Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 251
Ahli: 0
Jumlah: 251




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Farha Afifah


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Farha Afifah

Please Mendaftar To Post


Oleh Farha Afifah

BaYsiRnA_LeYHaiEr
Warga Rasmi
Menyertai: 30.01.2004
Ahli No: 6898
Posting: 3
Dari: MuDd CiTy

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-01-04 16:27


Hari itu hari minggu.Kuantan Parade yang tak pernah sunyi tambah hingar dan sesak.Anak-anak muda yang berpakaian ranggi ke hulu ke hilir berlegar dalam kompleks tanpa tujuan.Hanya menghabiskan masa dengan berjalan.Di sudut pentas pusat membeli belah itu tertera susunan gabus berbentuk huruf yang memaparkan,'Konsert Amal-Artis jemputan:Exist'.
Danial melangkah masuk ke dalam MBS Book Store.Hari itu hari pertama baginya di Kuantan Parade.Pukul 3 tadi segalanya telah tamat.Orientasi bagi pelajar-pelajar baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mana kampusnya terletak di Kuantan akhirnya selesai.Cuma 63 orang sahaja yang mendaftar untuk tahun itu setelah menamatkan matrikulasi Kuliyyah of Medicine and Pharmacy(MERCY) di Pusat Matrikulasi UIA PJ.Dan dari jumlah itu cuma 26 sahaja pelajar lelaki manakala selebihnya kaum Hawa.Jumlah itu semakin kecil apabila dibahagikan pula mengikut kursus masing-masing.
Dalam kuliyah perubatan cuma 13 orang pelajar lelaki termasuk Danial.Selebihnya dalam kuliyyah farmasi.Jumlah yang kecil itu sebenarnya memudahkan mereka berkenal-kenalan dan berinteraksi.Lebih cepat menghafal nama dan mudah mesra.Kerna itulah perkenalan singkat yang berlangsung selama tiga hari itu membawa Danial,Hazmin dan Faizul ke Kuantan Parade persis kenalan lama.
"Ada apa lagi yang nak beli Dann?"
Faizul yang bersifat peramah menegur Danial.Wajahnya yang ceria,berambut panjang tak terurus dan berpakaian ringkas tidak melambangkan bahawa ia masih belajar.Sekali pandang orang akan menyangka dia cuma anak-anak muda nakal yang hanyut dalam dunia muda.
"Tak ada apa dah kot.'Blank paper' dah beli awal-awal lagi.Jom gi makan nak?"
Danial menyambut pertanyaan Faizul.
"Kita gi The Store jap la Dann,beli barang makan sket."
"A`ah,ek?Aku pun nak beli biskut buat stok...Jomla.The Store ikut mana?"
"Ikut suka...muahahaha!"
Danial dan HJazmin tergelak.Faizul memang suka merepek.
Mereka melangkah ke tangga di hadapan MBS Book Store itu.Turun ke bawah sambil berbual.Dan tentunya Faizul yang paling banyak mulut.

