Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Anda suka minum Kopi???


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Anda suka minum Kopi???

Please Mendaftar To Post


Oleh Anda suka minum Kopi???

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 10:34


Caffeine kimia yang tidak memudaratkan

KITA biasa mendengar pesanan ini, `Jika terasa mengantuk ketika memandu berhentilah seketika untuk menikmati secawan kopi'. Kepada yang sering `mendampinginya', hidup seolah-olah ada yang tidak kena atau kurang lengkap tanpanya.

Sama ada ketika bersarapan pagi dengan secawan kopi, makan tengah hari dengan kola ais atau minum teh ketika berehat di waktu petang, kita sering menikmati sesuatu yang menyegarkan.

Kesegaran yang diperoleh ini tanpa kita sedari datangnya dari komponen yang sama - caffeine.

Kopi, teh, koko, coklat, minuman ringan dan juga segelintir ubat-ubatan mengandungi caffeine.

Dipercayai sebagai bahan kimia paling popular di dunia, caffeine cukup berkesan sebagai mekanisme yang merangsang sistem saraf pusat secara sederhana.

Rangsangan ini secara tidak langsung, meningkatkan tahap pemerhatian atau pemusatan kita dalam melakukan sesuatu.

``Caffeine tergolong dalam sejenis bahan kimia yang dikenali alkaloid. Apabila diambil dalam minuman atau makanan, ia mudah melepasi dinding usus, masuk ke dalam darah, jantung dan cepat sampai ke otak,'' kata Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Abu Bakar Majeed.

Menurut beliau, bergantung kepada jumlah dos yang diambil, caffeine akan bertindak paling awal pada bahagian atas otak. Bahagian inilah yang mengawal pemusatan, intelektual, kepekaan dan penyelesaian masalah.

Kesannya dapat dirasai dalam tempoh antara 10 hingga 15 minit selepas seseorang minum atau makan sesuatu yang mengandungi caffeine.

Penemuan caffeine mencatatkan sejarah yang unik dan tersendiri apabila julung kalinya ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w.

Legenda penemuan caffeine ini berlaku pada sekitar tahun 600 Masihi, apabila seorang pengembala bernama Khaldi kehilangan kambingnya.

Apabila dia cuba mencari kambingnya, Khaldi mendapati kambingnya sedang rancak menari di sekeliling pokok renek yang dipenuhi dengan buah merah.

Khaldi yang ingin tahu apa sebenarnya terjadi pada kambingnya pun mencuba beberapa biji buah merah, yang sebenarnya kopi. Tidak lama selepas itu, Khaldi berasa seronok dan dia juga menari-nari.

Dia cuba mendapatkan pandangan ulama untuk menggunakan biji kopi sebagai minuman.

Sejak itu, muncullah kedai-kedai kopi hinggalah ia dinobatkan sebagai minuman antarabangsa pada hari ini.

Menurut ceritanya, keberkesanan kopi memberi tindak balas yang menyegarkan ini menyebabkan para alim ulama juga menggunakannya sebagai mekanisme untuk beribadat.

Menurut Dr. Abu Bakar, kewujudan kedai-kedai kopi ini menyebabkan ramai yang menghabiskan masa mereka.

Komplot-komplot juga dipercayai dirancang di kedai-kedai kopi. Apabila budaya ini berlarutan, satu fatwa telah diwartakan di Mekah pada 900 Masihi bagi mengharamkan kedai-kedai kopi.

Pengharaman ini bagaimanapun, hanya mampu bertahan untuk beberapa hari dan mendapat bantahan banyak pihak.

Selain sebagai minuman, caffeine ini pada zaman tamadun Islam, digunakan sebagai ubat-ubatan.

Ia kemudian disebar luaskan hingga ke Turki sehinggalah ke Eropah. Masyarakat Eropah merubah peranan kopi sebagai minuman.

Hari ini, kopi menjadi minuman nombor satu teratas paling popular di Amerika Syarikat (AS).

