Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Jejak Nasyid
Topik: Akhlak Seorang Penasyid @ Pendakwah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Nasyid
    »» Akhlak Seorang Penasyid @ Pendakwah

Please Mendaftar To Post


Oleh Akhlak Seorang Penasyid @ Pendakwah

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-11-03 08:55


akhlak seorang penasyid @ pendakwah

alhamdulillah, semakin hari semakin banyak group nasyid yang muncul dan nasyid bukan saja dapat tempat di kalangan pencinta hiburan islam tapi juga didengari oleh semua lapisan masyarakat yang masih lagi leka dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan. Sekurangnya nasyid didengari dan dapat jadi benteng di tengah kelalaian
mendengar hiburan yang merosakkan. Dalam suatu wawancara dalam MHI dengan group nasyid HAIKAL, antara soalan yang ditanya kepada HAIKAL ialah boleh cari makan ke dalam situasi sekarang dah terlalu banyak group nasyid yang muncul, tak takut dengan persaingan ke. Alhamdulillah jawapan yang diberikan memang tepat, katanya semakin banyak group nasyid yang muncul semakin kuat irama nasyid di persada muzik malaysia, dan semoga ia dapat menenggelamkan
hiburan lain yang jelas melalaikan manusia.

Walaubagaimanapun, sebagaimana pendengar dan peminat nasyid, kita tak seharus terlalu memuja penasyid-penasyid
yang ada. Sememangnya kita tak seharusnyanya memuja mereka tapi memberi sokongan dan dorongan supaya group2 nasyid meneruskan dakwah mereka melalui irama nasyid ini. Pujian yang melebihi pujian Allah kepada mereka bisa
membuatkan mereka lalai dan tenggelam dalam arus pujian-pujian, dikagumi kerana suaranya yang mantap, diminati
kerana paras rupa yang cantik. Memanglah niat mereka suci bersih untuk berdakwah menyampaikan hiburan yang mendidik
jiwa tapi bayangkan jika kita sering muncul di kaca TV, sentiasa disebut-sebut. Kita yang hidup sebagai orang awam ini pun tak terlepas dari ujian ujub, riak, bangga diri dan sebagainya apatah lagi mereka yang hidup sebaris dengan mereka yang digelar artis. Mereka dihujani surat-surat peminat, diminta untuk bergambar, diminta autograf, batasilah
semua ini dengan niat dihati bahawa aku adalah seorang pendakwah bukanlah seorang artis untuk mendapat publisiti

Memetik kata-kata vokalis qatrunada,abu rawahah atau sekarang dikenali dengan mawaddah putera katanya dia malu digelar artis dan dilebih senang digelar pendakwah. Katanya bernasyid bukanlah untuk menonjolkan diri dikhalayak ramai tapi
bernasyid untuk menglamourkan Tuhan, mempromosikan Tuhan kepada manusia.

Penasyid hari ini juga tidak seharusnya mengharapkan bayaran untuk peribadi mereka tapi bayaran untuk setiap
show adalah untuk menampung kos-kos maintenance dan sebagainya sebab apa yang mereka sampaikan adalah kalimah-
kalimah Allah dan petikan hadith2 Nabi. Mereka ibarat ustaz yang sedang memberi kuliah cuma dalam konteks yang
berbeza. Sebagaimana seorang tuan guru yang benar2 ikhlas yang menyampaikan ilmunya sudah tentu apa yang disampaikan
akan diamalkan oleh anak murid yang mendengarnya. Begitulah para penasyid sekalian, ikhlaskan dirimu dalam perjuanganmu, adalah semata-mata untuk mencari redha Allah semata-mata dan bukanlah untuk mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia. Semoga apa yang disampaikan mampu mendidik jiwa manusia untuk kembali kepada Tuhan dan bukanlah sekadar hiburan semata-mata.

Penasyid-penasyid juga harus menjadi role model kepada masyarakat khususnya remaja. Samada dari segi penampilan
mereka, pergaulan, amal ibadah mereka haruslah selari dengan apa yang disampaikan.

Juga kita sebagai pendengar dan peminat janganlah kita terlalu memuja mereka dengan menghantar surat peminat
dan sebagainya lebih-lebih lagi di kalangan muslimat. Minatilah lagu dan liriknya jangan minat tuannya kerana anda bisa membuatkan penasyid-penasyid muslimin boleh cair apabila dipuji oleh seorang yang bernama wanita.

