Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-11-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tj
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43038

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Yang Masuk Ke Sini
tj: 8 hari yang lalu
aye: 10 hari yang lalu
NisaAdDeen: 33 hari yang lalu
RijaludDeen: 33 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Wasiat Ibu bapa


Carian Forum

Moderator: Admin, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Wasiat Ibu bapa

Please Mendaftar To Post


Oleh Wasiat Ibu bapa

ana_muslimin
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2012
Ahli No: 42119
Posting: 8
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-12 11:20


Assalamualaikum. Saya ingin bertanya kepada ustaz. Saya ingin mohon pendapat sahabat ukhwah.Begini. baru-baru ini , saya baru sahaja mendengar wasiat arwah ayah kepada adik beradik semua. Arwah ayah dan umi ada mewasiatkan kepada saya supaya berkahwin dengan sepupu saya.Kata nya, arwah sudah berjanji dngan ayah saudara saya untuk menyatukan saya dan sepupu saya TETAPI hendaklah mendapatkan persetujuan dari pihak sepupu saya itu.Wajibkah saya tunaikan wasiat tersebut atau bagaimana?Mohon khidmat nasihat dari sahabat-sahabat disini.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_musliminProfil   Hantar PM kepada ana_muslimin   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 19-03-12 18:05


wsalam..

even tak tau nak jawab apa, sekurang2nya boleh saya respon mana-mana yang patut. dripada cerita anda d atas kelihatan wasiat tu bukanlah bebentuk mutlak yang jadi kemestian untuk diikuti bilanama ada TETAPInya. meant keadaan tu boleh saja blakuu atau tidak bergantung kepada persetujuan sepupu anda itu. saya tak pasti apakah wasiat seperti ini relevan untuk diikuti memandangkan tidak hitam putih, hanya sekadar lisan antara ayah dan ayah saudara anda semata-mata..mungkin lebih baik, tanyakan terus pada ayah saudara anda tu untuk maklumat lanjut. keadaan ini juga boleh merubah keadaan jika ayah saudara anda itu menafikannya, atau memberi peluang kepada anda untuk membuat keputusan sendiri sama ada menerima atau menolaknya walaupun sepupu anda bersetuju dan tak kisah mengenainya. wallahu a'lam.


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ana_muslimin
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2012
Ahli No: 42119
Posting: 8
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-12 21:28


Syukran jazilan syemarly.Wasiat ini ada hitam putih dimana arwah ayah ada sertakan surat untuk ayah saudara saya pasal ini. Sekarang ni pun ana bingong dan dalam proses untuk berbincang dengan ayah saudara saya pasal hal ini. Saya ada bertanya ustaz pasal hal ini, ustaz tu pesan suruh saya bincang dulu dengan ayah saudara dan kalau boleh ikut sebab ini ada wasiat dan harapan arwah sewaktu hidupnya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_musliminProfil   Hantar PM kepada ana_muslimin   Quote dan BalasQuote

cikgu_ayu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2012
Ahli No: 42086
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-12 21:46


Pada 19-03-12 21:28 , ana_muslimin posting:

!!! QUOTE !!!

Syukran jazilan syemarly.Wasiat ini ada hitam putih dimana arwah ayah ada sertakan surat untuk ayah saudara saya pasal ini. Sekarang ni pun ana bingong dan dalam proses untuk berbincang dengan ayah saudara saya pasal hal ini. Saya ada bertanya ustaz pasal hal ini, ustaz tu pesan suruh saya bincang dulu dengan ayah saudara dan kalau boleh ikut sebab ini ada wasiat dan harapan arwah sewaktu hidupnya.


Salam

saya bukan org yang arif untuk jawab cuma setahu saya lah memang wasiat ni kena tunaikan. tapi hukum wajib ke sunat ke saya tak tahu lah tu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For cikgu_ayuProfil   Hantar PM kepada cikgu_ayu   Quote dan BalasQuote

cikgu_ayu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2012
Ahli No: 42086
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-12 21:49


Pada 19-03-12 21:28 , ana_muslimin posting:

!!! QUOTE !!!

