Oleh |
Hj. Hadi dakwa Islam benar aibkan pemimpin |
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 16-03-04 11:15
Hadi dakwa Islam benar aibkan pemimpin SHAH ALAM: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mendakwa, Islam membenarkan peribadi pemimpin didedahkan, termasuk dalam hal yang mengaibkan jika ia bertujuan untuk kebaikan. Beliau berkata, bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pemimpin, serangan peribadi dibenarkan dalam Islam, termasuk serangan yang akan menyebabkan pemimpin itu terpaksa menanggung malu, sekali gus menjejaskan imejnya. Bagaimanapun, katanya, Pas tidak akan terlalu bergantung kepada kaedah menyerang peribadi pemimpin dalam kempen pilihan raya umum ini. Dengan mengambil contoh seorang perompak memasuki kampung dan berbuat baik dengan penduduk, Abdul Hadi berkata sesiapa yang mengetahui peribadi perompak itu wajib mendedahkannya kepada masyarakat kampung itu, dengan tujuan mengelakkan mereka dirompak. “Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi tidak layak untuk menjadi pemimpin. “Dalam Islam sendiri, untuk melantik seorang saksi dan hakim, Islam membenarkan pendedahan peribadi. (Pilihan raya) Ini kita ingin melantik pemimpin. Rakyat perlu tahu perkara peribadi. “Islam tidak melarang kita memperkatakan perkara peribadi untuk memilih seorang saksi di mahkamah, apatah lagi untuk memilih ketua negara,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran manifesto barisan pembangkang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Seksyen 13, di sini semalam. ______________________________________ Apa pandangan antum semua?
|
MUJAHID_83
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.07.2003 Ahli No: 2521
Posting: 38
Dari: AIROD.Sdn Bhd
|
Posting pada: 16-03-04 11:30
Ana pun ada tengok berita semalam... Pada sokong apa yang Tuan Guru Hj.Hadi cakap...daripada situ kita akan dapat mengetahui asal usul seorang pemimpin..samada dia layak memimpin atau tidak... Ana harap bukan saja untuk pemimpin BN malah untuk pemimpin PAS jugak...
|
Engku_Salina
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 16-03-04 11:30
ni saya copy satu artikel dari Arkib Artikel Komuniti Muslimah... ANTARA MENGUMPAT/GHIBAH YG DIBOLEHKAN 1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya. 2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bantu membantu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil. 3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal. Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih. 4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan cth: Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasehati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata. 5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan 6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut. ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 16-03-04 11:36
Ana sokong apa yg di katakan oleh mujahid dan engku Salina.Benar kita di bolehkan mengata. Sekiranya apa yg kita katakan itu benar maka ana rasakan bahawa perkara itu tidak menjadi masalah. Cuma bagaiman sekiranya perkara itu salah dan keshahihan tidak diketahui di ragui.itu saja.
|
abu_nawas80
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.01.2004 Ahli No: 6314
Posting: 103
Dari: Pantai Dalam,KL
|
Posting pada: 16-03-04 11:51
salah satu kriteria yang perlu ada dalam setiap pemimpin ialah adil...pemimpin yang tak adil, mengamalkan dan menghalalkan rasuah dibolehkan kita menentangnya... bak kata hang jebat, pemimpin adil disembah,pemimpin zalim disanggah... takbirrrrrrrrrr!!! Allahu Akbaaar Allahu Akbaaar Allahu Akbaaar----------------- Ya Allah,layakkah ana untuk merindui syurgaMu di mana syaitan dan hawa nafsu sentiasa membisikkan ana supaya melupakan suruhan2MU.Ya Allah,selamatkanlah ana
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 16-03-04 12:01
Quote:
| On 2004-03-16 11:36, al_farisi wrote: Ana sokong apa yg di katakan oleh mujahid dan engku Salina.Benar kita di bolehkan mengata. Sekiranya apa yg kita katakan itu benar maka ana rasakan bahawa perkara itu tidak menjadi masalah. Cuma bagaiman sekiranya perkara itu salah dan keshahihan tidak diketahui di ragui.itu saja.