"...Nak mintak masa sikit boleh tak?"
Dua orang gadis bertudung labuh menjinjing beg galas berisi kertas yang entah apa-apa itu tersenyum.Seorang bertudung merah jambu dan seorang lagi bertudung ungu.
"Masa mana bleh mintak-mintak.Nak masa beli la jam.Hehehe..."
Faizul yang mudah mesra menjawab.Dan jawapan yang diberi tentunya bukan seperti yang dipinta.
Gadis berdua itu tersenyum.Yang bertudung merah jambu itu memulakan bicara.
"Macam ni.Saya Farha dan kawan saya Laili.Kami student kat Kolej Islam Pahang.Kolej kami nak buat konsert In-Team.Macam konsert amal la.Then kami nak jual tiket konsert tu kat public.So harga tiket cuma RM10 sahaja.Macamana?"
Farha masih tak lekang tersenyum.
"Erm...Kolej Islam Pahang tu kat mana cik kak?"
Faizul menyoal.Matanya terpaku pada Farha.Tidak dinafikan dia seorang gadis yang mampu memikat dengan keayuannya.Bermata jernih dan bundar.Bibir mekar merah.Berkulit putih bersih.
"Awak bukan orang Kuantan ke?Student?"
Laili yang diam memerhati sedari tadi bersuara.Tudung labuhnya itu dibetulkan sedikit.Anak rambut yang sedikit terjulur disisipkannya kembali.
"Ye,kami student..."
Danial membuka mulut mengiyakan soalan Laili.
"Oh...padanla.Student kat mana?"
"Kat Univers...eh!"
Serentak itu Faizul menarik Danial.
"Kami budak Kolej Komuniti."
Faizul memintas.
"Oh...tempat budak ambik MLVK tu ek?Takkan la tak pernah dengar Kolej Islam Pahang."
"Kami baru lagi kat sini.Baru abis orientasi tadi."
Hazmin yang melihat situasi kucar kacir memberikan sumbangan suara yang ikhlas menjawab soalan Farha tadi.
"Em...Padanla...So,nak tak pegi konsert tu?"
Farha menyoal kembali.Kali ini agak tegas nadanya.
Laili menjeling Farha seolah meminta Farha melembutkan nada suaranya sedikit.
"Maaflah...Takde transport la...Lagipun tak tau tempat tu.Takut sesat."
Danial merungkai jawapan sebenar.Tak mungkin mereka bertiga menghabiskan sepuluh ringgit sekadar untuk melihat konsert.Bagi mereka tengok video klip pun dah memadai.
"Taknak la ni?Jomla Laili.Diorang tak interested la."
Farha mula mengatur langkah.
"Bukannya mahal wak...RM10 je.Nanti kitorang tunggu awak depan pagar KIPSAS.Boleh?"
Laili masih mengharap.
"Bukan macam tu.Kami banyak kerja.Lagipun baru habis orientasi.Nak enjoy pun tak larat lagi."
Danial senyum dan Laili membalasnya.Farha juga senyum namun bagai dibuat-buat.
"Macam tu tak apalah.Jumpa lagi...."
Laili dan Farha beredar.
"Pesal ko tarik aku tadi,ha?"
Danial agak geram dengan tindakan Faizul menariknya.Hampir terjatuh dia ketika itu.Kalaulah itu terjadi,memang sumpah dia takkan jejak Parade lagi.
"Jangan la touching brader...heheh!Senyum skek...hahaha!"
"Jelaskan dulu.Nanti aku decide nak maafkan ko ke tak."
Danial mengukir senyum.
"Bukan apa...Yang tudung pink tu cun ekk?"
"Laili tu pun okey apa?Kalo join modelling pun lepas gak tuh..."
"Farha lagi cun la...Tu la,mata rabun tanak pakai spek.Belagak macam normal.Hahaha!"
"Lantaklah sape cun.Bukan bleh wat awek pun.No tipon pulak tak amik.Rugi dol...Dah tu ko cakap kita dak Komuniti,amik MLVK je.Dia amik Diploma.Sure tanak layan punya...Pesal ko tipu tadi?"
"Tu la taktik bangla oi...ko ape tau?Manjang ngadap PC je.Ha...Aku tipu sebab nak tengok je...awek tudung labuh pandang tak kalo orang tu just student MLVK je?Hasilnya ko tengok...Yang tudung pink tu.Dengar je Komuniti terus muka blur jek kat kita.Tadi kemain sememeh senyum."
"Tak semua camtu Zul...Laili tu maintain je aku tengok?"
Hazmin menyelit.Sedari tadi ia hanya mendengar cakap-cakap antara Danial dan Faizul.
"A`ah...Laili tu cool jek.Tak la nampak cam menghina bila tau kita MLVK.Tak dinafikan Farha tu memang blagak sket la..."
Danial menyambung.
"Tu la...kalo kita bgtau kita amik farmasi?Ntah-ntah terus ajak ko kawin tak?Hahaha...Ko kan jambu.Hahahaha!"
Faizul mula menyakat lagi.
"Skang musim durian la sengal!Jambu dah stocked out..."
Danial membalas.Sesekali perlu juga mempertahankan diri.Namun tak perlu panjang-panjang kerna akhirnya nanti Faizul jua yang menang.Kalau Faizul masuk kuliyyah undang-undang mesti jadi top student.Mereka melangkah keluar dari Kuantan Parade menuju ke kereta Kancil milik Hazmin.