Syukran jazilan syemarly.Wasiat ini ada hitam putih dimana arwah ayah ada sertakan surat untuk ayah saudara saya pasal ini. Sekarang ni pun ana bingong dan dalam proses untuk berbincang dengan ayah saudara saya pasal hal ini. Saya ada bertanya ustaz pasal hal ini, ustaz tu pesan suruh saya bincang dulu dengan ayah saudara dan kalau boleh ikut sebab ini ada wasiat dan harapan arwah sewaktu hidupnya.


Salam

saya bukan org yang arif untuk jawab cuma setahu saya lah memang wasiat ni kena tunaikan. tapi hukum wajib ke sunat ke saya tak tahu lah tu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For cikgu_ayuProfil   Hantar PM kepada cikgu_ayu   Quote dan BalasQuote

ana_muslimin
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2012
Ahli No: 42119
Posting: 8
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-03-12 08:06


Cikgu_ayu,Syukran jazilan atas komen anda..Saya amat menghargai...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_musliminProfil   Hantar PM kepada ana_muslimin   Quote dan BalasQuote

IbnuKhaldun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6277
Posting: 41
Dari: damansara

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-12 12:02


Dalam hal ini boleh di lihat dari dua sudut.....sudut pertama jika wasiat itu baik...dan wajib ditunaikan ..jika memudaratkan wajib di tolak...cuma nasihat saya jika sepupu itu baik agamanya, baik akhlaknya.terimalah anggaplah wasiat ini adalah anugerah allah...itupun jika kedua-dua pihak setuju dan jika yang tidak bersetuju itu bukan di pihak awak...anggaplah awak dan berusaha,,,tapi kuasa kesudahan ditentukan oleh allah jua ...namun begitu....jika keadaan sepupu itu sebaliknya dalam erti kata lain tidak berada di dalam akhlak islam dan cara hidup dia yang jauh menyimpangdari islam...maka bolehlah di bincang semula dengan...ayah saudara...mungkin juga boleh juga ...di tolak wasiat..itu...semua benda ini harus di perhalusi sedalam dalamnya...jangan kerana inginkan sangat menunaikan wasiat kelak..kita merana dalam mengamalkan cara hidup islam.ingat bukan wasiat itu yang penting tapi redha illahi yang utama..semua orang inginkan kebahagiaan..dan kebahagiaan hanya datang dengan redha illahi..

Bookmark and Share

  


  Member Information For IbnuKhaldunProfil   Hantar PM kepada IbnuKhaldun   Quote dan BalasQuote

ana_muslimin
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2012
Ahli No: 42119
Posting: 8
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-03-12 14:31


Terima kasih IbnuKhaldun atas jawapan anda.Bagaimana pula kalau saya sudah ada pilihan sendiri tapi ayah saudara saya tetap untuk satukan kami berdua sebab janji dengan arwah?

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_musliminProfil   Hantar PM kepada ana_muslimin   Quote dan BalasQuote

IbnuKhaldun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6277
Posting: 41
Dari: damansara

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-03-12 08:53


Macam saya katakan dia atas jika...antara pilihan sendiri dan pilihan mak ayah..pilihlah pilihan mak ayah...kerana itu letaknya redha allah..asalkan akhlak pilihan mak ayah adalah baik...dan jika kedua-duanya baik..iaitu pilihan sendiri dan pilihan mak ayah...isthikarah .serah pada allah...tapi jika mampu..terimalah pilihan mak ayah...kerana dalam soal jodoh...keredhaan mak ayah adalah perkara kedua penting selepas redha allah...memang kadangkala bila kita dah suka seseorang dan hal begini berlaku..memang mengecewakan..anggaplah ini dugaan.saya cadangkan ..ada masa lapang..duduk seorang-seorang..tanya jauh dalam sudut hati...adakah pilihan kita adalah yang terbaik berbanding dengan pilihan mak-ayah? Adakah kita memilih dan mencintai pilihan kita kerana benar-benar ikhlas kerana allah?Sejauh mana kita pilih pilihan hati kerana kita yakin dia adalah pemuda yang digariskan baik oleh islam?Ada atau tidak sepanjang kita berhubung dengan pilihan hati...perbuatan dan perkataan yang kita lakukkan semasa berhubung itu ,keluar dari landasan syariat... Jika kita kita sendiri tidak mampu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini.atau jawapan yang ada pun masih ragu-ragu bermain di fikiran..nyatalah pemuda pilihan hati hanyalah pilihan atas nafsu sahaja?Sebabtu saya katakan dia atas..bukan soal wasiat atau pilihan sesiapa..tapi dalam soal jodoh islam amat menekankan akhlak...jika akhlak baik...insyaallah ..baik lah kesudahanya...jika sebaliknya...sebaliknya lah juga kesudahanya..selalu saya tekankan..bahawa..suami boleh jadi syuga boleh jadi neraka bagi isteri...jangan memilih seseorang atas pandangan...tapi pililah sesorang atas sebuah keredhaan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For IbnuKhaldunProfil   Hantar PM kepada IbnuKhaldun   Quote dan BalasQuote

