Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah
kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan
cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita
boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi
satu nombor tunggal
Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1
+ 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang
tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh
mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif
dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. -
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik
atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert
Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap
keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. -
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka
tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan
berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka
sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk
meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara
terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton,
Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa
sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers,
Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan
sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya
tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan
sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik
dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka
berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik
terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret
Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin
tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). -
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah
sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain
difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte
Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan
Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa
gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. -
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk
membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang
setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak
boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane
Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka
mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat
berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang
berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar
untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional,
berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu
mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan
yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat
manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara
mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan
sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,
Nostrodamus.
9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang
lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang
ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan
pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka
mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling
mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang
boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka
mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley
MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
-----------------
--Cinta itu ibarat kentut, ditahan sakit, dilepas malu--