Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-11-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Alai_Syafa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43068

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
RedPetunia: 1 hari, 1 jam, 30 minit yang lalu
IbnuKhaldun: 1 hari, 8 jam, 30 minit yang lalu
sahabat_amin: 3 hari yang lalu
Gorodkovie: 5 hari yang lalu
Swarig123: 8 hari yang lalu
sunan-faqih: 14 hari yang lalu
ajefikrah: 19 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
owl_UM: 23 hari yang lalu
rasian: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PTPTN - Wajarkah dimansuhkan?


Carian Forum

Moderator: Admin, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PTPTN - Wajarkah dimansuhkan?

Please Mendaftar To Post


Oleh PTPTN - Wajarkah dimansuhkan?

johary
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2003
Ahli No: 4841
Posting: 16
Dari: sungai petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-04-12 08:51


PTPTN wajar dimansuhkan dan saya bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskannya jika PR diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini.Pendidikan selalunya percuma di negara-negara maju.

Janganlah kita mengaku yang negara kita adalah negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi tidak lama lagi tetapi kita tidak nampak tanda-tanda hasrat yang dilaungkan oleh PM Najib itu akan tercapai seratus tahun lagi. Takkanlah dengan memberikan wang ehsan RM500 baru-baru ini telah menjadikan negara kita rakyat yang berpendapatan tinggi.

Di kesebelasan negara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma. Di Germany juga percuma dan di Perancis dan banyak lagi negara-negara lain yang memberikan pendidikan dan pelajaran percuma sehingga peringkat tertinggi.Di negara-negara tersebut tidak ada nampak pemimpin politiknya pergi ke kawasan masing-masing menabur wang 500 euro dan sebagainya. Mereka tidak pun sibuk mendabik dada yang mereka telah memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat mereka.

Alasan Menteri Pelajaran Tinggi, Khaled Nordin, yang PTPTN tidak boleh dilupuskan kerana ianya akan mengurangkan daya saing siswazah-siswazah kita adalah tidak munasabah. Khaled seterusnya bertanya jika hutang PTPTN itu dilupuskan, siapa yang hendak membayar hutang-hutang itu? DAN jika itu dilakukan juga maka IPTS akan tutup kerana pelajar-pelajar akan hanya bertumpu kepada IPTA.

Saya benar-benar tidak percaya menteri itu memberikan alasan yang tidak berlandaskan kepada kekuatan pemikiran seorang penggubal dasar. Apa yang susah sangat kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini? Bukankah pelajaran dan pendidikan itu merupakan elemen asas untuk membentuk negara maju? Apa yang tidak dapat diterima ialah kerajaan tidak peka langsung tentang nasib anak-anak bangsa yang sudah sedia berhutang semasa muda mereka.

Pendidikan ini ibarat nafas kita. Nafas kita memerlukan udara untuk hidup dan udara itu percuma. Begitu jugalah pelajaran. Pelajaran itu tersangat penting untuk mengekalkan kewujudan sesebuah negara yang maju. Negara kita telah membazir dengan ketirisan yang sudah mencapai ke angka trillion ringgit, Kenapa pula tidak ada kudrat untuk membiayai pelajaran rakyat jelata?

Jika rakyat boleh membayar hutang hanya seorang anak Perdana Menteri sehingga RM1.8 billion ringgit pada tahun 1998 dahulu, Kenapa kita tidak boleh menanggung pembiayaan pelajaran rakyat yang ramai ini? Kenapa rakyat yang ramai terlalu susah untuk mendapatkan bantuan bebanan membayar hutang sedangkan pemimpin-pemimpin atau kroni mereka amat mudah untuk mendapatkan ‘bailout’ dari kerajaan dalam angka yang beratus billion ringgit itu.

Apa peliknya jika rakyat kita mendapat pelupusan hutang PTPTN ini serta memansuhkan terus PTPTN ini? Jika Tajuddin Ramli diberikan gerenti untuk tidak perlu membayar hutang kepada kerajaan yang berbillion ringgit itu, Kenapa hutang anak-anak bangsa yang baru masuk ke alam pekerjaan itu tidak dilupuskan? Jika Tony Fernandez yang sudah hampir terlungkup dengan berbillion ringgit itu boleh di selamatkan oleh kerajaan dengan bertenggek kepada MAS itu?

