Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-08-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: alifceppies
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43058

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 5 hari yang lalu
le_petit_khai: 12 hari yang lalu
HIKAL: 12 hari yang lalu
amyazma: 18 hari yang lalu
nurul_peace: 26 hari yang lalu
marul: 31 hari yang lalu
Martyr: 34 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Beranikah rakyat Malaysia berubah?


Carian Forum

Moderator: Admin, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Beranikah rakyat Malaysia berubah?

Please Mendaftar To Post


Oleh Beranikah rakyat Malaysia berubah?

johary
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2003
Ahli No: 4841
Posting: 16
Dari: sungai petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-12 09:13


Malaysia berada di persimpangan. Di sebelah kanan, sebuah pemerintahan semenjak negara merdeka, di sebelah kiri pula sebuah harapan baru yang mungkin memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik.

Tidak lama lagi, pilihan raya umum (PRU) akan berlangsung. Telahan yang paling popular adalah PRU13 akan diadakan pada bulan Jun 2012. Diberitakan, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak mahu pilihan raya berjalan secara berasingan.

Kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid Ibrahim berkeras hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya selepas Jun 2012.

Najib bimbang jika PRU diadakan tanpa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, pertempuran akan berlaku berkali-kali.

Ertinya, selepas PRU, Barisan Nasional (BN) terpaksa berhadapan dengan pilihan raya negeri pula. Ini adalah mimpi ngeri yang Najib mahu elak. Pengalaman berlawan dalam pilihan raya kecil (perkara) selepas Mac 2008, PR bukanlah lawan yang mudah ditewaskan.

Dahulu senarionya lain. BN mudah menang dalam perkara kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesebuah kawasan.

perkara selepas Mac 2008 seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan beberapa kawasan lagi membuktikan bahawa BN kini mempunyai pesaing yang mungkin mampu mengalahkan mereka dalam PRU.

Anwar atau Najib?

PRU13 nanti, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan. Sama ada mahukan Malaysia dipimpin oleh BN dan Najib sebagai perdana menteri atau Malaysia baru di bawah Pakatan dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Jika BN menang dalam PRU13 akan datang, rakyat sudah boleh agak bagaimana keadaannya. Seperti hari ini, rakyat akan terus-menerus menanggung beban kehidupan yang mahal dengan pendapatan yang rendah.

Harga bahan bakar seperti petrol dan diesel akan terus naik dan pelbagai subsidi terhadap barang keperluan asas akan ditarik balik. Sedangkan, pendapatan majoriti rakyat Malaysia masih berada di tampuk lama.

Dasar yang sedia ada akan menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membeli kenderaan seperti kereta kerana sistem pengangkutan awam yang teruk dan tidak efisyen.

Kesesakan jalan raya sangat kritikal dan jalan penyelesaian yang di tawarkan oleh kerajaan BN adalah dengan membina lebih banyak lebuh raya. Apabila banyak lebuh raya maka bertambahlah tol. Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai sebuah bandaraya yang paling banyak tol di Asia Tenggara.

Banyaknya lebuh raya dan kutipan tol yang tinggi tetap tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang parah di ibukota negara ini. Pengguna membayar tol untuk lebuh raya dan tetap berhadapan dengan kesesakan.

Kalau tidak percaya dengan pernyataan saya di atas, cubalah lalui lebuh raya seperti New Pantai Expressway (Kenapa) di waktu pagi!

Pilihan ditangan rakyat

Seharusnya, sesebuah kerajaan itu memikirkan dasar yang menguntungkan rakyat terbanyak. Sistem LRT yang sedia ada sudah cukup baik akan tetapi ianya harus diperkasakan dan melalui ke kawasan rakyat bawahan yang memerlukannya.

Apa guna membina MRT di kawasan seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di mana majoriti rakyat di kawasan tersebut tidak memerlukannya?

Cadangan untuk membina MRT melalui kawasan TTDI mendapat tentangan penduduk setempat kerana kawasan laluannya tidak sesuai dan menggangu mereka.

Sedangkan lebih baik LRT sedia ada dipanjangkan sehingga melalui kawasan seperti Shah Alam dan Klang - mempunyai majoriti rakyat kelas pekerja yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik.

Bukankah lebih baik peruntukan yang banyak dibelanjakan untuk kepentingan majoriti rakyat yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik berbanding dengan membina lebih banyak lebuh raya?

Penulis pernah tinggal di kawasan pedalaman di Korea Selatan yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang jauh lebih baik dari sesetengah kawasan di Kuala Lumpur. Walaupun tidak mempunyai “subway” yang panjang, pekan tersebut menawarkan sistem bas yang efisyen.