|
| hehehe... jika dah terang2 benar jadi mengapa dipertikaikan.. mengapa disokong lagi... kita tdk mengata perkara yg boleh mendatangkan fitnah. kita bukan mereka yg bijak mereka2 fitnah... kita punya fakta dlm tindakan... tapi fakta hanya tinggal fakta.. rakyat nampaknya mudah menerima cakap2 pemimpin pemerintah drpd fakta.. maka dihuraikanlah panjang lebar bagaimanapun salah laku pemimpin pemerintah pasti akan tenggelam juga seperti EZAM MOHD NOR.. p/s...PAS hanya alternatif... alternatif yg lebih baik drpd UMNO.. jika selepas itu ada parti yg lebih beriman dan lebih baik drpd PAS..kita berubah lagi.. kenapa mencari alasan utk tdk berubah? ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
waaz04
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang
|
Posting pada: 16-03-04 12:06
apa yang dah dibernarkan oleh Islam maka itulah kebenarannya. soal peribadi pemimpin....keaiban perlu dinyatakan. saya setuju dengan kenyataan MB Haji hadi tu atas sebab-sebab yang diberi. bagi saya:- kalau kita lihat kepada tujuan kepimpinan negara yang dua itu:- 1. meluruskan agama 2. menguruskan siasah apakah orang yang sembarangan boleh dijadikan pemimpin? kalau mereka ada masalah peribadi yang burok...so bagaimana mereka mahu melaksanakan tujuan kepimpinan itu sendiri? ini memimpin negara... so kepimpinan negara mestilah menepati dengan ciri ciri yang telah digariskan oleh Islam dan bukannya mereka yang rosak akhlaknya seperti perasuah dan sebagainya.
|
kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 09.10.2003 Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia
|
Posting pada: 16-03-04 12:45
kalau proton mengatakan mereka berani berubah, mengapa tidak kita rakyat malaysia. berubahlah demi kebaikan.
|
salleh_y
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1068
Posting: 215
Dari: :: Tanah ++ ::
|
Posting pada: 16-03-04 12:57
mm..xkan la xleh kene tegur kan..nabi pon Allah tegur..ni kita hak low class kuasa 2 nak elak teguran..ingat x kisah surah abasa..haa..ada kan..|||aku yg bodoh ini ||| Harun Yahya----------------- Senaraikan Laman Web Islam Disini
|
raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 16-03-04 14:11
yup...Allah swt pernah tegur nabi saw inikan lagi nak tegur orang yang buat kecoh pada islam sepatutnya tak payah ditegur baik dikondemkan saja he...he... sebab diaorang tu klu ditegur sama ditegur pun sama jugak tak de erti...bagi mereka
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 16-03-04 14:16
Berani Berubah...heheh.Gen-2...... p/s:pilih mana yg membawa Islam dan boleh bangunkan negara......bukan yg asyik bercoloteh mengata org itu dan ini.....
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 16-03-04 14:39
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 16-03-04 17:45
emmmm....mintak2 la pas menang.. nanti boleh aib orang yang jahil...heehehehehhe
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 17-03-04 15:47
Aibkan org???? nampak sgt macam dah takde isu yg nak dtimbulkan.... rasanya Islam sendiri melarangkan mengaibkan org lain, contohnya mengumpat. Islam sendiri melarang kita mengumpat sama ada perkara buruk atau pun baik mengenai seseorg yg org itu sendiri tidak suka. apa lagi bila nak aibkan org. Saya sendiri tgh cari hadis atau ayat2 alQuran yg membenarkan kita aibkan org lain... klu perkara itu dah berlaku dan org itu sendiri tak mengulanginya kenapa plak kita nak mengungkit kembali? sedangkan zaman Rasullullah byk sahabat2 baginda belatar belakang yg buruk sebelum memeluk Islam. Dari satu aspek lagi yg harus kita pikirkan, apa plak tanggapan org bukan Islam terhadap Agama kita ini, adakah Islam suka mencaci, menjatuhkan maruah org lain??? sepatutnya kita buat perkara2 yg dapat menarik minat org terhadap Islam bukan menyebabkan org benci lagi.... pikirkan lah, apadia sifat2 mazmumah dan sebaliknya...... anda terpelajar....
