Oleh |
saya sedihhhh.... |
sutera_hijau
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu
|
Posting pada: 27-12-11 15:40
cuma nak luahkan perasaan sedih, rasa macam banyak masalah, menyusahkan ramai orang...huhu,..jelous tengok org lain bahagia,huhu...tak ada siapa yang sudi kongsi untuk luah perasaan...stressnye rasa...
|
immad
Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)
|
Posting pada: 30-12-11 20:03
Pada 27-12-11 15:40 , sutera_hijau posting:!!! QUOTE !!! cuma nak luahkan perasaan sedih, rasa macam banyak masalah, menyusahkan ramai orang...huhu,..jelous tengok org lain bahagia,huhu...tak ada siapa yang sudi kongsi untuk luah perasaan...stressnye rasa... erm..tak payah lag sedeyh2..sentiasa bersangka baik dengan Allah..banyakkn berdoa..Allah Maha Tahu
|
mutiara87
Warga Rasmi Menyertai: 14.01.2010 Ahli No: 39063
Posting: 18
Dari: Kedah
|
Posting pada: 31-12-11 10:53
saya pun sedih jugak kekadang tu, tapi hidup mesti diteruskan. Malu lah bila termenangis depan orang.huhu.. kadang orang faham, kadang ada yang tak faham. Sebaiknya mengadu dan menangis lah pada Allah...^^,
|
haniras
Warga Rasmi Menyertai: 21.01.2011 Ahli No: 40849
Posting: 12
Dari: taiping
|
Posting pada: 08-01-12 21:54
sutera_hijau: Kenapa bersedih?? setiap org ada ksdihan masing-masing.. Allah menguji kita dengan pelbagai cara.. anggaplah saudari sedang diuji.. saya pun sedih juga.. macam-macam.. namun saya redha ketentuanNya.
|
sutera_hijau
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu
|
Posting pada: 09-01-12 08:33
saya duduk berjauhan dengan anak, suami pulak tak tahu duduk kat mana, nafkah tak payah cerita lah...sekarang dalam proses nak cerai takliq, tapi mahkmah pula macam-macam hal...takut bila fikir pandangan org pas cerai nanti...kasihan kat anak, kecil-kecil dah tak dapat kasih syng bapa...baru 8bln
|
Inspirasi_Insyirah
Warga Rasmi Menyertai: 27.01.2012 Ahli No: 41985
Posting: 5
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 27-01-12 23:11
Setiap insan punya masalah...kadang boleh terima dengan positif, kadang perasaan negatif pun boleh hadir. Tenang....tenang, dan terus tabah. Ya Allah, hanya zikir dan Asma-Mu memberi kekuatan & keyakinan buat diri. Wallahua'lam.
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 31-01-12 14:24
assalamulaikum Dalam berhadapan dengan masalah.... sabar adalah jawapan terbaik. Allah sebut dalam al Qur'an "sabrun jamil" iaitu sabar itu cantik. Sebaiknya sutera cuba untuk memahami beberapa perkara : 1. Hidup di dunia ini adalah ujian. Setiap orang mesti melalui ujian ini, cuma cepat atau lambat, senang atau susah sahaja. Kita tahu. Sebab tu, sebagai hamba, kita tak boleh putus asa mendepani ujian ini. Ujian ada lulus ada gagal. Kita sendiri pilih nak lulus atau nak gagal. Kalau kita berjaya dalam ujian ini... pasti kita akan merasa gembira selepas setiap ujian. 2. Kita kena yakin bahawa setiap yang berlaku adalah atas perancangan dan kehendak Allah. Allah telah menetapkan segala-galanya untuk kita. Maka dengan itu, Kenapa kita perlu kecewa. Allah adalah Tuhan yang menentukan segala-galanya mengikut kehendakNya tanpa perlu bantuan atau pertolongan sesiapapun. Kalau kita merasa kecewa, bererti kita kecewa dengan Allah. Jangan kecewa dengan Allah. Sebab tu, kita kena munajat padaNya...sebab Dia sahaja yang boleh mengubah segala-galanya. 3. Bersabar dengan kesusahan yang diberi... itu adalah lebih baik. Biasanya apabila Allah sayangkan hambaNya, maka Allah akan uji hamba tersebut dengan kesusahan. Supaya, apabila dia susah, dia akan sentiasa ingat, munajat, harap dan pinta padaNya. Allah suka hamba yang selalu bergantung denganNya. 