**************************************

Hampir sebulan di Kuantan,Danial mulai betah dangan kawasan bandarnya.Kini kalau nak ke Mega Mall dia tak perlu ke kaunter pertanyaan atau bertanya-tanya lagi.Hari itu dia ke The Store seorang diri.Di kaunter bayaran dia terperasan gadis bertudung labuh yang sedang membayar di sebelahnya.Kali ini bukan merah jambu lagi,tapi biru muda.
"Farha?Sorang je ke?"
Danial cuba menjadi mesra.
"Oh,awak...sorang tu takla.Laili ada kat dalam lagi.Beli benda makan.Awak sorang jugak ke?"
Farha mengukir senyum.
"A`ah,beli barang sikit.Member saya tak keluar hari ni.Diorang ada kelas Human Anatomy petang ni."
Farha berpaling ke arah Danial.
"Human Anatomy?Belajar pasal apa tu?MLVK ada subjek macam tu ke?"
Dahi farha sedikit berkerut.Menyelongkar wajah Danial mencari kepastian.
"Eh...itu...er...tajuk projek untuk English Communication kitorang...heheh!"
Danial menarik nafas panjang.Menghembuskannya satu-satu.Lega.
"Oh,padanla pelik bunyinya.Macam biologi sket bunyinya."
Farha tersenyum.
",hai...Ingat saya lagi tak?"
Suara halus itu menyapa dari tepi.
"Laili...Takkan la saya lupa."
Danial tersenyum dan Laili juga tersenyum.
"Manalah tau kan?Awak dah jumpa Farha terus lupa saya..."
Laili menjeling nakal ke arah Farha.Farha cuma tersipu lantas mencubit lengan Laili.
"Kitorang balik dululah awak...Sebelum pukul enam kena balik ni.Nanti kena kompaun pulak."
Farha senyum simpul.
"Boleh saya ambil nombor awak?"
Danial memberanikan diri meminta.
"Nak buat apa?Laili tak ada handphone.Saya ada la..."
Farha menerangkan.
"Okey je...Korang kan satu kolej?"
Danial memandang tepat ke anak mata Farha tanpa sengaja.Farha menunduk.
"Nah,ni nombor saya.Kitorang pegi dulu ek?..."
"..."
Danial membelek-belek nombor telefon Farha yang disimpan dalam telefon bimbitnya.Tersenyum....Dan kelibat Farha serta Laili hilang dicelah-celah orang ramai.


**************************************

Perkenalan itu berlangsung tanpa disedari selari dengan waktu.Hampir tiga bulan mereka mengenali antara satu sama lain.
"Farha!Ada mesej!"
Suara Laili memecah kesuraman bilik itu.Berlari menyampaikan telefon kepunyaan Farha.
"Siapa lagi kalau bukan abang Danial awak...hehehe."
Laili mengusik.
"Hish,mengarutla awak ni.Entah ayah saya agaknya..."
Farha menyangkal.
"Yelah tu.Cuba bukak tengok?"
Farha menekan punat telefon itu satu-satu untuk membuka peti simpanan mesej.
"Danny?!!"
Serentak itu Laili merampas telefon dari tangan Farha.Terus berlari keluar bilik.Farha melaung nama Laili memaksanya memulangkan telefon tersebut.
"Laili.........Bak la sini telefon tu.Fa belum baca lagi mesej tu!"
"Biar Laili bacakan untuk awak!"
Laili membuka mesej tadi.
"Wow...jiwangnya!Hahaha!Takleh jadi ni.Laili yang susah-susah cari dia,Fa yang dapat.Hahaha!"
Farha berlari ke arah Laili yang sudah melabuhkan punggung di atas katil.Merampas tersu mesej dari tangan Laili.


Akum.watpe 2?sori kaco kalo bz.Sabtu ni awk free tak?Temankan saya keluar bandar boleh?Kalau awak sudi la...Kalau xnak,takyah balas msg saya...



Farha duduk disebelah Laili.Laili merenung Farha.
"So,camana?Nak Laili escort Fa ke?"
Farha berpaling ke arah Laili.
"Nanti la Fa fikir dulu.Segan jugak nak keluar ngan lelaki..."
"Camni la...Fa keluar dengan Laili.Sampai sana Fa jalan la dengan Danial.Okey tak?"
Laili memberi pandangan.Sebenarnya dia tumpang gembira Farha mempunyai kawan lelaki.Sebelum ini memang tiada seorang lelaki pun yang Farha layan sepertimana Danial.Nak kata sebab Danial tu lawa,ramai juga jejaka di KIPSAS yang lawa-lawa.Lagipun Danial cuma pelajar MLVK.Sangkaan awalnya meleset apabila meramal Danial bakal dipulaukan Farha,sama seperti lelaki-lelaki lain.
Buktinya Farha pasti membalas setiap mesej yang dihantar Danial.Malahan Danial mampu membuat Farha berfikir untuk menyatakan iya atau tidak apabila Farha dijemput keluar bersamanya.Sedangkan jawapan yang dijangka pasti terbit tentunya TIDAK.Tanpa disedari,masa berlalu dan garis usia semakin tinggi.Perhubungan yang mulanya sebagai sahabat itu akirnya bercambah menjadi bibit-bibit cinta dan kasih sayang.Maka takdir memainkan peranannya mengulang senario yang telah tercipta sejak Adam dan Hawa itu lagi.