Kenapa Mirzan Mahathir yang tidak berjaya dalam perniagaannya boleh menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan beliau dari tersungkur dan tersembam ke bumi kerana kegagalannya?. Kenapa susah sangat untuk memikirkan nasib ratusan ribu siswazah yang baru keluar dari universiti itu tidak boleh diselamatkan dari tindakan undang-undang kerana tidak mampu untuk membayar hutang PTPTN ini?

Isu PTPTN ini melibatkan hampir kesemua keluarga di seluruh negara maka cadangan PR untuk melupuskan dan memansuhkan terus PTPTN ini amat wajar diberikan sambutan dan sokongan. Jika semua masyarakat memberikan dorongan untuk menghapuskan terus sekim PTPTN ini maka ia akan berjaya dilakukan hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi, iaitu semasa berada di dalam bilik mengundi serta saluran yang rakyat akan pergi untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini.

Saya yakin alasan yang diberikan untuk menolak penghapusan hutang PTPTN ini merupakan satu alasan yang meleset apabila PR buktikan yang penghapusan itu boleh dilakukan tanpa sebarang masalah besar.

Jika mereka yang berkuasa dan kroni kepada pihak yang gagah perkasa dengan kuasa boleh dilupuskan dalam jumlah ratusan billion ringgit, tidak ada sebab kerajaan memberi sebab untuk tidak melupuskan hutang untuk ratusan siswazah yang hanya berjumlah lebih sedikit dari 6 billion ringgit itu.

Jika pihak PR diberikan mandat kali ini maka keuntungannya kepada setiap keluarga akan jauh lebih banyak dari wang ehsan RM500 yang diberikan kerajaan BN baru-baru ini. Masing-masing patah-patahkan lah jari untuk membuat perkiraan itu. Tidak payah pakai mesin pengira yang canggih untuk mendapatkan jawapannya.

Yang penting setiap orang wajar bersabar menunggu hari membuat perhitungan ini.

Bookmark and Share

  


  Member Information For joharyProfil   Hantar PM kepada johary   Quote dan BalasQuote

johary
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2003
Ahli No: 4841
Posting: 16
Dari: sungai petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-04-12 13:20


Assalamualaikum
Isteri ana merupakan peminjam PTPTN dan masih belum bekerja,jadi terpaksalah ana menanggung pinjamannya sehingga sekarang.

Jika dimansuhkan PTPTN, bolehlah menguruskan perbelanjaan anak ke sekolah dan sebagainya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For joharyProfil   Hantar PM kepada johary   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-04-12 19:11


Assalamualaikum

Saya bersimpati dan setuju dengan saudara. PTPTN memang sepatutnya dihapuskan. Kita sendiri pun boleh lihat berapa ramai pelajar IPT dan lulusannya terpaksa menanggung beban untuk membayar balik pinjaman ini. Puncanya ialah kita tidak diberi pelajaran percuma dan dikenakan yuran pengajian yang mahal sehingga terpaksa mendapatkan pinjaman PTPTN. Kerajaan kenalah fikir, majoriti pelajar IPT ni bukan berasal dari keluarga yang senang. Memang ada pelajar yang mampu membayar yuran pengajian yang mahal, tapi itu cuma sebahagian. Jadi kerajaan kenalah pertimbangkan golongan yang kurang berkemampuan & wujudkan sistem pendidikan percuma.



Bookmark and Share

  


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-04-12 14:35


kita senasib wahai pembuka topik.........negara kita ni hmm dah tunggang langgang sekarang jadi kena buat sesuatu untuk selamatkan negara


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

  


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

aisya_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 11.04.2012
Ahli No: 42197
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-04-12 11:05


memang patut dimansuhkan..negara kita ada banyak source kewangan untuk diguna pakai bagi menampung perbelanjaan pendidikan negara..cumanya bila pentadbiran kewangan dah huru hara macam mana goverment boleh bagi support kepada pendidikan percuma..tengok sahaja turki yang mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat2nya..fikir-fikirkanlah..


-----------------
Butik Muslimah Online


Bookmark and Share

  


  Member Information For aisya_muslimahProfil   Hantar PM kepada aisya_muslimah   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 30-04-12 13:20


Hutang mesti kena bayar. Masalahnya Pinjam RM10k bayar balik >10k atas nama caj perkhidmatan dsbgnya. Tetapi andai kata dimansuhkan dalam erti kata lain "dihalalkan" hutang pun baik juga :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

mutiara87
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2010
Ahli No: 39063
Posting: 18
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-04-12 17:58


Paling kurang pun mansuhkan 'bunga' tu. Letih nak bayar ..



