Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-11-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tj
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43038

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Yang Masuk Ke Sini
tj: 13 hari yang lalu
aye: 15 hari yang lalu
NisaAdDeen: 38 hari yang lalu
RijaludDeen: 38 hari yang lalu


Jejak Kerjaya
Topik: 3 april 2012..


Carian Forum

Moderator: Admin, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» 3 april 2012..

Please Mendaftar To Post


Oleh 3 april 2012..

ina19
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2012
Ahli No: 42179
Posting: 10
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-04-12 21:32


Assalamualaikum


saya disini ingin berkongsi tentang pengalaman pahit yang amat ssah untuk dilupakan. Pengalaman saya ini diharap menjadi pengajaran kepada semua dan juga diri saya sendiri dan semoga selepas ini semua lebih berwaspada.

Ceritanya Begini, masa hari selasa dalam pukul 4 lebih macam tu saya baru balik dr kelas dan kebetuln hari itu juga kawan saya mahu berjumpa saya untuk pinjam novel. saya masa itu rancang mahu pergi ke mesin ATM untuk melihat baki di dalam bank saya berdekatan dengan stesyen lrt. Selepas itu saya nampak ada seorang remaja cina hulurkan sesuatu and saya expect tu mungkin flyers then, dia tiba-tiba sruh saya koyak kertas tu dan saya pun koyak dan dia sruh saya lihat isi kandungan and saya pun tak tau apa sebab blurr.. then, dia cakap 'akak tau tak akak ada dapat itu super bonus bukan discount' then dia nak shake hand tapi saya tak mahu sebab dia lelaki. Then, dia cakap saya kena pergi scan, saya pun blurr.. Then dia cakap ada satu amoi akan bawa saya. Then, amoi tu pun turun dr tangga dan jumpa saya and shake hand dengan saya sambil ucap tahniah. Then saya pun balas.

Dia kemudian cakap nak bawa saya pergi ofis untuk scan saya ingat saja pergi scan and expect tempat ofis dia dekat saja tapi tak rupanya bila naik teksi nak pergi kuchai lama saya pun tak berapa jelas kawasam kuchai lama tu. so, saya pun biar and ikut saja sambil berbual2 dalam teksi. sampai saja kat ofis dia saya pun rasa shocked sebab rupa ofis macam tak lengkap.. macam kosong dan hati macam tak sedap.

Then, saya pun masuklh kat dalam bilik ofis pegawai amoi ni. dia terangkan macam-macam sampai saya ni terpedaya sehingga cakap ada menang kereta and macam-macam yang lumayan siap tunjuk surat khabar bekas pemenang prize kereta untuk yakinkn saya yang mereka tak tipu. Then dia tnjuklh ada jumlah yang nak kena standby sebyk rm5600 and mereka pun tanya saya ni ada berapa ATM card then saya tunjuk 2 satu rhb dan cimb. Ya Allah,time tu saya tak tau Kenapa saya boleh beritahu macam tu.

Pegawai ni tanya dalam bank ada berapa then, saya dengan selamba cakap ada Rm 5000. saya time tu masih blur tak tau yang mereka ni ada niat buruk. then, diorgterangkan macam-macam tentang tiket percutian tu, kalau dapat, saya tak payah standby duit. kalau menang kereta, saya kena standby duit sebab ada tax kereta or apa dan kalau standby untuk tu, company akan gandakan 9000 dan saya akan dapat rm 4000 bersih. saya tak dengar pula yang kalau hdiah lain dia minta duit, ingat bagi saja. tup2 dia sruh kluarkn duit dr bank konon nak buktikn pada company yang mereka tak berpakat dengan saya dan bukti bahawa itu duit saya sendiri. then, saya pun ikut amoi tu pergi ATM dhlh perut lapar time tu..

then, saya mula rasa waswas nak keluar sebab takut nanti org rmpas kalau duit yang jumlah banyak dikeluarkn dan macam-macam dia persuade yang kawasam tu tak ada apa-apa. Then, saya pun pegilah untuk draw duit then, saya rasa takut lagi then, amoi tu bawa saya pergi CIMB bank then, saya pun keluarkan duit sebyk rm 4900.. saya siap pesan lagi yang nanti dia taman saya msukkn duit balik lepas pegawai dia nak buktikan pada company yang tu semua duit dr saya bukan mereka. saya pun pergi ofis dengan si amoi. Pegawai tu kemudian tunjuk surat contract menang hdiah tu,saya pun lupa nak baca betul-betul isi kandungannya then, terus sign. ingat tu just bukti menang hdiah sebab pada ayat 1st memang terang begitu.

Then, dia pun sruh saya scan dan saya dapati no 11 yang tertera. saya bersyukur juga tak dapat kereta sebab saya bukan tahu memandu dan tmbhn ingat nanti duit saya yang rugi kalau saya menang kereta dan bukan prize yang lain. saya agak terkilan sebab saya dapat jade mattress. tapi tak kshlh sebab janji saya punya duit mereka tak kebas tapi apa yang saya dapati,duit dia tak pulangkan dan saya pun tak puas hati dan tanya, duit saya mana dan saya tak dapat balik ke duit tu? then, org tu pun tunjuk contract tu bahawa saya memang tak dapat balik duit tu melainkan Kalau menang tiket percutian. memang saya kecewa sangat. tapi pegawai tu cakap saya boleh dapat balik duit tu sebab dia akan tolong jualkn dan dapatkn balik modal saya. dia nak saya bagi masa seminggu untuk jual. saya pun lega bila dengar macam tu.


