Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 147
Ahli: 0
Jumlah: 147




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Cinta Kita CInta Perjuangan


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Cinta Kita CInta Perjuangan

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta Kita CInta Perjuangan

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 11:28


Hasil karya: ahmadfadhli oleh : ahmadfadhli, 1 Oktober 2002) “Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”“Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.“Ana tahu enti menangis..” “Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak. “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..” “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…” “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?” “Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..” “Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. “Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. ..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

*** “Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak. “Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini. “Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!” “Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?” “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.” “Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

***“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah. “Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki. “Jawab soalan aku dulu..” “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya. “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua. “Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!” “Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya. “Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “ “Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.” “Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. ‘Lagi.. negatifnya?” “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.” “Apa dia..? Negatifkah.” “Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.” “Gerakan militankah?” “Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!” “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?” “Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!” “Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”

***Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku? “Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?” “Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?” “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal. “Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu. “Ustaz tidak main-mainkan ana?” “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

***Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. “Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung, “Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’ Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. “Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, “Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!” Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita! - TAMAT –

Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tida taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurgaNya...inikah cinta kita?...tepuk selera tanya iman di dada..

*ni karya seorang sahabat..ambillah moral drp karya ini...



-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

[ Posting ini telah di edit oleh: ismi_safiza pada 2004-02-23 16:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 21-02-04 11:53


hmmm....
terpegun seketika membaca cerpen ini....
bagus....

ALLAHUAKHBAR !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 21-02-04 12:03


sesuatu yang tersirat..masih ku cari kan yang tersuratnya.,......



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 14:21




sungguh bermakna cerpen ni...
takbir... ALLAHU AKBAR...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 14:24




mamapukah kita untuk meraih cinta insan yg menyintai perjuangan demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini...
subhanallah...


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

SitiSabarini
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.12.2003
Ahli No: 5664
Posting: 69
Dari: kuala krai, kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 15:09


Subhanallah.... beruntunglah kedua-dua belah tapak tangan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SitiSabariniProfil   Hantar PM kepada SitiSabarini   Pergi ke SitiSabarini's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 22:39


siti,
moga menjadi seperti mujahidah gemilang itu...
moga kita semua syahid dalam perjuangan agamanya..bukan pada sesuatu yg hanya sia-sia..


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 274
Posting: 400
Dari: bumi Allah-mciium

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-04 01:12




"Cinta kita Cinta Perjuangan "..hasil karya yg tersirat makna yg mendalam..
macam pernah kukenali penulis karyanya..wallahu'alam..

mg kita sama-sama ambil manfaat dr cerpen ini..insyaAllah.

ilalliqa'

Bookmark and Share

    


  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 22-02-04 01:37


ntah mengapa suka sangat dengan artikel ni....
suka sangat...
baca berulang ulang kali pun tak jemu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-04 02:31



cinta kita cinta perjuangan....
maksudnya tersiratm, tp penuh makna.....
cinta dalam menuju kecintaan kepada Allah Taala....
best cerita nih....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IrSyA_IsYqIProfil   Hantar PM kepada IrSyA_IsYqI   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-02-04 11:03




Semoga Allah merahmatimu...
wahai pejuang cinta Ilahi...

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 22-02-04 13:06



ana tak paham langsung cerita nie... maklumlah BEBAL skit....... InsyaAllah ana akan print pastu bawak balik umah dan baca doblas kali.......
kalau tak paham ana akan suruh ukhti nur_malam cepuk kepala ana
disebabkan majoriti ckp best cerita ini.. ana pun nak ucapkan best jugaklah.......
Wassalam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 22-02-04 13:37


huish....pLatipus......

cepuk kepala....bahaya tu...tak der nyer saya nak cepuk kepala orang.....

lainorang lain jenis cerpen yang dia suka.
mungkin sebab cerita ni ada persamaaan sikit,sikit jer lah dengan hidup saya, jadi rasa macam suka sangat nak baca.

harap lepas ni pLatipus dapat memahami jalan cerita, sampai print out ek..bagus bagus....

apa apa pun...salam maal hijrah 1425 buat sahabat sahabat sekalian.
semoga cerpen yang disumbangkan mampu mengingatkan dan menyedarkan kita selalu , bahawasanya kita hanyalah hamba ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-02-04 15:41




ish..ish.. ade ke platipus ni... susah sgt ke nak paham dik?? takpe, blk umah paham kan ek..

akak pon suke tema cerpen ni... dan sampai skang ni masih terpk2, mampu ke ek akak nak capai cinta pada perjuangan menegakkan agama tercinta sampai mcm tu skali???

moga2 kita sama2 dapat amik iktibar... insyaAllah...