Bookmark and Share

  


  Member Information For mutiara87Profil   Hantar PM kepada mutiara87   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 304
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-05-12 08:20


Assalamualaikum...

Pendapat saya, tidak wajar dimansuhkan PTPTN, tapi wajar dimansuhkan interest pinjaman...sebab apa saya berpendapat tidak wajar, kerana dengan adanya PTPTN, boleh juga mengurangkan beban ibubapa untuk memberi wang poket kepada anak-anak..tmbahan yang belajar di sabah atau sarawak (contohnya saya lah), dengan adanya PTPTN, boleh jugak saya gunakan untuk beli tiket flight tanpa meminta duit dari ibubapa..sekalipun yuran diberi percuma, pelajar masih perlukan wang saku.. kalau tak pun, yuran diberi percuma, dan setiap kerajaan negeri boleh bagi wang saku/biasiswa kepada semua rakyatnya bagi menanpung kos sara hidup semasa belajar...Allahua'lam...


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

  


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-06-12 15:39


Assalamualaikum....

Bagi yang meminjam,byrlah balik...hutang tetap hutang.jangan sebelum dapat macam-macam boleh tapi bila dah dapat semuanya salah...bagi saya elok sekiranya bayaran bunga dihapuskan....setahu saya,selagi tidak bekerja boleh menangguh bayaran balik tapi kena maklmkan terlebih dahulu.Kenapa kalau untuk benda lain kita sanggup bayar berhabisan tapi untuk ilmu susah.


-----------------
Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.


Bookmark and Share

  


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

islam-me
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-06-12 23:27


salam
setuju dengan statement jika meminjam perlu dibayar hutang kerana kalau nak hapus terus hutang2 (atas dasar pendidikan percuma-mungkin tak dapat nak dibuat dalam masa sekarang) adalah sangat susah kerana kes 'credit creation'(orang ekonomi lebih tahu).paling relevan dalam tempoh terdekat adalah mendesak kerajaan (melalui undian PRU13) supaya hapuskan riba' dalam PTPTN.Ada sesuatu yang tak kena dalam PTPTN,mengapa masih kenakan riba?sdgkan pelajar yang meminjam akhirnya akan bekerja untuk negara,maknanya duit akan dipulangkan dan dikembalikan kepada negara(ditambah dengan tol,cukai dll)

jangan galakkan meminjam dengan PTPTN,cari alternatif lain (pinjam dengan saudara mara,orang-orang yang rapat),untuk keterangan lanjut mungkin lita patut dengar penyampaian kesan riba yang hutang kepada kehidupan yang akhirnya boleh menyebabkan


-----------------
we make history or we become history


Bookmark and Share

  


  Member Information For islam-meProfil   Hantar PM kepada islam-me   Pergi ke islam-me's Website   Quote dan BalasQuote

islam-me
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-06-12 23:31


negara collapsed apabila budaya hutang menjadi budaya/trend dalam kalangan rakyat Malaysia,hutang+riba sungguh bahaya,kita sepatutnya ambil iktibar daripada negara2 Eropah termasuklah Greece yang collapsed sebab hutang+riba yang mereka amalkan,at least hutang TANPA riba/interest/bunga/sewaktu dengannya


-----------------
we make history or we become history


Bookmark and Share

  


  Member Information For islam-meProfil   Hantar PM kepada islam-me   Pergi ke islam-me's Website   Quote dan BalasQuote

aiNa85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2009
Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-06-12 19:09


Pada 30-04-12 17:58 , mutiara87 posting:

!!! QUOTE !!!

Paling kurang pun mansuhkan 'bunga' tu. Letih nak bayar ..



setuju..


-----------------
-PermataAyahBonda-


Bookmark and Share

  


  Member Information For aiNa85Profil   Hantar PM kepada aiNa85   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-12 11:41


Buat yang masih ada duit PTPTN lagi tu, mohlerr kita pergi K-FIQH UMMAH di UTM Skudai pada 7-8 Julai 2012.

Harga pelajar hanya RM100 untuk 2 hari konvensyen!

Moh kiterr!




