGHINA RASULULLAH, MENUTUP SEKOLAH AGAMA, MERUNTUHKAN MASJID.......ORANG BERIMAN TAK BOLEH DUDUK DIAM BILA ISLAM DIPERLEKEH...saudara tak ada sensitiviti islam ke ?

cakap jangan pakai nafsu saudara, tapi dengan akal yang dipandui wahyu, rujuklah Al-Quran dan Hadith dengan kewajipan melaksanakan islam, kewajipan berdakwah, bacalah sejarah khilafah islam terdahulu...dan sesungguhnya pertentangan haq dan batil ini adalah suatu sunnatullah dan akan berlaku sehingga hari kiamat. HARAP FAHAM....

APA SAUDARA FIKIR APA YANG DIPERJUANGKAN TUAN GURU NIK AZIZ, USTAZ HARUN DIN, USTAZ ISMAIL KAMUS NI SUATU YANG BATIL KE ? KEMUKAKAN HUJAH SAUDARA ?....HUJAH DARI NAS AL-QURAN DAN HADITH YANG JELAS, jangan pakai nafsu dan pendapat yang tak boleh diterimapakai ....

maaf jika ada terkasar bahasa....saya sekadar menyampaikan kebenaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-07-04 23:10


hemm ye ke jackie...malish la saya tak tahu pulak...ape2pun mmg benarlah ape yg anda perkatakan...semuanya mainan politik sebab kedua2nya parti politikkan??habis..zaman nabi pun politik ni sudah ade..ade sebelah islam..ade sebelah musyrikin makkah dan yahudi...SAYA TAK MAKSUD NAK MENYAMAKAN PARTI POLITIK DI MLYSIA...yg sebelah nabi SAW..bawak islam sebenar dan DEEN yakni islam mengikut acuan Allah..tapi puak2 kafir bawak DEEn jugak..iaitu menyembah berhala..benda tu tak samakn...
baik kita berbalik kepada isu islam hadari...mmg benarlah HADHRI bermaksud ketemadunan berpaksikan islam...tapi kalau kita guna je selogan tu tapi takde perlaksanaan..mcm mana?
PAS..pernah guna tapi pihak UMNO khususnya kerajjan mengelarkan ape2 yg di bawakan PAS,,adelah keganasan..maka terjadilaj PERISTIWA MEMALI...mcm mana ianya nak menjadi ??/ha la ni kerajaan ade mandat memerintah sekali lagi...maka buatlah ikut acuan islam yg sebenar..barulah kemadunan islam akan meningkat...TAK GITU???...lagi satu sebab kenape org tak nak islam..sebab kerajaan sendiri menggambarkan isl;am tu ganas,,jumud..tak ape2 entah...isteri PM sendiri tak tutu[ aurat...mcm mana ni ???KALU GINI SAMPAI BILA NAK MENJADI AJARAN ISLAM....>>>?????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-07-04 12:18


tak pernah tgk pulak dalam tv or paper, kerajaan menyuruh rakyat pergi merogol. apa dorang ni takde otak ke?

saya inginkan undang2 islam dilaksanakan dalam Malaysia ni, tapi saya antara minoriti yg inginkan. apakah dengan kuasa minoriti kita boleh laksanakan? bukan umno yg membentuk kerajaan, tapi barisan nasional yg bentuk kerajaan. takkan tetiba umno nak jadi kuasa autokrasi dalam bn.

kita dalam negara domokrasi, rakyat yg menentukan corak negara. tanpa rakyat tiada negara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 19-07-04 22:20




Islam Hadhari tu cuma slogan.. sama jer.. satu pihak guna 'Islam Hadhari', satu lagi guna 'Membangun Bersama Islam'.. dedua ader Islam & dedua ader pembangunan.. bila dah sama cam tu, kita nilai melalui kaedah pelaksanaan pulak la.. jgn hanya slogan tp nampak tak bersungguh.. 'kepimpinan melalui tauladan'.. kalo pemimpin yg bawa slogan Islam Hadhari tu tak mampu ndak tunjuk cth baik, rakyat mana ndak ikut.. yer tak??


kalo yer pon tak nak laksanakan undang2 Islam:

1. jgn sesuka hati ndak komen yg bkn2 psl hukum Allah.. kan lbh baik berdiam diri drp berkata sesuatu yg diorang tak paham..

