Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 59 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Rahsia dan Misteri Zaman Keagungan Islam
Topik: Mengapa Imam Al-Ghazali Kafirkan Ibnu Sina?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rahsia dan Misteri Zaman Keagungan Islam
    »» Mengapa Imam Al-Ghazali Kafirkan Ibnu Sina?

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa Imam Al-Ghazali Kafirkan Ibnu Sina?

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-11 16:39


Sejauhmana 'Kekafiran' Ibnu Sina dan Al-Farabi?

PENDAHULUAN

Seorang hamba Allah mengemukakan persoalan di bawah :

Assalamualaikum..saya ada 1 persoalan setelah membaca soal jawab ustaz di atas. Ustaz ada menyatakan "Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal MENGKAFIRKAN Socrates, Plato dan Aristotle serta umat Islam yang mengikut mereka seperti Ibnu Sina dan al-Farabi." Berdasarkan kenyataan tersebut, adakah ini bermakna sarjana Islam yang terkenal dalam dunia Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi adalah dari golongan orang-orang bukan Islam keraan mereka mengikut Socrates, Plato dan Aristotle? Atau mereka hanya mengikut dari segi pandangan ilmu tetapi tetap seorang Islam? Boleh ustaz perjelaskan pada saya...?


(*Artikel ini boleh dibaca dalam Bahasa Melayu Indonesia... di bahagian bawah. Sesi soal jawab dna jawapannya juga ada di bawah)


SIAPAKAH AHLI-AHLI FALSAFAH?

Golongan ahli falsafah ialah orang-orang yang mendakwa mereka ialah golongan ahli logik dan membawa pendalilan secara logik. Mereka terdiri daripada beberapa golongan, tetapi dalam kitab Al-Munqiz min Adh-Dhalal, Imam Al-Ghazali membahagikan kesemuanya kepada 3 golongan iaitu:

1. Dahriyyun

2. Tabi’iyyun

3. Ilahiyyun

Dalam golongan manakah Ibnu Sina dan Al-Farabi? Mari kita mengenali setiap golongan terlebih dahulu.

Dahriyyun

Mereka menafikan kewujudan Tuhan. Mereka percaya alam ini terjadi dengan sendirinya. Imam Al-Ghazali menyatakan mereka sebagai zindik. Maksudnya mereka bukan Islam.

Tabi’iyyun

Banyak mengkaji tentang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hasil kajian mereka menunjukkan adanya Pencipta kerana segala ciptaan itu dijadikan begitu sempurna. Maksudnya mereka yakin kewujudan Tuhan. Namun begitu mereka menafikan kebangkitan semula, hari akhirat, syurga, neraka, Padang Mahsyar, hisab dan lain-lain. Mereka juga menolak konsep pahala dan dosa. Bagi mereka tidak ada pahala dan dosa. Oleh itu mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu. Golongan ini juga disebut zindik. Mereka bukan Islam.

Ilahiyyun

Antara bidang yang dikuasai danq dikaji oleh golongan ini ialah matematik, kejuruteraan, geografi, biologi, keTuhanan, politik, akhlak dan mantiq (logik). Mereka percaya akan kewujudan Tuhan.

Antara tokoh golongan ini ialah Socrates, muridnya Plato, dan murid Plato iaitu Aristotle. Namun kaum Ilahiyyun ini terpecah pula kepada 2 puak. Menurut Imam Al-Ghazali, Aristotle tidak menerima pendapat Plato dan Socrates, malah Aristotle menganggap mereka berdua tidak bersih dan masih kekal dalam kekufuran dan bid’ah.


DI MANA IBNU SINA DAN AL-FARABI?

Di mana Ibnu Sina dan Al-Farabi? Mereka berada dalam kelompok ketiga kerana merekalah yang paling banyak mencedok ilmu-ilmu Aristotle. Jadi lanjutan tulisan ini akan dijuruskan kepada kaum Ilahiyyun sahaja.

Kata Imam Al-Ghazali : “...maka sewajarnyalah mereka (Socrates, Plato, Aristotle dan para pengikut ajaran mereka) itu dianggap kafir, dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dalam kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi dan orang-orang seperti mereka.”


APAKAH YANG DIKAFIRKAN OLEH AL-GHAZALI?

Adakah Imam Al-Ghazali mengkufurkan keseluruhan pegangan kaum Ilahiyyun? Tentunya tidak. Beliau hanya menolak perkara-perkara yang salah dan yang melemahkan sahaja. Terdapat 20 perkara asas dalam pegangan kaum ini yang ditolak oleh Imam Al-Ghazali. Pembahagiannya adalah seperti berikut :

1. 3 perkara yang wajib dikufurkan.

