Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Yang Masuk Ke Sini
halawatuliman: 2 hari yang lalu
nabilah: 2 hari yang lalu
aye: 4 hari yang lalu
tereturubuzu: 12 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 23 hari yang lalu


Rahsia dan Misteri Di Tempat Sendiri
Topik: Misteri Raja Shah Kobat


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rahsia dan Misteri Di Tempat Sendiri
    »» Misteri Raja Shah Kobat

Please Mendaftar To Post


Oleh Misteri Raja Shah Kobat

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-11 16:33


Pernah dengar nama Raja Shah Kobat? Pada zaman kanak-kanak, saya ada membaca sebuah buku cerita di sekolah (Sekolah Kebangsaan Pokok Asam, kemudiannya ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Taiping, Perak) tentang seorang raja atau pahlawan bernama Shah Kobat (mungkin Hikayat Shah Kobat). Isi buku itu mengandungi kisah-kisah kesaktian, gergasi, pahlawan dan seumpamanya. Kisahnya memang menarik, membuatkan saya membacanya berulang kali. Malangnya saya sudah lupa ceritanya. Gambar pada kulitnya menunjukkan Shah Kobat sedang berhadapan dengan seorang gergasi.

Sekarang saya ingin bercerita tentang Raja Shah Kobat, tapi bukanlah Shah Kobat dalam buku tersebut. Raja Shah Kobat yang saya maksudkan ialah seorang manusia yang agak luar biasa yang benar-benar wujud. Dia dipercayai hidup sekitar akhir abad 1800 Masihi sehingga awal abad 1900 Masihi di Sumatera, Indonesia.

Ibu kepada ibu saya (opah saya, tapi saya biasa sebut sebagai tok) berasal dari Kampung Sungai Apong (Sungai Apung?), Tanjung Balai, Asahan, Sumatera. Menurut tok, tempat kelahirannya dikenali sebagai Sungai Apong kerana banyaknya buaya di sungai. Seringkali orang melihat buaya-buaya terapung-apung di sungai, lalu tempat itu pun disebut Sungai Apong. Kampung itu begitu permai dan air sungainya begitu jernih.

Tok berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Berdasarkan secebis kertas kecil bertulisan jawi tulisan Wan Abdul Rahman (iaitu bapa kepada tok) yang pernah saya temui mengatakan tok lahir pada tahun 1907 (tok meninggal dunia pada tahun 2006 lalu). Sedari kecil saya dipelihara oleh tok (hinggakan saya memanggilnya ‘mak’), maka banyaklah kisah-kisah lama yang saya dengar dari tok.

Pada manuskrip salasilah ringkas yang ada pada tok, antara moyang terawalnya ialah seorang raja (mungkin raja kecil sahaja pada zaman dahulu, yang bertaraf seperti Penghulu) yang pernah memerintah di Asahan Mati, Sumatera. Pada manuskrip itu namanya ditulis ‘Panglima Besar’. Seorang anaknya bernama Raja Uncu. Seorang anak Raja Uncu pula bernama Raja Marjonah.

Jadi, Raja Marjonah binti Raja Uncu bin/binti Panglima Besar. RAJA MARJONAH berkahwin dengan BIDIN. Siapa pula Bidin?

Bidin bin H. Hkatib Tawal bin/binti H. Abd. Rahim bin H. Ahmad bin H. Sutan Kubu 13 (seorang keturunan Raja Pagar Ruyung Rawo Padang yang merantau ke Asahan Mati).

Perkahwinan Raja Marjonah dengan Bidin melahirkan Wan Abdul Rahman. Perkahwinan Wan Abdul Rahman dengan Rajeah melahirkan tok saya yang bernama Wan Maimunah. Jadi nama penuh tok ialah Wan Maimunah binti Wan Abdul Rahman bin Bidin bin H. Khatib Tawal bin H. Abd. Rahim bin H. Ahmad bin H. Sutan Kubu 13.

Keturunan ini ada kaitan dengan Nakhoda Kuning. Siapa Nakhoda Kuning ini? Katanya dia seorang berbangsa Belanda yang memeluk agama Islam. Beberapa lapis keturunan mereka kemudian, lahirlah tok. Namun dalam salasilah ringkas itu, nama ‘Nakhoda Kuning’ tidka dicatatkan. Saya pernah melihat salasilah yang lebih lengkap dulu, yang ada tertulis ‘Nakhoda Kuning’. Identitinya masih misteri, sebagaimana identity ‘Panglima Besar’ yang memerintah Asahan Mati itu.