*************************************


Masa menelan segalanya.Farha atau namanya Farha Afifah kini sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia(UUM) dalam bidang ekonomi.Umurnya kini meningkat ke angka 22.Dan Danial hampir mencecah 23.Demikianlah fitrah dan sunnatullah melaksanakan tugasnya.
Usia berganti dan masa memanjat lebih tinggi.Kematangan usia memberikan nafas kasih sayang baru kepada Danial.Dan untuk itu dia belajar lebih gigih memastikan kedua-dua cinta dan citanya tercapai.Kini dia di tahun tiga dalam bidang perubatan di UIA.Masih ada 2 tahun lebih lagi untuk dia bergelar pegawai perubatan yang membawa gelaran doktor.
Sikap Farha yang acuh tidak acuh lagi kepada perhubungan mereka berdua merunsingkan Danial.Masih ada rahsia besar yang tersimpan antara dia dan Farha.Bila tikanya untuk dilampiaskan dia tidak tahu.Takut Farha menuduhnya penipu.Rahsia sebenarnya,tentang dirinya.
Bagi Farha,Danial sudah tamat sijil MLVK dan sedang bekerja sebagai juruteknik kelas rendah di sebuah kilang di Kuantan.Itu yang diberitau Danial kepadanya.Perkenalannya dengan dunia universiti membuka mata dan mindanya bahawa masih luas lagi alam ini.Tanpa disedarinya,cintanya pada Danial makin pudar dan malap.
Zakrul,seniornya dalam kursus ekonomi itukah puncanya?Farha terpikat pada kebijaksanaan,ketampanan dan kelembutan Zakrul.Segala sifat itu sebenarnya ada pada Danial,cuma kini dirasakannya Zakrul lebih baik kerana Zakrul memiliki kebijaksaan.Yang satu ini membuatkannya rasa lebih yakin berbanding Danial yang hanya juruteknik kilang bersijil.
Dan Zakrul juga memberi perhatian pada Farha terutama apabila dia membohongi Zakrul menyatakan ia tidak memiliki teman lelaki.Lantas kesempatan itu diambil Zakrul memikat dan menawan hati Farha.Kemuncaknya apabila Zakrul menyatakan hasratnya untuk melamar Farha sebagai tunang dan terus berkahwin selepas tamat belajar.Farha menerima Zakrul tanpa sedkit pun memaklumkan kepada Danial.
Danial pula jauh di Kuantan bertungkus lumus memerah ilmu,menggapai setinggi-tinggi bintang kehidupan supaya nanti bintangnya dapat menyerikan wajah Farha dan membuat ukiran senyum di wajah permaisurinya itu.Sampai tikanya segalanya akan diterangkan kepada Farha.

**************************************

"Hello,Fa?Saya ni.Danial..."
Syiling bertimbun digenggam Danial.Sudah seminggu dia tidak menghubungi Farha.Sebenarnya sengaja ia menahan supaya tidak mengganggu pelajaran orang tersayangnya itu.Sedangkan ia terlalu rindu pada suara lunak mersik itu.
"Oh,awak...Saya balik cuti raya haji ni.Saya nak jumpa awak.Ada benda yang nak saya cakapkan."
Nada Farha lemah.
"Kenapa?Nak suh saya masuk minang ke?Hehehe..."
"Adala...Balik nanti kita bincang okey?Sampai sana saya call awk.Bas saya malam ni.Take care.Maafla.Saya ada keje ni...."
Farha mematikan perbualan.Danial tergamam.Gagang masih belum diletakkan.Ia keliru,serabut.Lusa raya korban menjelang.Apapun esok bakal menjelaskan segalanya.Dan Danial sendiri sebenarnya mahu menamatkan segala sandiwara yang berlangsung selama ini segera.Esok adalah hari untuk jujur...

**************************************

Food Court,Kuantan Parade.....


"Awak nak makan apa?Saya pesankan."
Danial menyapa Farha yang sedari tadi membisu.
"Awak pesanlah apa pun.Saya ikut saja."
Jawapan itu sudah cukup bagi Danial.Dia tahu sangat makanan dan minuman yang Farha suka.Dengan segak dia melangkah ke gerai makanan dan minuman lantas ke kaunter untuk membayar.
"Makanlah...Saya belanja hari ni."
Danial senyum dan Farha sebenarnya cuba untuk senyum tapi pudar dan layu.
"Awak...kita bincang dulu boleh tak?"
Farha mematikan selera Danial.Sudu dan garfu yang dilap dengan tisu oleh Farha tadi diletak kembali.Tentunya amat penting perkara yang nak disampaikan Farha.
"Cakapla...Saya sedia mendengar."
Danial mengukir senyum lagi.Kali ini tampak agak tawar.
"Saya dah fikir masak-masak tentang hubungan kita.Saya rasa...saya dah tak boleh terima awak."
Danial tergamam.Menelan air liur.Di capainya straw lantas menyedut minuman itu seolah-olah dia dahaga.Sedangkan selalunya dia tidak akan minum melainkan sesudah makan.Garfu dan sudu yang diletakkannya tadi digapai semula.Dia menguis-nguis nasi dalam pinggan dan menyuap sedikit-sedikit.
"Bukan sebab awak tak layan saya dengan baik.Awak terlalu baik bagi saya.Cuma kita tak sesuai..."
Danial masih membisu.
"Saya perempuan,tentunya saya nak lelaki yang boleh bahagiakan saya...Bukan saya nak hina awak,tapi lepas belajar saya ada degree,awak cuma technician biasa.Kita tak sesuai wak..."
Danial menyuap nasi.
"Lagipun saya dah jumpa seseorang yang boleh bahagiakan saya.Cuti semester nanti dia nak datang rumah dengan keluarganya,nak lamar saya.Saya nak bertunang wak..."
Danial membisu sedari tadi.Nasinya dalam pinggan semakin berkurang.Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Awak masih boleh makan lagi?"
Farha membentak.Danial memandang tepat ke anak mata Farha.Tiada lagi ukiran keramat yang selalu berlari dibibirnya tiap kali matanya menyelongkar wajah permaisuri hatinya itu.Farha pula membisu.Sepanjang berkasih,belum pernah Danial memandangnya begitu.Apatah lagi menempelaknya.

