Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
aye: 16 jam, 41 minit yang lalu
tereturubuzu: 9 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 20 hari yang lalu


Cadangan Aktiviti
Topik: Projek "Mutiara Warisan" -- Mesti tolong


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cadangan Aktiviti
    »» Projek "Mutiara Warisan" -- Mesti tolong

Please Mendaftar To Post


Oleh Projek "Mutiara Warisan" -- Mesti tolong

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 00:17



Mari bincangkan projek baru kita ini, demi "Dari ukhwah untuk ukhwah".



Kita merancang untuk menerbitkan satu buku (kecil) dengan motif untuk mengisi dana Ukhwah.com.

Buku yang berjudul "Mutiara Warisan" ini akan dijual lingkungan RM3 -- RM5

Kandungan
Mutiara Warisan mengandungi kata-kata hikmat, wasiat, mutiara kata dari 4 khalifah dan Luqman Al-Hakim. Belum ditentukan berapa jumlah kata-kata warisan di dalam buku ini.

Contoh Mutiara Warisan:
"Elakkanlah dirimu dari berhutang, kerana hutang itu akan menjadikan kamu hina di siang hari dan gelisah di malam hari" -- Warisan Luqman Al-Hakim

Modal mencetak:
Oleh kerana belanja percetakan agak tinggi maka kita perlu mencari sponsor untuk mencetak. Setiap sponsor akan dicetak iklan mereka di dalam buku ini, di kulit belakang atau di dalam, b/w atau warna bergantung kepada jumlah sumbangan sponsor mereka.

Pemasaran
Sasaran utama ialah warga Ukhwah sendiri. Anda boleh membeli sambil menyumbang.

Cadangan lain:
1. Jualan semasa program aktiviti
2. Jualan secara "bulk" kepada syarikat-syarikat besar. Mereka akan memberikan buku ini secara percuma. Mereka boleh meletakkan cop atau sticker mereka. Mungkin mereka hendak menyumbangkan buku kecil ini ke masjid-masjid, badan kebajikan.
3. Permintaan istimewa 1,000 naskhah ke atas akan dicetak 1 muka surat di depan "Sumbangan dari Celcom (contoh)" berserta sedikit iklan.
4. Kerjasama dengan badan amal. Mereka boleh menjual buku ini dan berkongsi keuntungan. Mungkin seperti yang dilakukan oleh Perintis Marketing -- kerjasama dengan rumah anak yatim.

Tugas
Warga Ukhwah yang prihatin diharap sangat dapat menyumbang untuk projek ini:

1. Mengumpulkan kata-kata hikmat dari 4 Khalifah dan Luqman Al-Hakim. Segera.
2. Meninjau dan mencari sponsor untuk mencetak
3. Memasarkan

Langkah Pertama
Mengumpulkan segera kata-kata hikmat untuk dibuat "dummy". Dummy ini akan dijaja untuk mendapatkan sponsor.

Langkah seterusnya
1. Kang akan buat typesetting dan cover design
2. Mencetak bila dah cukup modal
3. warga Ukhwah yang prihatin akan sama-sama mencari pasaran.
4. Melantik wakil-wakil jualan di IPT

Komisyen
Warga Ukhwah yang menjual akan mendapat komisyen.

Projek ini bermula dari SEKARANG!

Mari bincangkan. Berikan cadangan dan sumbangan....

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 01:52



satu cadangan yg baik.. insyaAllah kaze akan tolong forwardkan koleksi kata hikmah yg kaze ada..

send kat mana? emel ke posting sini terus..?
tp kaze cadang elok send by emel..

- jom sahabat sekelian mari membantu.....



-----------------
kaze tech

[ Posting ini telah di edit oleh: kaze pada 2004-01-07 01:54 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 07:03


Kaze....
Rasanya elok kalau buat dua-dua. Posting kat sini dan e-mel. Posting kat sini boleh dibincangkan sekali.

Jasamu dikenang. Dari ukhwah untuk ukhwah

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 13:27


:: antara koleksi yg kaze ada :: nanti tambah lagi ek

Saidina Ali

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Empat perkara yang sedikit itu boleh jadi banyak iaitu sakit, fakir, api dan permusuhan."

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata: “sesungguhnya Islam itu adalah suatu kenikmatan dunia yang sudah cukup untukmu, sesungguhnya taat itu suatu kesibukkan yang sudah cukup untukmu dan sesungguhnya mati adalah suatu peringatan yang sudah cukup untukmu.”

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga)
- Khalifah Ali bin Abi Talib -

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya
- Khalifah Ali bin Abi Talib -

* Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun..

* Seseorang itu tidak akan binasa bila ia kenal akan keampunanNya..

* Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik..

* Orang yang manis lisannya akan mudah mendapat kawan..

* Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya..

* Dengan perbuatan yang baik, orang yang merdeka dapat diperbudakkan..

* Jangan memandang kepada siapa yang berbicara..tetapi pandanglah apa yang dibicarakan..

* Tidak ada kemenangan bersama kedurhakan..

* Tidak ada pujian bersama kesombongan..

* Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat...

* Tidak ada keamanan bersama kedengkian ..

* Tidak ada keperwiraan bagi pendusta..

* Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan gelanggang perbincangan..

* Tidak ada kemuliaan yang melebihi aturan ketaqwaan..

* Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat..

* Tidak ada penyakit yang amat menyulitkan daripada kebodohan..

* Manusia itu musuh dari apa yang tidak diketahuinya..

* Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuatannya menjadikannya melampaui batas..

* Mengulang meminta maaf itu..mengingatkan kesalahan..

* Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

* Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

* Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

* Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

* Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

* Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

* Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

* Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.




Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar As-Siddiq berkata: "Ada tiga perkara yang tidak akan dapat diperolehi dengan tiga perkara, iaitu kekayaan dengan angan-angan, muda dengan mengecat rambut dan sihat tidak akan diperolehi dengan ubat-ubatan."

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah - Abu Bakar As-Siddiq

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
i. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
ii. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
iii. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
iv. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.



Saidina Umar

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya - Khalifah Umar al-Khattab

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut - Khalifah Umar al-Khattab

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.


Saidina Osman

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
-------


-----------------
kaze tech

[ Posting ini telah di edit oleh: kaze pada 2004-01-07 17:53 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 13:51




emm..satu usaha yang baik!!
ana pun nak sumbang gak..nanti ana kumpul dulu ek..



Bookmark and Share

  


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-01-04 16:04



Sama2 kita jayakan projek ini..
Kang ni memang dah lama terlibat dengan penerbitan buku..
harap sahabat2 ukhwah boleh tolong carikan mutiara warisan utk dimuatkan dalam buku kecil ini..

terima kasih kaze.. anta ni memang cekap..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 11:39


erm.. ana pun nak berkongsi sesuatu.. memang minat dgn kata2 nasihat dari Lugman Al-Hakim.. ini dari koleksi ana..