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 274
Posting: 400
Dari: bumi Allah-mciium

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-04 17:25




wah..ukhti nur_malam99 memang suka benar dgn kisah ni..
sama juga mcm ana..kisah ni terkandung erti yg mendalam..
kak kaei pun setuju jugak kan

alahai..akh kita sorang ni tak faham pula kisah ni..baca 2,3 kali insyaAllah..akh akan faham jalan ceritanya..
selamat membaca kali kedua dan seterusnya

ukhti ismi,ade lg cerpen karya penulis ni? atau penulis yg lain? menarik kisah mcm ni..andai ada,kongsilah bersama kami disini..
ana sebenarnya suka baca cerpen dan novel..harap dpt kongsi bersama nanti.

ilalliqa'

Bookmark and Share

    


  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-04 13:23




alhamdulillah, feedback yg diberikan amat menggalakkan..

la, tak paham ker? tapi, yang sebenarnya ana pun tak paham ape makna nick akh..tapi, ana tak rungut pun..yg penting kita ada kesungguhan utk mencari moral drp apa yg disampaikan...akh platipus...semoga akh dapat mencarinya..akh kan org sastera..ni cabaran drp ismi_safiza...kalau dah tahu, sebar2kanlah..

ana postingkan cerpen ni bukan utk suka2 tapi ana mintak carilah andai ada moral ataupun benda2 yg baik utk kita hayati bersama..

alfaqierah, insyaAllah nanti ana cari kat arkib citer2 yang paling tidak dapat membangkitkan semangat juang kita semua..berjuang demi cinta yang satu...

nur_malam99, akak hargai kesungguhan enti baca cerpen nie, tapi ingat jgn sekadar baca je.. adamesej yg ingin disampaikan...

nur_indah,em, ana pun terfikir2 jugak..tapi..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..di mana ada lampu jalan di situ ada signboard moga kita tidak tersasar pedoman..,insyaAllah



-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-02-04 09:05


mana dia akh platipus tgh tunggu mana dia punye janji.dah print lom?dah bace lom?

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-02-04 16:07




ismi_safiza...syukran jazilan atas cerpen yg enti post ni..ana pun suke bace.
Jika difikir-fikirkan memang sukar utk mengikut jejak langkah mujahidah sejati seperti yang digambarkan dalam cerpen ni. Beruntunglah bagi mereka yang meletakkan cinta kepada Allah itu yang utama...Sesungguhnya janji Allah itu pasti...jika tiada di dunia, insyaalla di akhirat sana pasti bertemu jua..


Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-02-04 21:22




sebenarnya ismi sedang mencari penulis cerpen nie..rasanya macam kenal jer akh ahmadfadli, cuma takut tersalah org...
pada sesiapa yang kenal tolonglah cakap yer...


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 274
Posting: 400
Dari: bumi Allah-mciium

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-02-04 00:10




andai benar penulis cerpen ni akh ahmadfadli dr Kelantan..ana kenal..takde la kenal sgt..pernah la tgk dan mendgr kalam drnya..akh fadli ni ana jumpa masa ana nerkursus bhs arab di Markaz Lughah di Nilam Puri 2 tahun lalu..akh ni merupakan pimpinan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Yahaya Petra (KIAS) di Nilam Puri..sekarang ni kalau tak silap ana,akh fadli dah ke bumi Mesir utk sambung pengajiannya disana..

Sedikit yg boleh ana kongsi bersama,ana juga pernah terbaca beberapa coretan puisi dr beliau..ada dlm simpanan ana,tp..ana cuba cari..tak jumpa..andai jumpa,ana akan kongsikan disini..insyaAllah..

'ala kulli hal..sama-sama kita petik manfaat dr apa yg cuba beliau sampaikan dalam usahanya menyampaikan dakwah..

ilalliqa'

Bookmark and Share

    


  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

mArDLaN
Warga Rasmi
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7553
Posting: 11
Dari: mIn aRdHiLLaHitA'aLa

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-02-04 14:47


oh Tuhan ku mendamba
Cinta dan rahmat dari Mu
ku pohon cinta insan yg menyintaiMu
bimbinglah daku menyelami erti cinta suci
moga dapat ku kecapi kasih yg sejati...

