Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Yang Masuk Ke Sini
halawatuliman: 2 hari yang lalu
nabilah: 2 hari yang lalu
aye: 4 hari yang lalu
tereturubuzu: 12 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 23 hari yang lalu


Penipuan yang Dikaitkan dengan Rahsia dan Misteri
Topik: Bilakah Lagu Negaraku Dicipta?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Penipuan yang Dikaitkan dengan Rahsia dan Misteri
    »» Bilakah Lagu Negaraku Dicipta?

Please Mendaftar To Post


Oleh Bilakah Lagu Negaraku Dicipta?

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-11 16:37


Lagu Negaraku mempunyai riwayat yang panjang. Menurut yang.A.M Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah, lagu itu mula-mula didengar di Mahe dalam Pulau Seucjelles, di mana ayahanda baginda, Sultan Abdullah, Perak tinggal sebagai orang buangan.

Lagu itu sering dimainkan oleh pasukan pancaragam Perancis untuk memberi hiburan kepada orang ramai pada tia-tiap hari Selasa. Perkara ini berlaku lebih kurang dalam tahun 1892.

Raja Chulan, saudara lelaki kepada yang.A.M Raja Aminah pernah mendengar lagu itu sewaktu melawat Pulau Seychelles. Baginda sangat menggemarinya serta mempelajari sendiri lagu itu dan memainkannya dengan biola.

Dalam tahun 1895, Sultan Abdullah telah dibenarkan meninggalkan Pulau Seychelles dan pergi ke Singapura. Beberapa tahun sebelum itu, lagu itu telah dipilih menjadi lagu Lagu Kebangsaan bagi Sultan Perak, iaitu dalam tahun 1888.

Pada waktu itu, Sultan Idris, Perak telah dijemput oleh Queen Victoria melawat London. Baginda telah diiringi oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak dan juga anakanda baginda, Raja Mansur.

Apabila sampai di Southampton, seorang wakil Kerajaan British telah menemui Raja Mansur untuk emndapatkan Lagu Kebnagsaan bagi Negeri Perak. Baginda lalu memebrikan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan bagi Perak walaupun sebenarnya pada waktu itu Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan. Mulai hari itu, negeri Perak telah menetapkan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Perak.

Lebih kurang dalam masa lawatan Sultan Idris da Raja Mansur ke England, lagu itu telah dikenalkan kepada Wayang-Wayang Bangsawan Indonesia yang mengadakan pertunjukan di Singapura. Lagu itu telah dinamakan Stambul Satu dan bangsawannya pada masa itu ialah Bangsawan Indera Zanibar atau Wayang Kasim.

Lagu itu sangat digemari ramai sehingga dinyanyikan oleh bangsawan-bangsawan lain. Beberapa tahun kemudian, lagu itu dinamakan ‘Terang Bulan’. Raja Mansur telah beberapa kali mengakui bahawa lagu Negaraku sekarang adalah merupakan lagu yang pernah digemari ramai itu. Ia telah dinyatakan oleh anakanda baginda, Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur, cucu kepada Sultan Abdullah.

Kini Lagu Negaraku telah menjadi milik rakyat Malaysia dan ia berkumandang di mana-mana sahaja di dunia ini apabila nama negara kita muncul dan penghormatan di dalam pelbagai acara antarabangsa.

Sumber :

“Ketahuilah Anda” cetakan kedua 1996 (cetakan pertama 1989) terbitan Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur. Muka surat 53-54


*Saya tidak menambah apa-apa, sekadar menyalin semula maklumat yang tertera dalam buku tersebut.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/04/bilakah-lagu-negaraku-mula-dicipta.html


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.0833 saat. Lajunya....