2. sekrg2 nyer sumber2 yg galakkan pd maksiat ditutup rapat.. takut majoriti rakyat marah kalo guna alasan Islam (konon??), fine.. gunalah alasan masalah sosial yg makin teruk kat m'sia skrg ni.. aper ndak takut rakyat marah kalo tutup sarang2 maksiat, diorang gak yg bg mandat kat govt to rule.. so aper yg govt. putuskan diorang kene ikut la.. tu pon payah sgt ker??


Quote:
tak pernah tgk pulak dalam tv or paper, kerajaan menyuruh rakyat pergi merogol. apa dorang ni takde otak ke?



aper citer ni jackie??

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 10:19


UNTUK TATAPAN JACKIE UNITEN....

tak pernah tgk pulak dalam tv or paper, kerajaan menyuruh rakyat pergi merogol. apa dorang ni takde otak ke?

Jawapan :
Yang kerajaan izinkan segala unsur-unsur LUCAH dalam media tu apa ? Unsur lucah dalam iklan, dalam ASTRO,BOLLYWOOD, HOLLWOOD, majalah berunsur lucah di pasaran yang berlambak.....ITU BUKAN MENGGALAKKAN KE ? PEGI BELAJAR PSIKOLOGI, KESAN MEDIA KEPADA MINDA MANUSIA....SAPA YANG TAKDE OTAK NI ?


saya inginkan undang2 islam dilaksanakan dalam Malaysia ni, tapi saya antara minoriti yg inginkan. apakah dengan kuasa minoriti kita boleh laksanakan? bukan umno yg membentuk kerajaan, tapi barisan nasional yg bentuk kerajaan. takkan tetiba umno nak jadi kuasa autokrasi dalam bn.

Jawapan :

Ingin nak undang2 islam dilaksanakan, SOKONGLAH DAN UNDILAH yang nak betul2 nak TEGAKKAN HUKUM ALLAH, barulah majoriti tercapai. Usaha PAS sekarang ialah cuba dapatkan suara majoriti dari orang melayu dalam umno supaya memahami ajaran islam yang sebenar dan juga memberi kefahaman kepada BUKAN ISLAM ttg ajaran islam yang sebenar supaya mereka yakin yang islam ini adalah suatu peraturan yang cukup SELAMAT utk mereka, tiada paksaan dalam beragama, hak mereka dilindungi, seterusnya MENYOKONG PUAK YANG NAK LAKSANAKAN ISLAM, DAPATLAH SUARA MAJORITI DARI BUKAN ISLAM.............INILAH KERJA DAN DAKWAH DALAM ISLAM, NAK MENJADIKAN KUASA MINORITI ITU SEBAGAI KUASA MAJORITI, ITULAH KERJA DAKWAH ISLAM, NAK AJAK ORANG YANG BUAT BENDA TAK BAIK, NAK AJAK SUARA MAJORITI YANG TAK SOKONG ISLAM KEPADA SOKONG ISLAM......


kita dalam negara demokrasi, rakyat yg menentukan corak negara. tanpa rakyat tiada negara.

Jawapan :

PAS sekali-kali tidak BERIMAN dengan demokrasi kerana dalam sistem demokrasi rakyat yang menentukan negara, menentukan undang-undang negara....suara rakyat yang menggubal undang2....NAK JADI KAFIR DAN SYIRIK KE NAK GUBAL UNDANG2 SENDIRI........YANG MENENTUKAN HUKUM DAN UNDANG2 ADALAH AL-QURAN ( ALLAH SWT ). INILAH APA YANG DIPERJUANG OLEH PAS. NAK MELETAKKAN AL-QURAN SEBAGAI PERLEMBAGAAN NEGARA DAN RUJUKAN UTAMA