**************************
NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Drpd apa yang telah diterangkan oleh AL-Quran berhubung dengan Luqman Al-Hakim:

1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam dan banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, yakin dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah S.W.T. Orang yang insaf dari kesalahan setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T. jua.

3. Hai anakku! Orang yang merasa dirinya lebih rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentias menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

4. Hai anakku! Seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

5. Jauhilah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu akan menjadikan dirimu hina d waktu siang dan hina di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat Allah S.W.T.

7. Hai anakku! Seseorang pendusta itu akan lepas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang, dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar.Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalnya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat, tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Hai anakku! Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sajalah yang menjadi utusan.

10. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat berdusta, sebab berdusta itu ketika sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan akibatnya dan bahayanya amat besar.

11. Hai anakku! Bila engkau menghadapi dua pilihan, menziarahi orang mati atau menghadiri mailis perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati. Sebab menziarahi orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat, sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu hanyalah akan mengingatkan kamu kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu, dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku! Janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya, dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan belum tentu yang pahit itu mendatangkan musibah.

14. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang takwa, dan musyawara segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

15. Hai anakku! Bukanlah suatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka dia tidak
mampu memikulnya padahal dia masih terus mengumpulkannya.

16. Hai anakku! Apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau, maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan, dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

17. Perbaikkanlah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu,kerana engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.


18. Hai anakku! Apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

19. Jagalah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau sanjungan dari orang lain, kerana penguasaannya itu akan menyebabkan diri kamu beroleh.

20. Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.

21. Hai anakku! Janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan Allah bukannya untuk urusan dunia sahaja. Tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

22. Hai anakku! Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti,janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

23. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, siapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun, dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

24. Hai anakku! Bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu.Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.

25. Hai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Jangan engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua,kerana akan aniayakan diri kamu.

26. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

27. Janganlah engkau tangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

28. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

29. Tiga orang yang tidak dapat dikenali perangai sebenarnya melainkan pada tiga keadaan.Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

30. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

31.Anakku,Bekerjalah untuk duniamu sebatas lama tinggalmu; bekerjalah untuk akhiratmu sekadar lama menetapmu; bekerjalah untuk Allah sekadar mampumu kepada-Nya; bekerjalah untuk neraka sebatas daya tahanmu terhadap panas apinya; janganlah memohon kecuali kepada yang tidak pernah meminta kepada siapapun; kalau engkau hendak bermaksiat, carilah tempat yang tidak terlihat Allah.

32. Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

33. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong),dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tak menyukai orang-orang yang sombong serta membanggakan diri

SUMBER RUJUKAN:
1. majalah We Care, 1997
2. tafsir al-quran








-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

  


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 08-01-04 11:59



Ana sokong segala usaha yg kalian lakukan....semoga berjaya......
InsyaAllah ana akan memberi sumbangan tetapi bukan
dalam masa yg terdekat ini(kerje banyak la.... awal tahun macam nie nal listing feedstock, closing market lagi uisshh.tapi demi ukhwah.com ana akan berusaha juga)

Bookmark and Share

  


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

perantausepi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah

Selangor  


posticon Posting pada: 08-01-04 12:24




suatu usaha yang baik... ana sokong dan cuba bantu mana yang terdaya....cuma ade pertanyaan sikit... ni hakcipta terpelihara ke? kalau ana nak ceduk mana2 kata2 hikmat untuk dimasukkan dalam mana2 penerbitan boleh tak?

Bookmark and Share

  


  Member Information For perantausepiProfil   Hantar PM kepada perantausepi   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 14:17


Wahh... dah ada sambutan! teruskan... nak cepat ni.

Mengenai Hakcipta:
Hakcipta selalunya ialah dari ayat ke ayat. Contoh:

Teks asal:
"Saya makan nasi"

Pindaan:
"Nasi itu saya makan."

Tak apalah... posting saja di sini. Nanti pandai-pandailah kita tulis semula supaya tak menyalahi akta hakcipta. Kita kena faham juga, pemegang hakcipta (harta intelek) yang asal ialah 4 Khalifah dan Luqman AlHakim sendiri.

(Saman kepada syarikat penerbitan atas buku saya yang dicetak semula bukan ayat ke ayat tetapi satu buku kemudian ditukar judul sampai sekarang tak selesai lagi... dah masuk 5 tahun)

Industri muzik: dikenali sebagai Lanun rompak cetak
Industri penerbitan: perompak
Internet: penyapu

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 15:33


sertakan sekali sumber rujukan kata2 hikmah tersebut...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

  


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

gimmiescript
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3198
Posting: 205
Dari: Hokkaido

japan  


posticon Posting pada: 09-01-04 00:28


Tahniah Kang ... teruskan usaha murni anda
Semoga Berjaya

-----------------
:: hankitae ::

Bookmark and Share

  


  Member Information For gimmiescriptProfil   Hantar PM kepada gimmiescript   Pergi ke gimmiescript's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-04 12:16




Ana sokong usaha ini....

Nanti ana carikan kata-kata hikmah khulafa' ini... insya-Allah...




-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

  


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-04 12:49


in the name of Allah the most gracious the most merciful

sedikit koleksi dari ana:


KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN


SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.


SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci.
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

telah di cut/paste menggunakan laman web http://www.al-azim.com/masjid/khulafa.html oleh penghantar posting.

semoga usaha yang murni ini dimudahkan oleh yang maha kuasa.


-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-01-04 13:50


assalamualaikum..

bagus cadangan Kang tu. saya sokong. tapi, mcm biasa, kewangan juga yg sering menjadi masalah bagi kita. ye tak. tapi, tiada masalah yg tiada penyelesaiannya.. insyaallah, lepas carik sponsor utk mega jk ni, saya cuba untuk dapatkan sponsor utk terbitkan buku tu.

saya dah ada beberapa syarikat yg mungkin dapat memberi sumbangan untuk mencetak buku tersebut. walau apa pun, kalau saya dah ada alamat penuh pemilik syarikat terbabit, saya akan PM pada kang, dan kang boleh send durat pada mereka..

"DON'T WORRY, I'M ALWAYS BE THERE TO HELP YOU ALL"

-----------------
believe, persist and archive

Bookmark and Share

  


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 09-01-04 14:20


Alhamdullilah... makin ramai yang prihatin dan menyumbang kata-kata warisan itu. Inilah namanya kerjasama. Bukan untuk sesiapa melainkan akhirnya untuk kita juga. Dari ukhwah untuk ukhwah.

azzahrawi... memang perlu sangat senarai syarikat tu. Hebat kerja anda!

Sepatah kata seorang jutawan, "Apa yang kamu beri itulah yang menjadikan kamu kaya, bukan apa yang kamu terima."