"Dah tu?awak nak suruh saya buat apa?Nak rayu awk?Please come back to me?Pujuk awak?Sembah awk?Then tell u i love u so much?Whats the point?Useless isnt?"
Danial yang bagai patung bernyawa tadi mulai bersuara.Farha terdiam.Kagum dengan kepetahan bahasa Danial.
"Awak tau tak...I`m trying to build our life.Saya kat sini mati-mati percayakan awk.Awak tak call saya,saya cuba sangka baik.Maybe awak memang busy.Ye la,student kan?Tapi kenapa awak tak bagitau awal-awal dulu yang kita tak sesuai?"
"Masa saya terima awak dulu saya belum lagi dapat fikir dengan baik.Belum matang lagi...Apa pun Dann,keputusan saya muktamad.Saya tak boleh terima awak.Maafkan saya..."
Danial tunduk.Meletakkan garfu dan sudunya disisi pinggan.Perlahan-lahan ia mengangkat wajahnya,ukiran senyum berlari lemah di bibirnya.
"Baiklah...Kalau dah muktamad,saya cuba terima..."
Farha menarik nafas lega.Mujur Danial tidak melakukan sesuatu yang mengikut perasaan.
"Tapi ada suatu perkara yang saya nak beritahu awak...Saya minta maaf sebab saya tipu awak selama ni.Janganlah awak bencikan saya.Saya pun tak bencikan awak.Ini kali terakhir pertemuan kita.Saya taknak jadi kawan awak,taknak jadi apa pun.Saya taknak tau pasal apa-apa pun tentang awak.Cukup sampai sini.Sekejap..."
Danial mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya.Farha ternanti-nanti.Dadanya berdebar.Dan debaran itu bertambah kencang tatkala benda itu diletakkan Danial di atas telapak tangannya.
"Awak student UIA?Awak ambik medic?"
Farha menutup mulut dengan telapak tangan kirinya.Matanya terbuntang menatap kad pelajar milik Danial itu.Terus dia memandang Danial yang sedang tunduk.Dari mata Danial dapat dia lihat manik-manik kaca terempang menunggu sedikit daya dari hati lagi untuk pecah.
"Dann....awak tipu saya selama ni?Kenapa....aahh...Dann?"
Farha terkunci.Matanya tak lepas dari menatap kad pelajar itu berganti-ganti dengan wajah Danial yang mulai suram.
"Apa pun Farha Afifah,semuanya dah berakhir.Antara kita bukan rakan,bukan musuh.Saya doakan awak bahagia,halalkan segalanya.Saya pernah menyayangi awak dan akan begitu selamanya...minta diri dulu sayang..."
Danial menggapai kad pelajar yang terletak di tapak tangan Farha.Saat jemarinya tersentuh telapak tangan Farha,tapak tangan itu dirasakan sejuk.
Danial melemparkan senyuman terakhir buat permaisuri hatinya sebelum menyusun langkah dan tak menoleh lagi....




