Harga kenderaan yang mahal

Rakyat juga akan terpaksa berhadapan dengan harga kenderaan yang begitu mahal. Rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan harga kenderaan yang begitu mahal berbanding dengan kualitinya. Kenderaan tempatan menawarkan harga yang begitu mahal kepada rakyat Malaysia sedangkan ianya boleh dijual dengan murah di Indonesia dan Filipina.

Rakyat Malaysia terpaksa berhutang selama sembilan tahun untuk memiliki kereta tersebut. Sebaik sahaja selesai melangsaikan hutang pada tahun kesembilan, kereta tersebut pun musnah.

Sedangkan di negara seperti Singapura (dahulu sebahagian daripada Malaysia), rakyat sudah hidup ditahap seperti rakyat negara Jepun dimana kenderaan hanya digunakan selama lima tahun dan kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat untuk menukar kenderaan.

Sesebuah kereta itu, akan mula perlu ditukar alat gantinya selepas usia lima tahun. Sebab itu kita dapat melihat kenderaan import “recond car” membanjiri Malaysia. Kenderaan recond adalah kenderaan yang telah digunakan di negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang dipakejkan semula sebelum dihantar ke Malaysia.

Sebenarnya, kenderaan recond ini adalah kenderaan terpakai. Akan tetapi apabila sampai ke Malaysia, ianya perlu didaftarkan sebagai kenderaan baru dan pemiliknya akan mempunyai perasaan memiliki kenderaan baru.

Dalam bahasa mudahnya, untuk merasa “mewah”, rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan “bekas-bekas” dari Jepun dan United Kingdom.

Berani utuk berubah

Untuk berubah, yang hanya diperlukan oleh rakyat adalah keberanian. Memang benar, untuk mendapatkan keberanian tersebut bukanlah satu perkara mudah.

Rakyat di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah membuktikan bahawa keberanian mereka untuk menukar parti yang memerintah itu berbaloi.

Hari ini, parti-parti politik atau individu politik di Indonesia, Thailand dan Filipina perlu bekerja keras untuk memastikan mereka terpilih untuk memimpin.

Ini memberikan rakyat satu kekuatan di mana ahli dan parti politik terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan rakyat untuk memperolehi undi mereka. Malahan di negara maju seperti United Kingdom lebih sukar lagi.

Seseorang pemimpin itu tidak hanya boleh beretorik semata-mata akan tetapi perlulah bekerja keras untuk membuktikan dia mampu melakukannya. Jika tidak, sudah pasti akan ditolak melalui kertas undi.

Sudah sampai masanya bagi rakyat memikirkan sama ada ingin mempunyai kehidupan yang lebih baik atau tidak. Lihatlah keuntungan yang diperolehi oleh rakyat apabila kerajaan tidak menguasai majoriti dua pertiga di parlimen.

Keuntungan yang lebih besar jika rakyat mempunyai keberanian yang lebih tinggi untuk berubah. Dengan syarat kekuasaan yang mutlak tidak diberikan kepada mana-mana parti, baik BN mahupun PR

Bookmark and Share

  


  Member Information For joharyProfil   Hantar PM kepada johary   Quote dan BalasQuote

cikgu_ayu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2012
Ahli No: 42086
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-03-12 22:31


Assalamualaikum

jujur saya "pening" dan "keliru" dengan politik hari ini menyebabkan saya rasa tak mahu fikir namun tanggungjawab kita sebagai rakyat kena tunaikan juga...

"Oh ALLAH berikanlah kami pemimpin yang adil"... Ameen...

Bookmark and Share

  


  Member Information For cikgu_ayuProfil   Hantar PM kepada cikgu_ayu   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-03-12 11:42


manusia tidak menolak perubahan...tetapi amat sukar untuk melaksanakan perubahan


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-03-12 13:32


Assalamualaikum,

Ada pepatah dalam bahasa Inggeris yang berbunyi begini : "Better the devil you know than the angel you don't " yang lebih kurang bermakna Lebih senang nak berurusan dengan orang yang kita kenal, walaupun kita tak suka pada dia/mereka dari berurusan dengan orang yang tidak kita kenali kerana ada kemungkinan lebih susah berurusan dengan orang itu.

Perubahan itu memerlukan satu keinginan yang kuat, dan dalam senario politik Malaysia hari ini, perubahan memerlukan satu suara yang kuat secara kolektif.

Fikir dan lakukan yang terbaik :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104975 saat. Lajunya....