Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 132
Ahli: 0
Jumlah: 132




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 26 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: MENCARI WANITA SEMPURNA


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» MENCARI WANITA SEMPURNA

Please Mendaftar To Post


Oleh MENCARI WANITA SEMPURNA

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 08:52



Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah.
Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum
kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia
zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka
sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya
yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya
masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih
membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanit! ! a yang
cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inila! h wanita ideal untuk saya dan
sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa
berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus
sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan
dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku
berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu,
ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan
pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung
perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari
keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu
yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kam! ! i berpisah.

Saya terus mencari, namu! n selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan
pada wanita yan g saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan
wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik
hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada
orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan
untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang
terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu
menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari
lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ....

Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan
kita ,bel! ! um tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang
sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang! sempurna, check dulu diri
kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

Sekadar renungan.........3.
Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan d! ilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kal aulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada
hati suami isteri sama-sama mengerti! maksud tersemi takdir ilahi itulah
zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan
matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah
permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat
mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah.... - suamiku,
patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya
kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman
Jala! ! nnya ....syariat Natijahnya.....akhlak Tiga penjamin segala kunci
kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta
dan kasih ist! eri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang
melahirka n..... "Soleh dan solehah".

KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI.



Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

AdAwiAh_1210
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 649
Posting: 120
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 09:42


assalamualaikum...

baguslah kisah ini, semoga sama2 kiita dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut.

semoga kita menemui kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat...amin!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AdAwiAh_1210Profil   Hantar PM kepada AdAwiAh_1210   Quote dan BalasQuote

ikebana_abadi
Warga Rasmi
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 4946
Posting: 14
Dari: ganu kiter

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 09:49


subhanallah....banyak kebenarannya...segalanya bergantung pada diri...kebahagiaan adalah datang dari diri sendiri...hanya pengalaman menjadikan kita mampu menilai kebenaran...carilah dalam satu dunia maka kita tak mampu mencari insan yang sempurna dan lengkap segalanya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikebana_abadiProfil   Hantar PM kepada ikebana_abadi   Quote dan BalasQuote

Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 121
Posting: 211

Sarawak  


posticon Posting pada: 11-11-03 10:58


menarik kisah nie..banyak iktibar untuk kita semua...

kita hamba-Nya memang tidak sempurna..kecuali nabi sahaja...so janganlah terlalu mencari kesempurnaan dalam sesuatu yang sudah sempurna...faham maksudnya kan???jangan terlampau memilih kalau sudah hakikatnya itu yang kita akan perolehi....kesempurnaan itu hanya akan datang kalau kita sedar kesilapan kita dan kita menginsafi siapa di sisi-Nya....barulah akan datang kebahagiaan...

we can't improve a perfection...
"~KoPiTiaM~"

-----------------
TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qudwah_hasanahProfil   Hantar PM kepada Qudwah_hasanah   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 11-11-03 11:56


assalamualaikum,

bagi ana susah mencari wanita semourna inikan diri ini x sewarak man ..tulah bertepatan dengan...jadilah seprti saidina ALI KIRANYA HENDAK mendpt isteri sprti saidatina Fatimah....

-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 11-11-03 11:58


assalamualaikum,

bagi ana susah mencari wanita semourna inikan diri ini x sewarak man ..tulah bertepatan dengan...jadilah seprti saidina ALI KIRANYA HENDAK mendpt isteri sprti saidatina Fatimah....

-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 11-11-03 11:58


assalamualaikum,

bagi ana susah mencari wanita semourna inikan diri ini x sewarak man ..tulah bertepatan dengan...jadilah seprti saidina ALI KIRANYA HENDAK mendpt isteri sprti saidatina Fatimah....

-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

sirr_fina
Warga Rasmi
Menyertai: 06.11.2003
Ahli No: 4952
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 12:19


SEMPURNA ITU SIFAT ALLAH.

CARILAH KETENANGAN DALAM DIRI SENDIRI KERANA DI SITULAH KEBAHAGIAAN ABADI
DI SITULAH LETAKNYA KETENANGAN YG HAKIKI
WALAU DALAM SUKA ATAUPUN DUKA.