Pas mengambil kesempatan dari sistem demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan yang ada sekarang sekadar untuk merampas kuasa dalam keadaan yang lebih aman....bukan secara KONFRONTASI untuk rampas kuasa....HARAP PAHAM, KALAU TAK PAHAM PEGI MENGAJI DULU ? )PEGI TADAH KITAB DI PONDOK, TAMBAH KEFAHAMAN MENGENAI ISLAM...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-07-04 17:56


saya tgk benda lucah pun takde nak g rogol org. tgk cerita bunuh2 takde nak g bunuh org. saya tgk fear factor, takde plak nak makan babi.

pas bukan berdakwah ke arah situ tapi ke arah untuk menang. kalau betul pas mengajak org ke arah kebaikan, pas pasti menang. saya menyokong pas dulu. skrang ubah angin bila tgk ketidakmampuan n kebodohan pas. yg hanya tahu guna isu2 bodoh utk meraih sokongan. MR. JACKIE tidak mahu bersama kumpulan2 begitu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 19:27


hemm nama pun dah jackie....mcm manA NAK JAWAB NI....HEMM...mcm mana awak boleh kate pas nak menang jer....memanglah..semua parti politik nak menang...tanya partia pe2 pun nak menang..tanpa kemenangan mcm mana nak bentuk kerajaan???ha??lepas tu mcm mana nak laksankan undang2?ha?dah la ..kerajjan kita ni sebenarnya hampir 75% org islam...habis susah sangat ker nak tegakkan hudud Allah tu??asyik2 pikir kita minoriti nak islam..sape ckp???ha??zaman nabi pun masyarakat majmuk..bukan islam jer semua..nasrani ade..yahudi ade..majusi pun ade...boleh pulak islam jalan...zaman khulafak arrsyidin pun..same jer...ni..banyak ckp jer,,,kate NEGARA ISLAM cth...mana contohnya..dok habaq kat rakyat..bila hudud di jalankan..habislah batu2 di tepi jaln dok buat rejam org..habislaj kudung tangan org...ni ape ni jackie???MENGHINA NI!!!..ha jawab.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 19:34



" cakap pakai akai......" !! Terpulanglah pada saudara nak ikut yang mana, TEPUK DADA TANYALAH IMAN. WALLAHU'ALAM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 23-07-04 05:20




ni cth projek krj Islam Hadhari utk masyarakat m'sia.. hebatkan??


Konsert Search & Scorpions - Di Stadium Merdeka 13 September

(Utusan Online, 23 Julai 2004)


Oleh ABD. AZIZ ITAR

SEJAK Search bergabung semula pada Februari lalu, ia bagaikan satu berita gembira untuk para peminat mereka. Ini kerana, dalam tempoh waktu itu Search sempat menghiburkan para peminat mereka menerusi tiga buah konsert.

Ternyata para peminat memberi sambutan hangat sewaktu Search mengadakan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (7 Februari), Stadium Larkin, Johor (5 Jun) dan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (3 Julai).

September ini, para peminat Search bukan setakat berpeluang menyaksikan satu lagi konsert Search tetapi juga persembahan kumpulan rock dari Jerman, Scorpions.

Menurut bassis Search, Nasir Daud, 44, Search akan mengadakan konsert bersama Scorpions pada 13 September ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

"Search telah dijemput sebagai artis pembuka tirai pada konsert Scorpions sempena konsert bergerak mereka di Asia.

Konsert Scorpions di Stadium Merdeka itu diadakan selepas mereka mengadakan konsert di Bangkok, Thailand.

Saya dimaklumkan oleh wakil pihak penganjur konsert itu, Alan Foo tentang perkara itu pada 13 Julai lalu,'' katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu ditemui di Shah Beach Resorts, Tanjung Keling, Melaka baru-baru ini.

Ketika pertemuan itu, satu majlis santai Search bersama para wartawan telah diadakan di pusat peranginan tersebut.

Jelas Nasir, Search bangga apabila diundang sebagai kumpulan pembuka tirai kepada kumpulan rock bertaraf antarabangsa itu.