|
Belalang_kampung
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian
|
Posting pada: 17-03-04 16:35
[ Posting ini telah di edit oleh: Belalang_kampung pada 2004-03-17 18:16 ]
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 17-03-04 16:59
SERANGAN PERIBADI..APA KOMEN ANDA (Score: 1) by Sweet17 on Tuesday, March 16 @ 23:57:05 MST (Info Pengguna | Send a Message) - I jumper artikel ni kat Harakahdailey.net. Apa komen U all? " Tak boleh serang peribadi; kenapa ulamak Umno sepi bila Anwar dimaki-hamun Wednesday, March 17 @ 06:59:28 MYT Oleh JIWARASA Buletin Utama TV3 malam tadi (16/3/04) menyiarkan ulasan dari pengerusi majlis fatwa, Dr Ismail Ibrahim dan beberapa tokoh agama lain mengenai komen Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membolehkan serangan peribadi kepada ahli politik. Maka riuhlah tokoh-tokoh agama penyokong Umno menyerang Presiden PAS itu dengan memetik ayat al-Qur'an untuk menafikan hujah Tuan Guru Hj Hadi. Komen Ustaz Hadi yang disiarkan tak sampai satu minit tapi tapi diulas lebih dari sepuluh minit. Kita boleh bersetuju dengan hujah mereka jika mereka konsisten dengan tindakan untuk tidak menyerang peribadi. Tapi yang peliknya, di manakah mereka ini bila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memaki-hamun, memfitnah Anwar Ibrahim. Anwar dituduh peliwat, ejen CIA, militan, penjual rahsia negara, perasuah, dimalukan satu dunia. Bukankah itu serangan peribadi yang sangat-sangat terkutuk? Di manakah anda, wahai ahli-ahli agama di masa itu? Berubahkah hukumnya kerana ianya dilakukan oleh boss anda semua? by this time, komen di atas maybe dah pun dipadam...----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
Belalang_kampung
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian
|
Posting pada: 17-03-04 18:13
.. Soheh tue MeowHidayah..jelas dan terang2!!!...depa pakat2 diam lak yerr..jaga 'maslahat' kot..ehehhe.. Ghibah untuk menyelamatkan drpd ditipu orang yang jahil..Insya Allah.. Sinaran BULAN menerangi malam yang gelap..moga tidak tersesat jalan..Insya Allah.. Allahukhbarrr..!!!! Islam Syumul dan Indah..Negara Maju Allah Redho.. [ Posting ini telah di edit oleh: Belalang_kampung pada 2004-03-18 15:05 ]
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 18-03-04 05:04
kalau tak silap sy pernah belajar dalam pend syariah islamiah. form 4@5. macam yang kak engku salina senaraikan tu. maknanya bolehlah. kalau perkara itu perlu diketahui oleh umum. takkan nak simpan durian yang buruk untuk dijual.
|
kamalhisyam
WARGA SETIA Menyertai: 10.06.2003 Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat
|
Posting pada: 18-03-04 11:03
hm... kita perlu tahu tingkah laku pemimpin... sebab kita yang hendak memilih pemimpin... so, kalau ternyata seseorang tu ada sikap tak baik dan boleh merosakkan sesebuah organisasi, ia perlu diberitahu supaya org bawahan dapat tahu perkara sebenar...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 18-03-04 11:51
Boleh, cuma jangan melampau
|
centric
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.03.2004 Ahli No: 7819
Posting: 335
|
Posting pada: 18-03-04 12:03
bagi saya kita tak boleh mengaibkan orang melainkan kalau org itu mengaibkan diri kita dahulu. kalau nak tegur pun jangan tegur mengenai peribadi org tu tapi kita kena tegur dasar yang dibawa oleh beliau.