4. Redhalah dengan semua yang telah ditetapkan Allah. Kerana, setiap kali kita redha dengan Allah, maka ketika itu, sebenarnya Allah juga sedang redha kepada kita. Redha adalah penawar yang terbaik bagi seorang mukmin. Ya lah, sudah pasti, jika kita buat seperti mana yang ana kongsikan ini, maka kita akan merasa sakit, tersiksa, dihina oleh manusia dan sebagainya..... tapi ingat, semua ini adalah hadiah dari Allah untuk kita di akhirat nanti. 5. Malu??? Kenapa kita perlu malu kepada manusia. Apakah kita malu digelar janda??? Biarkan apa yang orang fikir. Sebenarnya kita tak berdosa apa-apa pun kalau orang gelar kita macam-macam. Sebaliknya, dengan kesabaran dan keredhaan kita ini, maka kita dimuliakan Allah di negeri akhirat nanti. Mungkin dengan sebab-sebab kesusahan yang sutera lalui ini, sebenarnya ia adalah penyebab untuk sutera mendapat kasih sayang yang lebih dari Allah, penyebab untuk sutera mendapat pahala yang banyak dari Allah, untuk menjadi penyebab kepada sutera untuk dimuliakan Allah di akhirat nanti. Ana doakan sutera diberi kekuatan semua diatas. Wallahu a'lam.
|
aiNa85
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2009 Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi
|
Posting pada: 07-02-12 09:55
Setiap orang pasti diuji..cuma cara saja yang berbeza..banyakkan bersabar ya... ----------------- -PermataAyahBonda-
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 04-03-12 23:04
setiap yang terjadi ada hikmahnya..moga ALLAH akan bagi yang terbaik buat kamu.. ----------------- BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH
|
ctadillah
Warga Rasmi Menyertai: 11.03.2012 Ahli No: 42101
Posting: 5
Dari: ukm,kl
|
Posting pada: 12-03-12 15:04
relaks2........Allah sentiasa dekat dengan dengan kita~~~~~....
|
teruzebubu
Warga Rasmi Menyertai: 14.03.2012 Ahli No: 42108
Posting: 3
Dari: Bangi Tercinta
|
Posting pada: 14-03-12 02:01
Susah mencari di luar sana yang faham perasaan kita. Sekurang-kurangnya meluah di sini kita tak kenal hati budi mereka. Semua boleh memberi nasihat. Alhamdulillah. Tapi tak semua boleh menyokong. Siapalah nak dengar suara kita ini. Syukur pada mereka yang memperolehi sekeliling yang baik. Syukur juga sekeliling yang sinis. ----------------- Apakah langkah pertama untuk berubah? Kuatkah hati ini sendiri?
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 27-03-12 13:09
Apabila Allah nak bagi seseorang itu kasih sayangNya, Dia menguji dulu orang tu dengan kesusahan. Apabila Allah nak bagi ganjaran pahala dan syurga pada kita.... Dia bagi kita susah dulu, Dia nak tengok kita ni layak atau tidak ke syurgaNya.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 29-03-12 11:51
semoga sutera hijau berbahagia. hikmahnya mesti yang terbaik untuk anda
|
SuteraUngu
Warga Rasmi Menyertai: 21.12.2005 Ahli No: 21335
Posting: 11
Dari: selangor
|
Posting pada: 19-04-12 00:04
seorang guru berulang kali berkata kepada saya..nak capai kemanisan dalam sesuatu perkara banyak jalan yang kita perlu tempuh..dan jalan-jalan itu sudah tentu ada yang pahit..jadi bersabarlah..kerana dihujung setiap kesabaran..ada manisnya..
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 26-07-12 16:37
Topik lama.. Moga sekarang dah gembira -----------------
Hargai semasa ada....
|
permatakeluarga_88
Warga Rasmi Menyertai: 27.07.2012 Ahli No: 42430
Posting: 4
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 27-07-12 12:22
Wm. Wbt., Semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah... setiap orang tidak akan lari dari ujian-NYA... Banyakkan bersabar...
|