Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-01-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Qiamulail
Hari Ini: 1
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43123

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 120
Ahli: 0
Jumlah: 120




  Yang Masuk Ke Sini
Qiamulail: 10 jam, 49 minit yang lalu
RijaludDeen: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
drzul-f: 20 hari yang lalu


Kelab Ukhwah
Topik: anda KAKITANGAN AWAM...? ngaku sini..


Carian Forum

Moderator: Prof_Muslim, Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelab Ukhwah
    »» anda KAKITANGAN AWAM...? ngaku sini..

Please Mendaftar To Post


Oleh anda KAKITANGAN AWAM...? ngaku sini..

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-10-11 00:42


salam...

ramai members ukhwah da bekerja kan..dulu 5 6 7 tahun dulu kita kenal semua masih belajar...sampaikan biasa kita tengok ada group univ2, kolej2, sek2 dll...

so nak tengok pulak sekarag, siapa yang bekerja under goverment? tak kira lah sebagai apa..dokter ke, opis boy ke, cikgu ke, pgwai ke, dan apa-apa saja lah..janji civil servant.. beritahu sekali btugas sebagai apa dan di mana dan sejak bila ya... :welcome:


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-10-11 05:36


salam..saya org pertama jawab,hihi..
masa reg ukhwah dulu tengah ambik degree, habis degree kerja biasa-biasa saja...3thn lepas itu baru sambung dapat dpli,2009 start jadi cikgu..alhamdulillah..
kerja d perak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

alongmina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24619
Posting: 116
Dari: Bukit Mertajam/Kulim

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-10-11 07:48


salam ..saya org kedua jawab..kerja gomen..misi kat penang


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alongminaProfil   Hantar PM kepada alongmina   Pergi ke alongmina's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 17-10-11 03:13


hehe...saya pula cikgu kpli...post 2008 d sepang :d


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

SAIFULBAHRI
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2011
Ahli No: 41759
Posting: 1
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-10-11 21:45


Mandi Junub

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yang betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.

Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.

Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (hari Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr . A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sabda Nabi maksudnya:

Akan muncul pemerintah-pemerintah yang diseliputi pendamping dari kalangan manusia -yang mempengaruhi keputusan mereka-, mereka berlaku dusta dan zalim (kepada rakyat), barangsiapa memasuki mereka membenarkan kedustaan dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, barangsiapa tidak memasuki mereka membenarkan kedustaan dan menolong kezaliman mereka, maka dia dari golonganku dan aku dari golongannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SAIFULBAHRIProfil   Hantar PM kepada SAIFULBAHRI   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 24-10-11 04:20


saya cikgu jugak..baru saja posting awal tahun ini setelah hampir 6 tahun di IPG....alhamdulillah...


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-12-11 11:24


saya pulak bekerja di Jab Genetik, HKL sebagai Clinical Molecular Geneticist. Dulu masa belajar ambik course Genetik di UKM. Alhamdulillah, bekerja di bidang yang sama ketika belajar.


-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 15-12-11 14:46


saya pun cikgu juga..:-)..Alhamdulillah seronok dengan kerja sekarang... mengajar sejak 2005 lagi di area Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Bookmark and Share

    


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

cahayakuiman
WARGA SETIA
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23268
Posting: 832

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-11 13:55


saya pun kerja goverment jugak..alhamdulillah, rezeki ALlah...apapun semua dari ALlah


-----------------
kehidupan adalah sebuah perjalanan menuju sebuah kematian...yang hakiki lagi abadi.UJIan akan datang dan pergi sebagai tanda bukti keimanan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayakuimanProfil   Hantar PM kepada cahayakuiman   Pergi ke cahayakuiman's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu_ayu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2012
Ahli No: 42086
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-03-12 14:06


Assalamualaikum

alhamdulillah cikgu juga... Khidmat di area pantai timur...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_ayuProfil   Hantar PM kepada cikgu_ayu   Quote dan BalasQuote

yangterpilih
Warga Rasmi
Menyertai: 31.03.2012
Ahli No: 42153
Posting: 6

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-03-12 01:56


ramainye cikgu kat cini...
didiklah anak murid dengan sabar =)
cabaran makin banyak sekarang

Bookmark and Share

    


  Member Information For yangterpilihProfil   Hantar PM kepada yangterpilih   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-04-12 13:48


goment 2..putrajaya :-D


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-04-12 22:05


Pada 20-04-12 13:48 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!

goment 2..putrajaya :-D



salam kak yati...

dah duduk kl semula ye... bila tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-05-12 16:32


Pada 26-04-12 22:05 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-04-12 13:48 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!

goment 2..putrajaya :-D



salam kak yati...

dah duduk kl semula ye... bila tu?


ye..awal tahun ni.. 8-)


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

simple_NAH
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2006
Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-05-12 11:20


huhu..ramainya cikgu
saya auditor di putrajaya, dulu masa kenal ukhwah zaman belajar lagi


-----------------
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For simple_NAHProfil   Hantar PM kepada simple_NAH   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098463 saat. Lajunya....