Bookmark and Share

    


  Member Information For BaYsiRnA_LeYHaiErProfil   Hantar PM kepada BaYsiRnA_LeYHaiEr   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-01-04 21:09



ermm... panjang nye cerpen ni.. ni dah leh jadi cerpan(cerita panjang)..
nape yer cam tu?? nak tanyer ni.. ni kisah masa sekarang dan masa depan BaYsiRnA_LeYHaiEr ker?? cam ade yg sama je..??
hohoho...
jgn mare.. ok..wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ummuhakim
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3782
Posting: 15
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 01-02-04 01:08




Maaf,ana nak komen sikit. Jln cerita ni menarik tp ia akan lebih indah jk ditonjolkan adab2 sebenar perhubungan antara lelaki & wanita menurut syariat yg sebenar.Waalahu a'lam
******************************************
Wanita berpekerti tinggi lambang kesucian peribadi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuhakimProfil   Hantar PM kepada ummuhakim   Quote dan BalasQuote

syabab
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2043
Posting: 106
Dari: KEDAH

Kedah  


posticon Posting pada: 01-02-04 13:10




ana rasa kita orang Islam, berpenampilan Islam, bahkan kita belajar etika dan protokol Islam...maka tiada alasan untuk kita tidak beramal dengan islam itu...kalau ditanya kelak oleh tuan pencipta semesta maka maka dikala itu tiada alasan bahawa kita tidak mengetahui..

ana cuba nak nasihatkan diri ana dan semua sahabat ukhwah sekalian.

sekadar pandangan
wassalam



-----------------
Dakwah itu adalah jihad, jihad itu adalah pengorbanan, dan oleh itu adalah wajib seorang pendakwah itu berkorban



Bookmark and Share

    


  Member Information For syababProfil   Hantar PM kepada syabab   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-04 11:32




jalan citernya bagus, cuma kalo boleh jelaskan mesej slam terutama ttg pergaulan yg dibatasi syariat dlm citer nie..

*aduh, budak ekonomi kat uum? aduh, itu fakulti ana tue...heheheh

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

azliyanazhari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.10.2003
Ahli No: 4654
Posting: 86
Dari: pluto

russia   avatar


posticon Posting pada: 02-02-04 22:37



huhu..memang betul laa citer nih ade sket melanggar syariat macam yang dicakapkan oleh smuer orang..tapi bg saye...msg citer nih best...nak sedarkan pompuan supaya x pandang pangkat semata2..macam farha yg tinggalkan daniel yg kononnyer technician tuh...pasal dia nk masa depan yg lebih baik ngan sorg graduate..hina sangat ke berbanding dengan dia??cuba fikirkan........................

Bookmark and Share

    


  Member Information For azliyanazhariProfil   Hantar PM kepada azliyanazhari   Pergi ke azliyanazhari's Website   Quote dan BalasQuote

firuza_027
Warga Rasmi
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3199
Posting: 2
Dari: pahang tercinta

Pahang  


posticon Posting pada: 02-02-04 23:30


hemm
nak tanyer sket..
tu citer btul ke tipu..
khayalan atau realiti..
sy rase cam knal jer farha afifah tu.klu x silap..
kakak angkat sy tuh.
xpelah nnti sy tanyer dia..


Bookmark and Share

    


  Member Information For firuza_027Profil   Hantar PM kepada firuza_027   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 02-02-04 23:31


cerpen yang agak menarik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-04 23:44



Ana suka cerita ini.. dari moralnya yang mengisahkan bahawa jangan cinta kerana kedudukan..
Tapi yang tak besnya part farha nya bertudung labuh.. jadi pembaca dah bayangkan betapa setianya dia...

# Tak tahulah kalau cerita betul,, sebaiknya kalau cerita betul gunakan nama samaran..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

BaYsiRnA_AnTaRiDa
Warga Rasmi
Menyertai: 02.02.2004
Ahli No: 6953
Posting: 3
Dari: UIAM kampus Kuantan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-02-04 10:45


Maafkan saya.Cuma nk tya je.Part mana yg langgar syariat?Part date ke?kan ada escort tu...yg last tu terpegang je...time dia nk amik kad matrix.last date tuh kene la solo kan?Laili ade la,g ronda2 parade.citer sumer kang jd cerpan lak.hehe.to admin,nick BaYsiRnA_BioHaZaRd tu xleh pakai la password dia.then i changed to Baysirna_antarida.harap leh pertimbang kan.syukran jazilan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BaYsiRnA_AnTaRiDaProfil   Hantar PM kepada BaYsiRnA_AnTaRiDa   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-04 10:54


Quote:

On 2004-02-03 10:45, BaYsiRnA_AnTaRiDa wrote:
to admin,nick BaYsiRnA_BioHaZaRd tu xleh pakai la password dia.then i changed to Baysirna_antarida.harap leh pertimbang kan.syukran jazilan...



Banyaknya baYsiRnA..
BaYsiRnA_LeYHaiEr
BaYsiRnA_BioHaZaRd
BaYsiRnA_AnTaRiDa

Sekiranya mengalami masalah password boleh emelkan kepada mana2 pengarah utk pertukaran passwd baru, tak perlulah mendaftar nick yang baru.