-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-01-04 21:48



ini ada sedikit kata-kata dari ALI BIN ABU THALIB:

*Apabila akal tidak sempurna maka berkuranglah bicara.
*Harga kebaikan manusia adalah menurut apa yang telah dikejarkan.
*Ilmu menjaga anda ,tetapi harta andalah yang menjaganya.
*Kejarlah ilmu kerana dengan ilmu anda dapat hidup selama-lamanya. Manusia pasti
mati tetapi yang berilmu tetap hidup.
* Segala keranjang dapat penuh kerana isi,hanya keranjang ilmu yang kian diisi kian minta tambah isi.

sumber:BUKU MUTIARA KATA.



to love someone is NOTHING,
to be love by someone is SOMETHING,
to be love by someone u love is EXCITING,
to be love by ALLAH is EVERYTHING.

[ Posting ini telah di edit oleh: uqu pada 2004-01-10 22:04 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-01-04 12:20



AlhamduliLLah...mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ana nak sumbang sedikit apa yang ana ada (moga Allah merahmati guruku, Ust. Azmi Ahmad atas budinya), moga2 ada manfaatnya, Insya Allah. Mari kita sama-sama mendoakan agar projek ini berjaya..Amin.

Kalam Sayyidina Ali
Iza Lam takun 'Aaliman Naatiqan, kun mustami'an waa'iyan
Kalau kamu tidak dapat menjadi org Alim yang petah berbicara, jadilah pendengar yang baik.

ALLAH KNOWS THE BEST

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'

Bookmark and Share

  


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-01-04 14:33


Quote:

On 2004-01-11 12:20, sunan-faqih wrote:

Kalam Sayyidina Ali
Iza Lam takun 'Aaliman Naatiqan, kun mustami'an waa'iyan
Kalau kamu tidak dapat menjadi org Alim yang petah berbicara, jadilah pendengar yang baik.




Seperti kata...Sunan.....Prof mungkin naik menjadi Pendengar yg baik...sebab Prof bukanlah penyampai...yg bagus...

Bookmark and Share

  


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-01-04 14:20


Saidina Ali

Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.

Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.

Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.

Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.

Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.

Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.

Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.

Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.

Tidak ada pujian bersama kesombongan.

Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.

Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.

Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.

Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan
perbincangan.

Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.

Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.

Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.

Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.

Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.

Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.

Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.

Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.

Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.

Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.

Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.

Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.


Saidina Umar R.A

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut.

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.

Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku.

Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat.

Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.

p/s: ada beberapa kata2 hikmah yg dah diposting oleh sahabat2 lain...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

  


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

nice_pesan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...

Perak  


posticon Posting pada: 13-01-04 12:38



fisrtly , tahniah pd kang ... idea yg best nih tak sabar nak tunggu bende ni siap nanti buleh lah nice tolong .... tolong beli....
pada sahabat sahabiah sumer moga berjaya yerk...
insyaAllaH...

-------------------------------
try to be better than yesterday

Bookmark and Share

  


  Member Information For nice_pesanProfil   Hantar PM kepada nice_pesan   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-01-04 12:49




saya bagi satu alamat ni, bro kang boleh la hantar surat secara formal pada diorang ye. saya dah tanya org syarikat tu samada depa boleh bagi donation atau tak. depa kata mmg depa selalu bagi donation.

alamatnya:
Zhulian Marketing Sdn. Bhd,
Plot 41 & 42,
bayan lepas industrial Estate,
Phase 4,
11900 penang.

lebih baik hantar faks pada depa. no faksnya, 04-6413020.

boleh hantar kepada MR. Kelmen Ooi. kalau tak salah saya, dia tu pengurus pemasaran Asia pasifik kotk. kalau nak letak nama CEO dia pun tak pa. nama dia Teoh beng Seng. mintak donation aje pada diorang. mmg diorang tu cina. itu tak nafikan.
kalau syarikat melayu pulak, saya tak hubungi CEO depa lagi. insyaalah, kalau dapat, saya bagi alamatnya.

saya cadangkan bro kang faks pada diorang aje, sbbnya melalui faks cepat lagi.
no telefon syarikat tu pulak 04-6412020.

"semoga berhasil"

-----------------
believe, persist and archive

Bookmark and Share

  


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 14-01-04 14:49



idea menarik Kang....dari ukhwah untuk ukhwah...
maaf sebab lambat respon ....
apa pun....semoga projek ni berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya....


Bookmark and Share

  


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 14-01-04 14:54


Kang..yang ni buleh kot ? "Takut gagal adalah gagal sejati, Takut mati adalah sebelum mati, Hidup itu ialah gerak dan gerak itu ialah maju,Berjuang dan naik jatuh dan naik lagi. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi besuk,Sebab itu kita tidak ada tempuh yang harus terbuang."Dr. Hamka

apa maksud dia..? mendalam betoi..

SEKSAAN YANG PALING HINA IALAH JATUH DARI PUNCAK KEMEGAHAN YANG DISANGKAKAN AKAN KEKAL. -HAMKA-

JANGAN MALAS MENGULANG KAJI, SEBAB LANCARNYA KAJIAN KERANA DIULANGI KAJI. PELUPA ADALAH PENYAKIT YANG BERBAHAYA BAGI ILMU PENGETAHUAN. ~ HAMKA ~

KALAU ANDA TIDAK SIBUKKAN DIRI ANDA DENGAN SESUATU YANG POSITIF, MAKA ANDA AKAN DISIBUKKAN DENGAN SESUATU YANG NEGATIF. ~IMAM SYAFIE ~

MANUSIA YANG PALING LEMAH IALAH ORANG YANG TIDAK SANGGUP MENCARI TEMAN DAN YANG PALING LEMAH DARIPADA ITU LAGI IALAH ORANG YANG MEMSIA -SIAKAN TEMAN YANG TELAH DIPEROLEHNYA. ~ IMAM AL - GHAZALI ~

Bookmark and Share

  


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 16-01-04 11:13


Abang Isnin... Bagus kata-kata hikmat dari Hamka itu. Tapi untuk Vol 1 ni.. dari 4 Khalifah dan Luqman Al-Hakim.

Cadangan: Vol 2 : Dari Imam-imam besar (mungkin) termasuk Ghazali, Tarmizi, dll.

Teruskan semua!

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahabdulmajid
Warga Rasmi
Menyertai: 16.11.2003
Ahli No: 5167
Posting: 3
Dari: Malaysia

Pahang  


posticon Posting pada: 19-01-04 10:47




apa khabar kang??kat sini saya ada kata2 dari Imam Al-Ghazali...

Cara mengubati penyakit takbur::::::

1) Apabila bersua dengan kanak2,anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka belum mempunyai dosa berbanding dengan kita.

2) Apabila bersua dengan orang tua,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah.

3) Apabila bersua dengan orang alim,anggaplah beliau lebih mulia drpd kita kerana banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahui.

4) Apabila bersua dengan orang jahil,anggaplah dia lebih mulia drpd kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya sedangkan kita berdosa krn kita memiliki ilmu.

5) Apabila bersua dengan orang kafir,katakan dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam.Maka semua dosa yang dilakukan sebelum Islam akan diampunkan oleh Allah.Sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus menerus melakukan dosa.Banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.


ok....nanti kalau saya ada koleksi lagi.saya hantar ye..


