Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 160
Ahli: 0
Jumlah: 160




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Boleh ke Mandi Bunga?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Boleh ke Mandi Bunga?

Please Mendaftar To Post


Oleh Boleh ke Mandi Bunga?

wajhunnur
Warga Rasmi
Menyertai: 23.02.2011
Ahli No: 41002
Posting: 7
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-10-11 10:31


Semalam ada yang bertanya isu ini...

"Saya dah banyak kali tak jadi ini...Saya dan dia sama-sama suka masalah keluarga...keluarga bagi masalahnya bukan dalam masa terdekat dalam 3 tahun lagi..2tahun lagi...ini dah masuk kali ke 4...Ada orang cadangkan saya jumpa ustaz,mandi bunga katanya..persoalannya apa itu mandi bunga?ada ke dalam Islam?.."

itu lah dia yang menyerabutkan saya untuk menjawabna kerana saya pun kurang pasti apa dia mandi bunga ini..Kawan-kawan boleh share pendapat atau pengalaman...syukran...


-----------------
Sabar Itu Indah


Bookmark and Share

    


  Member Information For wajhunnurProfil   Hantar PM kepada wajhunnur   Quote dan BalasQuote

zai1209
Warga Rasmi
Menyertai: 17.08.2009
Ahli No: 37425
Posting: 5
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-10-11 21:47


Saya dan dia sama-sama suka masalah keluarga...keluarga bagi masalahnya bukan dalam masa terdekat dalam 3 tahun lagi..2tahun lagi...ini dah masuk kali ke 4 - kurang faham

Bookmark and Share

    


  Member Information For zai1209Profil   Hantar PM kepada zai1209   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-10-11 03:14


Nak mandi bunga Kenapa? Nak menyenangkan/mencepatkan jodoh? Tak silap saya, kalau macam tu dah jadi khurafat. Masalah dengan keluarga bincang dengan keluargalah - Kenapa mereka yang menimbulkan masalah. Tak perlu nak mandi2 bunga ... pada pendapat saya lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-11-11 17:45


Kalau mandi bunga untuk niat menyegarkan badan tak salah, yang jadi salah bila percaya pelik-pelik yang menyebabkan khurafat


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

udes
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2011
Ahli No: 41792
Posting: 6
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-11-11 17:50


Mak saya pun suruh saya mandi bunga... huhuhu.. kesnye.. sebab bila berkawan saja.. tak jadi.. masalah keluarga juga... apapun ikhtiar dengan bermohon kepada Allah... Fikirkan sesuatu yang berlaku dan hadapinya dengan kesabaran.. jodohnya ada tetapi tak tau siapa dan bila.. :)... Qul In Kuntum Tuhibbunallah...


-----------------
Kejar Matlamat Dengan Kekuatan
Cari Rahmat Dengan Ketaqwaan


Bookmark and Share

    


  Member Information For udesProfil   Hantar PM kepada udes   Pergi ke udes's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-11-11 08:00


Bismillah
Assalamualaikum


Semoga dalam rahmat kasih sayang dan dibawah perlindungan Allah sentiasa semuanya. ;-)

Mari kita renungi kisah dibawah ini. Semoga ada manfaat dan kebaikan yang diperolehi. Wallahua'lam.

Ana: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yang sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana: "tapi umi,macam mana nak tau orang tu sayangkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. tak tahu umi..ALLAH saja yang tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dengar ni umi nak pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

tiba-tiba saja air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak-anak umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...


jadi sahabat ukhwah...mengapa kita melakukan sesuatu itu bukan bersandarkan kepada keyakinan depada Allah... teguhkan hati dan yakinmu kepada-Nya.. InsyaAllah akan sampai bila mana tiba masanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

udes
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2011
Ahli No: 41792
Posting: 6
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-11 18:09


Pilih jodoh ya... carilahlah jodoh di tempat yang baik.. seperti di masjid... lelaki yang berada di bawah bayangan iman adalah mereka yang hatinya dipaut dengan masjid... tak jumpa juga atau tak pandai.. so cari lah di dalam dunia cyber hehehe... boleh percaya ke? boleh.. pergi daftar kat bait muslim PMRAM... insyaAllah.. akan dapat jodoh yang baik.. hmmm takut lah... kalau takut... Solat Istikharah minta petunjuk.. dah solat tapi tak nampak jugak... kalau tak nampak tu belum lagi lah itu.. jadi sabar, berdoa dan bertawakkal... tension lah macam ini... kalau tension itu tanda putus asa.. org berputus asa ni memang takkan dapat pasangan yang soleh dan solehah...huhuhuhu... so... sabar.. yakin dengan Allah ya... hehehe macam saya ini...hehehhee


-----------------
Kejar Matlamat Dengan Kekuatan
Cari Rahmat Dengan Ketaqwaan


Bookmark and Share

    


  Member Information For udesProfil   Hantar PM kepada udes   Pergi ke udes's Website   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-12-11 15:35


Mandi bunga? :bunga: amat-amatlah digalakkan... mewangikan tubuh badan.. dan menyegarkan.. tetapi tidak akan mengubah apa-apa pun yang telah, sedang dan akan anda hadapi. bahkan mengundang dosa sekiranya meyakini dengan mandi bunga itu akan mengubah apa-apa yang tersurat mahupun tersirat. Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-12 16:56


mandi guna syampu shokobutsu pun termasuk dalam kategori mandi bunga jugak kan? ;)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-05-12 12:32


Lepas mandi bunga kan badan dah wangi..so ramaila orang nak dekat sebab badan dah wangi. hehehehe....

Niat kena betul...

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114709 saat. Lajunya....