Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 3 hari yang lalu
azemi: 7 hari yang lalu
Firdaus15: 14 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 17 hari yang lalu
secureofficemovers: 18 hari yang lalu
Naqiu: 24 hari yang lalu
nawfaa79: 25 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung & Laporan Aktiviti
Topik: Perkongsian program Ada apa dengan Islam? Refleksi Pengalaman Tuan Haji Ayub Bekas Paderi Kristian


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung & Laporan Aktiviti
    »» Perkongsian program Ada apa dengan Islam? Refleksi Pengalaman Tuan Haji Ayub Bekas Paderi Kristian

Please Mendaftar To Post


Oleh Perkongsian program Ada apa dengan Islam? Refleksi Pengalaman Tuan Haji Ayub Bekas Paderi Kristian

islam-me
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-05-12 10:05


Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat dapat hadir program macam ni dapat banyak input dan membuang persepsi salah mengenai non-muslim dan muhasabah untuk penggerak seperti kita.dikongsikan rentetan perkongsian Tuan Haji Ayub yang banyak memberikan input yang menarik untuk kita muhasabah bersama.(saya tulis dalam bentuk point agar tak nampak serabut sangat).Program ini diadakan di Bilik Senat,aras5 bangunan canselori UKM pada 16 Mei 2012 (Rabu) pukul 2-430 petang.

1) Tuan Haji Ayub merupakan salah seorang indian yang lahir di kampung Pelanduk Jatuh (orang kampung bukan orang bandar) yang mempunyai keazaman yang kuat untuk masuk syurga.Kisahnya bermula sewaktu dia mendengar salah seorang paderi menyatakan bahawa hanya yang menjadi paderi sahaja yang akan masuk syurga kelas pertama dengan mematuhi 3 syarat mudah iaitu 1) tidak berkahwin 2) tidak menerima apa-apa bayaran apabila melakukan tugas paderi 3) mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan (higher pope).

2) Mereka mempunya perspektif bahawa hanya Kristian Katolik sahaja yang boleh masuk syurga(sedangkan terdapat lebih 300 mazhab dalam ajaran Kristian) dan mempunyai kepercayaan bahawa agama mereka sahaja dapat menyelesaikan semua masalah dalam hidup.

3) Cita-cita beliau yang amat tinggi pada masa itu telah mendorongnya belajar besungguh2 shingga menjadi salah seorang paderi Pengampun dosa-dosa (dosa warisan oleh tindakan Nabi Adam yang memakan buah epal di syurga-mengikut kepercayaan mereka) di peringkat antarabangsa.Belajar usuluddin dan syariah agama Kristian dan exam selama 4 tahun di luar negara.(Bukan calang-calang orang)

4)    Tuan Haji juga memberi beberapa input baru dengan menyatakan paderi2 juga solat 5 waktu (amalannya adalah berdiri tegak dan rukuk sahaja setelah upacara ambil wudhu (menggunakan holy water) bermula pada jam 530 pagi,12tgh hari,6 petang dan 2 waktu lagi (tak ingat pukul berapa)

5) Hanya paderi sahaja yang boleh berdoa secara terus kepada Tuhannya

6) Memandangkan Tuan Haji tinggal di kampung yang komunitinya banyak terdiri daripada bangsa Melayu maka dia berazam untuk mengkristiankan pendudk kampungnya kerana wujud perasaan sedih.Kenapa ye? kerana kepercayaannya mengatakan bahawa golongan yang bukan dalam kalangan Kristian (katolik) tidak akan dapat masuk syurga.Oleh itu,dia mahu penduduk di kampungnya masuk syurga bersama-sama dengannya.(Wah,lihat bagaimana sikap yang ada pada diri paderi ini,kita sebagai dai'e dalam jalan Islam bagaimana pula ye?).Jadi apakah tindakan yang dilakukan oleh Tuan Haji Ayub pada masa itu?

