Oleh |
PTPTN - Wajarkah dimansuhkan? |
johary
Warga Rasmi Menyertai: 01.11.2003 Ahli No: 4841
Posting: 16
Dari: sungai petani
|
Posting pada: 01-04-12 08:51
PTPTN wajar dimansuhkan dan saya bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskannya jika PR diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini.Pendidikan selalunya percuma di negara-negara maju. Janganlah kita mengaku yang negara kita adalah negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi tidak lama lagi tetapi kita tidak nampak tanda-tanda hasrat yang dilaungkan oleh PM Najib itu akan tercapai seratus tahun lagi. Takkanlah dengan memberikan wang ehsan RM500 baru-baru ini telah menjadikan negara kita rakyat yang berpendapatan tinggi. Di kesebelasan negara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma. Di Germany juga percuma dan di Perancis dan banyak lagi negara-negara lain yang memberikan pendidikan dan pelajaran percuma sehingga peringkat tertinggi.Di negara-negara tersebut tidak ada nampak pemimpin politiknya pergi ke kawasan masing-masing menabur wang 500 euro dan sebagainya. Mereka tidak pun sibuk mendabik dada yang mereka telah memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat mereka. Alasan Menteri Pelajaran Tinggi, Khaled Nordin, yang PTPTN tidak boleh dilupuskan kerana ianya akan mengurangkan daya saing siswazah-siswazah kita adalah tidak munasabah. Khaled seterusnya bertanya jika hutang PTPTN itu dilupuskan, siapa yang hendak membayar hutang-hutang itu? DAN jika itu dilakukan juga maka IPTS akan tutup kerana pelajar-pelajar akan hanya bertumpu kepada IPTA. Saya benar-benar tidak percaya menteri itu memberikan alasan yang tidak berlandaskan kepada kekuatan pemikiran seorang penggubal dasar. Apa yang susah sangat kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini? Bukankah pelajaran dan pendidikan itu merupakan elemen asas untuk membentuk negara maju? Apa yang tidak dapat diterima ialah kerajaan tidak peka langsung tentang nasib anak-anak bangsa yang sudah sedia berhutang semasa muda mereka. Pendidikan ini ibarat nafas kita. Nafas kita memerlukan udara untuk hidup dan udara itu percuma. Begitu jugalah pelajaran. Pelajaran itu tersangat penting untuk mengekalkan kewujudan sesebuah negara yang maju. Negara kita telah membazir dengan ketirisan yang sudah mencapai ke angka trillion ringgit, Kenapa pula tidak ada kudrat untuk membiayai pelajaran rakyat jelata? Jika rakyat boleh membayar hutang hanya seorang anak Perdana Menteri sehingga RM1.8 billion ringgit pada tahun 1998 dahulu, Kenapa kita tidak boleh menanggung pembiayaan pelajaran rakyat yang ramai ini? Kenapa rakyat yang ramai terlalu susah untuk mendapatkan bantuan bebanan membayar hutang sedangkan pemimpin-pemimpin atau kroni mereka amat mudah untuk mendapatkan ‘bailout’ dari kerajaan dalam angka yang beratus billion ringgit itu. Apa peliknya jika rakyat kita mendapat pelupusan hutang PTPTN ini serta memansuhkan terus PTPTN ini? Jika Tajuddin Ramli diberikan gerenti untuk tidak perlu membayar hutang kepada kerajaan yang berbillion ringgit itu, Kenapa hutang anak-anak bangsa yang baru masuk ke alam pekerjaan itu tidak dilupuskan? Jika Tony Fernandez yang sudah hampir terlungkup dengan berbillion ringgit itu boleh di selamatkan oleh kerajaan dengan bertenggek kepada MAS itu? Kenapa Mirzan Mahathir yang tidak berjaya dalam perniagaannya boleh menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan beliau dari tersungkur dan tersembam ke bumi kerana kegagalannya?. Kenapa susah sangat untuk memikirkan nasib ratusan ribu siswazah yang baru keluar dari universiti itu tidak boleh diselamatkan dari tindakan undang-undang kerana tidak mampu untuk membayar hutang PTPTN ini? Isu PTPTN