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 18-03-04 12:15
Quote:
| On 2004-03-16 14:16, JoshuaIsfahan wrote: Berani Berubah...heheh.Gen-2...... p/s:pilih mana yg membawa Islam dan boleh bangunkan negara......bukan yg asyik bercoloteh mengata org itu dan ini.....
|
| mmm.. boleh tak saudara gariskan.. kemana islam dibawa oleh pemerintah hari ini? dan adakah saudara setuju bahawa pembangunan hari ini tdk selari dengan islam? p/s..saya menanti jawapan saudara.. ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 18-03-04 14:53
pemerintah sekarang nie nak bawa kita menghayati indahnya duniawi p/s deras arus dunia menghanyutkan yang terleka indah fatamorgana melalaikan menipu daya
|
zaidharisah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.03.2004 Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi
|
Posting pada: 18-03-04 15:49
ini semua berpunca daripada senario politik m'sia. spr gile buat undang2 ni coz dia tak mau pemimpin umno aib. mcm2lah dia buat. benda ni sebenarnya berpunca drpd kawasan arau yang melibatkan 2 tokoh yang berbeza ideologi. tanya org arau sendiri mcm mana perangai calon umno kat kawasan tu.
|
zaidharisah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.03.2004 Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi
|
Posting pada: 18-03-04 15:53
ini semua berpunca daripada senario politik m'sia. spr gile buat undang2 ni coz dia tak mau pemimpin umno aib. mcm2lah dia buat. benda ni sebenarnya berpunca drpd kawasan arau yang melibatkan 2 tokoh yang berbeza ideologi. tanya org arau sendiri mcm mana perangai calon umno kat kawasan tu.
|
waaz04
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang
|
Posting pada: 18-03-04 20:02
Quote:
| On 2004-03-18 12:03, centric wrote: bagi saya kita tak boleh mengaibkan orang melainkan kalau org itu mengaibkan diri kita dahulu. kalau nak tegur pun jangan tegur mengenai peribadi org tu tapi kita kena tegur dasar yang dibawa oleh beliau.
|
| saudara kalau saudara melihat dari kaedah itu betul..tetapi tu kalau yang nak diaibkan itu bukan pemimpin negara..kalau dia sekadar pemimpin persatuan biasa ke apa ke ...boleh lah diterima ..ini soal MEMILIH PEMIMPIN NEGARA! saudara kena faham ciri ciri untuk memilih pemimpin negara, diantaranya:- hujah saya yang pertama "apabila diamanahkan satu-satu urusan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah saat-saat kebinasaan"..riwayat bukhari hadis sahih tu...kepimpinan negara amat penting ..sebab tu nak kena pilih yang betul betul bagus..kalau dia berselindung disebalik kebaikan sementara dia..kita wajar menyatakan siapa dia sebenarnya..hari ini dia bagi derma RM 10.00 kepada anak yatim tapi nanti dia bantai rasuah 10 juta...ini kita tidak mahu! antara ciri ciri pemimpin.... berakal waras berilmu yang terkenal salih(beramal soleh) amanah dan mampu memikul amanah tanggungjawab yang besar kesimpulannya seseorang itu mesti memiliki sifat-sifat yang baik dan berkelayakan menjadikan dirinya sebagai pemimpin dan bukannya yang berselindung disebalik amalam baik yang sementara. seseorang epmimpin mesti dinyatakan keaibannya sebab nanti dia yang akan membimbing kita ..kalau dia sah teruk..dia nak pimpin bagaimana? aib itu bukannya sebab dia beristeri dua ke apa ke..tetapi PERLAKUAN YANG MELIBATKAN KESANNYA KEPADA RAKYAT SEPERTI RASUAH, SALAH GUNA KUASA DAN SEBAGAINYA. saudara berfikirlah sebaiknya supaya bukan perasuah menjadi pemimpin kita. kalau saudara lihat kes rogol ari tu..kes pengawal TNB tu..lepas kes tersebut berlaku baru nak siasat latarbelakang ...dah terlambat..so sebelum terlambat siasat dulu...dedahkan dulu kalau eprlakuan itu membawa kesannya kepada orangramai.
