Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 236
Ahli: 0
Jumlah: 236




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Murtad kerana cinta...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Murtad kerana cinta...

Please Mendaftar To Post


Oleh Murtad kerana cinta...

persinggahan_terakhir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1584
Posting: 89
Dari: selangor

Johor  


posticon Posting pada: 06-03-04 14:18


kembalikan anakku Nur Amana


Senja menyerakkan warna di u***** barat ketika aku keluar daripada
perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh
dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari
ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan. "Sabarlah,
Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkan oleh suamiku sebelum aku
melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar kerana
sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang terindah.
Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. yang terus
sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah, keimanan terus
dipertahankan.


Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir
tanpa henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi
fanaini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurau
Nur Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami
tercinta. Semuanya telah tiada.


Sekelilingku pemuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkan saban hari
dihidangkan kisah-kisah melukakan.Suamiku pula kini dipenjara. Lengkaplah
penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat yang saban
hari ditiupkan dalam rohku.


Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meniggalkan
hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah
Ad-Dhuha.


"Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi,
sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci
hamba-Nya.Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akan
melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?. Dulu kau
dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu
dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan".


Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan
gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang,
memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah.
Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadan
tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi
ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu...


Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita
yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. "Emm... positif! Memang
Puan mengandung...," dia tersenyum memandangku. "Iyakah?," Aku seperti
tidak percaya. Dia mengangguk. "Tahniah! Inai masih merah lagi... memang
mahu anak awal?", tanyanya. Aku angguk. "Tentu husband Puan
gembira,sampaikan ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku
meninggalkannya.


Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan.
"Macammana?," Tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau Abang
nak... adalah!".


Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira.
Tuhan,syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti
sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia
menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang
diingatkan padaku.


Aku teringat isteri Imran sewaktu mengandungkan Siti Maryam, wanita
suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan melahirkan anak tanpa bapa.
Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya menjadi hamba yang
soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan seorang puteri,
dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada syaitan
yang terkutuk.


Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh
memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-hari
kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku
pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan
harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran.
Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam
pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca
Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya
bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimahtayyibah yang diajarkan.


Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan
mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku.
Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di
kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku.
Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya.
Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman
setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang
terunggul.


Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir
Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas
kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu
sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku
tidak banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima
dengan reda.


Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang
menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.
Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang
lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. Dan
syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri seorang bidadari
dari syurga.


Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada
suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cermelang
dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin
dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis
segala unsur jahat.


Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar
biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.
Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah
hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau
orang.


Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan air
mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat juga bila
sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak
terhingga.


Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan
membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak
inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir
nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan
yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup
dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus
kepada kebaikan.


Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,
Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya
memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir
tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana
mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan
keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti.
Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum
mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada
rezeki untuk hamba Alah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku.
Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai
sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di
Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur
Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.


Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari
berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana
mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung
diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak
makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak
berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.


Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana
telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada
Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana
tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan
suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa
khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?. Apa sebenarnya yang dilakukan
oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar?. Persoalan demi
persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.
Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang
pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan.
Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak
bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat
solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan
meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang,
sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat
bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang
menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan
olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat.
Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi, mengapa hari ini
begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan
menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.


Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang
berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya
hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi,
tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan
bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis.
Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering
mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku.


Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma
fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana,
anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi.
Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur
Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama
Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan
akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku
tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana
(out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah
biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang
entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang
terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak.
Aku menghampirinya.


Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu
adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan
terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera
menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu
menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu
dia jadi begitu? Subhanallah!


Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu
biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi
pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus
berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam... pemuda
Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama
itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan
suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis.
Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.


Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa
bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa
"cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan
bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.


Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari
rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah
pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar
terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita
Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan
kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana
dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan
akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke
perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana.
Alangkah!


Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda
berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan
mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata
lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib
dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di
dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa.
Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.
Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!


Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan
kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih
daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega.


Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan
dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur
Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia
terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan
suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam
menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir
perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat
air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya.
"Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang
undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan
suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan
mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya.
Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang
yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan
kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil!
Sekular! Undang-undang penjajah!'.


Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku
meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan
kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari. Ketika
melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda
yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,
teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur
Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu
Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya.


Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka
kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan
sentimen perkauman juga keagamaan.


Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku
belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung
mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat Isyak
kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur
lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh
di sudut hati. Aku terus berharap... pulanglah anakku, Nur Amana!.


Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh
undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak
dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila
perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu bila
anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes
yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kita yangmengaku dirinya
ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????
permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita....sedarlah.....

Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI
BUMI.......MALAYSIA khasnya....


Bookmark and Share

    


  Member Information For persinggahan_terakhirProfil   Hantar PM kepada persinggahan_terakhir   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 06-03-04 14:42





" Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh UNDANG-UNDANG SEKULAR. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kita yangmengaku dirinya ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????
permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita....sedarlah.....

Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......MALAYSIA khasnya...

**mainkan perananmu wahai saudara seislamku**



Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 12-03-04 02:00


bersama memohon keampunan dan kemantapan IMAN dari ALLAH RABBUL ALAMIN..

ISLAM TEGAK DALAM HATI YANG BERPASAK KUAT PADA CINTA TUHAN YANG ESA

-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 12-03-04 04:34


Cinta yang sebenar-benarnya ialah cinta kerana ALLAH.....

Cinta yang sebenar-benarnya ialah cinta yang mampu mendekatkan diri kita,hati kita,jiwa kita menjadi lebih dekat kepada ALLAH...
bukannya menjauhkan kita dari ALLAH !!!


TAKBIR............ALLAHUAKHBAR !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-04-04 14:29


.................

Tak tahu lagi aper nak di kata....................entah bagaimana lagi hendak disedarkan semua mentaliti umat islam di negara ini,tentang gejala murtad disana-sini.........Bimbang,kesal,sedih dan pilu silih berganti dijiwa............bila dengar cerita murtad ini..........

Tak ader pelaksanaan membenteraskannya,malah ianya dipandang ringan oleh setengah pihak,sikap"ada mata pandang" dan"ada mulut diam"pihak tertentu yang boeh menjaga imej dan hubungan baik dengan pihak luar,yang nyatanya pihak kristian amat membakar perasaan..........sanggupkah kita menyaksikan remaja kita mmenjadi murtad..................apatah lagi ibubapa............tentu tidakkan............oleh itu wahai remaja..............kkenang ler jasa ayah ibu yang membesarkan kita hingga menjadi anak yang cemerlang..........jangan asyik fikir dan pentingkan diri sendiri jer..............geram

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104696 saat. Lajunya....