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahabdulmajidProfil   Hantar PM kepada sakinahabdulmajid   Quote dan BalasQuote

sakinahabdulmajid
Warga Rasmi
Menyertai: 16.11.2003
Ahli No: 5167
Posting: 3
Dari: Malaysia

Pahang  


posticon Posting pada: 20-01-04 09:55




ukiran kata-kata dari Iman Al Ghazali.::

Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu,jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan...


Ketahuilah bahawa harta itu seperti ular.Padanya ada racun dan pada nya ada penawar.Faedahnya itu ubat dan bahayanya itu ialah bisa.

Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahabdulmajidProfil   Hantar PM kepada sakinahabdulmajid   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-04 11:03


Quote:

On 2004-01-16 11:13, Kang wrote:
untuk Vol 1 ni.. dari 4 Khalifah dan Luqman Al-Hakim.

Cadangan: Vol 2 : Dari Imam-imam besar (mungkin) termasuk Ghazali, Tarmizi, dll.


buat ukhtie sakinahabdulmajid.. skrg ni kita dlm proses nak siapkan volume 1. jadinya, lebih baik andai anti tolong cari kata2 hikmat dari 4 khalifah dan Luqman Al-Hakim.

apa2pun.. kata2 hikmat yg anti dah beri tu boleh disimpan utk Vol.2 pula nanti.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

  


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-01-04 16:34



hm... usaha yang bagus... cuma ana harap satu perkara yang perlu diberi perhatian..iaitu...SUMBER MAKLUMAT ... lebih kurang cam footnote... sebabnya, biar apa sekali pu penerbitan yang nak kita buat, ia perlu ada sumber..sama ada primer or secunder... mudah bagi mereka yang nak buat research... ini untuk memastikan ketulenan sesuatu fakta atau sumber

Bookmark and Share

  


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

AL_FAKIR_ILALLOH
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.08.2003
Ahli No: 2901
Posting: 38
Dari: BANDUNG

indonesia  


posticon Posting pada: 22-01-04 15:44


InsyaAllah saya sokong,ide bagus
Bagaimana dgn pemasaran di Indo?saya siap bantu, mslh bahasa saya usul,bagaimana kalau tambah translation dlm english?

Bookmark and Share

  


  Member Information For AL_FAKIR_ILALLOHProfil   Hantar PM kepada AL_FAKIR_ILALLOH   Pergi ke AL_FAKIR_ILALLOH's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-04 22:40


Quote:

On 2004-01-22 15:44, AL_FAKIR_ILALLOH wrote:
InsyaAllah saya sokong,ide bagus
Bagaimana dgn pemasaran di Indo?saya siap bantu, mslh bahasa saya usul,bagaimana kalau tambah translation dlm english?



kalau ada yang sudi menawarkan diri utk jadi penterjemah boleh sahaja..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 14:42



Pada pandangan ana, kita perlukan seorang s/u atau pencatat utk susun semula kata2 Hikmah ni dengan lebih kemas, serta utk mengedit ejaan.

Harap ada sahabat2 yang sudi menawarkan diri.. sama2 kita sokong projek ini...

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 14:48


Sudah....
Tugas ini telah diserahkan pada DarulNuman81 (Alin)... Katanya Kang gunakan kuasa Veto...

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 15:05


Quote:

On 2004-01-24 14:48, Kang wrote:
Sudah....
Tugas ini telah diserahkan pada DarulNuman81 (Alin)... Katanya Kang gunakan kuasa Veto...



hehehe... veto pun vetolah..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-02-04 12:45




erm..dah senyap pula topik ni. kepada sahabat portal ukhwah.. jomlah bersama2 kita mengumpulkan kata2 hikmah dari 4 khalifah dan LuqmanAl-Hakim untuk dimuatkan ke dalam projek "MUTIARA WARISAN" ni.

Setakat ni.. ana dah edit sumbangan dari sahabat2 yg posting di forum ini tapi.. rerasanya masih tak mencukupi sbb kebanyakannya memberikan artikel yg sama.

oleh itu.. cepat sumbangkan sumbangan anda dlm bentuk kata warisan kepada komuniti kita ni.. just cut n paste dari mana2 artikel yg anda jumpa dan postingkan di sini. mudah je kan?

p/s: jadilah warga yg prihatin.. banyakkan menyumbang.. drpd mempersoalkan sumbangan org lain kepada anda..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

  


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 25-02-04 12:43



wahh.. projek baguss ni..
ana baru dpt mail dr hanan.. terus ana buke..
oo.. "mutiara warisan "
ana suke kumpul kata2 hikmah ni..
insyallah.. ana free nanti ana posting byk2 kata2 yg ana ade..(ana tgh demam exm ni. ) ok..
moge sucesss projek ni.. amin...

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

pejuangummah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2003
Ahli No: 2092
Posting: 178
Dari: Kota Bharu,Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-02-04 21:26



Alhamdulillah..teruskan usaha sahabat yang murni tu..ana akan juga membantu mengumpulkan kata-kata dan nasihat drpd 4 khalifah tu..Kalau dah siap sendkan kat ana sebab ana nak tolong bantu untuk mencari syarikat bagi menaja atau membeli iklan..wassalam..

Bookmark and Share

  


  Member Information For pejuangummahProfil   Hantar PM kepada pejuangummah   Quote dan BalasQuote

nizam04
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7095
Posting: 40
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-02-04 09:17


Ana setuju..bagus gak tu..

Bookmark and Share

  


  Member Information For nizam04Profil   Hantar PM kepada nizam04   Pergi ke nizam04's Website   Quote dan BalasQuote

AzeeArif
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7408
Posting: 59
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 26-02-04 11:26


...
Eee bestnya rancanagn ni...tapi azee tak tahu nak tolong macammana...tapi kalau nak suruh jadi pengedar kat ipt...azee boleh jadi wakil kat UTM...
tuje boleh tolong...tapi nanti azee cuba tanyakan kawan-kawan yang lain kalau diaorang ada mutiara kata yang best ok...

semoga usaha kita diberkati ALLAH

Bookmark and Share

  


  Member Information For AzeeArifProfil   Hantar PM kepada AzeeArif   Quote dan BalasQuote

aimanwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 307
Posting: 151
Dari: Mansurah_Mesir

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-02-04 23:12



insya ALLAH ana akan memberi sumbangan dan tolong mencari sponsor..

kepada semua sama²lah menyokong usaha yang baik lagi murni



Bookmark and Share

  


  Member Information For aimanwanProfil   Hantar PM kepada aimanwan   Pergi ke aimanwan's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-04 00:45



Alhamdulillah, ramai yang berminat...
Kalau ada bahan tu teruslah posting di sini.. boleh editor mutiara ni edit terus..
Jangan hanya semangat, moga dapat terlaksana terus..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 28-02-04 11:29




ana nak jadi pengedar kat tawau....dan wakil kat ITI....camana tu leh ke?

nanti ana posting kata2 hikmah yg ada dlm simpanan ana

Bookmark and Share

  