|
isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu
|
Posting pada: 18-03-04 21:07
pas merintoh teranu molek doh!! geram kat orang umno kg isa nih....duit main tabur gitu je.. bagi kat koncu2 dia...wei duit rakyat tu.... isa nak pangkah pas!!!!!!!!!!!! meh pakat pangkah pas!!!!!!!!!!
|
hanim
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka
|
Posting pada: 18-03-04 21:54
kite sokong kenyataan tuan guru hadi awang mengenai sikap pemimpin sebenar yang perlu kita ketahui...... jom pangkah pas..... ----------------- yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal+ iman+ adab bukan asal keturunanya.......
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 18-03-04 22:25
Aibkan org???? nampak sgt macam dah takde isu yg nak dtimbulkan.... rasanya Islam sendiri melarangkan mengaibkan org lain, contohnya mengumpat. Islam sendiri melarang kita mengumpat sama ada perkara buruk atau pun baik mengenai seseorg yg org itu sendiri tidak suka. apa lagi bila nak aibkan org. Saya sendiri tgh cari hadis atau ayat2 alQuran yg membenarkan kita aibkan org lain... klu perkara itu dah berlaku dan org itu sendiri tak mengulanginya kenapa plak kita nak mengungkit kembali? sedangkan zaman Rasullullah byk sahabat2 baginda belatar belakang yg buruk sebelum memeluk Islam. Dari satu aspek lagi yg harus kita pikirkan, apa plak tanggapan org bukan Islam terhadap Agama kita ini, adakah Islam suka mencaci, menjatuhkan maruah org lain??? sepatutnya kita buat perkara2 yg dapat menarik minat org terhadap Islam bukan menyebabkan org benci lagi.... pikirkan lah, apadia sifat2 mazmumah dan sebaliknya...... anda terpelajar.... assalamulaikum wbt... ana raseTUAN IDZHAM.ni kurang sikit bab ni...bukan mengata di situ dalam maksud mengumpat atau menghina ATAU MENGAIBKAN SESEORANG DENGAN SEWENANAG2NYA..di sana kita nak ckp keburukan org supaya kita semua dapat berhati2..tapi di sana jugak kita tak boleh nak serang pribadi org tanpa usul periksa...kalu dia dah bertaubat..buat ape nak bangkitkan lagi isu tu..tapi ape yang tuan guru nak perjelaskan ialah..kita nak bagitahu org ramai ttg keburukanpemimpin itu supaya kita tak lagi nak sokong dia...sebab ape..dengan dok sokong diialah ...tgk jenayaH..semakin hari semakin bertambah...baik mmg ade di sana ayat QUran menegah kita dok caci org...tapi di sana jugak ade ayat yang mana Allah SWT..menghina hambanya..antaranya...surah al-lahab..Allah swt menghina abu lahab di sebabkan dia ni dok ttg ajaran nabi SAW...dan banyak lagi..kalu nak ckp bab ni mmg panjang lebaq..jadi..cubalah pikir sendiri..manusia bukan semuanya baik...wassalam
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 18-03-04 22:57
