Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Yang Masuk Ke Sini
halawatuliman: 2 hari yang lalu
nabilah: 2 hari yang lalu
aye: 4 hari yang lalu
tereturubuzu: 12 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 23 hari yang lalu


Kisah Benar Kongsi Pengalaman
Topik: Sesuatu yang Melompat dari Bintang ke Bintang


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kisah Benar Kongsi Pengalaman
    »» Sesuatu yang Melompat dari Bintang ke Bintang

Please Mendaftar To Post


Oleh Sesuatu yang Melompat dari Bintang ke Bintang

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-11-11 06:25


Pengalaman yang saya ingin kongsikan kali ini berlaku kira-kira 20 tahun lepas, iaitu sekitar awal 90-an. Ketika itu saya masih di alam ‘jahiliyyah’. Setiap malam melepak di tepi-tepi jalan sambil bermain gitar, melalakkan lagu-lagu rock kapak dan pulang sekitar pukul 3 pagi . Begitulah rutin alam remaja saya.

Pada suatu malam, saya dan dua orang rakan lagi lepak-lepak di taman permainan. Oleh kerana gitar ada satu sahaja, kami bertukar-tukar giliranlah memetiknya. Pemandangan langit pada malam itu memang indah kerana dihiasi bintang-bintang yang cantik menawan lagi jelas kelihatan.

Ketika saya mengeluarkan irama sumbang dari tali dan lubang gitar kapok itu, sahabat saya bernama Akam berbaring di papan gelungsur. Sambil-sambil itu entah macam mana kami tersembang tentang bintang-bintang. Saya sudah lupa identiti seorang lagi sahabat kami pada malam itu.

Tiba-tiba Akam bangun duduk dan mengatakan yang dia ternampak ada satu benda seperti bola api ‘melompat’ dari satu bintang ke satu bintang lagi dengan sangat laju. Dia begitu bersungguh-sungguh menceritakannya tetapi saya nafikan. Mustahil boleh terjadi sedemikian kerana bintang-bintang terletak sangat jauh dari bumi. Jarak antara bintang-bintang itu pun sangat jauh. Begitulah pengetahuan yang saya ada ketika itu. Oleh itu mana mungkin ada sesuatu yang dapat bergerak dari sebuah bintang ke sebuah bintang dalam masa satu saat. Kemudiannya saya mendapat tahu pula yang cahaya daripada matahari ke bumi pun dikatakan mengambil masa 8 saat. Tambahan lagi, jika benar ada sebiji bola api dari bintang ke bintang yang dapat kita lihat dengan mata kasar, tentunya bola api itu lebih besar daripada bumi dan lebih laju daripada cahaya. Akam pun mendiamkan diri.

Tidak lama kemudian saya serahkan gitar tong itu ke tangan Akam. Giliran saya pula berehat. Akam pun mula menghidangkan skil-skilnya manakala saya mengambil posisinya berbaring di atas papan gelungsur. Mata saya melihat ke langit, menyaksikan keindahan alam semesta ciptaan Tuhan.

Dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba saya ternampak sesuatu seperti bintang berekor yang ‘melompat’ dari satu bintang ke bintang di sebelahnya. Begitu laju pergerakannya, tidak sampai satu saat pun. Saya hampir-hampir tidak dapat mempercayai mata saya sendiri. Saya bingkas bangun lalu berkata : “Woi, Akam! Memang betul lah. Aku nampak ada bola api lompat dari satu bintang ke satu bintang!” Akam pun apa lagi, serta-merta menyokong cerita saya itu yangs ecara tidak langsung ‘membalas’ saya : “Tu lah. Aku cakap tadi hampa tak percaya!”

Perkara yang kami nampak itu memang benar-benar berlaku. Orang-orang yang mendengar atau membaca cerita ini, saya yakin 99.99999999... % akan menolaknya, sebagaimana saya juga yang 100% menolak cerita Akam pada mulanya kerana menyangka dia mengada-adakan cerita.

Sehingga ke hari ini, saya masih tertanya-tanya sendirian, apa bendanya yang kami nampak pada malam itu? Dari segi sains, saya yakin sehingga kini tidak ada penjelasan tentang hal tersebut, malah memustahilkannya. Saya juga belum pernah mendapat tahu seandainya ada mana-mana orang yang pernah menyaksikan hal yang kami saksikan.

Saya pernah tanyakan kisah ini kepada Akam, malangnya Akam sudah tidak ingat tentangnya. Jadi, tidaklah dapat saya mencari kesahan cerita ini melainkan diri saya seorang. Yang pasti, saya benar-benar melihatnya. WaAllahua’lam.

Anda ada penjelasannya?......

Abu Zulfiqar

9 November 2011

*Kini Akam menjual burger di Stese Bas Kamunting. Perniagaannya laris. Sudah berbelas tahun dia berniaga di situ. Hanya gerai dia sahaja yang ada betul-betul di stesen bas itu. Jika anda ke situ, hampir-hampir pasti dapat menemuinya. Sesekali saya pergi berborak dengannya. Kebetulan dulu dia bertindak sebagai bassist dalam band kami, yang saya sendiri bermain lead.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/11/sesuatu-yang-melompat-dari-bintang-ke.html


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-12-11 22:08


salam..
subhanaallah..
hebat nya kisah saudara ni..
satu benda yang bergerak dari bintang ke bintang dengan sangat pantas.. maha suci ALLAH..sudah tentu Allah lebih maha mengetahui..
memang di luar angkasa sana, banyak lagi benda yang manusia tidak tahu.. hendak katakan komet.. memang tak logik..
dan memang jarak antara bintang2 jauh..bintang2 pula lebih besar dr bumi.malah ada yang berkali2 ganda lebih besar dr matahari..

em.. mungkin ada saintis/ahli astronomi yang tahu..tapi setakat ni..tak pernah dengar lagi lah benda yang bergerak laju dr bintang ke bintang...

mungkinkah kelajuan itu hampir sama dengan lajunya buraq yang ditunggang oleh Nabi?.

ataukah.. malaikat??

wallahualam.. apa2pn saya tetap yakin.. Allah sajalah yang mampu buat segala-galanya..

bersyukurlah dan amat bertuah saudara dapat lihat keajaibanNya!:)


-----------------
ANaMusaFir87


Bookmark and Share

  


  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-03-12 22:37


maha suci ALLAH..ALLAH yang maha segalanya..


-----------------
BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH


Bookmark and Share

  


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.072745 saat. Lajunya....