Beberapa kali tok menceritakan tentang Raja Shah Kobat. Shah Kobat berpangkat bapa saudara kepada tok, tapi saya tidak pasti sama ada bapa saudara betul, ataupun suami kepada ibu saudara, ataupun sekadar saudara jauh yang sama pangkat dengan bapa saudara. Shah Kobat berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera. Dia seorang yang soleh dan punya ilmu keduniaan yang tinggi. Orangnya kacak, kulitnya putih kemerah-merahan.

Tok tidak tahu apa masalah Shah Kobat dengan kebanyakan orang di sekelilingnya sehinggakan berlaku perbezaan pendapat. Tapi yang pasti, pihak penjajah Belanda sangat memusuhinya. Pernah suatu ketika orang ramai hendak menangkapnya. Walaupun sudah terkepung, tidak ada yang berani mendekat kerana Shah Kobat memegang Al-Quran sebagai perisai. Ketika itu masyarakat di sana sangat menghormati Al-Quran sehinggakan mereka tidak mahu Al-Quran di tangan Shah Kobat rosak akibat pergelutan mereka.

Entah bagaimana akhirnya Shah Kobat berjaya juga ditangkap. Dia diletakkan dalam sebuah rumah pasung. Berdasarkan pemahaman saya, rumah pasung ini terletak tinggi dari tanah sebagaimana rumah orang-orang Melayu zaman dahulu. Di dalam rumah pasung itu dia meneruskan amal ibadahnya dan rajin mengalunkan suaranya membaca Al-Quran.

Suatu ketika dia meminta isterinya memberikan mata kail. Katanya untuk dibuat ubat. Saya tidak tahu bagaimana kaedahnya, tapi orang dulu-dulu memang ada berikhtiar mengubat sakit-sakit tertentu dengan cara merendamkan mata kail di dalam air lalu airnya diminum ataupun diusap ke tubuh. Boleh jadi begitulah yang dilakukan oleh Shah Kobat.

Shah Kobat memang bijak. Entah bagaimana mata kail itu digunakannya untuk mengail kayu tertentu di bawah rumah pasungnya melalui lubang-lubang di lantai. Menggunakan kayu itu, dia berjaya memecahkan rumah pasung lalu melepaskan diri.

Sekali lagi Shah Kobat berjaya ditangkap. Saya tidak pasti siapa yang menangkapnya, tapi boleh jadi ada campur tangan askar-askar Belanda. Kali ini dia dipasung di sebuah tempat yang ‘istimewa’ dalam tahanan tentera Belanda. Tempat itu dikelilingi kawat duri dan ruang kecilnya hanya sesuai untuk manusia duduk. Berdasarkan cerita tok, tempat duduk itu betul-betul dikelilingi kawat berduri. Hendka bersandar pun tidak boleh.

Dengan kuasa Tuhan, Shah Kobat berjaya juga melepaskan diri. Cara dia melepaskan diri tidaklah diketahui tapi yang mengejutkan orang ialah dia berjaya melompat melepasi pagar yang tinggi, yang manusia biasa tentu tidak mampu melakukannya. Dia terus berlari ke pantai dan terjun ke laut. Askar-askar Belanda mengejarnya dengan perahu. Dia dipukul teruk ketika di laut. Timbul sahaja, diketuk. Timbul sahaja, diketuk. Kemudian tubuhnya tenggelam entah ke mana.

Ceritanya di Sumatera tamat di situ sahaja. Masyarakat tidak tahu nasib Shah Kobat seterusnya namun mereka yakin Shah Kobat tidak mati dipukul di laut. Ada orang pada zaman itu bermimpi bertemu dengan Shah Kobat. Janggutnya sudah panjang. Katanya Shah Kobat masih hidup dan sedang beruzlah di Gunung Tunggal, Perak. WaAllahua’lam.

Tok pernah bersembang dengan saudara-mara dari Indonesia tentang Raja Shah Kobat. Menurut tok, memang ada buku tentang Raja Shah Kobat. Pada kulit depannya ada gambar orang berpedang sedang berlari. Saya sudah cuba mengembara ke serata ceruk internet mencari kisah Raja Shah Kobat ini tapi belum berhasil.

Akhirnya, cerita Raja Shah Kobat yang saya sampaikan ini bersumberkan cerita mulut ke mulut, yang tentunya tidak lepas daripada kesilapan. Jika diizinkan Allah, suatu hari nanti saya akan ke Asahan untuk mencari maklumat. InsyaAllah.


Abu Zulfiqar

15 Mac 2011

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/03/kisah-raja-shah-kobat.html


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07931 saat. Lajunya....