Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 216
Ahli: 0
Jumlah: 216




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Kisah pemuda dgn Pak Imam


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Kisah pemuda dgn Pak Imam

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah pemuda dgn Pak Imam

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 05-06-03 12:17


"Assalamualaikum..
Kisah ini saya petik dari satu e-mel yg telah dihantar kepada saya tempohari..harap kite semua dapat menjadikannya sebagai satu RENUNGAN dan PENGAJARAN untuk sepanjang hayat

.

Tersebutlah kisah seorang pemuda yang telah lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombongnya. Di dalam benak kepalanya sudah lama tersimpan 3 soalan yang di anggapnya tiada siapa yang boleh menjawabnya. Satu hari beliau bertemu dengan seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda : Bolehkah pak imam menjawab 3 soalan saya ini?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan kamu itu.

Pemuda : Pak imam yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang pintar yg saya tanya tak dapat menjawabnya.

Pak Imam : Saya akan mencuba setakat yang saya mampu. Insyaallah.

Pemuda : Baiklah, saya ada 3 soalan.
1- Kalau benar tuhan itu ada, tunjukkan kepada saya akan kewujudannya.
2- Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3-Kalau syaitan dijadikan daripada api, kenapa mereka juga dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api juga? Tentu tiddak menyakitkan buat syaitan sebab mereka juga memiliki unsur yang sama. Apakah tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Pak Imam beristighfar panjang. Dengan spontan, dia menampar pipi si pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda : (Sambil menahan sakit) Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tak marah, tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 soalan awak itu tadi.

Pemuda : Saya tak faham...

Pak Imam : Baik, bagaimana rasanya tamparan saya itu?

Pemuda : Tentulah sakit dan pedih !!

Pak Imam : Jadi, awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya lah !

Pak Imam : Kalau begitu tunjukkan lah kepada saya wujudnya sakit itu dan bagaimana rupanya?

Pemuda : Apa la pak imam ni...mana boleh...!!

Pak Imam : Ha ! Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak. Kita semua merasakan kewujudan tuhan tanpa mampu melihatNYA. Adakah malam tadi awak bermimpi atau dah tahu yang saya akan tampar awak?

Pemuda : Mana la saya tahu...

Pak Imam : Adakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan saya hari ini?

Pemuda : Tak..!!

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR. Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging lah.

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu?

Pemuda : Tentulah kulit dan daging jugak.

Pak Imam : Bagaiman rasanya tamparan saya ?

Pemuda : Sakit dan pedih.

Pak Imam : Itulah...Walaupun syaitan terbuat dari api dan neraka pun dari api juga, jika tuhan berkehendakkan maka neraka akan jadilah tempat yang menyakitkan untuk syaitan walaupun sama unsur dan asalnya..!!

Pemuda : Allahuakbar !!!

* Sama-sama la kita mengambil iktibar dari pengajaran kisah ini. Amin..

( ^_^ ) Wassalam..



-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 12:36


assalamualaikum..
citer yg baik...
byk teladannya....

tapi macam pernah denga la..
hehhe..kalo ada citer lain..
sudi2 anta lagi yek..

p/s.....nasib pak imam tampo je..
kalo aku mau aku silambam die..

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 05-06-03 12:54


citer nie forward dari email...Rasernyer memang orang lain dah tahu kot citer nie..

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 05-06-03 13:15


satu cerita yg pendek tapi penuh pengajaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

faiszul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 306
Posting: 84
Dari: perak darul ridzuan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-07-03 12:06


Assalamualaikum sdra, sdri yang dihormati sekelian
semuga sentiasa didalam rahmat dan keredhaan Allah.
Sebelum kita memulakan perbincangan mengenai Disiplin
Lahir atau Fizikal, mari kita melihat perbandingan di
antara seorang yang kuat disiplin amalan dalamannya
dengan seorang yang kuat disiplin amalan lahirnya.
Kisah Seorang Ulama Sufi Dengan Seorang Mufti