"Kami anggap ini adalah satu peluang untuk Search menimba pengalaman mengadakan konsert bersama kumpulan rock berpengalaman seperti Scorpions.

Peluang ini juga boleh dijadikan satu platfom untuk Search memulakan langkah ke peringkat antarabangsa.

Kami harap banyak pihak terutamanya pihak penganjur dari luar negara dapat melihat kemampuan kami dalam bidang muzik,'' ujar Nasir.

Tambah Nasir, Search dan Scorpions sebelum ini pernah menjalin hubungan yang erat antara satu sama lain.

"Vokalis Scorpions, Klaus Maine pernah mencipta dua buah lagu khas berjudul Mengundur Waktu dan Panggung Khayalan untuk Search pada tahun 1996.

Dua buah lagu itu dimuatkan menerusi album Search yang berjudul Rock 'N Roll Pie.

Ketika konsert itu nanti, kami akan menyanyikan semula lagu Mengundur Waktu sebagai tanda penghargaan kami kepada Scorpions,'' kata Nasir.

Selain Nasir, Search turut dianggotai oleh Din (gitaris), Lola (dram), Amy (vokalis) dan Kid (gitaris).

Sebelum itu, pada 31 Julai ini, Search akan mengadakan konsert keempat mereka pada tahun ini di Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka.


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 23:05


Islam Hadhari gabung ulama, profesional


KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan menyusun Pelan Tindakan Program Islam Hadhari yang menggabungkan peranan ulama dan bukan ulama bagi membawa Islam Hadhari ke arus perdana.

Timbalan Menterinya, Datuk Zainuddin Maidin, berkata pelan itu yang dirancang untuk lima tahun akan datang, diharap dapat meningkatkan pemahaman masyarakat terutama bukan Islam.

“Pelan tindakan itu dianggotai 20 panel yang dilantik kementerian di kalangan ulama, ahli akademik, wartawan, perunding, kumpulan profesional, pakar media serta ahli psikologi.

“Mereka berperanan memberikan maklumat kepada kumpulan 600 penceramah yang akan menjalankan kempen penerangan berhubung konsep berkenaan di seluruh negara dalam masa lima tahun mulai sekarang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Zainuddin yang juga Pengerusi Pelan Tindakan Islam Hadhari Kementerian Penerangan berkata, pendekatan yang akan digunakan juga lebih bersifat mesra rakyat bagi menghapuskan pandangan serta pendapat melampau secara berhikmah.

Katanya, pelan yang dirancang diharap dapat membuka mata dan minda orang Islam terhadap keupayaan masyarakat Islam yang hidup dalam negara bukan Islam yang tetap maju dengan kualiti yang ada pada mereka.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) memperkenalkan Kelab Islam Hadhari yang pertama di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi memperkembangkan pemahaman konsep itu terutama di kalangan penuntut IPTA.

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Hashim Yaacob, berkata langkah itu sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan Islam Hadhari sebagai acuan pembangunan negara.

“Ketika ini hampir 30,000 penuntut UM yang sebahagiannya beragama Islam dan mereka mahukan penjelasan dan pemahaman yang jelas mengenai konsep yang akan diperkenalkan.

“Untuk itu, pihak tertinggi sudah menerima permohonan daripada 13 kolej kediaman seluruh UM yang mahukan satu kelab khusus bagi menerangkan konsep berkenaan ditubuhkan,” katanya kepada pemberita pada majlis Forum Perdana Islam Hadhari di Akademi Pengajian Islam UM, kelmarin.

Beliau berkata, kertas kerja dasar untuk menubuhkan kelab itu sudah diterima oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan pihak universiti dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk melancarkannya secara rasmi.

Katanya, untuk permulaan keahlian kelab dibuka kepada semua pelajar baik yang beragama Islam atau bukan Islam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 30-07-04 22:44





kalo dah tau salah tu haramkan jer la..