2. 17 perkara yang dibid’ahkan.

Pengisian kita selanjutnya akan tertumpu kepada 3 perkara yang wajib dikafirkan sahaja, agar menepati kehendak soalan (iaitu tentang ‘kafir’).

Pertama – Tentang alam akhirat. Golongan ini percaya yang jasad tidak akan dihimpun semula dengan ruh selepas kematian. Kenikmatan syurga dan keazaban neraka itu juga bersifat rohani, bukan jasmani. Sedangkan menurut ajaran agama Islam, jasad kita akan berhimpun semula dengan ruh di akhirat nanti, dan syurga neraka itu dialami oleh rohani dan jasmani.

Kedua – Tuhan hanya mengetahui perkara-perkara yang bersifat umum, dan tidak mengetahui perkara-perkara yang kecil-kecil. Hal ini juga berbeza dengan pegangan umat Islam iaitu Tuhan Maha Mengetahui segala perkara.

“Tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya sekalipun sebesar zarah, baik yang di langit mahupun yang di bumi, yang lebih kecil daripada itu ataupun yang lebih besar.” (sabar’ : 3)

Ketiga – Mereka percaya alam ini qadim. Maksudnya alam ini sudah sedia ada sebagaimana Tuhan yang sudah sedia ada sejak azali. Unsur-unsur awal yang menjadikan alam ini sudah sedia ada bersama-sama Tuhan. Tuhan bukanlah Pencipta segala sesuatu kerana ada benda yang tidak diciptakan oleh Tuhan tetapi benda itu sudah sedia wujud.

Keyakinan umat Islam tentunya berbeza. Kita percaya alam ini baharu. Pada asalnya ia tidak ada, yang ada hanyalah Tuhan. Selepas Tuhan menciptakan alam ini, barulah alam ini wujud. Alam tidak qadim. Yang qadim hanyalah Allah. Tuhan menciptakan segala sesuatu termasuklah alam ini.

“Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan haq.” (Al-An’am : 73)

“Dialah yang awal, dan yang akhir, yang zahir, yang batin.” (Al-Hadid : 3)

Inilah tiga perkara yang dikufurkan oleh Imam Al-Ghazali. Adakah dengan menolak 3 perkara di atas, menjadikan seseorang itu bukan Islam? .......


ADAKAH IBNU SINA DAN AL-FARABI MUSLIM?

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan. Adakah Ibnu Sina dan Al-Farabi (atau sesiapa sahaja) masih dikira Islam ataupun sudah bukan Islam (ketika mereka berpegang dengan 3 perkara di atas SAHAJA, sekiranya selepas itu mereka mengubah pendirian mereka sebelum meninggal dunia tanpa kita ketahui, tidaklah termasuk dalam perbincangan kita hari ini)?

Semua orang ada pandangan tersendiri. Anda sendiri cuba buat penilaian. Seandainya ada seseorang yang meyakini 3 perkara di atas, dia masih Islam atau bukan? Contohnya orang itu menyebutkan (dan meyakini) bahawa :

1. “Selepas kita mati nanti, jasad kita akan hancur dan lenyap. Di akhirat nanti, yang dibangkitkan hanyalah ruh. Ruh itulah yang akan masuk syurga ataupun neraka.”

2. “Bukan semua perkara Allah tahu! Ada perkara-perkara yang Allah tidak tahu. Dia tidak Maha Mengetahui. Tidak ada suatu apa pun yang bersifat Maha Mengetahui.”

3. “Alam ini bukan Allah yang buat. Ia sudah siap-siap ada. Bukan semua benda Allah cipta. Ada benda yang Allah tidak cipta.”

Bagaimana? .......


HUJAH-HUJAH KEMUSLIMAN MEREKA

Ibnu Sina dan Al-Farabi masih dalam kalangan orang-orang Islam. Antara hujah-hujahnya :

Pertama – Sefaham kita mereka mengakui dan meyakini Dua Kalimah Syahadah sehinggalah ke hari mati mereka. WaAllahua’lam.

Kedua – Kita digalakkan berpegang dengan saranan mendahulukan sangka baik berbanding sangka buruk selagi ada ruang yang sesuai untuk bersangka baik.

Ketiga – Standard penggredan Imam Al-Ghazali biasanya lebih tinggi daripada standard penggredan professor-profesor lain. Contohnya, jika gred A memerlukan markah 80% pada pandangan ulama lain, gred A pada Imam Al-Ghazali mungkin 85%. Jadi “kufur” pada Imam Al-Ghazali tidak semestinya membawa maksud seseorang itu telah terkeluar daripada agama Islam.

Dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, Imam Al-Ghazali mengatakan ilmu-ilmu jalan ke akhirat itu ialah ilmu mukasyafah dan ilmu mu’ammalah. Jika kita belajar ilmu hadith dan ilmu fiqh sekalipun, masih belum dikira sebagai ilmu-ilmu jalan ke akhirat walaupun kedua-duanya bersangkutan dengan akhirat juga. Hal ini menunjukkan standard penggredan Imam Al-Ghazali yang tinggi.

Keempat – Ibnu Sina dan Al-Farabi kekal beribadah, iaitu mengerjakan syariat Nabi Muhammad saw sehinggalah ke akhir hayat mereka. Kegemaran Ibnu Sina meminum arak untuk dapatkan “feel” dan berubat tidaklah menjadikan dia seorang bukan Islam.

Al-Ghazali menulis dalam Al-Munqiz :

Tetapi apabila ditanya : “Mengapa kamu minum arak?”

Lantas ia (ahli falsafah) menjawab : “Dilarang minum arak itu kerana dikhuatiri membangkitkan perseteruan dan permusuhan. Tetapi aku dengan kebijaksanaanku dapat menghindarkan perkara tersebut. Sebaliknya aku bertujuan mempertajamkan lagi fikiranku.”

“Sehinggakan Ibnu Sina sendiri telah menulis wasiatnya yang dia telah berjanji dengan Allah tentang perkara-perkara tersebut. Dia membesarkan hukum-hukum syara’, tidak mencuaikan ibadat-ibadat keagamaan. Dia minum arak sebagai ubat dan bukannya untuk berseronok-seronok. Bahkan semasa kemuncak keimanannya dan sentiasa beribadat, dia tetap meminum arak dengan tujuan untuk berubat.”

Jelasnya Ibnu Sina menghalalkan arak bagi sesiapa yang mampu mengawal diri, lebih-lebih lagi jika arak itu membantu menguatkan pemikiran. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.


bersambung...


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-11 16:39


HUJAH-HUJAH KETIDAKMUSLIMAN MEREKA

Bagaimana dengan pandangan yang mengatakan Ibnu Sina dan Al-Farabi bukan Islam lagi? Saya tidak nafikan hujah-hujah golongan ini juga bagus-bagus.

Pertama - Allah yang disembah oleh umat Islam ialah Dia Yang Maha Mengetahui. Mustahil Allah tidak Maha Mengetahui. Apabila golongan ini menyembah sesuatu yang tidak maha mengetahui, maksudnya mereka sudah menyembah ataupun tersembah selain Allah. Menyembah selain daripada Allah sebagai Tuhan, tentunya menjadikan mereka bukan Islam lagi.

Kedua – Allah yang disembah oleh umat Islam ialah Pencipta seluruh alam makhluk. Apabila golongan ini menyembah sesuatu yang tidak menciptakan segala perkara, maka sebenarnya mereka sedang menyembah selain Allah. Berabdi kepada selain Allah tentunya bukan Islam lagi.

Ketiga – Allah yang disembah oleh umat Islam bersifat qadim, dan hanya Dia sahaja yang qadim. Jika kita beri’tiqad bahawa ada sesuatu yang lain yang turut sama bersifat qadim, turut sama sedia ada sejak azali, hal ini sudah bertentangan dengan i’tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah. Maksudnya Tuhan sudah ada saingan sejak azali. Tuhan tidak bersendirian. Tuhan tidak Esa. Tuhan yang sebegitu tidaklah bertepatan dengan Allah SWT yang disembah oleh umat Islam. Tuhan sebegitu sudah ada yang setara dengannya dari segi keazalian.

“Dan tidak ada suatu apa pun yang setanding dengan-Nya.” (Al-Ikhlas : 4)

Keempat – Dalam kitab Lisanul Mizan, Syeikh Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan para ulama pada zaman Ibnu Sina dan Al-Farabi menghukum mereka sebagai kafir.


KESIMPULAN

Ibnu Sina dan Al-Farabi masih dalam agama Islam ataupun tidak, yang pastinya kita jangan sesekali menerima pegangan-pegangan mereka yang nyata salah di sisi agama Islam, sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi.


Abu Zulfiqar

11 Oktober 2010

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/10/sejauhmana-kekafiran-ibnu-sina-dan-al.html


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096575 saat. Lajunya....