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirr_finaProfil   Hantar PM kepada sirr_fina   Quote dan BalasQuote

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 16:08


Inilah jawapan yg saya tunggu selama ini. Tiada manusia yg sempurna....Jika ada pun Rasul SAW yg sifatnya MAKSUM....walau bagaimanpun Rasul SAW biasa terlupa, eg: terlupa bangun subuh, terlupa rakaat solat. Lupanya itu adalah wahyu drpd Allah swt utk dijadikan panduan kita pada hari ini. namun yg mempunyai kesempurnaan HAKIKI hanyalah ALLAH swt.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

hani_wahida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 11-11-03 16:45


assalamualaikum

menarik citer nieee
lelaki yang baik untuk wanita yang baik.....
dan kepada muslimat.....
seindah hiasan itu adalah wanita solehah.....joom samer2 kita memperbaiki diri masing2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_wahidaProfil   Hantar PM kepada hani_wahida   Pergi ke hani_wahida's Website   Quote dan BalasQuote

mafish_84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4287
Posting: 120
Dari: serambi madinah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-03 00:48


assalamualaikum............. susah2 nak dapat muslimat yg sempurna, nak2 kita(lelakia) sendiri yang tak berape baik mane, betul ker lelaki yg baik hanya untuk pompuan yang baik???? memang dalam quran ader sebtu,tapi ader jugak isteri baik suami masyaallah, dan ader jugak suami soleh , isteri toleh.... macam maner tuuuu............ wassalam....................

Bookmark and Share

    


  Member Information For mafish_84Profil   Hantar PM kepada mafish_84   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-03 00:51



kisah ni memang banyak pengajaran.. Ingatlah bahawa tiada yang sempurna dalam dunia ini.. kita dilahirkan dengan pelbagai sikap dan rupa untuk saling lengkap melengkapkan.. kalau kita nak yang terbaik kenapa tidak pula mahu menjadi yang terbaik...



-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

MohdZakri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4163
Posting: 76
Dari: Bandar Baru Bangi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-03 13:48


Assalamualaikum..wbt, salam ukhwah..

Sedih muslimat yang di tinggalkan tu..jika betullah cerita nie...moralnye..nak memilih pasangan biarlah ikhlas kerana Allah..jika agamanya 'cantik' insyaAllah semuanya turut cantik..

Apabila seseorang Islam itu mendirikan rumahtangga, maka dia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya...

Sabda Rasulullah sesiapa yang tidak mengikut aku, maka di bukan dari kalangan umatku..

Benar pendapat antom semua...mana ada manusia di dunia nie yg sempurna melainkan Rasulullah (insannulkamil)...apabila kita berumah tangga kekurangan yang ada pd diri kita di tampong oleh pasangan kita..begitulah sebaliknya...maka insyaAllah, yang tidak sempurna akan menjadi lebih sempurna....

Bagus topik ni..wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdZakriProfil   Hantar PM kepada MohdZakri   Pergi ke MohdZakri's Website   Quote dan BalasQuote

cool_gurlz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2003
Ahli No: 5126
Posting: 61
Dari: jay bee

Johor  


posticon Posting pada: 15-11-03 09:49


assalamualikum,

suatu kisah yang boleh di buat pengajaran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cool_gurlzProfil   Hantar PM kepada cool_gurlz   Pergi ke cool_gurlz's Website   Quote dan BalasQuote

suhaidah
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5183
Posting: 20
Dari: perak

Johor  


posticon Posting pada: 17-11-03 11:01


,

Sebenarnya tuhan menjadikan wanita dan lelaki tu tak sempurna yang sempurna ialah Allah S.W.T.Wanita dijadikan Allah ada tujuannya.Cuma yang dapat membezakan mereka ialah sifatnya.Semua orang nakkan sesuatu yang baik begitu juga wanita seperti saya.Ada seorang lelaki yang ingin berkawan dengan kawan saya..kawan saya bukan taknak terima tapi sengan dengan keadaan diri sendiri dan keadaan keluarga.Kawan saya cerita semua keburukan tentang diri termasuk tentang solat,agama dll.Lelaki tu dengan pantas berkata,"Wanita dijadikan untuk apa?bukan untuk dibimbing?Sebenarnya jika kita yakin kita akan bahagia.Cuba lakukan solat Istikarah IsyaAllah.Ini pendapat saya wanita mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh.Bukan semua wanita itu jahat tau


"Jangan impikan wanita seperti Saidatina Fatimah jika diri tidak seperti Sadina Ali"

[ Posting ini telah di edit oleh: suhaidah pada 2003-12-15 11:25 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaidahProfil   Hantar PM kepada suhaidah   Pergi ke suhaidah's Website   Quote dan BalasQuote

sumayyah_fy
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 570
Posting: 39
Dari: kisdar

