Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 97
Ahli: 0
Jumlah: 97




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Kerjaya
Topik: Pengalaman Susah Nak Cari Kerja? Baca Ini


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» Pengalaman Susah Nak Cari Kerja? Baca Ini

Please Mendaftar To Post


Oleh Pengalaman Susah Nak Cari Kerja? Baca Ini

abang79
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.04.2004
Ahli No: 8150
Posting: 65
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-04-04 03:21


wbt

Saya nak ambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman kesusahan mencari pekerjaan. Saya tujukan post ini untuk sahabat2 yang belum mendapat kerja yang sesuai lagi...

Sebelum tu ada beberapa perkara yang harus dilihat dahulu sebab bidang kerjaya ni ada tiga cabang.

Cabang Pertama - Kerja dengan KErajaan
Cabang Kedua - Kerja dengan swasta
Cabang Ketiga - Kerja Sendiri (berniaga)

Kalau target2 sahabat semua nak memilih cabang pertama dan berjaya pula mendapatnya, Alhamdulillah sebab anda cuma cukup berbekalkan kelulusan anda untuk terus bekerja dengan Kerajaan.

Tapi bagaimana pula yang gagal untuk bekerja dengan kerajaan? Mungkin terpaksa pula memilih sektor Swasta. Nie yang susah sikit nie. Kalau kita dimudahkan, alhamdulillah senang2 jer dah dapat kerja dengan pihak swasta, tapi ada juga yang susah betul nak dapat. Rata2 sekarng nie company2 lebih suka memilih pekerja Cina. Mereka tidak suka memilih pekerja melayu untuk bekerja di jabatan pengurusan mereka. Jika mereka pilih pun, mungkin akan ditempatkan di level bukan pengurusan.

Untuk mengatasi masalah ini, berdasarkan pengalaman saya - sahabat2 semua perlu melakukan sedikit usaha dalam memastikan kita tidak ketinggalan dalam persaingan merebut peluang di sektor swasta. Diantara perkara2 yang biasa kita dengar ialah Belajar Bahasa English. Itu memang tepat sekali. Perkara pertama2 sekali yang anda kena usahakan ialah belajar bahasa English. Tebalkan muka minta lah kawan2 yang pandai English supaya diajarkan basic english (kalau kita memang tak pandai langsung). Gunakan buku2 rujukan tingkatan 1-2 sebab ianya lebih mudah dan mengjar kita asas2 english.

kalau anda mampu, mungkin boleh pergi kelas bahasa english, tapi kos mungkni agak mahal. Saya baru selidik satu pusat bahasa dimana mereka kenakan charges rm3000 untuk mata pelajaran english yang diajar selama 30 jam (itupun tidak jamin boleh pandai). Selepas anda mempelajari perkara2 asas dalam english, barulah dikatakan berbaloi kalau anda mengambil short course utk kelas bahasa english di tempat2 yang menawarkan dengan harga yang berpatutan.

satu lagi yang boleh kita usahakan untuk menaikkan nilai kita di kaca mata majikan ialah dengan kita mempelajari bahasa mandarin. Sebenarnya nak mempelajari bahasa mandarin nie bukan nya susah sangat. Kalau kita bersungguh2, insyaAllah 4 bulan kita akan boleh menulis, membaca dan memahami pertuturan orang lain. Banyak kelebihan belajar mandarin ini diantaranya ialah kita boleh bekerja di sektor2 swasta yg mensyaratkan bahasa mandarin sebagai wajib untuk diterima bekerja di tempat mereka dan banyak lagi faedahnya. Selain daripada itu, kita juga tidak mudah tertipu oleh peniaga2 yg tidak jujur.

Selain itu, pengalaman saya bagi mereka2 yang memang tak tahu guna komputer selain daripada melayari internet, cuba usahakan supaya anda dapat mempelajari microsoft office 'Excel & Word'. KEdua2 ini yang akan di uji oleh para majikan sebelum mereka membuat keputusan untuk samada menawarkan kerja atau tidak kepada kita.

Last sekali setelah diusahakan2 perkara2 diatas, kita susuli pula dengan bertawakal kepada Allah swt kerana sejarah telah membuktikan ada manusia2 yang tidak belajar tinggi pun boleh berjaya lebih daripada mereka yang belajar tinggi.

InsyaAllah kalau ada kelapangan kita boleh bincang tentang cabang ketiga...

*btw, kursus bahasa mandarin saya dah survey. Harga yuran lebih kurang diantara rm700 - rm1200 utk tempoh 4-6 bulan. Boleh bincang untk bayar ansur2 setiap bulan sehingga tamat belajar

Bookmark and Share

    


  Member Information For abang79Profil   Hantar PM kepada abang79   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-04-04 16:02



Betui ker macam tu?saya baru jer grad.ade juga minta2 kerja walaupun masa belajar semua guna bahasa english dan memang ambil course computer but i very2 afraid cannot adopt my self with the working enviroment.maybe lack of self confident make me like this...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 25-04-04 15:03



Rasanya ramai yang mengalami masalah yang sebegini.Dah banyak isi borang dan hadiri temuduga namun, masih belum layak untuk mendapatkan pekerjaan.
Salah sendiri pun ada juga, antaranya sebab kurang keyakinan diri dan kurang mengambil tahu tentang perkara yang bakal ditanya oleh penemuduga.Selain daripada itu, ada majikan yang hanya inginkan yang berpengalaman walaupun ada pelajar lepasan universiti yang berkebolehan.
Apa pun yang penting, jangan berputus asa dengan rahmat-Nya dan sentiasa berusaha seberapa terdaya.InsyaAllah pasti berjaya cuma perlu bersabar kerana mungkin memakan masa sedikit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 03-05-04 21:35


tak tahu betul atau tak.. tp company cina memang kurang yakin dgn org melayu.. saya pernah bekerja dgn beberapa syarikat cina, org melayu jarang dapat keistimeweaan tetapi kaum diaorg mcm bleh dapat walaupun takde pengalaman dalam kerja....company baru ni pun hanya 5 org je melayu, admin pun dia mengaku tgk gambar saya pada resume macam cina that why dia ingat saya org cina.... yang penting tunjuk kemampuan kita kalau dah dapat peluang jgn cepat merunggut atau curi tulang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08701 saat. Lajunya....