Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 139
Ahli: 0
Jumlah: 139




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 23 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Termakbulkah DOA??


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Termakbulkah DOA??

Please Mendaftar To Post


Oleh Termakbulkah DOA??

mutiara87
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2010
Ahli No: 39063
Posting: 18
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-08-12 16:24


Kenapa ya...dah 3 tahun saya berdoa. Tapi masih belum dimakbulkan. Ada hari saya rasa sangat sabar lalui hidup ni. Redha saja dengan takdir. Redha juga dengan kata-kata mahupun pandangan orang lain. Ada hari saya rasa sangat DOWN. Untuk apa yang saya lalui selama ni dalam hidup, dari kecik sampai sekarang ni, rupa-rupanya tahap hidup saya macam ni saja..Sekarang saya dah tak tahu nak usaha macam mana untuk ubah tahap hidup saya................................melainkan bila ada waktu yang saya rasa saya kuat untuk berdoa, maka saya akan berdoa..

Wahai Tuhan........



Bookmark and Share

    


  Member Information For mutiara87Profil   Hantar PM kepada mutiara87   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-08-12 20:39


relaxxx...kan tengah dalam bulan mulia ni..banyak-banyak doa dan banyak-banyak sabar dan banyak-banyak buat amal. insysAllah allah pandang, tapi lebih ontg utamakan kualiti bebrnading kuantiti yang banyak. ceciter..msalah apa tu...nak tgkatkan tahap hidup? bagaimana tu? apapun selamat beribadah dalam ramadhan ni. wallahu'lam.


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

alamin313
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.03.2010
Ahli No: 39521
Posting: 55
Dari: ajil,terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-08-12 21:50


Allah tak bagi bukan DIA tak suka kita... mungkin DIA simpan dulu permintaan untuk uji tahap kesabaran anda untuk terus berharap hanya pada-NYA...

Dalam kita lalui perjalanan hidup.. banyak doa yang kita minta sudah Allah berikan.. mungkin diri pun lupa apa yang kita doa.. 5 tahun..10 tahun lepas... sudah tertunai dalam jangka hayat ini..

Allah selalu beri apa hamba-NYA minta.. mungkin kita nak kebahagiaan dalam bentuk itu.. tapi terkadang Allah bagi juga kebahagiaan.. tapi dalam bentuk lain.. Allah tahu apa yang terbaik walaupun manusia selalu andaikan apa yang difikiran mereka terbaik untuk dirinya..

Jangan berputus asa..teruskan berdoa.. itulah nadi dalam sebuah perjalanan sebagai musafir...


-----------------
Travelog Satu Perjalanan (masih banyak yang perlu ku cari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For alamin313Profil   Hantar PM kepada alamin313   Pergi ke alamin313's Website   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-12 13:50


jangan pertikaikan kenapa doa tak dimakbulkan.... yang penting usaha dan doa yang berterusan.. mungkin 3 tahun tu tak cukup lagi..
dan jangan ragu2 dengan takdir...

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

taalidi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2008
Ahli No: 35583
Posting: 18
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-08-12 02:12


Hadis Nabi S.A.W:

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُوْلَ: قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي.

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)


BERDOA adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah. Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadah."

Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.

2. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

3. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah. Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.



Perkara yang terpenting sekali didalam berdoa adalah bersabar, dan elakkan sikap tidak sabar dan terburu-buru. Sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu yang tepat dan sesuai untuk memberikan kepada kita apa yang kita perlukan.

(Affirmasi: Everything I need comes to me at the Perfect Time).

"Bukan semua keinginan dan impian kita akan dapat kita miliki tepat seperti yang kita harapkan, TETAPI kita pasti akan memiliki segala apa yang kita PERLUKAN. Segala apa yang kita perlukan itu termasuklah juga KESAKITAN dan KEPEDIHAN sebagai tarbiyah, kifarah dan teguran dari ALLAH dengan tujuan membantu kita supaya tersedar, insaf dan bangkit"

Ingat! Kita BERMOHON, bukan MEMAKSA! memohon adalah sikap seorang hamba, manakala memaksa adalah sikap seperti seorang tuan.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

................................................................

Diriwayatkan bahawa di akhirat nanti akan ada seseorang yang terkejut menerima sejumlah kurniaan yang tidak terkira banyaknya dan tidak sesuai dengan amalan ibadahnya ketika di dunia.

Maka dia bertanya kepada Allah

“Wahai Tuhanku,dari mana datangnya semua ini?” lalu Allah menjawab “bukankah Aku telah perintahkan engkau agar meminta kepada-Ku apa sahaja di dunia?”

maka orang itu menjawab “betul ya Tuhanku”.

Maka Allah s.w.t menerangkan

“Apa yang engkau mohonkan di dunia itu baru sedikit (yang diperkenankan. Aku berikan kini bakinya.Aku serahkan di akhirat” .

Akhirnya orang itu akan berkata

“alangkah baiknya jika Engkau memberikan apa yang aku minta di dunia itu semuanya di akhirat sahaja”.

................................................................

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dimakbulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.
(hari At-Tabrani).

cuba klik kat sini untuk mengetahui selanjutnya:
doa belum makbul?


Wallahuaklam


-----------------
Maafla, sebab menyebok saja aku ni


Bookmark and Share

    


  Member Information For taalidiProfil   Hantar PM kepada taalidi   Pergi ke taalidi's Website   Quote dan BalasQuote

mutiara87
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2010
Ahli No: 39063
Posting: 18
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-12 17:43


Terima kasih semua..perkongsian nasihat yang sangat bermakna. Ketika kita hampir berputus asa, tak dapat memotivasikan diri dari dalam, sokongan dari luar amat penting. Bukannya satu buku berkaitan ‘doa’ yang saya khatam. Bukan sekali ceramah yang saya dengar pasal ‘doa’, tapi waktu keyakinan tentang ‘doa’ tu goyah, bisikan negatif datang mengejut dan bertalu-talu, lupa habis semua..down..

Semua nasihat kawan-kawan ukhwah mengembalikan keyakinan saya bahawa doa tu bukan suatu luahan kosong kepada Allah. Allah Maha Mendengar. Sebagai hamba, kita perlu bersabar. Pasti ada sesuatu yang baik sedang Allah sediakan untuk kesabaran tu. Terima kasih semua. Moga Allah merahmati kalian…:)



Bookmark and Share

    


  Member Information For mutiara87Profil   Hantar PM kepada mutiara87   Quote dan BalasQuote

sejadah_usang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2006
Ahli No: 26842
Posting: 97

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-08-12 18:14


Assalamualaikum

ALLAH memakbulkan doa kita ikut masa dan kehendakNYA bukan ikut masa dan kehendak kita. Salah adab kita sebagai hamba jika mempersoalkan Kenapa doa kita masih belum makbul.... Cuba muhasabh diri kita apakah amalan kita ok, solat kita ok, makan dan pakai kita tiada yang haram mahupun syubhah. Para sahabat dulu jika nusrah ALLAH tak datang mereka akan perbaiki solat mereka lagi dan lagi...

Berlapang dada dan bersangka baik pada ALLAH....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sejadah_usangProfil   Hantar PM kepada sejadah_usang   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110806 saat. Lajunya....