Akademi Fantasia, Malaysian Idol 'tamparan' kepada Islam Hadhari

(Malaysiakini, 30 July 2004)


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin menyifatkan trend terbaru hiburan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan program seumpamanya, sebagai satu tamparan terhadap usaha kerajaan untuk mempromosi konsep Islam Hadhari kepada rakyat.

Akademi Fantasia yang disiarkan di Astro dan Malaysian Idol di TV3 merupakan pertandingan bagi mengetengahkan bakat menyanyi dan berlakon para peserta di mana para penonton menghantar SMS untuk mengundi peserta penyanyi pilihan mereka.

Manakala ntv7 pula menyiarkan rancangan– "Audition" – yang juga menggunakan pendekatan yang serupa yang berkonsepkan "talent show".

Menurut Dr Abdullah, ini adalah rintangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam usahanya untuk mempromosi konsep Islam Hadhari di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, sebuah buku yang memberi penjelasan mengenai Islam Hadhari akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama lagi.

Selepas pelancaran buku tersebut, katanya, negeri-negeri diminta menyebar luaskan konsep itu hingga ke peringkat daerah.

Menurut Dr Abdullah ada kalangan rakyat yang mempunyai tanggapan salah mengenai konsep Islam Hadhari dan mendakwa bahawa ia adalah mazhab baru yang cuba diwujudkan oleh kerajaan.

Sebaliknya, kata beliau, Islam Hadhari bukan ajaran sesat atau mazhab baru yang dilahirkan oleh kerajaan tetapi ia lebih kepada pendekatan untuk meningkatkan penglibatan dan penyertaan masyarakat Islam di negara ini dalam semua aspek pembangunan negara.

Ketika memberikan taklimat mengenai Islam Hadhari kepada kakitangan dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang hari ini, beliau berkata, penyertaan masyarakat Islam di negara ini dalam semua aspek pembangunan didapati merosot iaitu sekitar 18 peratus sahaja berbanding dengan kaum lain yang jauh lebih pantas merebut peluang.

Oleh itu, katanya umat Islam di negara ini perlu lebih progresif untuk maju sesuai dengan ajaran Islam yang syumul.

"Islam Hadhari perlu dipromosikan kepada rakyat kerana persepsi umat Islam di negara ini selalunya terbatas kepada ibadat khusus dalam agama itu sahaja tanpa mengambil kira ibadat umum yang boleh mereka kerjakan," katanya.

Bagi mengatasi cabaran itu, tambahnya, kerajaan menggunakan pendekatan Islam Hadhari untuk menggalakkan mereka memasukkan agenda membangunkan ummah, peradaban bangsa serta keutuhan negara dalam kehidupan seharian.

"Kita bukan sahaja mahu maju dalam hal-hal dunia malahan juga mencapai kejayaan di akhirat," katanya.

Sehubungan itu beliau menegaskan bahawa masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dengan konsep Islam Hadhari ini kerana hak mereka terutama dalam soal beragama adalah terpelihara.

Dalam Islam, katanya, dasar toleransi beragama amat tinggi dan pada masa yang sama masyarakat bukan Islam tidak akan disekat untuk terus maju dalam apa jua bidang diceburi.

Menurutnya, Perdana Menteri, semasa mempengerusikan mesyuarat kabinet tidak lama dulu meminta secara khusus supaya empat menteri iaitu Penerangan; Tenaga, Air dan Komunikasi; Kesenian, Kebudayaan dan Warisan; serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berbincang mengenai cara untuk menyekat kebanjiran iklan dan program yang bercanggah dengan budaya kita.

Menurutnya, Perdana Menteri mahu supaya program-program yang boleh membina tamadun, membangunkan keluarga serta menanam sikap rajin bekerja diperbanyakkan bagi mendorong rakyat memperbaiki kehidupan mereka.

Majlis taklimat Islam Hadhari hari ini dianjurkan oleh Projek Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM.


