Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 266
Ahli: 0
Jumlah: 266




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: wanita acuan AL-QURAN.......


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» wanita acuan AL-QURAN.......

Please Mendaftar To Post


Oleh wanita acuan AL-QURAN.......

Uzma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7670
Posting: 33
Dari: KL

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-03-04 22:49


....

uzma baca artikel tentang lelaki acuan AL-QURAN.....jadi Uzma teringin sangat nak tahu bagaimana pulak wanita acuan AL-QURAN..????..boleh tak Uzma nak mintak tolong saper yang tahu...boleh lah uzma jadikan rujukan untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih bermakna...Uzma nak jugak title wanita solehah...heheheheheh

wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For UzmaProfil   Hantar PM kepada Uzma   Pergi ke Uzma's Website   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-03-04 13:58



yelah uzma,ana pun nak juga tahu tentang wanita acuan Al-Quran .......
ada sesiapa yg tahu tntg info berkenaan .........bagitahulah kami sama ye......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 16:08


wanita acuan al-Quran?? hmm.. bacalah al-Quran.. semua ada kat situ : )

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

Uzma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7670
Posting: 33
Dari: KL

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 17:11





MENYELAMI JIWA WANITA
ASSALAMUALAIKUM….khaifahaluka

Seandainya makluk Adam di muka bumi ini merupakan suatu makluk yang sukar dicarikan jawapannya, maka makhluk Hawa adalah makluk yang lebih komplik dan sulit. Semakin jauh difikiran semakin payah dijawab. Malah ilmu psikologi yang sudah begitu maju dan telah begitu maju dan telah berjaya menyelami jiwa manusia pun mengakui kelemahannya untuk mengenal dan memahami jiwa kaum Hawa.