-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

  


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 23-07-12 16:04


tak payah mansuhkan. baik pulihkan saja. batalkan semua aedah. kalau nak caj pun. buat cah pengurusan pada permulaan pinjaman..contohnya 2% dari pinjaman caj untuk pengurusan. dah cukup.tak ada tambahan lagi.

lepas itu pula buat rules...sapa dapat cgpa 4.0 tak payah bayar. dapat 3.5 bayar 75%..bawah dari 2.5 bayar full... barule mereka nak belajo bebetul... kalau bagi free saja haram tak belajo mereka ni. sedangkan yang sekarang ni kena bayao semula pun ramai yang malas belajo...


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 25-07-12 16:19


Pada 23-07-12 16:04 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

tak payah mansuhkan. baik pulihkan saja. batalkan semua aedah. kalau nak caj pun. buat cah pengurusan pada permulaan pinjaman..contohnya 2% dari pinjaman caj untuk pengurusan. dah cukup.tak ada tambahan lagi.

lepas itu pula buat rules...sapa dapat cgpa 4.0 tak payah bayar. dapat 3.5 bayar 75%..bawah dari 2.5 bayar full... barule mereka nak belajo bebetul... kalau bagi free saja haram tak belajo mereka ni. sedangkan yang sekarang ni kena bayao semula pun ramai yang malas belajo...



betul tu tak perlu mansuh tapi kena kemaskinikan. kalau semua bagi percuma nanti tak ada motivasi nak belajar dan lulus dengan cemerlang. kalau tengok sekarang ni pun si peminjam PTPTN pun bukan nya guna duit pinjam tu dengan cermat, beli gajet dan pakaian yang mahal mengalahkan org yang kerja. kalau bulan2 kita boleh bayar astro, unifi dan kereta yang mahal , takkan huntang belajar pun tak nak bayar

p/s : bukan ke sekarang ni ptptn dah ubah faedah 3% ke 1% melalui sistem ujrah????....

Bookmark and Share

  


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-12 00:24


Pada 11-04-12 11:05 , aisya_muslimah posting:

!!! QUOTE !!!

memang patut dimansuhkan..negara kita ada banyak source kewangan untuk diguna pakai bagi menampung perbelanjaan pendidikan negara..cumanya bila pentadbiran kewangan dah huru hara macam mana goverment boleh bagi support kepada pendidikan percuma..tengok sahaja turki yang mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat2nya..fikir-fikirkanlah..



Betul tu. Kalau diikutkan, kerajaan sebenarnya boleh beri pendidikan percuma (walaupun tidak sekaya negara membangun). Dengan hasil ekonomi yang mereka kaut tiap-tiap tahun, ditambah lagi dengan hasil pertanian, cukai, zakat, pelancongan & lain-lain, pendidikan percuma sepatutnya wujud sejak kemerdekaan kita lagi. Cuba kita fikirkan macam yang en johary nyatakan tadi, pendidikan itu ibarat nafas. Dalam sistem pernafasan, kita memerlukan gas oksigen yang dikurniakan secara percuma oleh Allah SWT untuk terus hidup, jadi pendidikan hendaklah diberi secara percuma macam anugerahNya itu. Kita sendiri pun boleh lihat & fikirkan apa yang berlaku jika pendidikan yang mahal yurannya terus wujud di negara ini, ada yang tidak dapat ke sekolah kerana ketidakmampuan membayar yuran, ada yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading, tetapi terpaksa dilupakan kerana masalah kewangan, & tidak kurang juga yang berjaya melangkah ke medan ilmu, tapi terpaksa berhenti di tengah jalan kerana masalah yang sama. Semua ni berpunca daripada apa? Jawapannya ialah, kegagalan kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya!

Kalau pendidikan percuma diwujudkan, saya yakin semua rakyat negara ini akan mendapat pendidikan yang sempurna baik di sekolah mahupun IPT. Jadi, pelajar IPT tak payah susah-susah nak minta pinjaman PTPTN sampai terpaksa menanggung beban hutangnya. Ini tidak, lepas habis belajar, terpaksalah menanggung beban hutang yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk dilangsaikan. Bukankah ini menyusahkan? Cuba kita lihat berapa ramai peminjam yang tak bayar hutang ni. Melambak-lambak jumlahnya! Jadi, sebelum ramai lagi yang menjadi mangsa, PTPTN mesti dimansuhkan sekali dengan hutang peminjamnya. Sedangkan hutang kroni yang mencecah ratusan bilion ringgit boleh dilupuskan, Kenapa hutang lepasan IPT yang hanya memcecah belasan & puluhan ribu ringgit enggan dilupuskan? Ini tidak adil.



Bookmark and Share

  


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128251 saat. Lajunya....