KUALA TERENGGANU, 18 Mac (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terdapat satu bab di dalam kitab yang dikarang oleh ulama Islam yang mendedahkan kecacatan seseorang dari segi moral dan kebaikan secara terbuka dalam perkara tertentu. Katanya, yang pertama ialah untuk menjadi saksi di mahkamah di mana dia sendiri yang hendak mendedahkan jenayah dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang. “Seorang yang dizalimi, dia nak mengadu kepada pihak yang berkenaan, dia telah dizalimi, menceritakan keburukan orang, peribadi orang jahat, sebab ini dibolehkan oleh syarak,” ujarnya yang juga Menteri Besar Terengganu kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Pusat dagangan Mesra Rakyat di Cabang Tiga, dekat sini semalam. Beliau menyatakan demikian semasa diminta mengulas perbezaan pandangan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz berkenaan dengan membolehkan didedahkan keaiban calon lawan. Sehubungan itu, katanya orang yang diketahui mempunyai moral yang tidak baik hendaklah dihalang daripada menjadi pemimpin. Tambahnya, orang yang mempunyai perangai sedemikian tidak wajar dilantik sebagai pemimpin kerana itu adalah kecacatannya. Menurutnya, melantik seseorang menjadi pemimpin adalah lebih besar daripada saksi dalam Islam. “Apa yang berlaku orang barat mengambil perkara ini, cara dialah,” ujarnya. Beliau mengambil contoh di Amerika di mana calon Presiden seperti Bill Clinton, George W Bush dan John Kerry didedahkan keaiban moral termasuk pada masa zaman muda yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan wanita. “John Kerry sebagai contoh, peguam negara nak dilantik, jawatankuasa Senat mendedahkan dia ada skandal masa dia muda dulu. Kemudian, dia mempertahankan diri dia. Kalau nyata dia betul, maka orang pilih dia. Kalau rasa dia tak betul, dia tarik diri,” katanya. Ini, katanya walaupun masyarakat barat dianggap dia mempunyai moral tetapi mereka mahu pemimpin yang bermoral. Sehubungan itu, katanya bukan semua perkara dari barat adalah buruk belaka di mana perkara yang baik boleh diterima. “Di antaranya ialah perlu rakyat tahu dia ni pernah jadi penipu, pernah menipu, pernah bankrap. Betullah bankrap tak boleh jadi calon, bukan bankrap sahaja, dia pernah melakukan jenayah, termasuklah dalam Islam, dia seorang pembohong. Dia pernah membohong dulu. Itu boleh didedahkan, tak jadi salah. Nanti bila jadi wakil rakyat, pembohong dengan rakyat. “Sekarang ni undang-undang pilihan raya, tidak boleh menyentuh perasaan, kalau menyentuh perasaan, boleh diambil tindakan. Walaupun demikian, kami dah bangkang di Parlimen sebenarnya,” katanya. Katanya, apa yang berlaku itu menandakan pelaksanaan demokrasi yang diamalkan di negara ini sudah lemah. – NAR/ayu
|
Engku_Salina
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 19-03-04 13:22
Quote:
| Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Pusat dagangan Mesra Rakyat di Cabang Tiga |
| tu kg ana tu... wah!!! makin maju nampaknya kawasan kg ana... kena teruskan kepimpinan yg asal ni... hehehe... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
zaidharisah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.03.2004 Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi
|
Posting pada: 19-03-04 14:24
dlm hukum islam, nak cari saksi utk tentukan boleh dihukum atau tidak, memerlukan org yg berperibadi mulia, jgn selalu buat dosa kecik.. itupun diambik kira, so, kalau nak jadi pemimpin mestilah peribadi yg baik. cam mane kita nak tau peribadi org tu baik atau tidak kalau kita tak dedahkan segala kemungkaran yg dia buat.. sokong tok guru..
