Sejak 2003, Portal Komuniti Ukhwah.com setiap hari 'riuh rendah' di alam maya. Berforum, berkenal, bermesra membina 'Menyemai Kasih Memupuk Ukhwah'.
Hampir setiap minggu ada saja program, aktiviti besar dan kecil yang dijalankan.
Nama Ukhwah.com terkenal di universiti, di seluruh Malaysia dan sampailah di luar negara seperti Mesir, Jordan.
Melalui masa, bukan saja Ukhwah.com, bahkan komuniti-komuniti maya yang besar menjadi semakin sepi. Majoritinya telah berkubur. Berlaku mulai 2009, permulaan meletusnya Facebook, Twitter di Malaysia.
Tahun ini, 2019 , Ukhwah.com sudah berusia 16 tahun, dan masih wujud walaupun sudah sunyi sepi.
Soalannya sekarang: DI MANAKAH MEREKA KINI?
Sila ke Facebook.com/ukhwahdotcom untuk melihat album mereka yang memulakan, menggerakkan dan memeriahkan Ukwhah.com[ Telah diedit oleh: Administrator pada 19-11-19 13:55 ]