7) Beliau telah bangun pada waktu malam dan bermunajat kepada Tuhan supaya membuka pintu hati pendudk kampungnya untuk memeluk agama Kristian Katolik.Neliau bangun bermunajat selama 6 bulan berturut-turut (betapa bersungguh-sunggh pengharapan mereka untuk niat 'suci' mereka ini) sehinggalah pada suatu hari beliau tertidur lalu bermimpi supaya mempelajari agama Islam terlebih dahulu sebagai usaha untuk menarik mereka kepada agama Kristian (kita pula bagaimana ye?).Oleh itu beliau pergi ke kampungnya dan bertanya tentang Islam.Salah seorang dari penduduk kampung telah menghadiahkan alQuran terjemahan bahasa Inggeris untuk beliau dalam mengenali ajaran Islam.

8) dari situ bermulalah episod baru dalam pemikiran Tuan Haji Ayub apabila meneliti ayat2 terjemahan alQuran dengan kitab Zabur yang selama ini telah dihafal dan dipelajari sepanjang hidupnya.Beliau mendapati terdapat beberapa persamaan mengenai kewujudan nabi yang sama turut disebut dalam Zabur juga turut wujud dalam kitab al-Quran seperti Nabi Yunus,Nabi Sulaiman (Solomon) dan Nabi Nuh.Namun begitu cerita mengenai tingkah laku 'jahat' para Nabi langsung tidak wujud dalam alQuran sebagaimana yang wujud dalam kitab Zabur seperti Nabi Sulaiman mempunyai banyak(beratus-ratus) isteri dan masih tidak berpuas hati dengan isterinya yang ramai (mahu lebih ramai isteri) dan Nabi Yunus berzina dengan anaknya sendiri setelah selamat keluar dari perut ikan Nun.

9)    Keadaan ini menyebabkan 'iman'nya selama ini terhadap 'syariah dan usuluddin' agama Kristian Katoliknya mula goyah dan beliau telah mengambil keputusan berani untuk keluar daripada agama Kristin (biarpun pada waktu itu memegang kedudukan yang tinggi dalam tingkat paderi,peringkat antarabangsa,pada ketika ini beliau menjadi paderi di negara Switzerland,tetapi demi kebenaran beliau sanggup hadapi risikonya) dengan keberanian beliau,Tuan Haji telah mengambil tindakan memberitahu kepada pihak atasan bahawa dia tidak mahu lagi menjadi paderi dan menukar agama.Keptusan beliau ini telah menyebabkan Tuan Haji terus dihantar ke Hospital Sakit Mental di Switzerland.Walaupun hasil diagnosis mendapati Tuan Haji masih normal namun beliau ditahan selama 3 minggu di hospital sebelum dikembalikan kepada pihak gereja.


10)    Ketika berada di sana,beliau sangat terkejut apabila mendapati orang ternama dalam mendakyah agama Kristian turut berada dalam hospital ini iaitu Prof.Carl Runner yang menulis sebuah buku yang terkenal mengenai Ketuhanan Jesus.Keadaan ini menyebabkan beliau tertanya-tanya mengapa Prof.tersebut berada di sini?Setelah diselidik dan bertanya kepada kakitangan hospital,Prof.tersebut bekerja sebgai tukang masak di sana.

11)    Sesuatu yang pelik telah Tuan Haji lihat terhadap Prof.Carl apabila beliau selalu mabuk pada siang hari sedangkan dia seorang paderi yang sangat tinggi pangkatnya dan kakitangan di sana memberitahu beliau menjadi ketagih arak stelah siap mengarang buku mengenai Ketuhanan Jesus.Hal ini demikian kerana seorang paderi hanya dibenarkan minum arak yang sedkit (yang tidak membawa sampai mabuk) pada waktu petang sahaja selain daripada minum susu.