Dorongan dan sokongan kita untuk mengekalkan dan memartabatkan hiburan yang diredhai Allah ini di atas muka bumi ini
dan menenggelamkan hiburan barat yang merupakan salah satu agenda barat untuk menghancurkan islam. Belilah kaset dan CD yang original untuk menyokong penasyid-penasyid kita untuk terus berjuang dalam persada irama nasyid di malaysia.


" Berhati-hatilah menggunakan kalimah suci. Kalimah-kalimah suci jangan dijadikan untuk berlalai-lalai atau mencari rezeki. Janganlah dijadikan lafaz-lafaz yang mulia untuk cari nama. Untuk mendapatkan harta, dunia dan glamour " ( petikan lirik Satu Peringatan : Diwani )



-----------------
Di mana bumi dipijak disitu hukum Allah dijunjung....bukan hukum lord reid

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-11-03 02:57


السلام عليكم

bg sya nasyid ini yg spatutnya di'tonjolkan ialah maksud yg tersirat or tersurat dlm lirik tersebut. bukannya artis, sampai kdg² ada yg terlampau minat

oleh itu sya cadangkan agar semua yg menganggap dirinya pendakwah dlm lagu² nasyid ini menyediakan ruangan untuk mengupas isi lirik, agar pendengar/peminat akan lebih menghayati lirik bukan hanya sedap mendengar melodinya sahaja or suara² yg mengasyikan.

cuba kita igt lagu² nasyid lama, melodi lagu tak sedap pun, kdg kompang, 2-3 alat music or xda langsung. tp messege tu sampai dan apa yg dilihat kekuatan 'akhlak islam' dlm nasyid ini lebih mantap berbanding skrg. skrg bukannya tak bagus, bagus, cuma 'populariti' artis adalah lebih berbanding 'dakwah' yg hendak disampaikan.

entah lah. mungkin sya salah. wlapapun sama² kita memperbaiki diri kepada yg lebih baik. isya'Allah


-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-03 15:32


betullah tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

janggut
Warga Rasmi
Menyertai: 11.11.2003
Ahli No: 5063
Posting: 4
Dari: sepang

Selangor  


posticon Posting pada: 29-11-03 09:42



Sebenarnya apabila nak difikirkan memang bagus kita mempunyai kumpulan nasyid yg kekadang boleh menggantikan lagu lagu yg melalaikan di media arus perdana. Namun sebenarnya yang penting adalah bukan sahaja lirik atau lagu yang sepatutnya menjadi motif utama selain dari keuntungan penjualan cd or tape....tetapi penonjolan akhlak yang mulia juga amat penting yang menjadi cermin sebenarnya seorang muslim or pendakwah melalui lagu.
Jgn kita sibuk menyanyi lagu nasyid tetapi seperti org skrg ckp ( cakap tak serupa bikin ) lagu bagus nasihat orang ramai tetapi akhlak masyallah tuhan saja yang tahu. Saya kata nie bukan untuk menjatuhkan maruah kump. nasyid tetapi inilah terjadi pada saya ketika bulan puasa yang lepas. Sehinggakan asyik dengan lagu mrk(nama kump. dirahsiakan) sanggup melagukan ketika didalam surau yang ketika itu ....ada yang sedang solat isyak dan terawih. Mentang mentang lah kump. nasyid semua org kenal rasa boleh buat apa saja tanpa mengirakan hak org lain utk melakukan ibadah. Lagu bagus dan nasihat org alhamdulillah cantik tapi diri sendiri belum betul ... tapi saya faham tak ade manusia yg terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. Anyway saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan tulisan saya ...selamat hari raya maaf zahir dan bathin

Bookmark and Share

    


  Member Information For janggutProfil   Hantar PM kepada janggut   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-03 21:49


sian tul la.

biar kita mintak tuan sifu kens2005 setelkan...

ayuh...
Wachaaa...


-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-03 21:50


sian tul la.

biar kita mintak tuan sifu kens2005 setelkan...

ayuh...
Wachaaa...


-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 08-12-03 17:30


herm..penasyid = pendakwah...semua kita ni berdakwah..tapi maybe cara je berbeza...nasyid salah satu cabang dakwah..melalui hiburan..nyanyian..
bukan artis nasyid je kena baik akhlaknya...kita semua pun sama..selalu muhasabah diri..perbaiki kelamahan diri...yang penting..be yourself..dan jgn jadi hipokrit...
we are the model of the ummah !..