ana_muslimin
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2012
Ahli No: 42119
Posting: 8
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-03-12 09:42


Syukran jazilan.Insyaallah esok saya akan berjumpa dan berbincang dengan ayah saudara saya hal ini.Doakan semoga saya kuat untuk hadapi semua ni.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_musliminProfil   Hantar PM kepada ana_muslimin   Quote dan BalasQuote

IbnuKhaldun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6277
Posting: 41
Dari: damansara

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-03-12 10:04


Berbincanglah secara baik...bila kita berbincang kita ikutlah adab macam menarik rambut di dalam tepung.kita kena pastikan.rambut tak putus..tepung tak berselerak...dalam soal jodoh..kita inginkan jodoh adalah yang terbaik untuk kita,untuk agama kita..untuk semua orang yang ada hubung kait dengan kita.dalam hal ini banyyakan bersabar nasihat saya.... dalam apa jua keadaan doa kepada allah banyak-banyak..doa agar di tetapkan dalam hati oleh allah pilihan yang terbaik yang di redhainya..saya katakan ini...kerana dalam doalah kita beroleh kekuatan dan ,seperkara lagi..kalau boleh masa berdoa itu menangislah depan allah..mohon di beri petunjuk dan jalan penyelesaian...insyaallah..doa orang tabah dan sabar sentisa di dengar oleh allah s.w.t

Bookmark and Share

  


  Member Information For IbnuKhaldunProfil   Hantar PM kepada IbnuKhaldun   Quote dan BalasQuote

hikarunogo
Warga Rasmi
Menyertai: 23.01.2010
Ahli No: 39123
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-03-12 10:22


Ana cuma ingin menambah disini.Seperti kata IbnuKhaldun,keredhaan ibu bapa amat penting walaupun mereka dah meninggal. Jika akhlak sepupu anda seperti yang dituntut agama,terimalah dia seadanya.Insyaallah besar ganjaran di kemudian hari.Kadangkala, tak semua perkara yang kita rancang,kita akan dapat.Sesungguhnyer hanya Allah yang maha mengetahui.Kekecewaan hanya sementara tapi kebahagiaan hingga akhir hayat.Wassalam.

Bookmark and Share

  


  Member Information For hikarunogoProfil   Hantar PM kepada hikarunogo   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-03-12 22:28


Salam...pada pandangan saya pula..molek lah kiranya saudari solat istikharah memohon petunjuk dariNYA...Insyallah,setiap yang berlaku ada hikmahnya...


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

ana_muslimin
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2012
Ahli No: 42119
Posting: 8
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-03-12 09:58


InsyaAllah NaZa_FirmaN.sYUKRAN Jazilan Kasiran...Itu yang terbaik kan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_musliminProfil   Hantar PM kepada ana_muslimin   Quote dan BalasQuote

hikarunogo
Warga Rasmi
Menyertai: 23.01.2010
Ahli No: 39123
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-03-12 16:51


Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita."

**Untuk mereka yang merasa kehilangan....Sesungguhnya Jodoh itu rahsia Allah...^_^

Bookmark and Share

  


  Member Information For hikarunogoProfil   Hantar PM kepada hikarunogo   Quote dan BalasQuote

ana_muslimin
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2012
Ahli No: 42119
Posting: 8
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-04-12 16:42


Sahabat sekalian.Saya sudah berjumpa dengan Ayah saudara saya dan anaknya untuk berbincang hal ini .Memang mereka bersetuju dengan wasiat arwah ibu bapa saya sejak dulu lagi.Saya juga slow talk dengan sepupu saya tu dan dia bersetuju dengan ikhlas hati dengan arwah umi saya dikala arwah umi masih ada. Kini saya rasa serba salah.Sepupu saya dan pilihan hati masing-masing punya kehebatan tersendiri especially dari ilmu agama. Kini saya betul-betul bingong untuk buat keputusan. Sudah 2 minggu saya mengasingkan diri dan buat istikharah namun masih belum dapat apa-apa keputusan lagi. Apa yang perlu saya lakukan lagi ye ?

