Oleh |
betul ke sunnah? |
islam-me
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2006 Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu
|
Posting pada: 09-10-11 08:56
salam. ingin mendapatkan penjelasan.benarkah wujudnya keadaan sunnah melewatkan solat Isya'?ada tak dalilnya?jika jawapnnya YA,mengapa dikatakan sunnah?(sebab hadith ini diucapkan). Bukankah dalam hadith yang lain kita diseru supaya solat pada awal waktu,bersegera melakukan suruhan Allah,lebih-lebih lagi kita tidak tahu tarikh kematian kita?betul-betul nak tahu jawapannya. terima kasih atas segalanya ----------------- we make history or we become history
|
sutera_hijau
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu
|
Posting pada: 09-10-11 15:17
saya pun pernah dengar macam 2...nak tau jugak ada hadis ke...or org yang suka lwt2 kan solat yang bagi statement 2
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 24-05-12 11:19
... Melewatkan solat fardhu isyak memang dibolehkan. Tapi tak lebih dari 1/3 malam. Walaupun begitu ia bergantung kepada keadaan : 1. Sekiranya para jemaah cepat berkumpul maka sunat dicepatkan. 2. Sekiranya jemaah datang ke masjid lambat, maka sunat dilewatkan. 3. Jika solat bersendirian sunat disegerakan. Tetapi jika hendak tidur awal dan yakin boleh bangun sebelum habis 1/3 malam supaya boleh bertahajjud sekali, boleh dilewatkan. Hadis Rasulullah s.a.w. : 1. Jabir bin Abdullah ra berkata: “Rasulullah saw kadang-kadang melewatkan solat Isya dan kadang-kadang menyegerakannya. Apabila melihat para sahabat sudah berhimpun maka baginda akan mneyegerakan. Apabila baginda melihat mereka lambat datang maka Nabi saw melewatkannya.” Hadis sahih riwayat Bukhari (565) dan Muslim (646) 2. Zaid bin Khalid mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kalaulah tidak menyusahkan ummatku nescaya aku akan wajibkan mereka untuk bersiwak setiap kali solat dan melewatkan isya ke sepertiga malam yang pertama.”Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Wallahu a'lam. Semoga memberi manfaat.
|