Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 19 hari yang lalu
izdham: 28 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 37 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: PENGORBANAN SUMAIYYAH


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» PENGORBANAN SUMAIYYAH

Please Mendaftar To Post


Oleh PENGORBANAN SUMAIYYAH

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 13-01-04 22:19


PENGORBANAN SUMAIYYAH

Kisah seorang wanita yang berjiwa kental bernama Sumaiyyah Khayyat yang gugur syahid wajar diteladani dan direnungi oleh setiap insane terutamanya seluruh kaum wanita muslim .
Sumaiyyah adalah lambang wanita solehah yang berkorban jiwa kerana mempertahankan pegangannya terhadap keesaan Allah . Sumaiyyah yang lahir sebagai sebatang kara dan menjadi hamba kepada Abu Huzaifah al – Mughirah , seorang hartawan dari Bani Makhzum.

Beliau telah berkahwin dengan yassir seorang pedagang dan telah di kurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ammar dan Ubaidullah .
Liku perjalanan hidup Sumaiyyah bermula setelah beliau mengambil keputusan memeluk ajaran islam dan meninggalkan ajaran menyembah berhala yang telah dianutinya sejak sekian lama . Keputusan itu di buat setelah beliau tertarik dengan ajaran islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Namun keputusan beliau memeluk agama islam telah mendapat kecaman daripada golongan Bani Quraisy yang secara lantang menentang penyebaran ajaran islam. Malah pengislaman beliau menyebabkan beliau sekeluarga telah di seksa dengan kejam oleh Bani Makhzum .

Seksaan sumaiyyah lebih kejam berbanding suami dan anak- anaknya di mana tubuh sumaiyyah telah di taburkan dengan pasir panas dan di hempap dengan sebiji batu besar .

Namun semua seksaan tersebut langsung tidak mengubah kepercayaan beliau terhadap keesaan Allah . Hanya kalimah ‘Ahad ! Ahad ! Ahad ! ( Allah yang satu ) yang kedengaran dari bibir setiap kali beliau di seksa. Keadaan tersebut hanya mengundang kemarahan kepada Bani Makhzum hingga menyebabkan beliau terus di seksa tanpa perasaan belas kasihan.

Penderitaaan beliau mendapat simpati daripada Rasulullah S.A.W yang kebetulan melalui kawasan tersebut.Lalu Baginda bersabda : “Bersabarlah keluarga Yassir .Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga”.

Kata – kata Rasulullah S.A.W itu telah menyemarakkan lagi keimanan Sumaiyyah kerana beliau percaya dengan janji yang dilafazkan oleh Rasulullah S.A.W itu adalah benar . Beliau sedar sebagai wanita beliau memang tidak berdaya untuk menolak seksaan tersebut .

Pendirian Sumaiyyah hanya menyebabkan kemarahan Abu Jahal . Walaupun berkali –kali Abu Jahal cuba memujuknya supaya kembali kepada ajaran asal namun pujukan tersebuat tidak di endahkan oleh Sumaiyyah .

Ini menyebabkan Abu Jahal begitu marah dan terus menikam dada Sumaiyyah dengan pedangnya yang tajam tanpa perasaan simpati.Suaminya kematian Sumaiyyah. Peristiwa tersebut telah di saksikan oleh seluruh penghuni kota Makkah ketika itu .

Sesungguhnya , ketabahan dan pengorbanan Sumaiyyah dalam mempertahankan keimanannya terhadap ajaran islam amat mengagumkan . Beliau adalah lambang pengorbanan wanita sejati yang sanggup berkorban segala jiwa dan raga hanya kerana Allah SWT.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 13-01-04 22:24


berapa ramai sekarang yg mahu berkorban untuk agama Allah... ..

Jadikan keluarga Summayah dan Yassir sebagai teladan dan pengiktibaran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 14-01-04 00:53


banyak kisah kisah pengorbanan yang berlaku pada zaman nabi yang boleh kita jadikan tauladan dan pengiktibaran.

umat Islam pada zaman tersebut sanggup mempertahankan ajaran dan agama Islam walaupun diseksa dengan kejam dan kehilangan nyawa.

takbir...ALLAHHUAKHBAR !

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 18-01-04 16:36


Hayati lagu Sumaiyyah yang di dendangkan Kumpulan Hijjaz...pasti dapat mengetahui peristiwa tersebut.

Sabarlah keluarga yassir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
walau terpaksa mengorban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

cahaya_hati
Warga Rasmi
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4502
Posting: 13
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 19-01-04 14:51




saya sangat suka mbaca kisah2 srikandi islam kita.memang menyentuh hati kalau kita hayati betul2..pengorbanan sumaiyyah perlu kita jadikan contoh terutamanya buat muslimah2 kita.betapa ramainya srikandi2 kita yg berjuang dan berkorban semata2 kerana ALLAH SWT...Persoalan sekarang..adakah lagi manusia zaman skarang spt mereka

RENUNG2KANLAH...UKHUWWAH FILLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hatiProfil   Hantar PM kepada cahaya_hati   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-01-04 11:50


Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 03-02-04 22:22


terima kasih buat dinulhuda1422h
lirik lagu sumaiyyah

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

silver_wardah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.01.2004
Ahli No: 6669
Posting: 12
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-02-04 10:05


Pengorbaban serikandi solehah Sumayyah memang patut dijadikan sebagai iktibar buat semua umat Islam..
Biar pun diseksa dengan kejam namun kesetiaannya terhadap yang Maha Esa tidak pernah luput mahupun menyalahkan takdir yang menimpanya..
semoga Sumayyah hidup bahagia di syurga yang kekal abadi..Allahuakbar..


Bookmark and Share

    


  Member Information For silver_wardahProfil   Hantar PM kepada silver_wardah   Quote dan BalasQuote

ac
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11304
Posting: 27
Dari: teranu

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-10-04 09:24



best gak story...?sy perlu lebih penghayatan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acProfil   Hantar PM kepada ac   Pergi ke ac's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 09:52


Memang betul2 menakjubkan semangat perjuangan yg ditunjukkan oleh sahabat2 nabi saw. Kita patutlah jadikan contoh dan bukan setakat baca saje cite2 macam ni

Saya ada dgr ustaz bercerita, masa Rasulullah SAW bersama-sama Ammar ibn Yassir melihat Sumayyah (ibu ammar)diseksa dan akhirnya dilembing pada kemaluannya, manakala yassir (bapa ammar) diikat pada kedua-dua belah kakinya kiri dan kanan dan ditarik oleh dua ekor kuda yg masing2 ditunggang ke arah yang berlainan sehingga kakinya terputus.

Ammar begitu sedih dan berkata "ya rasulullah, bilakah pertolongan Allah akan datang".....rasulullah saw hanya menjawab "sabarlah wahai ammar, sesungguhnya Allah menjanjikan kehidupan yg bahagia di akhirat untuk mereka"

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 11:19


insyaallah, kita jadi cth terbaik.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105505 saat. Lajunya....