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

HakimiSaujana
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.06.2003
Ahli No: 1594
Posting: 40
Dari: Jepun

japan  


posticon Posting pada: 04-02-04 08:15


peminat azalinor kut nih.. :p

-----------------
Bebintang, kusentuh kupetik... kutabur di jalanan... menjadi lampu alam... berkelip-kelipan... lakaran minda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For HakimiSaujanaProfil   Hantar PM kepada HakimiSaujana   Pergi ke HakimiSaujana's Website   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-04 00:43




menarik juga jln critanya. moralnya, biarlah ikhlas dlm persahabatan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 07-02-04 04:00


betul tu...
keikhlasan dan kejujuran adalah penting dalam sesebuah persahabatan.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

jebat_derhaka
Warga Rasmi
Menyertai: 14.02.2004
Ahli No: 7259
Posting: 3
Dari: Kuantan

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-02-04 00:57


cam best jek...heheh!aku rasa penah dengar citer nie!macam citer senior aku jek.tapi nama lain la...mgkn gak kebetulan.jumlah pelajar yg dicatat pun tepat.mesti ko nie dak medic uia kan?same la kite....pandainye tuan doktor menulis.napa xjd penulis je?

Bookmark and Share

    


  Member Information For jebat_derhakaProfil   Hantar PM kepada jebat_derhaka   Quote dan BalasQuote

eddin
Warga Rasmi
Menyertai: 20.01.2004
Ahli No: 6611
Posting: 2
Dari: kemaman

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-02-04 11:34


jalan cerita sudah bagus...mesej yang hendak disampaikan itu ada...teruskan untu menambah kemahiran dari segi pemilihan kata....
semoga berjaya

Bookmark and Share

    


  Member Information For eddinProfil   Hantar PM kepada eddin   Pergi ke eddin's Website   Quote dan BalasQuote

aeza
Warga Rasmi
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7377
Posting: 2
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 19-02-04 01:41


akum..rasenye cite tu bgs n cam real je kalu btul harap tak gune name yg sebenar krn mungkin boleh manyakitkan hati org tersebut..kite berukwah janganla sampai menyakitkan hati sesiape....ok..berkwn dan bercinta dan bercerita ada hadnya............lsmg truskan menulis karya yg bagus ok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aezaProfil   Hantar PM kepada aeza   Quote dan BalasQuote

aeza
Warga Rasmi
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7377
Posting: 2
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 19-02-04 01:52


rasenye cam kenal je korang2 nih

Bookmark and Share

    


  Member Information For aezaProfil   Hantar PM kepada aeza   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 19-02-04 07:04





teruskan berkarya.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 02:27




gud lak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ustartz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2588
Posting: 67
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-04-04 13:17


..cerpen yg bagus dan menarik...terase jugak .. begitu lah realiti sekarang siapa pon xlari dr keadaan itu hatta dia amik jurusan agama sekali pon..moge jadi pengajaran kepada semua tahniah kepada baysirna..

YA ALLAH KAMI MENDAMBAKAN KASIH SAYANG DAN CINTA MU TAPI KAMI TAK LAYAK MEMILIKINYA KERANA HATI MASIH KOTOR...TERIMALAH KAMI YA ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For ustartzProfil   Hantar PM kepada ustartz   Pergi ke ustartz's Website   Quote dan BalasQuote

ai_ainul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 8216
Posting: 81
Dari: bumi Allah

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-04-04 17:15




3 bintang untuk cerpen ni.. best!. Begitulah kehidupan... tak semua yang kita nak kita akan dapat.. tapi percayalah, apa yang kita dapat itulah yang terbaik buat kita..insyaAllah.

Bertemu... berkasih kerana Allah akan menjadikan kita lebih tenang walaupun kita terpaksa berpisah denganya disaat kita betul-betl sayangkan dia..... AllahuAkhbar

Bookmark and Share

    


  Member Information For ai_ainulProfil   Hantar PM kepada ai_ainul   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-05-07 02:55


indah..dramatik.:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-07 12:55


empat bintang


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

shahirah_huda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1982
Posting: 335
Dari: AS

japan  


posticon Posting pada: 02-07-07 13:26


Salam..kojez_sensei83...ni cerita pengalaman awak ke...macam kenal saja watak utama dalam cerita ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahirah_hudaProfil   Hantar PM kepada shahirah_huda   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-07-07 13:30


Pada 03-02-04 10:45 , BaYsiRnA_AnTaRiDa posting:

!!! QUOTE !!!

Maafkan saya.Cuma nak tya saja.Part mana yang langgar syariat?Part date ke?kan ada escort tu...yang last tu terpegang saja...time dia nak ambil kad matrix.last date itu kena lah solo kan?Laili ada lah,pergi ronda2 parade.cerita semua kang jadi cerpan pula.hehe.to admin,nick BaYsiRnA_BioHaZaRd tu tak boleh pakai lah password dia.then i changed to Baysirna_antarida.harap boleh pertimbang kan.syukran jazilan...