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-02-04 12:56


here ana editkan....
PENAWAR HATI
PETIKAN KATA-KATA HIKMAH IMAM AL-GHAZALI

·Seseorang yang kehilangan hasrat untuk mengetahui ilmu adalah semisal orang yang kehilangan nafsu makan, atau orang yang suka makan roti yang bercampur dengan tanah liat.
·Jika seseorang tidak mengetahui jiwanya sendiri yang paling dekat kepadanya, maka apa gunanya ia menuntut pelbagai macam ilmu pengetahuan yang beraneka ragam itu?
·Apabila cinta kepada Allah sudah sempurna, maka tidak ada sesuatu kesenangan yang dapat melebihi kesenangan dalam melakukan ibadah.
·Alam yang luas ini adalah kitab, syair, lukisan, ukiran dan bangunan yang penuh keindahan dan rahsia.Tidak terbatas tentunya ilmu dan kekuasaan Pencipta-Nya.
·Setiap yang indah itu dicinta tetapi yang mutlak indah hanyalah satu.Bahagialah orang yang telah sempurna cintanya kepada Dia.Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub(persesuaian) batin antara dirinya dengan Dia.
·Membantah sesuatu keterangan sebelum menegerti benar-benar hakikat keterangan itu, hanya akan menjadi bantahan serampangan saja.
·Ilmu hakiki itu ialah memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada dunia.Barangsiapa yang takut akan hal ini, maka ia tidak akan melepaskan yang lebih utama untul mengambil yang nista.
·Tugas utama manusia di bumi ini ialah mengadakan persiapan perbekalan untuk hari depan, di akhirat kelak.
·Kita harus ingat bahawa tidak semua bidaah itu dilarang, kecuali perbuatan itu jelas bertentangan dengan hokum agama.
·Apabila cinta kepada Allah itu sampai ke lubuk hati, maka semua cinta kepada selain-Nya akan tersingkir.
·Jagalah rahsia temanmu, tutupilah keburukannya dan diamlah jangan memperbesarkan kesalahannya yang sedang dibicarakan oleh orang lain.
·Sesungguhnya memandang wajah ulama atau orang solehah adalah termasuk ibadah.
·Meneliti dan mengenali diri sendiri adalah kunci rahsia mengenal Allah S.W.T
·Tiada kebahagiaan yang lebih utama daripada mempunyai ilmu hakikat mengenai Allah S.W.T.
·Tujuan perbaikan akhlak ialah untuk membersihkan hati daripada kekotoran hawa nafsu dan amarah, sehingga hati itu jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Allah S.W.T
·Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerak-geri dan tingkah lakumu.Justeru, kerjakanlah perkara baik-baik.
·Pusatkanlah segala perhatiannmu untuk bermunajat kepada-Nya.
·Diam dan jaganlah berbicara menegani sesuatu yang tiada faedah bagi agama.
·Segeralah memenuhi panggilan agama.
·Tundukkanlah kepala dan pandangan matamu.
·Jauhilah larangan-larangan agama.
·Berfikirlah selalu mengenai nikmat-nikmat dan keagungan-Nya
·Menangkanlah yang hak dan gugurkanlah yang batil.
·Janganlah segan kembali kepada yang benar walaupun terlanjur salah dalam memberi keterangan
·Berikanlah contoh dan teladan yang baik kepada murid dengan melaksanakan perintah agama dan meninggalkan larangannya, supaya dengan demikian apa yang engkau katakana mudah diterima dan diamalkan mereka.
·Dengarkan dan perhatikanlah segala apa yang dikatakan oleh ibu bapamu, selama masih dalam batas agama.
·Selalulah berusaha mencari keredhaan orang tuamu.
·Bersikaplah sopan -santun, ramah –ramah dan merendah diri terhadap orang tuamu.
·Barangsiapa yang tidak mengabdi hawa nafsunya, tidak akan mendapat pujian daripada masyarakat.
·Barangsiapa yang menjadi tukang fitnah dan mengumpat akan melihat dirinya sendiri dengan wujud seperti kanibal( manusia pemakan manusia) yang sedang memakan daging mayat saudaranya sendiri.Dan barangsiapa menjadi penghasut, iri hati dan dengki, maka ia akan melihatnya dirinya dengan wujud seperti orang yang melempar batu ke dinding, kemudian batu-batu itu berbalik menyerang mata anak-anaknya sendiri.
·Bersikap tawaduk dalam segala bentuk pergaulan.
·Janganlah terlalu suka bergurau dan bercanda
·Bersikap lemah lembut terhadap murid dan hendaklah kita dapat menyesuaikan diri atau mengukur kemampuan mereka.
·Hendaklah sabar dan teliti dalam mendidik murid yang kurang cerdas.
·Janganlah kita keberatan menjawab “ Aku kurang mengerti ”jika memang belum menjawab sesuatu masalah.
·Pusatkanlah perhatian kepada murid yang sedang bertanya dan memahami benar isi pertanyaannya.
·Terimalah alas an yang benar, sekalipun daripada pihak lawan.
·Janganlah menggantungkan harapan kepada selain daripada Allah
·Rendahkanlah hatimu kepada Allah
·Sesalilah segala perbuatan yang tercela dan berasa malulah di hadapan Allah.
·Hindarilah segala tipu daya yang tidak terpuji dalam mencari nafkah, dengan keyakinan bahawa Allah S.W.T selalu melimpahi segala usaha kebaikan dan sertai dengan tawakal kepada-Nya.
·Hendaklah seseorang guru menerima masalah-masalah yang dikemukakan oleh muridnya.
·Sabar dan tabah dalam menghadapi segala persoalan.
·Bersikaplah lemah lembut dan sopan santun dengan menundukkan kepala.
·Janganlah sombong terhadap sesama makhluk kecuali terhadap mereka yang sombong.

PETIKAN KATA-KATA HIKMAH SAIDINA ALI.