-----------------
Yesterday was a history
Tomorrow is a mystery
Today is a gift

:: iF ur not sum1 2 da world,
u might b da world 2 sum1 ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For mArDLaNProfil   Hantar PM kepada mArDLaN   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 17:39


mardlan...

insyaAllah dapat ler tu
syahid ku buru,
jihad ku rindu..

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 00:25




sesuatu yg menarik untuk kita semua mendapatkan perjuangan sejati.
ini adalah salah satu titik perjuangan dan pengorbanan besar..

Sian kat Akh......
Takbir!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 04-02-07 15:43


subhanallah..beznyer cerita ni..
harap kita semua di bawah redha ilahi..insyaallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-02-07 22:57


Allahu Akhbar...
muslimah sejati...
srikandi akhir zaman...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

indah_hati84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 76
Posting: 136
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-09-07 00:17


cinta mujahid dan mujahidah solehah....Allahuakbar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For indah_hati84Profil   Hantar PM kepada indah_hati84   Pergi ke indah_hati84's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-09-07 12:23


Salam...
Akhirnya telah menitiskan air mata yang telah lama tertahan di kolam mata ini...
Kagum benar dengan keberanian wanita itu...
jadi, cintailah jihad fisabilillah.


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 11-09-07 14:34


Assalamualaikum...
Mampukah kita...wahai saudara2ku.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-09-07 15:46


ini satu lagi kisah Cinta Kita Cinta Perjuangan berpisah didunia bertaut diakhirat yang real punya tak ada reka-reka.ana sisipkan sekali dengan gambar lagi.kisah mantan presiden chechnya,as-syahid syeikh abdul halim sadulayez.kisah nya bermula di bumi mujahidin yakni checnya.as-syahid adalah presiden ke-4 bagi republik islam chechnya yang menggantikan as-syahid maskadov.beliau adalah presiden termuda dengan umur dalam 37-38 semasa itu.ketika mana dilantik menjadi presiden beliau menerimanya dengan rendah diri sekali.beliau adalah pemimpin yang amat disegani oleh para pejuang dan presiden pertama yang membuka medan tempur keluar dr chechya.ketika memegang pemerintahan ,beliau cuma sekali keluar dr bumi chechnya itupun atas urusan haji dan selepas itu sibuk dengan perjuangan.ketika bersama-sama dengan para pejuang,isteri beliau telah ditangkap pada tahun 2003 oleh agen rahsia russia(fsb) dan telah diseksa dengan teruk sekali bagi mendapatkan maklumat tentang suami kesayangan.namun begitu,isteri beliau yang telah ditarbiyah dengan tarbiyah perjuangan tetap tidak membocorkan rahsia walaupun akhirnya beliau gugur sebagai syuaha akibat terlalu teruk seksaan yang dikenakan..ketika mana berita kematian isteri tercinta sampai kepada beliau,beliau menerimanya dengan tenang selayaknya bagi seorang pemimpin dan seorang pejuang..kata-kata beliau kepada pejuang yang menyampaikan berita itu kepada beliau memetik "aku menyayangi isteriku tetapi seluruh umat ISLAM chechnya adalah tanggungjawabku"...betapa hebatnya cinta seorang pejuang.beliau cuma sempat memimpin selama 2 tahun saja sebelum gugur syahid.menceritakan saat2 terakhir beliau...selaku pemimpin pejuang,beliau amat dikehendaki oleh pihak russia dan demi keselamatan beliau sering berpindah randah dengan hanya diiringi oleh 2 org pejuang sahaja.takdir ALLAH mendahului beliau dan mengkehendaki beliau gugur sebagai syuhada.pada 17/6/06 beliau telah dikesan dan dikepung di daerah argun.maka berlakulah pertempuran dasyat diantara 3 org pejuang dengan 350 org tentera elit russia.pertempuran berlanjutan sehingga beberapa jam dan akhirnya ketiga-tiga mujahidin itu gugur sebagai syuhada.ketika mana mayat as-syahid dibelek2 maka ternampaklah akan kekuasaan ALLAH yakni aliran darah membentuk kalimah 'ALLAH'.gambar itu sempat dirakam oleh seorang munafik yang ikut serta dengan askar russia...begitulah kisah CINTA KITA CINTA PERJUANGAN
/
/


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.166352 saat. Lajunya....