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 19-03-04 21:02
Fitnah terhadap Anwar ditaja, dedah keburukan calon BN ditegah Wednesday, March 17 @ 07:07:46 MYT Oleh IBRAHIM BABA Sepanjang tuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu seluruh negara dijaja malah di merata dunia. Fitnah ini dilakukan oleh Mahathir dengan sedar dan berniat jahat dan dibantu oleh beberapa konco-konconya. Mereka tidak henti-henti menaburnya dan disambut dengan ghairah oleh media-media utama negara. Persoalannya, di mana pergi para ulamak Umno yang sekarang galak membela pemimpin mereka dalam pilihanraya ini dalam isu fitnah-menfitnah juga. Dalam berita malam tadi, Ismail Ibrahim, Noh Gadut dan beberapa lagi memberi beberapa hujah betapa salahnya fitnah-menfitnah itu. Kenapa para ulamak ini takut hendak tegur Mahathir dan pimpinan Umno bahawa tudahan fitnah yang mereka lakukan terhadap Anwar itu adalah berdosa besar, dan diisebut secara jelas dalam al-Quran. Anwar dihina siang malam. Dihina secara langsung oleh PM Mahathir, sekali dengan aksi tangannya. Bukan setakat itu sahaja, malah dibuat pelbagai gambar dan VCD untuk diedar seluasnya bagi membenarkan tuduhan palsu mereka. Ditambah lagi, terdapat ramai sekutu-sekutu mereka baik dari pihak polis, pendakwa, saksi-saksi rekaan termasuk mereka yang akhirnya disiksa dan diugut untuk mengiyakan fitnah mereka. Namun Allah s.w.t. telahpun menyebut dengan jelas dalam ayat yang melarang manusia membuat tuduhan zina (liwat) terhadap seseorang tanpa bukti dengan hukuman sebat. Dan mereka yang membuat fitnah ini tidak boleh kita dengar lagi cakap mereka selama-lamanya (Allah menyebutkan perkataan abadan - selama-lamanya) selagi mereka tidak bertaubat dan memohon maaf dengan orang yang mereka fitnahkan. Maka bagi saya, mudah sahaja, semua orang yang sekongkol dengan Mahathir dan Umno bersungguh-sungguh membuat fitnah itu masih belum bertaubat dan memohon maaf dari Anwar. Maka sayugialah kita mematuhi ayat Allah bahawa mereka ini kita tak boleh percaya selama-lamanya. Sampai sekarang. Dan apa-apa janji mereka dalam pilihanraya ini lagi JANGAN percaya. Ini termasuk Pak Lah. Ini termasuk sesiapa lagi yang percaya dengan tuduhan fitnah rekaan Mahathir dan Umno dan menyebarkan cerita itu. JANGAN PERCAYA MEREKA ABADAN (selama-lamanya)
|
kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.08.2003 Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR
|
Posting pada: 22-03-04 12:35
ana sokong hj hadi..... sbb kita perlu kenal pemimpin kita...... bagaimana rasulullah buat terhadap para sahabat perlu diambil iktibar para sahabat didik oleh rasulullah br boleh memimpin..... maka berusahalah utk election akan datang pilihler pemimpin yg berwibawa..... bukan yg minum arak..yg main judi...yg main perempuan.....tak guna semua itu
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 24-03-04 13:09
|
raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 24-03-04 17:58
UMNO cepat gabra kalau calonnya kena aib tapi...bila dia aibkan Anuar sampai tahap bawa tilam kat mahkamah tak pernah pulak difikirnya. sy pernah tgk disc perdebatan kat parlimen antara umno dan pembangkang...tak siapa dpt jawab bila allahyarham Dato' Fadhil Noor bila cakap ...nak lawan ape UMNO dah jelas mereka salah tapi...sayang tak ada siaran langsung pulak waktu Umno dimalukan oleh pihak pembangkang..
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 25-03-04 11:07
heheheheh..... kita tengok macam rafidah aziz...baru je bawak isu rasuah dier kat mahkamah..dah melenting....nape..takut ke....dah buat salah takut pulak...
|
raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 26-03-04 09:50
biasalah tu muslimin...rafidah tu lagi banyak makan suap beruntunglah menantu-menantu dia tu...kaya raya sebab mak mertua. beruntung kat dunia aje..rasuah tu jadi darah daging. seram aje bila dengar pasal rasuah tapi pemimpin sekarang rasa itu dah jadi satu tabiat yang tak boleh dibuang p/s pilih pemimpin yang tak makan disuap...duit rakyat tu..
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 26-03-04 19:15
|