·Allah menyayangi seseorang yang mengenal kemampuannya dan tidaklah kekuasannya menjadikannya melampaui batas.
·Musuh terbesar itu ialah yang tersembunyi tipu dayanya.
·Budak nafsu itu adalah lebih hina daripada budak belian.
·Cukuplah dosa menolong orang yang berdosa.
·Tidaklah seseorang menyembunyikan rahsia hatinya, melainkan akan nampak pada tutur katanya dan terlukis pada wajahnya.
·Orang kikir mempercepat kemiskinan bagi dirinyi.Dia hidup di dunia laksana orang miskin dan akan dihisab kelak pada akhirat dengan hisaban orang kaya.
·Tutur kata orang berakal itu berada di sebalik hatinya, sedangkan hati orang yang bodoh itu terletak pada tutur katanya.
·Ilmu itu mengangkat darjat orang biasa dan kebodohan itu merendahkan darjat orang bangsawan.
·Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjagamu dan engkau menjaga engkau.
·Kebaikan itu memutuskan lidah.
·Manusia itu tidur, jika mati barulah dia bangun.
·Seseorang tidak akan binasa apabila dia mengetahui kemampuannya.
·Nilai seseorang ditentukan oleh amal kebaikannya.
·Tidak ada kedamaian bersama kedengkian.
·Peribadi seseorang tersembunyi di bawah lidahnya.
·Dengan perbuatan baik, orang merdeka dapat diperbudak.
·Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikan apa yang dibicarakannya.
·Tidak ada kemenangan bersama kederhakaan.
·Tidak ada pujian bersama kesombongan.
·Tidak ada kesihatan bersama kerasukan dan kurang ceria.
·Janganlah melakukan kebaikan untuk dipuji dan janganlah meninggalkannya kerana malu.
·Hiburkan hati kerana apabila ia benci, ia akan menjadi batu.
·Petunjuk adalah sebaik-baik pemimpin, akhlak baik adalah sebaik-baik kawan, akal adalah sebaik-baik sahabat, dan adab adalah sebaik-baik warisan.
·Amal kebaikan tidak akan diterima kecuali dengan ketakwaan.
·Setiap kesulitan akan ada penghujungnya.
·Janganlah menjadi orang yang mengharap akhirat tanpa amal kebaikan dan menangguhkan taubat kerana angan-angan.
·Orang yang menang dengan penganiayaan pasti akan mengalami kekalahan.
·Kekayaan paling bermakna ialah akal, kemiskinan paling ketara adalah bodoh dan kemuliaan paling mulia akhlak terpuji.

* sumber dari keratan akhbar berita harian..


Kata-kata Imam Syafie tentang ilmu..

·Sesiapa menuntut ilmu, maka hendaklah ia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
·Perhiasan ulama’ ialah petunjuk (At Taufik) manakala pakainnya pula ialah baik akhlaknya sementara kecantikan mereka ialah jiwa mulia
·Sesiapa hendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga hendaklah ia mencari ilmu.
·Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi ketua, apabila kamu menjadi ketua maka tidak ada jalan lagi untuk belajar.

Nasihat Imam Syafie r.a
·Orang yang membenarkan Allah S.W.T, nescaya terlepas dari bahaya
·Orang yang sayang kepada agama-Nya, nescaya dari kehinaan
·Orang yang zuhud pada dunia, nescaya tetaplah dua matanya memandang pahala daripada Allah Taala pada hari esok.

Orang yang ada padanya 3 perkara…

·Orang yang menegakkan amar maa’ruf terhadap orang lain dan terhadap dirinya.
·Orang yang menjalankan nahi mungkar terhadap orang lain dan terhadap dirinya.
·Orang yang menjaga batas-batas yang ditentukan oleh Allah Taala


ana sokong kalimah hanan tu..**Jangan hanya semangat, moga dapat terlaksana terus.....


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

qurratu_ain
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2718
Posting: 19
Dari: puchong

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-04 19:01



Hm...nampaknya ana dah banyak ketinggalan...
Kebetulan ana buka pm hari ni, barulah tahu ada projek besar rupanya selama ni....
Ttg kata2 hikmah tu, InsyaAllah, ana akan cuba bantu coz ana pun mcm sahabat2 yg lain, suka collect mutiara kata/tazkirah...
Nanti ana sendkan bila ana ke cc lagi...
Ttg promosinya...InsyaAllah ana sukarela utk jadi 'agen'nya di PUO dan sekitar ipoh ni...(w/pun ana 'ex-puo'...) Setakat kat kamsis, InsyaAllah ada harapan dlm jualan ni... Doakan sahajalah agar usaha kita semua ni dipermudahkan jalan olehNya...


Bookmark and Share

  


  Member Information For qurratu_ainProfil   Hantar PM kepada qurratu_ain   Quote dan BalasQuote

rabiatul_0112
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6929
Posting: 27
Dari: bumi Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 29-02-04 02:20




Ermm..buat masa ni..sume kata2 dr khalifah tu..yg shbt sume dh bg....tp..insyaAllah..ana akn usahakan cari..spy Projek Besar ni..menjadi..ok...tu je...

Bookmark and Share

  


  Member Information For rabiatul_0112Profil   Hantar PM kepada rabiatul_0112   Quote dan BalasQuote

rabiatul_0112
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6929
Posting: 27
Dari: bumi Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 29-02-04 02:20




Ermm..buat masa ni..sume kata2 dr khalifah tu..yg shbt sume dh bg....tp..insyaAllah..ana akn usahakan cari..spy Projek Besar ni..menjadi..ok...tu je...

-----------------
Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah!

"Bersama Perjuangkan Dakwah Islamiyah..walau apa wadah yg digunakan sekalipun..!!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For rabiatul_0112Profil   Hantar PM kepada rabiatul_0112   Quote dan BalasQuote

rabiatul_0112
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6929
Posting: 27
Dari: bumi Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 29-02-04 02:20




Ermm..buat masa ni..sume kata2 dr khalifah tu..yg shbt sume dh bg....tp..insyaAllah..ana akn usahakan cari..spy Projek Besar ni..menjadi..ok...tu je...

-----------------
Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah!

"Bersama Perjuangkan Dakwah Islamiyah..walau apa wadah yg digunakan sekalipun..!!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For rabiatul_0112Profil   Hantar PM kepada rabiatul_0112   Quote dan BalasQuote

abusuffian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 403
Posting: 134
Dari: Segamat

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-03-04 18:04


Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak
bersifat sombong dan angkuh :

1. jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah
kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana
kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada
kita.
2. apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama
beribadat.
3. jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang
telah mereka pelajari dan ketahui.
4. apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih
mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam
kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan
mengetahui.
5. jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih
mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf
dan bertaubat atas kesalahannya.
6. apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di
dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka
akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam,
maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.


Bookmark and Share

  


  Member Information For abusuffianProfil   Hantar PM kepada abusuffian   Pergi ke abusuffian's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-03-04 09:00


Quote:

Berikutan anggaran nipisnya buku Mutiara Warisan, jadinya akan masukkan lagi kata-kata hikmah yang baru.Maksudnya termasuk Imam-Imam Besar seperti Ghazali, Syafiee, Hanafi, dan lain-lain.

Jadi Tajuknya kekal sama: Mutiara Warisan, cuma tidak terhad kepada 4 Khalifah dan Luqman Al-Hakim.


***PENGUMUMAN INI AKAN BERKUATKUASA DENGAN SERTA MERTA.

Berikut adalah senarai nama sahabat2 yg sudi menjadi pengedar2 utk projek ini..