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 20:53


Konsep Islam Hadhari bukan omong kosong: Najib



KUALA LUMPUR: Kerajaan serius melaksanakan konsep Islam Hadhari dalam membina tamadun ummah dan akan menjadikannya sebagai agenda rasmi pentadbiran negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata konsep itu diperkenalkan bukan berasaskan retorik, angan-angan kosong atau ingin memancing undi, tetapi kerajaan mahu semua golongan masyarakat memahaminya dengan menggunakan pendekatan bijaksana, pentadbiran dan pengurusan strategik, saintifik, bersungguh-sungguh, komited serta konsisten.

Sehubungan itu, Najib yang juga Penasihat Kehormat Islam Hadhari, menggariskan tujuh asas pelaksanaan konsep berkenaan, iaitu setiap tugas dan usaha yang baik adalah ibadat, merancang untuk mencapai mutu kerja berkualiti, memupuk budaya inovatif dan kreatif, mengekalkan politik yang stabil, ekonomi yang kukuh, sistem pendidikan bertaraf dunia dan membentuk akhlak mulia dan terpuji.

“Bagi saya tamadun adalah kayu pengukur bagi menentukan tahap pencapaian dan kemajuan sesuatu bangsa, ciri tamadun inilah yang dapat membezakan sebuah masyarakat itu maju atau mundur,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada seminar Percambahan Fikiran Islam Hadhari di sini, semalam.

Turut hadir, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamad merangkap Penasihat Program Islam Hadhari, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Telekom Malaysia Datuk Abdul Wahid Omar dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Datuk Kamaruddin Zakaria.

Lebih 1,000 peserta menyertai seminar sehari itu, yang diadakan bagi menerangkan konsep sebenar Islam Hadhari. Telekom Malaysia pula menjadi tuan rumah program kali ini.

Najib berkata, masyarakat Hadhari akan sentiasa menggunakan segala kekayaan sumber alam yang ada dengan baik dan berdasarkan kepada ilmu, sains dan teknologi serta akal budi untuk kesejahteraan umat.

Beliau berkata, masyarakat Hadhari adalah masyarakat yang bijak lagi cemerlang menguruskan negara, aset, rakyat, sumber, pentadbiran, pendidikan, ekonomi, pertahanan dan aspek kemasyarakatan.

“Tamadun Islam adalah tamadun yang berpaksikan kepada ketauhidan yang mengesakan Allah serta berjaya membuktikan kewujudan serta kekuasaan-Nya serta menjamin keadilan sejagat,” katanya.

Beliau berkata, membina tamadun bukanlah perkara baru atau terasing bagi umat Islam kerana sejarah membuktikan bahawa mereka berjaya mengubah kegelapan dunia kepada kehidupan lebih beradab, berakhlak dan bersistem dengan hasil teknologi berpandukan al-Quran.

Najib berkata, kerajaan perlu membina tamadun berasaskan konsep Islam Hadhari antaranya bagi menyediakan rakyat Malaysia yang matang berfikir, meningkatkan penghormatan dan martabat rakyat di mata dunia.

Katanya, konsep itu juga bertujuan menjadikan Malaysia sebagai bangsa pencipta, negara Islam contoh, memberi gambaran positif terhadap umat Islam dan memperjelaskan bahawa umat Islam bukan golongan yang menolak duniawi.

Pada sidang media pula, Najib menjelaskan permasalahan sosial yang berlaku ketika kerajaan melaksanakan Islam Hadhari bukan bermakna kegagalan kerana menangani permasalahan seperti itu memerlukan masa dan tidak boleh dibuat sekelip mata.

Ditanya berhubung dakwaan Singapura bahawa ada saki baki anggota Jemaah Islamiah (JI) merancang beberapa serangan ganas di Asia Tenggara, Najib berkata, kerajaan sentiasa mendapatkan maklumat terkini berhubung apa juga kegiatan seumpamanya.