Ada satu kisah seorang ulama sufi yang terkenal di
Baghdad yang tinggal jauh di sebuah zawyah (tempat
mengaji) di padang pasir. Seorang mufti kerajaan yang
bertugas di bandar Baghdad terdengar akan cerita ulama
sufi ini, maka dia teringin nak tengok apa kehebatan
ulama sufi ini.
Mufti pun pergilah mencari?dia pakai jubah yang
cantik melabuh mengikut kebiasaan pakaian ulama
kerajaan.
Rumah ulama sufi ini jauh dan dirumah ini juga beliau
mengajar anak muridnya yang datang dari seluruh
pelusuk negeri.
Kebetulan Mufti itu sampai waktu sembahyang Maghrib.
Kebiasaannya Mufti yang mengimamkan sembahyang tetapi
kali ini dia suruh ulama sufi ini menjadi imam
sembahyang.
Maklumlah ulama sufi ini orang yang takutkan Tuhan,
bacaan dalam sembahyangnya slow.
Mufti pula seorang yang pakar nahu, pakar saraf dalam
bacaan, maka dia dapati ulama sufi ini banyak
tersilap bunyi dalam bacaannya.
Ulama sufi ini kuat disiplin batinnya, menyebabkan ia
amat takut dengan Tuhan didalam sembahyang sampai
bacaannya pun tersilap bunyi. Mufti pula kuat disiplin
lahirnya jadi ia amat menekankan bunyi bacaan.
Akhirnya selepas sembahyang, Mufti menegur ulama
sufi," Bacaan Fatihah tuan begian, begian?" banyaklah
complainnya itu dan ini.
Ulama sufi ini menjawab,"Terima kasihlah tuan Mufti
menegur saya, inilah kelemahan saya. Sebab itulah
saya tak nak bercampur dengan orang, bacaan
sembahyang saya pun tak betul. Sebab itulah saya duduk
jauh di padang pasir."
"Orang ramai datang nak jumpa saya, nak buat macam
mana, tak kan saya nak halau mereka. Minta maaflah,
betulah teguran tuan itu, saya mengaku bersalah."
tambah ulama sufi itu.
Bergitulah perbezaannya apabila kita menjaga disiplin
lahir, semua bacaan, makhrajnya, nahu nak dijaga
dengan betul?itu adalah ukuran lahir.
Tiba sembahyang 'Isya, tuan Mufti dah habis wudhuknya,
jadi kenalah dia mengambil wudhuk pula?Mufti bertanya
dimana tempat berwudhuk. Kawasan padang pasir,
telaganya jauh. Mufti tadi pun keluar menuju telaga,
dia berjalan seorang diri tiba-tiba dia lihat 5-6
ekor singa di padang pasir nak terkam dia.Tak sempat
buat apa, terus dia berlari pergi jumpa tok guru,
ulama sufi tadi.
"Eh! takut juga tuan dengan singa?" kata ulama sufi
itu. "Dengan singa saya main-main dengan mereka
hari-hari. Tuan baru sekali dah lari??Allah yang
patut kita lebih takut dari singa. Tuan kata kita
patut takut Allah tetapi kenapa takut dengan singa
pula?."
Bila disiplin roh atau disiplin dalaman tak ada kita
akan takut lebih kepada yang lain dari Tuhan.
Tuan Mufti hanya pandang yang lahir saja?dia menjaga
pakaian jubahnya, bacaan sembahyang bukan main dia
jaga tetapi hal-hal dalaman seperti hati yang
takutkan Tuhan dalam sembahyang tidak dijaganya. Tuan
Mufti takutkan ciptaan Tuhan tetapi tidak takutkan
Tuhan.
Ulama sufi tadi hanya takutkan Allah, hinggakan singa
pun jadi kawannya.Begitulah kehebatan ulama sufi
tadi?dia takut dan cinta hanya kepada Allah
menyebabkan semua makhluk tunduk kepadanya. Dia tidak
takut dengan sesiapa melainkan Allah.
Kebanyakan manusia takut sakit, takut miskin, takut
mati, takut orang kata, dan banyak takut yang
lain?tetapi tak ramai yang takut kepada Allah sahaja.
Inilah penyakit dalaman atau hati yang belum di
disiplinkan.Roh kita yang akan berjumpa Tuhan nanti,
roh inilah yang nak masuk syurga, yang nak kena
hukuman di neraka roh kita jugalah.
Kita dah bincangkan tentang disiplin dalaman (
disiplin hati (roh), akal dan nafsu), jadi marilah
kita bersama-sama praktikalkan dalam kehidupan kita.
Rasulullah SAW ada berpesan biarlah sembahyang sunat
itu 2 rakaat sahaja tetapi dengan hati yang betul
takut dan malu dengan Allah daripada sembahyang sunat
1,000 rakaat tetapi yang kosong, rohnya tak ada.
Disiplin dalaman ini tak boleh dilakun-lakunkan?hati,
akal dan nafsu yang nak disimpuhkan dengan Tuhan
dalam sembahyang memang susah nak dilakukan.
Benda lahir atau luaran semua orang boleh nampak?.kita
sembahyang bertertib dan nampak khusyuk diluar, belum
tentu hati atau roh kita tunduk kepada Allah.
Sepatutnya didikan dalam sembahyang ialah untuk hati
kita ingatkan Allah, cuba kita soal balik diri kita,
diwaktu sembahyang kita ingat siapa?

maaf sekiranya cerita ni takde kena mengena dengan topik ni.tapi sekadar berkongsi cerita untuk renungan kita bersama

-----------------
Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu.
Insyaallah hidup ini akan indah jika segalanya kerana Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For faiszulProfil   Hantar PM kepada faiszul   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118411 saat. Lajunya....