1. qurratu_ain : agen di PUO dan sekitar ipoh

2. raihanahfirdaus : agen tawau dan wakil kat ITI

3. AzeeArif : agen UTM

Jom sumbangkan kata2 hikmah.. kalau nak jadi pengedar pun boleh.. hanya posting di sini..

p/s: kuasa veto mu... kuasa veto ku jua..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

  


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 05-03-04 10:59




saidina Ali berkata tentang akal;

* akal seseorang adalah disiplin dan keteraturannya
* akal adalah dasar yang paling kuat
* akal adalah kenderaan ilmu dan ilmu adalah kenderaan kebijaksanaan
* akal adalah kebaikan setiap urusan
* akal adalah pedang paling tajam
* akal adalah utusan kebenaran
* akal adalah imam bagi fikiran, fikiran adalah imam bagi hati, hati adalah imam bagi indera dan indera adalah imam bagi anggota badan
* akal adalah pokok ilmu dan penyeru kepada kefahaman

saidina Ali berkata tentang hikmah ;

* hikmah adalah barang yang hilang bagi orang mukmin,maka carilah hikmah walau dari dada orang musyrik, kerana engkau lebih berhak ke atasnya
* hikmah adalah pohon yang tumbuh dan berbuah lisan
* barangsiapa yang mengetahui hikmah maka dia tidak sedar untuk menambahnya
* awal hikmah adalah meninggalkan kelazatan dan akhirnya membenci segala yang fana
* batas hikmah adalah berpaling dari alam fana dan kerinduan kepada alam baka
* termasuk hikmah itu ia mengetahui akan dirinya sendiri
* termasuk hikmah ialah engkau tidak bertengkar dengan orang yang diatasmu, tidak meremehkan orang yang selainmu, tidak menerima sesuatu diluar kemampuanmu, lisanmu tidak menyalahi hatimu dan ucapanmu tidak menyalahi perbuatanmu, engkau tidak menyatakan sesuatu yang tidak engkau ketahui, tidak meninggalkan suatu perkara tatkala ada dan tidak mencari-cari tatkala tiada
* asas hikmah ialah berpegang kepada kebenaran dan mentaati orang yang benar
* yang tidak memanfaatkan hikmah ialah akal yang terbelenggu oleh marah dan syahwat
* yang tidak memanfaatkan nasihat adalah hati yang terpaut pada syahwat
* barangsiapa mengetahui hikmah maka manusia akan memandangnya penuh ketenangan dan kharisma
* kalimah hikmah mana lagi yang lebih sempurna dari perkataan,engkau menginginkan bagi seseorang apa-apa yang engkau inginkan bagi dirimu, dan engkau membenci bagi seseorang apa-apa yang engkau benci bagi dirimu
* para hukama adalah yang paling mulia dirinya, yang paling banyak sabarnya, paling cepat ampunannya dan yang paling lapang ahlaknya
* sesungguhnya perkataan orang yang bijak, jika benar adalah ubat dan jika salah adalah penyakit

*****************bersambung***************



Bookmark and Share

  


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-03-04 17:01




insyaAllah
irda82: UiTM sg petani / sg petani,kedah

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 15:52


miyuki = saye sudi dan sanggup nk jadi pengedar di sekitar kawasan new Zealand (termasuk auckland,christchurch dan wellington)

in sya Allah saye promote2kan kat kawan2 sini.
tp kene jual mahal sket la pade depe pasal nk tampung kos penghantaran.

harap saye membantu ajk mutiara warisan ni

-----------------
~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~

Bookmark and Share

  


  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 18:52


Alhamdulillah, wakil pengedar pun dah dapat. Ana sendiri akan edarkan di UM. Moga2 buku ni akan dapat dihasilkan sebelum ana tamat belajar.

Ada sedikit sumbangan mutiara warisan dr sahabat kita nazirah. Ana tak pastilah dah ada ke tidak.. Nanti kak alin tolong semakkan.

_______________________________________

Saiyidina Ali bin Abi Thalib pernah menyuarakan kebimbangannya,
“YANG SAYA KHUATIR ATAS KAMU DUA PERKARA, IAITU PANJANG ANGAN-ANGAN DAN MENURUTKAN HAWA NAFSU. INI KERANA PANJANG ANGAN-ANGAN ITU DAPAT MELUPAKAN AKHIRAT, MANAKALA MENURUTI HAWA NAFSU ITU MENGHALANGI DARIPADA KEBENARAN (HAK).”


Umar pernah berkata,
“KEBAIKAN ITU ADALAH SUATU HAL YANG RINGAN, IAITU MENUNJUKKAN MUKA BERSERI-SERI DAN MENGUCAPKAN KATA-KATA YANG LEMAH-LEMBUT.”

Pesan Abu Bakar dalam pidatonya dalam upacara pelepasan pasukan perang menuju ke Mu’tah dan Tabuk,
“ JANGAN BERKHIANAT, JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN, JANGAN MENIPU (BERBUAT MUNGKAR), JANGAN MEMBUNUH LAWAN DENGAN CARA KEJAM, JANGAN MEMBUNUH ANAK-ANAK, LELAKI LANJUT USIA, DAN WANITA. JANGAN MENEBANG POKOK KURMA ATAU POHON-POHON YANG SEDANG BERBUAH, JANGAN MELAKUKAN PEMBAKARAN, JANGAN MENYEMBELIH DOMBA, SAPI DAN UNTA KECUALI HANYA UNTUK SEKADAR KEPERLUAN DIMAKAN DAGINGNYA. NANTI KALIAN AKAN BERJUMPA DENGAN ORANG-ORANG YANG BERTAPA DALAM BIARA, BIARKAN MEREKA DAN JANGAN MENGGANGGU MEREKA.”


Pesan-pesan berharga ang pernah diucapkan Saidina Abu Bakar kepada Umar semasa hidupnya,
“ AKU MENUNJUK ENGKAU SEBAGAI KHALIFAH SESUDAHKU DAN BEPESAN PADAMU AGAR BERTAKWA KEPADA ALLAH. BAGI ALLAH, ADA AMALAN YANG HARUS DIKERJAKAN MALAM HARI YAN GTIDAK DAPAT DITERIMA-NYA PADA SIANG HARI DAN ADA PULA AMAL PERBUATAN YANG HARUS DIKERJAKAN PADA SIANG HARI YANG TIDAK DAPAT DITERIMA-NYA PADA MALAM HARI. ALLAH TIDAK MENERIMA AMALAN TAMBAHAN (NAFILAH) SEHINGGA DIKERJAKAN YANG WAJIB. ORANG-ORANG YANG BERAT TIMBANGAN AMAL KEBAJIKANNYA DI HARI KIAMAT NANTI ADALAH MEREKA YANG MENGIKUTI KEBENARAN DI DUNIA. TETAPI ORANG YANG SELAMA DI DUNIA CONDONG DAN MENGIKUTI KEBATILAN MAKA TIMBANGAN KEBAJIKANNYA AKAN RINGAN. ALLAH MEMANGGIL AHLI SYURGA DENGAN MENYEBUT PERBUATAN MEREKA YANG TERBAIK DAN MEMBATASI AMAL MEREKA YANG BURUK. KALAU AKU INGAT MEREKA, AKU BERKATA: “AKU TAKUT MENJADI SERUPA MEREKA.” DAN ALLAH MEMANGGIL AHLI NERAKA DENGAN PERBUATAN MEREKA YANG PALING KEJI. BILA AKU MENGINGAT MEREKA, AKU BERKATA: “AKU BERHARAP TIDAK MENJADI SERUPA MEREKA.” ALLAH MENYEBUT AYAT RAHMAT BERSAMAAN DENGAN AYAT AZAB DAN SEKSA AGAR MANUSIA TERTARIK UNTUK MENGIKUTI, MERASA TERANCAM LALU MENJAUHI KEBATILAN.