ini melibatkan hampir kesemua keluarga di seluruh negara maka cadangan PR untuk melupuskan dan memansuhkan terus PTPTN ini amat wajar diberikan sambutan dan sokongan. Jika semua masyarakat memberikan dorongan untuk menghapuskan terus sekim PTPTN ini maka ia akan berjaya dilakukan hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi, iaitu semasa berada di dalam bilik mengundi serta saluran yang rakyat akan pergi untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini. Saya yakin alasan yang diberikan untuk menolak penghapusan hutang PTPTN ini merupakan satu alasan yang meleset apabila PR buktikan yang penghapusan itu boleh dilakukan tanpa sebarang masalah besar. Jika mereka yang berkuasa dan kroni kepada pihak yang gagah perkasa dengan kuasa boleh dilupuskan dalam jumlah ratusan billion ringgit, tidak ada sebab kerajaan memberi sebab untuk tidak melupuskan hutang untuk ratusan siswazah yang hanya berjumlah lebih sedikit dari 6 billion ringgit itu. Jika pihak PR diberikan mandat kali ini maka keuntungannya kepada setiap keluarga akan jauh lebih banyak dari wang ehsan RM500 yang diberikan kerajaan BN baru-baru ini. Masing-masing patah-patahkan lah jari untuk membuat perkiraan itu. Tidak payah pakai mesin pengira yang canggih untuk mendapatkan jawapannya. Yang penting setiap orang wajar bersabar menunggu hari membuat perhitungan ini.
|
johary
Warga Rasmi Menyertai: 01.11.2003 Ahli No: 4841
Posting: 16
Dari: sungai petani
|
Posting pada: 01-04-12 13:20
Isteri ana merupakan peminjam PTPTN dan masih belum bekerja,jadi terpaksalah ana menanggung pinjamannya sehingga sekarang. Jika dimansuhkan PTPTN, bolehlah menguruskan perbelanjaan anak ke sekolah dan sebagainya.
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 01-04-12 19:11
Saya bersimpati dan setuju dengan saudara. PTPTN memang sepatutnya dihapuskan. Kita sendiri pun boleh lihat berapa ramai pelajar IPT dan lulusannya terpaksa menanggung beban untuk membayar balik pinjaman ini. Puncanya ialah kita tidak diberi pelajaran percuma dan dikenakan yuran pengajian yang mahal sehingga terpaksa mendapatkan pinjaman PTPTN. Kerajaan kenalah fikir, majoriti pelajar IPT ni bukan berasal dari keluarga yang senang. Memang ada pelajar yang mampu membayar yuran pengajian yang mahal, tapi itu cuma sebahagian. Jadi kerajaan kenalah pertimbangkan golongan yang kurang berkemampuan & wujudkan sistem pendidikan percuma.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 05-04-12 14:35
kita senasib wahai pembuka topik.........negara kita ni hmm dah tunggang langgang sekarang jadi kena buat sesuatu untuk selamatkan negara ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
aisya_muslimah
Warga Rasmi Menyertai: 11.04.2012 Ahli No: 42197
Posting: 1
|
Posting pada: 11-04-12 11:05
memang patut dimansuhkan..negara kita ada banyak source kewangan untuk diguna pakai bagi menampung perbelanjaan pendidikan negara..cumanya bila pentadbiran kewangan dah huru hara macam mana goverment boleh bagi support kepada pendidikan percuma..tengok sahaja turki yang mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat2nya..fikir-fikirkanlah.. ----------------- Butik Muslimah Online
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 30-04-12 13:20
Hutang mesti kena bayar. Masalahnya Pinjam RM10k bayar balik >10k atas nama caj perkhidmatan dsbgnya. Tetapi andai kata dimansuhkan dalam erti kata lain "dihalalkan" hutang pun baik juga
|
mutiara87
Warga Rasmi Menyertai: 14.01.2010 Ahli No: 39063
Posting: 18
Dari: Kedah
|
Posting pada: 30-04-12 17:58
Paling kurang pun mansuhkan 'bunga' tu. Letih nak bayar ..
|
RijaludDeen
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2006 Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..