Dia pun sruh amoi tu call teksi untuk hantar saya balik dan tmbg mereka support. Pulang saja rumah, saya rasa sangat tak sedap hati sebab duit yang saya bagi bukan sikit tapi rm4900. bagi student memang amat2 banyak. tmbhn itu duit pinjaman yang saya peroleh.. memang saya rasa hari tu macam satu mimpi ngeri.

the 2nd day, saya pulang kerumah dr kelas dan rasa nak siasat company yang saya ingat genki,yusho dan saya pun taip dan keluarlh maklumat tentang company yang dah tipu ramai org dan barulah saya betul-betul ykin yang saya ditipu oleh mereka. saya amatlh kecewa sehingga makan pun tak terjaga.

esok hrinye, saya cutikn diri dr hdirkn diri ke kelas semata-mata untuk tenangkan diri dan cuba cari jalan penyelesaian untuk dapatkan balik duit. saya pun search lah website dr company tu dan dapatkan segala informasi tentang cara dapatkan duit balik. saya harap ini yang pertama dan terakhir yang berlaku dalam hdup saya kerana ianya amatlh pedih untuk ditelan hakikat yang kita ditipu begitu.

Duit yang saya bayar yuran pun dah melayang dan saya hope sangat saya dapat balik duit tu supaya saya boleh bayar yuran sebelum bulan depan. Semoga Allah balas perbuatan mereka secukupnya atas perbuatan mereka itu dan semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Peristiwa ini amat mengajar saya. mungkin setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah pasti ingin menguji keimanan saya supaya saya lebih tabah menghadapinya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ina19Profil   Hantar PM kepada ina19   Quote dan BalasQuote

cikgu_ayu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2012
Ahli No: 42086
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-04-12 16:19


salam

takziah buat saudara. Memang sungguh perit bila ditipu begitu. org yang bekerja pun akan terasa perit apatah lagi student. saya pernah cuba ditipu oleh syarikat gores dan menang. macam-macam pujuk rayu mereka untuk kaburi mata saya. Alhamdulillah ALLAH lindungi saya. saya keraskan hati untuk tidak melayan. Nasihat saya kita jangan bagi ruang pada penipu penipu dengan tidak menyambut huluran mereka. Kita kena buat 'sombong'... InsyaALLAH.... Semoga ALLAH melindungi kita semua dr penipu penipu itu... Ameen

Bookmark and Share

  


  Member Information For cikgu_ayuProfil   Hantar PM kepada cikgu_ayu   Quote dan BalasQuote

ina19
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2012
Ahli No: 42179
Posting: 10
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-04-12 21:42


InsyaAllah,Amin..terima kasih atas nasihat cikgu ayu itu. selepas ni saya akan lebih berhati-hati supaya saya tidak mengalami peristiwa yang pahit ini lagi. cukuplah setakat ni saya ditipu begitu. Diharap nanti, tak ada org yang ditipu mereka terutamanya student seperti diri saya. Kerana student memang senang nak terpengaruh oleh itu, harap sangat nanti semua lebih berwaspada terhadap org yang tidak dikenali.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ina19Profil   Hantar PM kepada ina19   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 08-04-12 21:34


astaghfirullah...Kenapa mudah terpedaya macam ni..? saya yang da kerja pun berpuloh2 nak withdraw duit banyak-banyak...mgkinkah awak dipukau oleh mereka? Kalau akal waras masa tu surely awak ikut kata hati...so bagaimana sekarang, setelah cari maklumat nak dapatkan duit tu, ada dapat semula tak?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ina19
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2012
Ahli No: 42179
Posting: 10
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-04-12 10:24


syemarly, saya rasa mereka tak pukau tapi saya ketika itu tidak kuat untuk melawan maklum sajalah kerana seorang waktu tu. saya pun rasa tak tau kenapalah saya seperti orang hilang akal boleh keluarkan duit sebegitu banyak dalam bank. Mungkin saya waktu tu blurr dan expect mereka ni hanya nak duit tu untuk tunjuk kepada company then, saya pun bulat2 percaya yang mereka tidak akan mengambil duit saya dan bagi duit saya semula. Tapi apakan daya, duit itu mereka tak pulangkan. sekarang saya dalam proses untuk mendapatkan semula duit saya. saya akan cuba pertahankan hak saya dan tidak lagi memberi muka pada mereka dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati terhadap direct salers.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ina19Profil   Hantar PM kepada ina19   Quote dan BalasQuote

IbnuKhaldun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6277
Posting: 41
Dari: damansara

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-09-13 03:59


dulu pernah kena gak ...kes gini..menang tiket perlancongan...pastu pi dengan driver company ...nak collect hadiah...survey tempat macam..x ok je ..yelah pejabat macam stor ....atau rumah kena tinggal...teruk..x jadi amik hadiah..pastu nak balik...masa nak ke turun tangga... ada amoi company tu tanya pasal urusan apa...saya kata x ada apa just survey....dia pujuk gak suruh masuk dengar ..kebetulan ofis call..terus blah

Bookmark and Share

  


  Member Information For IbnuKhaldunProfil   Hantar PM kepada IbnuKhaldun   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089036 saat. Lajunya....