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-11-03 12:22


.......wbt
Bagus posting anta ni...banyak memberi pengajaran buat semua muslimin dam muslimah.
Betul tu,manusia di dunia ni tiada yang sempurna..
Ada baik..ada tak baik,ada cantik...ada yang tak cantik,Ada kaya harta...ada yang kaya Rupa...Ada kaya Budi Bahasa......itu yang utama....
Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara,Pertama pada kecantikkannya,Kedua pada Keturunannya,Ketiga pada Hartanya dan terakhir....pada Agamanya..
Maka pilihlah pada yang beragama,nescaya elok semuanya...."
ana tertarik....pada lagu Bisikan Nurani-InTeam..
Susah nak cari lelaki yang betul2 islam agamanya,
sifat2 yang penyayang....bukan sekadar muka sahaja...hensem tetapi hati perlu ikhlas untuk menerima dan diterima oleh seseorang....
Alhamdulillah.....setakat ni ana suka mencari sahabat....berkawan dahulu.....kenali hati budi masing2....betul tak?
Sekarang ni,ana telah kehilangan seorang sahabat ana.....yang meninggal dunia akibat kemalanagan Jalanraya...pada 13 November bersamaan 18 Ramadhan nie...Al-Fatihah buat Arwah Asis Bin Muiz....Semoga arwah dicucuri rahmat....
susah untuk mencari sahabat.....bagi ana kawan mudah ditemui.....sahabat sukar di cari ganti....
Mudah-mudahan ana akan bertemu lagi seorang sahabat seperti arwah Asis..insya Allah...
w'salam.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sumayyah_fyProfil   Hantar PM kepada sumayyah_fy   Pergi ke sumayyah_fy's Website   Quote dan BalasQuote

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-11-03 15:25


erm...dpt sambutan jugak yer...post nih..oklah semoga ia memberi pengajaran kpd kita semua.....Kebykan org beriya memilih pasangan...nak yg tip top konon terbaik dari segi segalanya....tapi mcm mana plak diri sendiri? kena laa jadi k tiptop dulukan....so kpd teruna & dara, Muslimin & muslimah...perbaiki diri kita...

Hiasi diri dgn Peribadi Mulia....



:-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 18:12


Pada 11-11-03 08:52 , Pozy_Sabry posting:

!!! QUOTE !!!



hmmm......


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

miss_nuyu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.09.2008
Ahli No: 35045
Posting: 80
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-11-08 12:59


ooo....entahlah,,semua orang kan ada kekurangan dan klebihan tersendiri..tapiklau nak yang betul-betul sempurna,memang susah sangat...wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_nuyuProfil   Hantar PM kepada miss_nuyu   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 02-11-08 22:14


tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini... yang penting, hati kita pada siapa

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 02-11-08 22:31


Assalamualaikum...setiap manusia telah diciptakan pasangannya..insyallah..senua akan bertemu dengan jodoh yang baik-baik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 02:59


"Laisal insanu kamilan," tiada manusia yang sempurna.

Lelaki pun tak yang sempurna. Seperti saya termasuk banyak yang kurang dan salah.

Bila hanya kekurangan yang jadi penilaian, kapan kita akan belajar?

Kenapa terkadang atau bahkan sering kita menganggap diri kitalah yang terbaik.

"Di atas langit, masih ada langit."

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

fatin_tulip
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7654
Posting: 93
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 11:06


tahniah..artikel yang bagus...menyentuh hati...so tunggu apa lagi...setialah pada pasangan anda...tutuplah kelemahannya dengan kekuatan kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin_tulipProfil   Hantar PM kepada fatin_tulip   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 22:01


Kesempurnaan...
memang semua impikan kesempurnaan...
Tapi benarkah yang ada benar-benar sempurna di dunia yang fana ini...
janganlah kita terlalu mengejar wanita yang sempurna sangat.. takut nanti, kita melepaskan wanita yang sudah terbaik untuk kita kerana terlalu mengejar kesempurnaan...
dan yang paling utama... kita ni sempurna sangatkah...
kita saja ke yang pilih orang...? org lain tak pilih kita ke?
Terima lah dia seadanya...mana kekurangan dia, kita tampung dengan kelebihan kita.... mana kekurangan kita, dia pula tampung dengan kelebihan dia..saling lengkap melengkapi...barulah makna erti sebuah perkahwinan atau pernikahan kan...
sama-sama berusaha kearah yang terbaikkan...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

basyir_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.08.2008
Ahli No: 34718
Posting: 7
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 14:53


subhanallah....
bestnya kisah ni
satu lagi pengajaran untuk ana
moga-moga kita dapat ambil iktibar dan pengajaran
dari kisah niii
--------------------
moga hidupmu bersinar dengan iman
:bunga: :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For basyir_muslimahProfil   Hantar PM kepada basyir_muslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.296121 saat. Lajunya....