Ku Jatuh hati pada seorang teman, Alangkah bagusnya jika dia isteriku.
Tapi, dia sudah pun bertunang dengan hamba Allah yang lain
Dan ku jelas sekali akan haram hukumnya meminang diatas tunangan org.
Perasaan ni langsung tak pernah ku pinta,
malah ku sentiasa mengelak daripada jatuh cinta.
Dan kini, ku seperti resah gelisah..
Dan bila ku bayangkan akan hari pernikahannya, tulang2 ku jadi lemah.
Kekadang, ku selidiki tunang dia,
ku bimbang..kalau sang tunang itu bukan lelaki yang baik,
ku takut kalau sang tunang tu tak mampu membimbing dia.
Perasaan ni, mahu saja ku berlari sepantas mungkin, meninggalknnya ke belakang. Tapi ku tak mampu.
Wanita ini, dia satu tempat kerja dengan ku.
Dan ku akan selalu berhubung dengannya.
Selalu ku sibukkan diri agar dapat ku jauhkan fikiran ni daripada berfikir tentang dia.
Tapi, ruang lapang tu tetap ada..dan perasaan tu kembali.
Ku pun tahu dan sedar, Jodoh itu sudah tertetap,
Sudah lama tertulis pada loz mahfuz.
bagaimana lagi ku mahu melenyapkn perasaan ni?
Tolong nasihatkan aku,
tolong doakan aku.