“Pihak keselamatan dan risikan negara ini sentiasa berada pada tahap berjaga-jaga dengan membuat kawalan yang diperlukan bagi memastikan ia dapat dibendung,” katanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 20:56


Konsep Islam Hadhari bukan omong kosong: Najib



KUALA LUMPUR: Kerajaan serius melaksanakan konsep Islam Hadhari dalam membina tamadun ummah dan akan menjadikannya sebagai agenda rasmi pentadbiran negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata konsep itu diperkenalkan bukan berasaskan retorik, angan-angan kosong atau ingin memancing undi, tetapi kerajaan mahu semua golongan masyarakat memahaminya dengan menggunakan pendekatan bijaksana, pentadbiran dan pengurusan strategik, saintifik, bersungguh-sungguh, komited serta konsisten.

Sehubungan itu, Najib yang juga Penasihat Kehormat Islam Hadhari, menggariskan tujuh asas pelaksanaan konsep berkenaan, iaitu setiap tugas dan usaha yang baik adalah ibadat, merancang untuk mencapai mutu kerja berkualiti, memupuk budaya inovatif dan kreatif, mengekalkan politik yang stabil, ekonomi yang kukuh, sistem pendidikan bertaraf dunia dan membentuk akhlak mulia dan terpuji.

“Bagi saya tamadun adalah kayu pengukur bagi menentukan tahap pencapaian dan kemajuan sesuatu bangsa, ciri tamadun inilah yang dapat membezakan sebuah masyarakat itu maju atau mundur,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada seminar Percambahan Fikiran Islam Hadhari di sini, semalam.

Turut hadir, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamad merangkap Penasihat Program Islam Hadhari, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Telekom Malaysia Datuk Abdul Wahid Omar dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Datuk Kamaruddin Zakaria.

Lebih 1,000 peserta menyertai seminar sehari itu, yang diadakan bagi menerangkan konsep sebenar Islam Hadhari. Telekom Malaysia pula menjadi tuan rumah program kali ini.

Najib berkata, masyarakat Hadhari akan sentiasa menggunakan segala kekayaan sumber alam yang ada dengan baik dan berdasarkan kepada ilmu, sains dan teknologi serta akal budi untuk kesejahteraan umat.

Beliau berkata, masyarakat Hadhari adalah masyarakat yang bijak lagi cemerlang menguruskan negara, aset, rakyat, sumber, pentadbiran, pendidikan, ekonomi, pertahanan dan aspek kemasyarakatan.

“Tamadun Islam adalah tamadun yang berpaksikan kepada ketauhidan yang mengesakan Allah serta berjaya membuktikan kewujudan serta kekuasaan-Nya serta menjamin keadilan sejagat,” katanya.

Beliau berkata, membina tamadun bukanlah perkara baru atau terasing bagi umat Islam kerana sejarah membuktikan bahawa mereka berjaya mengubah kegelapan dunia kepada kehidupan lebih beradab, berakhlak dan bersistem dengan hasil teknologi berpandukan al-Quran.

Najib berkata, kerajaan perlu membina tamadun berasaskan konsep Islam Hadhari antaranya bagi menyediakan rakyat Malaysia yang matang berfikir, meningkatkan penghormatan dan martabat rakyat di mata dunia.

Katanya, konsep itu juga bertujuan menjadikan Malaysia sebagai bangsa pencipta, negara Islam contoh, memberi gambaran positif terhadap umat Islam dan memperjelaskan bahawa umat Islam bukan golongan yang menolak duniawi.

Pada sidang media pula, Najib menjelaskan permasalahan sosial yang berlaku ketika kerajaan melaksanakan Islam Hadhari bukan bermakna kegagalan kerana menangani permasalahan seperti itu memerlukan masa dan tidak boleh dibuat sekelip mata.

Ditanya berhubung dakwaan Singapura bahawa ada saki baki anggota Jemaah Islamiah (JI) merancang beberapa serangan ganas di Asia Tenggara, Najib berkata, kerajaan sentiasa mendapatkan maklumat terkini berhubung apa juga kegiatan seumpamanya.

“Pihak keselamatan dan risikan negara ini sentiasa berada pada tahap berjaga-jaga dengan membuat kawalan yang diperlukan bagi memastikan ia dapat dibendung,” katanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Islam Hadhari hanya Teori

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.209919 saat. Lajunya....