“HENDAKLAH MANUSIA MENGHARAPKAN KEBAJIKAN DARI ALLAH, JANGAN MENJERUMUSKAN DIRI KE DALAM KEBINASAAN. KALAU ENGKAU TELAH MERESAPI PESAN-PESANKU INI, JANGANLAH ADA SESUATU YANG GHAIB YANG PALING ENGKAU SENANGI SELAIN KEMATIAN ANG PASTI AKAN MENIMPA DIRIMU. TAPI KALAU ENGKAU MENGESAMPINGKAN PESANKU, MAKA TIDAK AKAN ADA SESUATU YANG GHAIB YANG LEBIH ENGKAU BENCI DARIPADA KEMATIAN DAN ENGKAU TIDAK AKAN DAPAT MENGHINDAR DARI AZAB ALLAH.”



Ketika Umar Al Khattab menjadi khalifah, beliau berkata kepada orang-orang yang berada di sekitarnya,
“ AKU MELIHAT DIRIKU PENGGEMBALA KAMBING MILIK AYAHKU DAN SEKARANG AKU DILIHAT DAN TIADA ADA DI ATASK KECUALI ALLAH, RABB SEMESTA ALAM.”




-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-03-04 12:50




Terima kasih kepada yg telah menyumbang kata2 mutiara ni.. kepada yg nak beri lagi.. cepat2lah beri yeaa.. sebab pengarah projek ni dah beri tempoh dateline pada ana sehingga bulan Mac ni saja... utk edit artikel ni yg seterusnya akan dicetak utk edisi pertama.

Berikut adalah senarai nama sahabat2 yg sudi menjadi pengedar2 utk projek ini..

1. qurratu_ain : agen di PUO dan sekitar ipoh

2. raihanahfirdaus : agen tawau dan wakil kat ITI

3. AzeeArif : agen UTM

4. irda82: agen UiTM sg petani / sg petani,kedah

**5. miyuki : agen di sekitar kawasan new Zealand (termasuk auckland,christchurch dan wellington)

6. Hanan : agen UM

7. darul_numan81 : agen USM

p/s: tak kiralah andai ada yg sama.. insyaAllah ana akan editkan juga.
wassalam



-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

  


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

shah2873
Warga Rasmi
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7388
Posting: 7
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-04 23:13



Nasihat Saidina Umar ttg anak2 Syaitan:
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
>
>
>1. Zalituun
>
>Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
>Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
>tidak perlu.
>
>
>2. Wathiin
>
>Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
>terhadap Allah.
>
>
>3. A'awan
>
>Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
>Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
>tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
>
>
>4. Haffaf
>
>Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
>berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
>minuman keras).
>
>
>5. Murrah
>
>Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
>lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
>
>
>6. Masuud
>
>Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
>umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
>
>
>7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
>
>Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
>ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
>isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
>hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
>kemusnahan rumah tangga lagi).
>
>
>8. Walahaan
>
>Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
>berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
>
>
>9. Lakhuus
>
>Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Bookmark and Share

  


  Member Information For shah2873Profil   Hantar PM kepada shah2873   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-04-04 16:22


Kak alin tolong edit yer.



Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hambakepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu !benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."



Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi. AL-IMAM HASAN AL-BANNA


Ketika Imam Ghazali bertanya" Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

(Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
)



JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan - UMAR AL-KHATTAB

FIKIRAN hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur - IMAM SYAFIE

TEMAN manusia yang paling abadi ialah akal dan musuh paling durjana ialah jahil - SAIDINA ALI


IKLAN:
Bersama merealisasikan Mega JK Ukhwah 2004



[ Posting ini telah di edit oleh: irda82 pada 2004-04-21 12:15 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

karkuntimur
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2003
Ahli No: 4433
Posting: 49

Selangor  


posticon Posting pada: 13-04-04 10:57




hai apa khabar???
nampaknya semua orang bersemangat dalam melakukan amal kebaikan. tapi saya ada satu cadangan. saya rasa sangat perlu dalam sasuatu pencetakan. saya cadangkan diadakan editing, research dimana segala kata-kata yang telah diberi oleh kekawan itu dikumpulkan dan kemudian disemak dan di sahkan dari mana sumber-sumber itu diperolehi.
adakah sahih dari kata-kata ulama' dan khulafa' .
sebab saya rasa itu sangat penting dan insya-allah menjamin keberkatan.

sebab kadang-kadang itu hanya kata-kata dari orang tua-tua atau orang-orang terdahulu.
dan tertumpu dalam konteks yang tertentu sahaja.
bukan bermaksud secara menyeluruh.

kata-kata sahabat contohnya... sangat penting untuk disahihkan adakah ianya dari sahabat sebab sahabat pernah berjumpa dengan Nabi SAW. maka ada yang sahabat lakukan dijadikan sebagai hujah dalam agamaseperti ulama' terdahulu yang menjadikannya sebagai hujah untuk sesuatu hukum.

ini hanya cadangan dan ana rasa sangat penting untuk menjamin kualiti dan rasa tanggungjawab dalam menyebarkan ilmu yang bernas dan tepat.

ok..itu sahaja.
bye.


Bookmark and Share

  


  Member Information For karkuntimurProfil   Hantar PM kepada karkuntimur   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-05-04 13:10


Quote:
Langkah seterusnya
1. Kang akan buat typesetting dan cover design
2. Mencetak bila dah cukup modal
3. warga Ukhwah yang prihatin akan sama-sama mencari pasaran.
4. Melantik wakil-wakil jualan di IPT



Quote:
Modal mencetak:
Oleh kerana belanja percetakan agak tinggi maka kita perlu mencari sponsor untuk mencetak. Setiap sponsor akan dicetak iklan mereka di dalam buku ini, di kulit belakang atau di dalam, b/w atau warna bergantung kepada jumlah sumbangan sponsor mereka





Alhamdulillah, langkah pertama telah pun siap. Jadi diharap kepada semua ahli untuk membantu dalam langkah pencarian penajaan. JIka anda kenal dengan dermawan2, ataupun orang kuat masjid diharap dapat membantu mendapatkan penajaan dr mereka...

Jika ada pihak yang sudi memberikan respons sila maklumkan segera pada ana ataupun terus pada Kang untuk urusan percetakan. Bila dah komfem baru inform jangan hanya janji2 manis. Kita perlu bertindak segera. Kata2 kosong tidak diperlukan....

Terima kasih juga pada kak Alin yang telah mengumpulkan mutiara2 ini..


-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.171729 saat. Lajunya....