12)    Setelah mempunyai peluang bertemu dengan Prof. di bilik Prof.Carl.Tuan Haji Ayub telah mengambil kesempatan mengajukan satu persoalan penting kepada Prof.tersebut."Adakah Jesus itu Tuhan?" memandangkan Prof itu sendiri menulis buku berkenaan ketuhanan Jesus.apabila Prof mendengar soalan tersebut,beliau meminta Tuan Haji menutup pintu dan tingkap biliknya.Beliau kemudianya mengakui bahawa Jesus itu bukan Tuhan! Jawapan ini menambhkan lagi kehairanan di pihak Tuan Haji kerana jika sudah tahu kebenarannya mengapa perlu menulis lagi buku yang tebal itu?Prof.Carl menjawab bahawa ini adalah arahan daripada pihak atasan dan dia terpksa akur dengan arahan tersebut.


13)    Peristiwa ini mennyebabkan beliau nekad untuk keluar dari agama Kristian biarpun beliau diberitahu bahawa penukaran agama beliau akan menyebabkan beliau tiada lagi mendapat biayaan balik dari Switzerland ke Malaysia.Namun begitu,tekad dan keazaman yang tinggi menyebabkan beliau tetap meneruskan niatnya.

14)    Kisah pengislaman beliau bermula sebaik sahaja sampai di rumah dan memberitahu bahawa beliau ingin memeluk Islam menyebabkan beliau dihalau keluar dari rumah.Keadaan ini menyebabkan beliau menumpang di rumah abangnya.

15) Usaha yang berterusan dan tanpa putus asa dalam mendapatkan hidayah Allah telah menyebabkan Tuan Haji datang ke masjid untuk menyatakan hasratnya memeluk Islam dan pada masa itu beliau tidak tahu cara bagaimana untuk memeluk Islam.Satu kisah penting dan menarik ialah ketika beliau menegur seorang pelajar di salah sebuah masjid dan menyatakan hasrat memeluk Islam,pelajar tersbut memandang Tuan Haji dari atas ke bawah lalu spontan memberi satu jawapan : Islam hanya untuk orang Melayu sahaja.Pada waktu yang lain ktika beliau menegur dan menyatakan hasrat yang sama kepada individu yang lain jawapan yang sama turut diberikan kepada Tuan Haji iaitu : Islam hanya untuk orang Melayu


16)    Pencarian beliau yang lama dan bersungguh-sungguh telah dinilai oleh Allah sehingga beliau di'ketemu'kan dengan 2 profesor dari luar negara yang memluk Islam.Mendengar nama2 tersebut menyebabkan belaiu cepat-cepat menghantar telegram kepada mereka untuk bertanya mengenai cara-cara untuk masuk Islam.Balasan telegram diterima dan beliau diminta untuk bertemu dengan PM Malaysia yang pertama (Tunku Abdul Rahman) dan pengIslaman beliau telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak pada ktika itu.Beliau telah diIslamkan pada 4 September 1987.


17)    PengIslaman beliau telah menjadikan beliau bergerak aktif sebagai seorang dai'e kepada keluarganya.(Tambahan dari wan : flashback hadith logam).Salah satu caranya adalah membcakan terjemahan alQuran kepada ibunya.Caranya beliau membalut al-Quran dengan surat khabar dan membacakan terjemahan alQuran kepada ibunya.Ketika ibunya mendengar tejemahan2 surah itu,maklum balas yang diberikan oleh ibunya : Inilah bacaan yang paling cantik,Bible apakah ini? (Bible mempunyai banyak fasal).Lantas Tuan Haji membuka surat khabar yang ditutup menutup alQuran.Setelah melihat keadaan itu ibunya memberikan jawapan kepada Tuan Haji : Kekallah kamu (Tuan Haji) dalam agama ini (Islam).(namun begitu Allah masih lagi tidak mengizinkan ibunya memeluk Islam) (insyaALLAH suatu waktu nanti)

SHARING ketika sesi soal jawab antara peserta yang hadir dengan Tuan Haji:

1) metod terbaik untuk melakukan dakwah kepada bukan Islam adalah recce tempat sasaran dakwah dan melihat apakah keperluan mereka.Contoh satu tempat tiada klinik dan kemudahan perubatan agak jauh,jadi bekalkan ubat kepada mereka tanpa mengira latar belakang agama pada setiap masa.dan dalam pada masa yang sama selitkan nasihat kesihatan iaitu untuk mengelakkan penyakit elakkan daripada makan khinzir dan minum arak (pengalaman Tuan Haji) dan alhamdulillah lebih daripada 20 buah keluarga telah memeluk Islam

2) Ajarilah anak-anak murid bahawa agama Islam adalah agama universal dan bukannya untuk bangsa tertentu sahaja

3)bagi pamplet tentang Islam secara umum terutamanya berkenaan Tuhan itu Esa (Tunggal) dan berilah terjemahan alQuran berdasarkan terjemahan bangsa

masing-masing seperti non-muslim indian diberi terjemahan alQuran dalam bahasa Tamil.

4) bercakap secara terus ternag mengenai agama Islam terutamanya tentang tauhid (Tuhan hanya ada satu sahaja)

5) berilah contoh yang terbaik.Hasil survey yang dilakukan oleh Tuan Haji apabila bertanya kepada non-muslim di Sabah/Sarawak mendapati banyak jawpan negatif diberikan kepada orang Islam seperti

-"itu orang(orang Islam) tak boleh percaya,banyak tipu"

-itu orang tidak baik,lari bila datang kutip hutang"

6) Jika berkunjung ke perkampungan bukan Islam bawa buah tangan (WAJIB bawa) sekurang-kurangnya biskut merry/biskut kering Hup Seng pun dah sangat ok,kalau bawa jem atau makanan 'advance dan canggih' lain mereka tak makan terutamanya di perkampungan org asli.
7) carilah persamaan dalam memulakan perhubungan dan perbualan,contohnya dalam ajaran Kristian yang tercatat dalam Zabur banyak mempunyai persamaan nilai sprt dalam Islam (amalan berpuasa selama 40 hari (ni dalam kitab ajaran Kristian sebenar mereka tetapi mereka hanya amalkan puasa pada hari Sabtu dan Ahad),amalan sujud dalam solat (tetapi seleweng hanya lakukan ruku' tidak sujud),tidak boleh minum arak,berzina(termasuklah tidak boleh bersekedudukan) dan berkhatan)

Isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam kalangan non-muslim menurut pandangan peribadi Tuan Haji:

-penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh non-muslim yang betul-betul berdoa kepada Allah secara serius dan bukannya main-main berdasarkan pengalaman beliau terhadap golongan Penan yang berdoa di gereja dengan munajat yang bersungguh2.Mereka menggunakan perkataan Allah kerana mereka menggunakan kitab-kitab terjemahan Zabur berbahasa Indonesia.Namun beliau tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah jika non-muslim tersebut berada dalam keadaan main-main.
-Tuan Haji juga memperbetulkan mereka (golongan Penan) setelah habis berdoa dengan menyatakan Tuhan yang perlu disembah hanyalah SATU sahaja.Allah hanya ada SATU.

ini adalah sedikit perkongsian bagaimana orang lain yang dahulunya bukan seakidah Islam mempunyai perasaan yang sama dengan kita sebagai dai'e dalam mengajak umat yang ada cuma dalam landasan yang salah dan kesungguhn mereka dalam mencari kebenaran (Islam) tanpa teragak-agak walaupun dihujani masalah dengan ujian2 Allah


-----------------
we make history or we become history


Bookmark and Share

  


  Member Information For islam-meProfil   Hantar PM kepada islam-me   Pergi ke islam-me's Website   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-05-12 19:32


assalamualaikum...

syukrran untuk perkongisan..kalau dapat dengar direct lagi beskan..

ana kenal ustaz haji ayub..dulu masa study dekat sarawak ..selalu jemput dia untuk bagi talk dekat kampus..

nak tanya saudara ada xcontact beliau kalau ada minta tolong PM dengan saya ye.


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

  


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089519 saat. Lajunya....