Assalamualaikum...
Rasanya matlamat tak menghalalkan cara...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 02-07-07 14:30


setuju dengan pendapt kak hanan..ada mesej..tapi...sumting wrong pada watak

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 02-07-07 19:46


Pada 02-07-07 13:26 , shahirah_huda posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..kojez_sensei83...ni cerita pengalaman awak ke...macam kenal saja watak utama dalam cerita ini....


lah..ni Kenapa nama saya pulak dibabitkan ni..saya tak kenal pun penulisnya..hmm..sebab saya bagi 4 bintang ek?tinggi sangat ke?hehe..tapi memang saya belek2 cerpen lama2,cerita ni best..saya rasa ok lah cerita ni.saya tak tau lah sama ada pengalaman penulis yang benar ke atau rekaan.tapi benda-benda ini memang berlaku..kenapa pulak ada kesilapan watak?kerana watak perempuan tu b`tudung labuh?heh..berapa ramai sangat lah yang bertudung labuh mengikut syariat?selalunya kita ni ambil apa yang sesuai dan tinggalkan yang bertentangan dengan life kita..realiti..kebenara..admit it..maaf,tapi pada pendapat peribadi saya,buktikan diri kita memang sedaya upaya cuba mengikut syariat..pendapat peribadi dan penilaian mata dan hati saya yang dhaif ini melihat,geng2 surau,geng2 tudung labuh ni tak bercampur sangat dengan budak-budak yang macam ranggi sikit.cuma pandai nak usha slack saja..bukan nak ajak buat kebaikan,pergi surau ke,join aktiviti ke..cuma edar risalah saja..tampal poster lah..mulut xbergerak pun bagi salam kalau selisih..terbenam dalam dunia Islamik sendiri..dalam komuniti sendiri..ini realiti..memang pedas dan panas kata-kata saya..tapi berapa lama lagi nak bergelumang dalam kancah pahala,dan melihat org yang buat maksiat dengan pandangan tak menyenangkan..pada pengalaman saya lah,orang-orang yang betul-betul apa yang diperkatakan oleh bibirnya sama dengan apa yang dilaksanakannya memang sikit sangat.kalau geng2 selalu lepak surau,dalam sepuluh org tu ada lah seorang dua yang betul-betul ok.yang lain tumpang korum saja.tukang angguk,tukang bodek..yang perempuan pula,sebelum kenal punya lah Kasih Kekasih,da lama kenal..ha..pecah tembelang..yang dah tak virgin pun ramai..realiti..ini semua pengalaman saya..sedarlah..memang bukan semua macam ni..tapi sebagai komuniti ukhwah,kita harus buka mata dan minda kan?jangan sempitkan minda.sedangkan alim ulamak,para a`bid dan para sahabat pun ada membuat kesilapan,apatahlagi kita..saya berpesan untuk saya sendiri dan terlanjur menulis di sini untuk tatapan teman2..kalau ada yang tak setuju,terpulanglah..sudah saya katakan sedari awal tadi,ini pendapat peribadi..wasalam..:)


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-07 22:00


Assalamualaikum...jalan ceritanya bagus...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

zakia_natasya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.07.2007
Ahli No: 30446
Posting: 50
Dari: Balakong

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 09:54


bagusnya cerita ni... name daniel itu macam name opis mata ana pula.. tapi dia dulu ambil IT kalau tak silap.. hehe..
buat eve pun cerita ni memang best..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zakia_natasyaProfil   Hantar PM kepada zakia_natasya   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-08-07 11:34


pandai menulis, best.

baysirna, yang sumthing wrong tu macam...contoh: tidak menjaga batasan pergaulan dengan kaum satu lagi. Sepatutnya kita hanya bercakap bila perlu. (apalagi berkasih). kata-kata seperti sayang, rindu etc dilarang sama sekali. Realiti kini, berkapel jadi trend. Moga diubah suasana ini jadi lebih baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-08-07 11:35


papeun, jalan cerita menarik dan ayat2 menarik pembaca

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

Eriyza_Qistina
Warga Rasmi
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24356
Posting: 16
Dari: Berbumbungkan Langit Berlantaikan Bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 13-09-07 13:58


Adakah cerpen ini anda copy paste?? Cerita ada isi tetapi lagi bagus kalau anda gunakan langkauan baris untuk mengindahkan lagi susunan cerita ini. ;-)


-----------------
Salam Ramadan Al-Mubarak


Bookmark and Share

    


  Member Information For Eriyza_QistinaProfil   Hantar PM kepada Eriyza_Qistina   Pergi ke Eriyza_Qistina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116644 saat. Lajunya....