Di dalam rencana ini kita cuba mendedahkan beberapa sikap kaum wanita yang merupakan sebagai titik-titik perbezaan di antaranya dengan kaum lelaki.
Pada pendapat saya wanita akan berasa marah seandainya tidak diperolehi kerelaannya lebih dahulu, sebaliknya pula dia akan berasa rela seandai kemarahannya tidak ditimbulkan.
Perangai wanita lebih teryata di dalam banyak perkara-perkara lain umpamanya dia lebih gemar mengejar hiburan seperti menonton wayang, sandiwara, menghadiri pesta-pesta dan sebagainya. Tujuannya menggemari perkara-perkara ini adalah untuk melenyapkan rasa bosan dan jemu. Malah wanita adalah lebih membenci hidup kesorangan daripada lelaki. Sebab itulah kebanyakan wanita lebih suka berjalan ke sana ke sini.
Wanita juga gemar menukar fesyen, dan fesyan ini bolehlah dikata berubah setiap tahun sama ada pakaian, gaya rambut, kasut dan sebagainya. Kegemaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita mahu memaksa lelaki supaya memujuk dan memanjakannya, dan mencipta terus-menerus sesuatu yang baru baginya agar dengan demikian rasa jemu akan hilang dari dalam hidupnya. Di samping itu pula wanita dianggap sebagai ketua yang kejam sama ada di rumah atau di sekolah atau di pejabat. Kekejaman ini adalah semata-mata didorong oleh keinginannya untuk menghilagkan rasa bosan dan jemu juga, tetapi perlu disebutkan biasanya wanita akan menunjukkan sikap yang lebih kejam ke atas wanita lain daripada ke atas kaum lelaki. Ini ialah kerana di dalam lubuk hatinya masih tetap tersimpan sesuatu perasaan bahawa kaum lelaki itulah yang sebenarnya dapat melenyapkan rasa kebosanannya dan kejemuannya.
Sebab itulah wanita dikatakan sentiasa memikir untuk memenangi hati lelaki dan setengah-setengahnya sampai berusaha sedaya -upaya untuk mempesona dan memerangkap lelaki agar mengahwininya. Tetapi disebalik itu pula rasa cinta kepada rumahtangga, kepada kehidupan yang tetap dan stabil dan cinta kepada anak-anak adalah lebih meresap di dalam hati lelaki daripada kaum wanita. Untuk memikat kaum lelaki, wanita tidak teragak-agak menggunakan daya penariknya kerana dia sedar bahawa kaum lelaki mempunyai suatu titik kelemahan iaitu mudah terpesona dengan kecantikan wanita. Ini yang menyebabkan sesetengah wanita akan melakukan apa saja untuk menarik minat lelaki tersebut.
Tetapi apakah yang menyebabkan wanita merasa jemu, bosan dan marah?
Pada pendapat saya, sebabnya ialah kerana wanita ini merupakan makhluk yang introvert, sentiasa memikirkan tentang dirinya sahaja dan sangat kurang memikirkan perkara-perkara di luar dirinya.
Sesetengah wanita pula sejak kecil lagi sudah tertanam dalam fikirannya bahawa kaum wanita mesti mempunyai kebebasan diri yang penuh dan mesti bekerja mencari makan agar tidak terkongkong di bawah kekuasaan lelaki, kerana dia menganggap kaum lelaki ialah makhluk yang penipu dan amat bahaya. Oleh itu wanita mesti berusaha mendapatkan kebebasannya dengan apa cara sekali pun. Dia akan menyeru kaum sejenisnya supaya memberontak di atas kekuasaan lelaki yang dianggapnya palsu. Walau pun perbuatan ini akan menyebabkannya membayar harga yang mahal sekali dan boleh dinafikannya dari memperolehi kebahagiaan di dalam hidup. Bagi wanita pemberontakkan terhadap lelaki itu ialah suatu tugas yang amat murni.
Kemudian di sana terdapat pula wanita-wanita yang berasa malu dengan sifat 'lemah' yang sering di katakan kepada mereka, dan lantas cuba meniru tingkah laku lelaki dan berlagak sebagai mempunyai kekuatan jasmani yang sama. Inilah sebabnya tidak jarang kelihatan wanita-wanita yang memakai seluar panjang lelaki, memakai kasut lelaki dan enggan menerima sebarang pertolongan tulang urat dari hak lelaki walau pun keengganan ini bertentangan dengan adat sopan pergaulan. Wanita- wanita ini yang tetap jelas kelihatan unsur kewanitaannya akan cuba berlagak seperti kaum lelaki sewaktu berkomunikasi dan bersosial. Disamping itu mereka akan terus menasihatkan kaum sejenisnya supaya melayani kaum lelaki dengan cara kasar dan jangan menunjukkan kelemahan yang ada pada mereka. Wanita-wanita jenis ini tidak banyak berbakti kepada dunia dan masyarakat dan malah kebanyakkannya menjadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab.
Wanita tidak boleh menolak kelemahannya sama sekali. Untuk menjadi lelaki memang mustahil, lebih-lebih lagi tuhan ytelah membahagikan makhluk manusia kepada jenis lelaki dan jenis wanita dan setiap jenis itu mempunyai tempat, tugas dan aliran tertentu di tengan-tengah kehidupan dan masyarakat. Tugas wanita adalah selaras dengan naluri dan bentuk kejadiannya. Lapangan yang paling sesuai baginya ialah menjadi suri rumahtangga dan ibu, mengatur dan menyusun hal ehwal di dalam rumah, melahirkan anak-anak dan mengadakan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kerehatan dan ketenangan pihak lelaki. Wanita mesti pandai memainkan peranan kekeluargaan agar tecapai matlamatnya yang pertam dari kewujudannya di muka bumi ini iaitu menyebarkan kebahagian muhibah dan perdamaian sesama manusia.
Dari sejak mula lagi wanita sering memikirkan tentang kecantikkan dan keburukkannya, sering melihat cermin untuk menyakinkan kejelitaannya, sentiasa menyisir rambut dan berhias, sentiasa ingin tahu hari depannya, serinng menyebut-nyebut tentang perkahwinan, sering berangan-angan tentang bakal lelaki, sering mengawasi setiap langkah suami, bahan bacaan yang paling di gemarinya ialah yang dapat menghidupkan emosinya yang mengcerminkan keadaannya dan keadaan-keadaan wanita sepertinya. Sementara bahan-bahan yang tidak ada hubungan dengannya atau pengertian-pengertian yang abstrak semuanya ini jarang mendapat tempat di kalangan kaum wanita.
Selain daripada itu wanita juga gemar membaca fiksyen yang mencerminkan sifat-sifat yang mulia dan nilai-nilai yang ideal terutama kalau di dalam cerita itu terdapat tanda-tanda kerjasama dan perkhidmatan-perkhidmatan sosial walaupun cerita- cerita tersebut pada keseluruhannya tidak mempunyai nilai sastera. Tetapi anda menyalah sangkakan bahawa kegemaran ini menunjukkan bahawa wanita itu mempunyai moral dan akhlak yang lebih suci dari lelaki, kerana pakar-pakar psikologi dan pendidikan telah membuktikan bahawa lelaki dan wanita sama saja tarafnya di lapangan penipuan, pendustaan dan pencurian.
Wanita-wanita moden mudah terpengaruh dengan tamadunan barat secara melulu dan telah menyalah fahamkan tentang pengertian persamaan taraf sehingga menyebabkan mereka meminta supaya mereka di beri hak-hak yang sama seperti yang diperolehi oleh kaum lelaki. Walau pun menyentuh maruah dan nama baik mereka. Andainya ditanya mengapa mereka begitu ambisus di dalam hal ini, mereka menjawab tidak ada sebarang jurang yang memisahkan diantara kaum lelaki dan kaum wanita. Tetapi mereka perlu ingat bahawa bentuk kejadian wanita tidak mengizinkannya berlagak sebagai lelaki dan mengikatnya dengan unsur-unsur yang tidak dapat di ketepikannya sama sekali. Pembebasan wanita di bidang akhlak dan moral pasti menyebabkannya kehilangan naungan sosial terhadap dirinya. Sesuatu keluarga tidak mungkin wujud di tengah-tengah keruntuhan akhlak pihak yang bertanggungjawab terhadapnya. Mengapakah wanita mesti menjadi alat peruntuh yang durjana sedangkan dia di harap menjadi lambang kemuliaan budi perkerti dan tingkah laku yang mesti dicontohi?
Semoga dapatlah kita sama2 memahami dan mengenali jiwa wanita…sesungguhnya wanita itu adalah unsur yang lemah yang dibuat dari tulang yang bengkok…jadi berhati-hatilah meluruskannya………






Bookmark and Share

    


  Member Information For UzmaProfil   Hantar PM kepada Uzma   Pergi ke Uzma's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088717 saat. Lajunya....