|
Posting pada: 12-05-12 08:20
... Pendapat saya, tidak wajar dimansuhkan PTPTN, tapi wajar dimansuhkan interest pinjaman...sebab apa saya berpendapat tidak wajar, kerana dengan adanya PTPTN, boleh juga mengurangkan beban ibubapa untuk memberi wang poket kepada anak-anak..tmbahan yang belajar di sabah atau sarawak (contohnya saya lah), dengan adanya PTPTN, boleh jugak saya gunakan untuk beli tiket flight tanpa meminta duit dari ibubapa..sekalipun yuran diberi percuma, pelajar masih perlukan wang saku.. kalau tak pun, yuran diberi percuma, dan setiap kerajaan negeri boleh bagi wang saku/biasiswa kepada semua rakyatnya bagi menanpung kos sara hidup semasa belajar...Allahua'lam... ----------------- "Put Our Trust In ALLAH"
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 05-06-12 15:39
.... Bagi yang meminjam,byrlah balik...hutang tetap hutang.jangan sebelum dapat macam-macam boleh tapi bila dah dapat semuanya salah...bagi saya elok sekiranya bayaran bunga dihapuskan....setahu saya,selagi tidak bekerja boleh menangguh bayaran balik tapi kena maklmkan terlebih dahulu.Kenapa kalau untuk benda lain kita sanggup bayar berhabisan tapi untuk ilmu susah. ----------------- Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.
|
islam-me
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2006 Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu
|
Posting pada: 20-06-12 23:27
salam setuju dengan statement jika meminjam perlu dibayar hutang kerana kalau nak hapus terus hutang2 (atas dasar pendidikan percuma-mungkin tak dapat nak dibuat dalam masa sekarang) adalah sangat susah kerana kes 'credit creation'(orang ekonomi lebih tahu).paling relevan dalam tempoh terdekat adalah mendesak kerajaan (melalui undian PRU13) supaya hapuskan riba' dalam PTPTN.Ada sesuatu yang tak kena dalam PTPTN,mengapa masih kenakan riba?sdgkan pelajar yang meminjam akhirnya akan bekerja untuk negara,maknanya duit akan dipulangkan dan dikembalikan kepada negara(ditambah dengan tol,cukai dll) jangan galakkan meminjam dengan PTPTN,cari alternatif lain (pinjam dengan saudara mara,orang-orang yang rapat),untuk keterangan lanjut mungkin lita patut dengar penyampaian kesan riba yang hutang kepada kehidupan yang akhirnya boleh menyebabkan ----------------- we make history or we become history
|
islam-me
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2006 Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu
|
Posting pada: 20-06-12 23:31
negara collapsed apabila budaya hutang menjadi budaya/trend dalam kalangan rakyat Malaysia,hutang+riba sungguh bahaya,kita sepatutnya ambil iktibar daripada negara2 Eropah termasuklah Greece yang collapsed sebab hutang+riba yang mereka amalkan,at least hutang TANPA riba/interest/bunga/sewaktu dengannya ----------------- we make history or we become history
|
aiNa85
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2009 Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi
|
Posting pada: 24-06-12 19:09
Pada 30-04-12 17:58 , mutiara87 posting:!!! QUOTE !!! Paling kurang pun mansuhkan 'bunga' tu. Letih nak bayar ..
setuju.. ----------------- -PermataAyahBonda-
|
sunan-faqih
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::
|
Posting pada: 27-06-12 11:41
Buat yang masih ada duit PTPTN lagi tu, mohlerr kita pergi K-FIQH UMMAH di UTM Skudai pada 7-8 Julai 2012. Harga pelajar hanya RM100 untuk 2 hari konvensyen! Moh kiterr! ----------------- SEKRETARIAT K-FIQH Layari www.k-fiqh.com Like our page www.facebook.com/kfiqh
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 23-07-12 16:04
tak payah mansuhkan. baik pulihkan saja. batalkan semua aedah. kalau nak caj pun. buat cah pengurusan pada permulaan pinjaman..contohnya 2% dari pinjaman caj untuk pengurusan. dah cukup.tak ada tambahan lagi. lepas itu pula buat rules...sapa dapat cgpa 4.0 tak payah bayar. dapat 3.5 bayar 75%..bawah dari 2.5 bayar full... barule mereka nak belajo bebetul... kalau bagi free saja haram tak belajo mereka ni. sedangkan yang sekarang ni kena bayao semula pun ramai yang malas belajo... ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 25-07-12 16:19
Pada 23-07-12 16:04 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! tak payah mansuhkan. baik pulihkan saja. batalkan semua aedah. kalau nak caj pun. buat cah pengurusan pada permulaan pinjaman..contohnya 2% dari pinjaman caj untuk pengurusan. dah cukup.tak ada tambahan lagi.