Secara umum, caffeine sejenis bahan kimia yang tidak memudaratkan kesihatan penggunanya selagi ia diambil dalam dos yang sederhana.

Caffeine yang terkandung dalam secawan kopi dianggarkan sebanyak 100mg.

``Jika kita minum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi sehari, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada kesihatan.

``Ia hanya boleh memudaratkan sekiranya kita mengambil dos secara berlebihan iaitu hingga mencecah 10 gram yang menyamai 100 cawan kopi,'' jelas Dr. Abu Bakar.

Bergantung kepada jumlah dos yang diambil, caffeine yang dalam jumlah sederhana akan bertindak pada bahagian atas otak.

``Sebaliknya, jika diambil pada dos yang tinggi, caffeine akan pergi ke bahagian bawah otak dan terus ke pangkal otak.

``Ia akan merangsang sistem pernafasan bertambah cepat dan denyutan jantung meningkat. Lebih banyak caffeine diambil, tindak balasnya terus menjalar ke bahagian bawah otak iaitu saraf tunjang,'' jelas beliau.

Dr. Abu Bakar menjelaskan, kajian saintifik mendapati, caffeine hanya memberi kesan fisiologi dan psikologi kepada penggunanya.

Kesan fisiologi ini berlaku pada organ-organ tubuh seperti pada otak, jantung, buah pinggang dan sistem pernafasan.

``Caffeine sebenarnya tidak menyebabkan ketagihan seperti tanggapan ramai orang, sebaliknya hanya kesan psikologi dan tabiat seperti sekadar memenuhi keinginan minda seseorang,'' jelasnya.

Begitu juga sensitiviti setiap individu pada caffeine berbeza-beza antara satu sama lain.

Mereka yang biasa dengan caffeine, mempunyai kadar toleran yang tinggi dan mungkin memerlukan lebih banyak caffeine untuk merasa tindak balasnya.

``Sebaliknya, bagi mereka yang `jarang' menikmati minuman ini, dengan hanya satu hidangan sudah memadai untuk mereka merasai kesannya,'' jelas Dr. Abu Bakar.

Pada masa yang sama, mereka yang biasa mengambil caffeine akan mudah mengantuk atau letih minda jika tidak dapat menikmati secawan kopi.

Menariknya, tidak seperti bahan kimia lain, caffeine tidak disimpan terus dalam tubuh. Ia akan dimusnahkan oleh hati dan terus dikumuhkan dari tubuh melalui air kencing.

Jika dibandingkan antara kopi dan teh, kandungan caffeine yang terdapat dalam teh jauh lebih rendah.

Malah, pada hari ini, minuman kopi segera sebenarnya mempunyai hanya setengah kandungan caffeine jika dibandingkan dengan kopi biasa.

Sumber: Utusan Online

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 11:10


Kak engku suka minum kopi tak? Hanan suka nescafe.. tapi sekarang kena pantang sekejap sebab ambil homeopathy...

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 11:15


Kopi minuman favourite akak selain teh dan nescafe... tapi, dah lama tak minum... malas nak buat... hehehe... minum mocha freez lah lg senang... takyah buat...



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

sufi_musafir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 731
Posting: 108
Dari: Pulau Mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 11:29


Memang best minum kopi....

-----------------
Alangkah sukarnya mendidik nafsuku,yg tidak dpt melihat kebenaranMu....Bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_musafirProfil   Hantar PM kepada sufi_musafir   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 14-11-03 02:23


assalamualaikum...
sejak kecil memang suka sangat dengan kopi. paling suka kopi yang dikisar sendiri...lepas tu bancuh...bau time panas tu harum semerbak... biasanya kita boleh dapat kopi sebegini kat rumah rumah di kampung...
kita minum dulu......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

a_whole_new_world
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1503
Posting: 195
Dari: s\'pore

singapore  


posticon Posting pada: 01-12-03 00:08


saya minum kopi makin mengantuk saya....apsal???????