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

ZaufanTM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5451
Posting: 66
Dari: Lembah Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 30-01-04 11:14


..
Mujahadatunafsi, ingat lg ana tak?ana ni kan satu geng dgn Ustaz Husni..
Betul..sebenarnya nasyid m'gajak kita rasa kehambaan..selaku diri kita sbg hamba yg lemah,daif..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ZaufanTMProfil   Hantar PM kepada ZaufanTM   Quote dan BalasQuote

Nasliyana-Wafa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7355
Posting: 126
Dari: alor setar

Kedah  


posticon Posting pada: 03-03-04 11:43


hm...bagi ana la kan sepatutmya akhlak seorang penasyid mestilah selari dgn ape yg cube di sampaikannye...bayangkan kalau akhlak die tak selari dgn ape yg cube di sampaikan....org nak respect pun was was...tapi kite pun tahu maneeeela ade sebaik manusia dlm dunia ni kecuali nabi je...penasyid ni pun manusie gak...tapi kalau dah sampai perasan diri tu bagus dari org lain....ehem..mcm mane ye...sedar2 leee.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nasliyana-WafaProfil   Hantar PM kepada Nasliyana-Wafa   Quote dan BalasQuote

Nasliyana-Wafa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7355
Posting: 126
Dari: alor setar

Kedah  


posticon Posting pada: 03-03-04 11:43


hm...bagi ana la kan sepatutmya akhlak seorang penasyid mestilah selari dgn ape yg cube di sampaikannye...bayangkan kalau akhlak die tak selari dgn ape yg cube di sampaikan....org nak respect pun was was...tapi kite pun tahu maneeeela ade sebaik manusia dlm dunia ni kecuali nabi je...penasyid ni pun manusie gak...tapi kalau dah sampai perasan diri tu bagus dari org lain....ehem..mcm mane ye...sedar2 leee.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nasliyana-WafaProfil   Hantar PM kepada Nasliyana-Wafa   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-03-04 20:57



ana setuju sangat dengan nasihat ini dan turut bersetuju ngan kaze melalui kata-katanya....
Quote:
spatutnya di'tonjolkan ialah maksud yg tersirat or tersurat dlm lirik tersebut. bukannya artis, sampai kdg² ada yg terlampau minat

majulah dakwah melalui nasyid dan majulah nasyid untuk berdakwah

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

puteri_qistina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7091
Posting: 137
Dari: uum sintok

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-03-04 12:47



pasal nasyid ni rasenyer mmg normalla bebudak ramai jugak yg minat tuan dari lagunyer...biasalah kan umur remaje...sy dulu pun mase sekolah mula2 tu tak minat nasyid...suke lagu biase2 je(artis2 biase...)tp lps jumpe kump Saujana dlm satu kursus motivasi untuk pelajar SPM...terus minat nasyid...abis kawan2 sy yg selama ni bkn sahaje tak dengar nasyid,malah lagu melayu pun tak nak...omputih dgn hindustan jer yg die nk...tp blh beralih kat nasid lps saujana dtg...mmgla kitorang suke lagu...dan tuannyer...tp itu dulu...makin lame makin matang...dah tau dah maksud nasyid yg sebenarnyer...jd rasenyer bagus jugak kump2 nasyid ni...walaupun dakwah mrk tak sampai matlamat yg sebenar bg peringkat permulaan...maksud sy mule org minat kat tuannyer...lps tu blh terime lagu dan ape msg yg cube nk disampaikan...buktinyer sy sendiri...ok Alhamdulillah,diri rasenyer makin terpimpin ke arah kebenaran...dari hari demi hari...berbanding saye yg dulu...

-----------------
"straight from our heart we cry...searching 4 a perfect life...so stand up and cry for freedom..." MIRWANA best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_qistinaProfil   Hantar PM kepada puteri_qistina   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 02:32


!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah jawapan yang diberikan memang tepat, katanya semakin banyak group nasyid yang muncul semakin kuat irama nasyid di persada muzik malaysia, dan semoga ia dapat menenggelamkan
hiburan lain yang jelas melalaikan manusia.




sekarang ni haikal entah kemana, harapan entah kemana..

apa yang terjadi kini? Nasyid meneggelamkan hiburan lain? atau nasyid 'tenggelam' bersama hiburan lain.?

Jadi bagaimana?
Yang belum tenggelam, pastikan sampan tidak bocor!


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

emi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4053
Posting: 139
Dari: Alor Setar, Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-04-06 17:01


;-)


-----------------
Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T


Bookmark and Share

    


  Member Information For emiProfil   Hantar PM kepada emi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.567485 saat. Lajunya....