Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-11-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tj
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43038

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 12
Ahli: 0
Jumlah: 12




  Yang Masuk Ke Sini
tj: 8 hari yang lalu
aye: 10 hari yang lalu
NisaAdDeen: 33 hari yang lalu
RijaludDeen: 33 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: erti perjuangan


Carian Forum

Moderator: Admin, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» erti perjuangan

Please Mendaftar To Post


Oleh erti perjuangan

nurrinisa
Warga Rasmi
Menyertai: 28.08.2011
Ahli No: 41625
Posting: 2

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-10-11 07:13


Semoga diriku kuat hadapinya.....
Saya diperkenalkan oleh seorang teman mengenai portal ini... alhamdulillah.. banyak input ke arah kebaikan..

Bila ternampak ruangan Suara Hatiku.. saya lihat ada dikalangan kita membicarakan apa yang terjadi...
Saya seperti anda.. manusia biasa yang kadang kala lemah di jalanNya... andai disini saya ingin berbicara.. tidak terniat mengadu atau menyesali apa yang telah terjadi.. yang mana boleh dijadikan iktibar.. insyaAllah... dan yang mana boleh memberi pendapat.. izinkanlah... kadang-kadang dengan nasihat seorang insan yang bergelar teman... mungkin bisa menguatkan hati-hati yang lemah...

Izin saya berkongsi kisah saya...
kadang-kadang apa yang kita rancang..hanya Dia Yang Maha Tahu segalanya..
bila saya dapat twrn belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh.. saya sgka inilah jalan saya yang terbaik...mempelajari pure sc..walau dihati melukis impian utama..
sesudah SPM.. alhamdulillah.. syukur.. berjaya.. dengan lafaz bismillah.. saya memulakan sekurang-kurangnya di peringkat persediaan ke universiti...
hari merentas desa.. seperti biasa melaluinya seperti di sekolah... entah mengapa.. sesudah sampai, keadaan menjadi gelap...
sesudah saya sedr.. rupa-rupanya saya sudh 3 hari tidak sedr dan saya berada di hospital...
kehidupan saya menjadi sangat berbeza mulai detik itu....
doktor mulai lakukan pelbagai diagnose.mencari puncanya..jasad yang saya bawa tiba-tiba terasa bukan milik saya.. bila naik tangga..yang hanya 7 anak tgga..terasa ibarat mendaki gunung yang tinggi.. saya cept semput..dan mudah berasa letih..bila mengikuti kuliah yang terlalu padat.. saya akan letih sangat dan pitam... akhirnya doktor dapat kenlpasti..saya mempunyai jntg yang agak lemah dibanding dengan insan lain seusia saya... persediaan ke universiti yang sepatunya menjadi setahun, saya hanya isi dengan kehadiran di hospital-hospital berdekatan.. rumah keduaku adalah hospital selepas itu..bermulalah hanya air mata menjadi teman keduaku..rakan-rakan mulai meninggalkan.. mengejar cita-cita masing2x... insan yang saya kenali yang boleh memberi kata semangat jua mengjr cita-citanya membuat persediaan ke Jepun..saya mulai redha..solt mlm menjadi kebiasaan...kembali padaNya...
pointer yang tidak cukup, membuatku terpksa mengulangi persediaanku untuk mnjejak kaki di menara gading..terimbau kembali saat itu..teman-teman persekolahan mengirimkan pesanan bertnya di universiti manakah aku...jurusan apakah yang ku dapat... hnye air mata ku titiskan kala itu... kerana mereka tidak memahami apa yang ku lalui..ku pasrah mengulangi persediaan ku.. bersama adik-adik yang lebih muda.. setahun lagi...iltizamku hnye nak jejak kaki di menara gading.. akhirnya setahun yang ku lalui..ku berjya.. menempatkn diri di UiTm.. tapi bukan jurusan yang dipinta dr 8 pilihan... dengan keadaan badan yang tidak seupaya insan lain...kadang-kadang ku lemah dan pitam kembali... sayu di hati ini.. bila seorang doktor di pust kesihtn mengatakan.."ku hanya perlu bereht di rumh, sakit2 macam ini, macam mana nak teruskan study?" setahun sudh rakan-rakanku berada di situ.. kenapa?ku tidak boleh meneruskn juga? ku teruskan azam dan impianku.. satu semester di sana.. akhirnya ku bertukr di Upm.. mendapat twrn lain... menjadi seorang pendidik...jalanku hanya Dia Yang Maha Tahu..there are a lot that i've been loss.. but there are also a lot that i've found...5 tahun berlalu...dan kini segulung ijazah dalam genggamanku..semoga..the day of my convocation will be run smoothly... insyaAllah..

Bookmark and Share

  


  Member Information For nurrinisaProfil   Hantar PM kepada nurrinisa   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-10-11 18:51


Assalamualaikum nur....

Saya mendoakan kita semua dalam lindungan dan naungan Allah. Tahniah atas kejayaan nur, itu merupakan satu anugerah Allah. Pandangan ana... sakit yang Allah beri tu adalah tanda Allah mempermudahkan hidup kita.

Dunia ini bukan tempat untuk bersuka .a atau berseronok-seronok... dunia ini tempat kita mencari Dia, berusaha menjadi hamba Dia dan mencari redha Dia. Jadi.... tak perlu banding-bandingkan apa yang Allah beri pada kita dengan apa yang orang lain dapat. Setiap apa yang Allah beri pada kita... itu sebenarnya adalah yang paling layak untuk kita.... Terima dengan redha.... cari redha Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Ana juga merasakan kelemahan atau kekurangan yang Allah beri pada kita sebenarnya adalah nikmat. Nikmat yang menyelamatkan kita dari kesengsaraan Akhirat. Cuba perhatikan perbandingan ini.... orang yang matanya sihat, boleh melihat dengan jelas sehingga jarak 500m berbanding orang yang Allah rabunkan matanya sehingga dia mampu melihat pada jarak 100m sahaja.

Jika kedua-dua orang ini berdiri di pasaraya.... yang sihat akan melihat maksiat yang berlaku dalam jarak 500m sedangkan yang rabun hanya melihat maksiat dalam jarak 100m sahaja. Bukankah itu nikmat. Begitu juga dengan orang yang sakit kaki, tak mampu berjalan jauh.... pasti tidak akan tersampai kakinya untuk menuju ke tempat maksiat. orang yang dipekakkan telinganya, tidak akan tersampai untuk dia mendengar perkataan atau suara maksiat.

Apa yang perlu kita lakukan adalah..... pastikan hati kita tidak mati dari mengingati Allah, setiap nafas yang disedut adalah izin dan anugerah Allah selagi mana Dia berkehendak begitu.

Orang lari dari kita? Biarkan orang itu lari, tak perlu dikejar mereka yang lari... kejarlah Allah... Allah tidak akan pernah lari dari orang yang mengejarnya.

Teruskan menuntut ilmu.... kerana ia jihad. Biar kita mati dalam menuntut ilmu.... itu syahid namanya.

Wallhua'lam.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094341 saat. Lajunya....