Bookmark and Share

    


  Member Information For a_whole_new_worldProfil   Hantar PM kepada a_whole_new_world   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 01-12-03 00:19


takutnnyee bilee baca ni.. tp tak leh tinggal le minum bende tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 02-12-03 02:35


Quote:

On 2003-12-01 00:19, Syahmushroom wrote:
takutnnyee bilee baca ni.. tp tak leh tinggal le minum bende tu..

hmmm ana pun takut gak...ana masa dekat nak xxam suka sgt minum kopi gano...lagi pun mak ana dok jual....so it easy to get...tapi ana rasa kalo tak addict takpe kot...minum sikit2 jadilaa...tq kak Engku_Salina 4 that info...kalo minum kopi tu sama laa cam minum coke sbb lam tu pun ada caffeine gak...

[ Posting ini telah di edit oleh: Putra_Aiman pada 2003-12-02 02:37 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 02-12-03 11:57


Saya tak suka sangat minum kopi nie cepat pening kepala.......dulu suka minum dan kat asrama selalu di hidangkan minuman tu .

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

i_shahdamaii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 931
Posting: 243
Dari: iium,gombak

egypt  


posticon Posting pada: 02-12-03 12:06


Saya mmg tak gemarkan kopi...kalau ada pilihan mmg kopi adalah yang terakhir...tapi kalau campur ngan susu skit baru saya minum.

Bookmark and Share

    


  Member Information For i_shahdamaiiProfil   Hantar PM kepada i_shahdamaii   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-03 12:12


Kopi ginseng tongkat ali...

ngeh..ngeh..ngeh..

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-12-03 12:22


Tiap2 hari mesti minum kopi Gano...
senang nak buat...



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 02-12-03 21:17


Quote:

On 2003-12-02 12:22, Engku_Salina wrote:
Tiap2 hari mesti minum kopi Gano...
senang nak buat...



Kopi Gano ni kesan dia kuat...ana pun penah tak tidor sehari....kalo pemandu bas tu elok sgt laa...apakata go'ment kasi sepaket kat derang....sbb kopi tu mahal sikit.

Bila tuhan tak ditakuti.....
Macam-macam boleh terjadi....
Tiap orang tak ketahuan....
Hala hidupnya sendiri.....
Maka rosaklah......
Disana sini

[ Posting ini telah di edit oleh: Putra_Aiman pada 2003-12-02 21:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 02-12-03 21:22


Quote:

On 2003-12-02 11:57, muslimahsejati wrote:
kat asrama selalu di hidangkan minuman tu .



ish ish ish...tak sangka ada jugak asrama yang hidang kopi...hidang laa milo ke,ovaltine ke vico ke......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 04-12-03 23:29


, ooo kopi ker.... tapi yg baru ni aroma yg nescafe tuu.... ok gak.... tapi suka gak minum kopi radeks.... mahal ler... kelaran HPA..... bagus utk yg study memalam..... kopi nyer agak strong gak ler banding ngan air zam zam.... boleh la.... sebab masa beli tu dia ada test konduktiviti (kandungan ion) agak tinggi tapi tak setanding air zam zam.... kira ok ler... kalau nak beli pegi la kat... masjid bulat.... kat pj tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 04-12-03 23:54


kopi GANO ngan kopi RADEKS tue camner yek.

skang nie ana test minum kopi merah laks.
dengar kata baik untuk kesihatan. tp buat masa nie kene tangguh dulu niat tue sebab makan ubat homeophaty.

-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-03 16:05



minat minum kopi campur dengan susu...

-----------------
to love someone is NOTHING,
to be loved by someone is SOMETHING,
to be loved by someone u love is EXCITING,
to be loved by ALLAH is EVERYTHING.

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 25-12-03 15:54


kopi best diminum time hujan jugak....
hmmmm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-12-03 16:11


KOPI ARAB AZI
Memang Sedap.Memang Best ...!

