Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Ros84
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43062

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
a_zar81: 3 hari yang lalu
khalifah: 8 hari yang lalu
talha: 14 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 23 hari yang lalu
al-biruni03: 24 hari yang lalu
Swarig123: 31 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: salahkah aku


Carian Forum

Moderator: Admin, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» salahkah aku

Please Mendaftar To Post


Oleh salahkah aku

nurul_peace
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8179
Posting: 149

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-04-04 17:52


assalamualaikum...saya nie masih lagi student dan skrg tgh tunggu result utk ke ipta.. insyaAllah..tapi saya sentiasa dibelengu masalah cinta nih...ramai kwn2 saya kata saya nih jual mahal..tak bagi peluang...sedang kan saya lihat diorg mcm sgt2 jual murah..maksud saya dah ada yang satu tp still lagi nak yang lain..sentiasa tak puas dgn apa yg ada...pening tengok gelagat diorang..dan saya pulak rasa bersalah, mungkin betul jual mahal...tetapi saya nak tanya kwn2 yg lebih arif..minta pendapat...patutkah kata2 ini.. "timba yg perlu mencari perigi"... digunakan dlm zaman sekrg..sbb itulah yang sentiasa menghantui saya..perlukah saya meluahkan dulu??...dan sekrang klau sy dpt belajar di ipta perlukah saya berubah pendirian.. semata2 tak mahu saya gagal lagi disebabkan prinsip saya, lelaki yang kena mulakan dulu.. hurm.. ..saya nak mitak pendapat kwn2 sekalian...harap sudi membantu...trima kasih
wassalam

Bookmark and Share

  


  Member Information For nurul_peaceProfil   Hantar PM kepada nurul_peace   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-04-04 17:57




anda masih belajar kan??? cintailah ilmu terlebih dahulu... tumpukanlah sepenuh perhatian pd pembelajaran... cinta boleh dtg kemudian... setelah anda berjaya... jodoh takkan kemana...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

  


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-04-04 18:01



Tak perlu ikut pandangan orang..
Jual mahal ke murah ke diskaun ke..
umur adik muda lagi..
tumpu pada pelajaran dulu..
kecualilah memang adik plan nak kahwin dalam masa terdekat ni..


-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-04-04 23:17


betul cakap kak engku & kak hanan tu,,


-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

  


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-04-04 23:36



hem betul tu..memang lah bende 2 yang buruk ni kalau kita tak buat org akan pandang kita ni [email protected] sewaktu denganya..ape2 pun baguslah anda belajo kenal diri dulu..banyak buruk daripada baiknya bercintan2 ni...nanti belajo kemana cintan ke mana...hemm satu lagi..sebagai wanita..jagalah diri..jangan mudah terpedaya dengan kata2 lelaki..kelak..k.o....wassalam

Bookmark and Share

  


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-04-04 23:40


CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:
"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "
riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)
maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.

(("Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu"))

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah
Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.
Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.




buat panduan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

MohdZakri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4163
Posting: 76
Dari: Bandar Baru Bangi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 16:24


assalamualikum.wbt, berbalik kepada persoalan di atas, sy bangga dengan pendirian adik, jangn ikut kawan jika perkara itu boleh mendatagkan mudarat dan dosa padanNya. Kasih sy amat diperlukan oleh setiap insan.

insyaAllah, jk kita insan yang beriman Allah akan temukan kita dengan insan beriman, buat masa ni, tumpukan dahulu pelajaran. teruskan berkawan dengan semua org dan pilihlah teman hidup bersandarkan agamanya yang baik. jadikan ia sekadar sahabat dan jika mampu dirikan rumah tangga. itukan lebih mulia.

JADIKAN ADDIN PANDUAN HIDUP..




Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdZakriProfil   Hantar PM kepada MohdZakri   Pergi ke MohdZakri's Website   Quote dan BalasQuote

zihan
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5469
Posting: 6
Dari: selatan ke utara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-05-04 23:06


. Pada pandangan saya, soal jual mahal atau murah bergantung kepada setiap individu. Jika dia berasa selesa utk berbuat demikian terserah tp ingat hendaklah mengikut syariat. Tapi pada pandangan saya, adik tidak perlu risau kerana soal jodoh ditangan Allah dan hanya Allah berhak menemukan kita dengan 'dia' walau dlm bagaimana sekalipun. Cuma fikirkan dulu tentang pelajaran yang akan membuatkan adik lbh selesa

Bookmark and Share

  


  Member Information For zihanProfil   Hantar PM kepada zihan   Quote dan BalasQuote

BabyAnje
Warga Rasmi
Menyertai: 16.07.2004
Ahli No: 10078
Posting: 8
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 09:58


kalau ada teman lelaki ramai bukan bermaksud pompuan tu jual murah. utk cari mr right,kena kenal ramai lelaki.lelaki skrg takleh pilih sorang then still maintain ngan dia je.dunia ni luas so pandangan pun kena luas.kdg2 tu,ramai teman lelaki tak bererti bercinta tp ianya lebih kpd peringkat penapisan utk cari hasil terakhir yg lebih baik dan bermutu. mana aci kalau lelaki je yg boleh buat pilihan.wanita zaman skrg pun ada hak juga utk masa depan diorang.jgn takut utk 'timba cari perigi' sbb pepatah tu dah tak sesuai dan tak pernah sesuai pun.ingat...jgn sesekali guna pepatah ni sbb wanita bukan timba yg tak berharga tu.wanita penuh istimewa yg boleh tentukan arah tuju kehendaknya sendiri.

Bookmark and Share

  


  Member Information For BabyAnjeProfil   Hantar PM kepada BabyAnje   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 28-07-04 14:47


Quote:

On 2004-07-28 09:58, BabyAnje wrote:
kalau ada teman lelaki ramai bukan bermaksud pompuan tu jual murah. utk cari mr right,kena kenal ramai lelaki.lelaki skrg takleh pilih sorang then still maintain ngan dia je.dunia ni luas so pandangan pun kena luas.kdg2 tu,ramai teman lelaki tak bererti bercinta tp ianya lebih kpd peringkat penapisan utk cari hasil terakhir yg lebih baik dan bermutu.






teori mana yg awak pakai daa.. ingat mende ni mcm pilih kain kat kedai ker??

you're still young, baru ndak masuk IPTA kan.. sebaiknya dgr lah nasihat kak engku & yg lain2 tu.. kalo dah rasa nasihat kawan2 tu tak sesuai, jgn la ikut.. kita dikurniakan akal utk menilai antara yg baik & buruk.. jadi nyer pandai2 la buat pilihan, jgn sampai tersilap langkah..


Bookmark and Share

  


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 28-07-04 14:58


kalau dah suka dan rasa sesuai....bercintalah ..tak salah...nanti saya ajar awak kemudian..ni bz sikit....

dengar apa saya kata dulu pastu berkasihlah...nanti sembang lagi ek

p/s sah kena marah ni
tapi tak pe adik dengar apa abang kata dulu pastu bercintalah ...tak salah..yang lain tu jeles ..bukan apa heheheheh

Bookmark and Share

  


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 29-07-04 09:55


tak perlu b'cinte dulu. nanti di ipt akan jumpe yg lbh bagus. @pun semase sudah ade karier.

Bookmark and Share

  


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 11:52


wrth wbh..

Pandangan saya, juallah mahal kerana itulah harga sebenar diri anda, betapa Islam telah meletakkan anda di tempat yang cukup tinggi. Dalam soal bercinta, cinta mmg sudah ada dalam hati, andai kena masa dan tikanya akan berkembang suburlah perasaan murni itu kepada insan yang terpilih. Bukalah tingkap persahabatan tutuplah pintu hati. Once you get the feel, don't ever get it away...

He Knows The Best!!

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

  


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114324 saat. Lajunya....