lepas itu pula buat rules...sapa dapat cgpa 4.0 tak payah bayar. dapat 3.5 bayar 75%..bawah dari 2.5 bayar full... barule mereka nak belajo bebetul... kalau bagi free saja haram tak belajo mereka ni. sedangkan yang sekarang ni kena bayao semula pun ramai yang malas belajo...
betul tu tak perlu mansuh tapi kena kemaskinikan. kalau semua bagi percuma nanti tak ada motivasi nak belajar dan lulus dengan cemerlang. kalau tengok sekarang ni pun si peminjam PTPTN pun bukan nya guna duit pinjam tu dengan cermat, beli gajet dan pakaian yang mahal mengalahkan org yang kerja. kalau bulan2 kita boleh bayar astro, unifi dan kereta yang mahal , takkan huntang belajar pun tak nak bayar p/s : bukan ke sekarang ni ptptn dah ubah faedah 3% ke 1% melalui sistem ujrah????....
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 27-07-12 00:24
Pada 11-04-12 11:05 , aisya_muslimah posting:!!! QUOTE !!! memang patut dimansuhkan..negara kita ada banyak source kewangan untuk diguna pakai bagi menampung perbelanjaan pendidikan negara..cumanya bila pentadbiran kewangan dah huru hara macam mana goverment boleh bagi support kepada pendidikan percuma..tengok sahaja turki yang mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat2nya..fikir-fikirkanlah..
Betul tu. Kalau diikutkan, kerajaan sebenarnya boleh beri pendidikan percuma (walaupun tidak sekaya negara membangun). Dengan hasil ekonomi yang mereka kaut tiap-tiap tahun, ditambah lagi dengan hasil pertanian, cukai, zakat, pelancongan & lain-lain, pendidikan percuma sepatutnya wujud sejak kemerdekaan kita lagi. Cuba kita fikirkan macam yang en johary nyatakan tadi, pendidikan itu ibarat nafas. Dalam sistem pernafasan, kita memerlukan gas oksigen yang dikurniakan secara percuma oleh Allah SWT untuk terus hidup, jadi pendidikan hendaklah diberi secara percuma macam anugerahNya itu. Kita sendiri pun boleh lihat & fikirkan apa yang berlaku jika pendidikan yang mahal yurannya terus wujud di negara ini, ada yang tidak dapat ke sekolah kerana ketidakmampuan membayar yuran, ada yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading, tetapi terpaksa dilupakan kerana masalah kewangan, & tidak kurang juga yang berjaya melangkah ke medan ilmu, tapi terpaksa berhenti di tengah jalan kerana masalah yang sama. Semua ni berpunca daripada apa? Jawapannya ialah, kegagalan kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya! Kalau pendidikan percuma diwujudkan, saya yakin semua rakyat negara ini akan mendapat pendidikan yang sempurna baik di sekolah mahupun IPT. Jadi, pelajar IPT tak payah susah-susah nak minta pinjaman PTPTN sampai terpaksa menanggung beban hutangnya. Ini tidak, lepas habis belajar, terpaksalah menanggung beban hutang yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk dilangsaikan. Bukankah ini menyusahkan? Cuba kita lihat berapa ramai peminjam yang tak bayar hutang ni. Melambak-lambak jumlahnya! Jadi, sebelum ramai lagi yang menjadi mangsa, PTPTN mesti dimansuhkan sekali dengan hutang peminjamnya. Sedangkan hutang kroni yang mencecah ratusan bilion ringgit boleh dilupuskan, Kenapa hutang lepasan IPT yang hanya memcecah belasan & puluhan ribu ringgit enggan dilupuskan? Ini tidak adil.
|