-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-12-03 16:40


ana tak suka minum kopi....
tapi ana suka nescafe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_ikhwanProfil   Hantar PM kepada zahratul_ikhwan   Pergi ke zahratul_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

ziera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3307
Posting: 100
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-12-03 16:33




firstly,tq kat k.engku utk info ttg kopi nie..baru nk buat research paper..senang la keje nampaknye..

effect kopi nie mmg kuat..tp klau nk minum kadang2 tue..rasenye x bawak effect gie kot..



Bookmark and Share

    


  Member Information For zieraProfil   Hantar PM kepada ziera   Quote dan BalasQuote

irsyadussolehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4745
Posting: 36
Dari: machang,Qlate

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-12-03 23:07


assalamualaikum.....

ha...cakap pasal kopi nie...ana nak prkenalkan kopi yg memang cukup kaw...dan mengubatkan pelbagai penyakit..macam asma ke...dan banyak lagi...kalau nak cakap x cukup kolum lah......
kopi ni keluaran syarikat Gamat emas sdn bhd....
nama dia G- cafe....gerenti x de kafein dan di + plak ngan ekstrak ubi jaga...kopi kesihatan.......kalau nak tahu cubalah......dapatkan
di stokis Gamat emas yg berdekatan........

-----------------
someone is loving u,caring u,
thats always watching u,protecting 4 u
.......who???...ALLAH,who never faith
:) HOPETHELOVEOFALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irsyadussolehahProfil   Hantar PM kepada irsyadussolehah   Pergi ke irsyadussolehah's Website   Quote dan BalasQuote

aufa_khalilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.07.2003
Ahli No: 2611
Posting: 173
Dari: Damansara

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-12-03 23:28




tersangatla x suka
sbbnya x suka
dan takkan suka
maaf yer bagi peminat kopi

Bookmark and Share

    


  Member Information For aufa_khalilahProfil   Hantar PM kepada aufa_khalilah   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 13-01-04 12:53


kopi.?!. hantam sajala.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-02-04 21:25


ermm..kafein...kalo org ade sakit jantung tak elok ambil..leh buat palpitation...jantung berdegup ngan cepat...atau kate lain tachycardia....lagi pun kafein leh meningkatkan tekanan darah..bg sape yg ade darah tinggi tak bagaus la amik...ade sesetengah kene kafein tak leh tido malam..tu kalo tak biase minum la..cam saye nie..kene kopi terus tidooo...

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

hanishumaira
WARGA SETIA
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7196
Posting: 546
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-04 03:27


eei...x sukanyer...dh bertahun x minum kopi...bukan per, lps minum mesti pening, loya...
tp teh suka sgt...

*besides, ikan masin, telur masin, durian...sumer x suka...mlh, nis x pernah pun makan benda2 tu ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanishumairaProfil   Hantar PM kepada hanishumaira   Pergi ke hanishumaira's Website   Quote dan BalasQuote

sampanburuk
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7069
Posting: 257
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 19-03-04 04:43


kadang2 la minum kopi ni,bila teringin.Tapi selalu kena jadi pembancuh kopi.

-----------------
"::"Buat Apa Yg Kamu Perkatakan Kerana ALLAH Benci Kepada Orang Yg Memperkatakan Sesuatu Yg Tidak Ia Perbuat"::"

Bookmark and Share

    


  Member Information For sampanburukProfil   Hantar PM kepada sampanburuk   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 19-03-04 06:34


tk suke minum kopi n tk rase nk minum pun.pahit la..

kalau STAR bUCKS ngan nestle coffee yg dlm kotak tuh saye minum la..

hehe

-----------------
~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~

Bookmark and Share

    


  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-03-04 07:45


minum le jarang2. tp jangan minum malam2 kalau takde pape. pernah sekali malam tu sy minum kopi malam2. tak boleh lelap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126854 saat. Lajunya....