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_musliminProfil   Hantar PM kepada ana_muslimin   Quote dan BalasQuote

IbnuKhaldun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6277
Posting: 41
Dari: damansara

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-04-12 09:48


Boleh saya tahu, seikhlasnya awak cenderung nak pilih siapa?

Bookmark and Share

  


  Member Information For IbnuKhaldunProfil   Hantar PM kepada IbnuKhaldun   Quote dan BalasQuote

ana_muslimin
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2012
Ahli No: 42119
Posting: 8
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-04-12 16:28


Seikhlasnya saya cenderung untuk menerima pilihan hati sendiri.Kini saya bingung.Saya dah berjanji dengan kedua orang tua dia , tapi dengan ayah saudara saya ini, mereka sudah berjanji dengan arwah kedua orang tua saya. Mereka anggap wasiat ini sebagai amanah dan janji yang patut diikuti.Adik beradik dan saudara mara saya semua suruh saya terima pilihan arwah ibubapa saya ni....saya betui2 bingung....

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_musliminProfil   Hantar PM kepada ana_muslimin   Quote dan BalasQuote

IbnuKhaldun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6277
Posting: 41
Dari: damansara

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-12 08:38


Pada 12-04-12 16:28 , ana_muslimin posting:

!!! QUOTE !!!

Seikhlasnya saya cenderung untuk menerima pilihan hati sendiri.Kini saya bingung.Saya dah berjanji dengan kedua orang tua dia , tapi dengan ayah saudara saya ini, mereka sudah berjanji dengan arwah kedua orang tua saya. Mereka anggap wasiat ini sebagai amanah dan janji yang patut diikuti.Adik beradik dan saudara mara saya semua suruh saya terima pilihan arwah ibubapa saya ni....saya betui2 bingung....



Bila dah renung masalah awak ...yang saya nampaklah ...awak dah terikat dengan 2 janji...pertama janji dengan mak ayah pilihan hati dan kedua adalah janji mak-ayah sendiri..Nak salahkan awak pun tak boleh juga..tapi sebaiknya...dalam soal jodoh walaupun kita sayang sangat seseorang itu janganlah mudah sangat berjanji.yang kita akan jadi isteri dia dan sebagainya ..serahkan pada allah jua...kerana kita tak tahu apa akan terjadi kepada kita....dalam hal ini renung dalam-dalam mana yang lebih penting...? Cuma nasihat saya kalau nak isthikarah pastikan awak buang sementara dulu perasaan sayang kepada pilihan hati...dan kalau boleh jangan berjumpa pun dengan mana-mana sama ada -pilihan hati atau sepupu..buat masa dalam tempoh sebulan dua ..pastikan hati benar-banar kosong dari mengingati kedua-duanya....kalau keduanya tanya katakan sahaja...awak nak perbanyakkan ibadah. dan mencari jawapan atas sebuah pilihan...insyaallah katakan juga selepas 2 bulan ini ada jodoh adalah kalau tak ada jodoh harap keduanya sabar.....itu sahaja...dan insyaallah....dalam tempoh ini.. banyakkan amal ibadat..solat isthikarah...mohon pertunjuk banyak-banyak...saya nasihatkan begini kerana jika kita mahukan petunjuk allah...hati kita seharusnya bersih sebersihnya...dan ingatan kita hanya kepada allah sahaja..mencari jawapan dan petunjuk allah sedangkan hati dan ingatan banyak berkisar tentang perkara lain payah mendapat petujuk yang adil......insyaallah jika di beri keizinan dalam masa 2 bulan tak berhubung ini...awak akan temui jawapan yang mana pilihan terbaik... insyaallah jika kita puas mohon petunjuk ikutlah gerak hati ...kerana pada waktu ini...insyaallah gerak hati kita ...adalah petunjuk allah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For IbnuKhaldunProfil   Hantar PM kepada IbnuKhaldun   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094949 saat. Lajunya....