Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-11-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Alai_Syafa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43068

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 1 hari, 5 jam, 5 minit yang lalu
Daeng_Jati: 1 hari, 9 jam, 33 minit yang lalu
RedPetunia: 3 hari yang lalu
sahabat_amin: 5 hari yang lalu
Gorodkovie: 7 hari yang lalu
Swarig123: 10 hari yang lalu
sunan-faqih: 16 hari yang lalu
ajefikrah: 21 hari yang lalu
Kang: 23 hari yang lalu
owl_UM: 25 hari yang lalu
rasian: 29 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: negara Islam atau negara berkebajikan?


Carian Forum

Moderator: Admin, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» negara Islam atau negara berkebajikan?

Please Mendaftar To Post


Oleh negara Islam atau negara berkebajikan?

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 11-06-11 12:56


Setelah sekian lama berjuang untuk menubuhkan Negara Islam, Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Hadi Awang, dalam muktamar baru-baru ini mengumumkan parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan. (http://malaysiakini.com/news/165931 )

Usaha Negara berkebajikan ini dilihat mampu mengharmonikan hubungan dengan DAP dan PKR yang sememangnya menolak konsep negara Islam. Ia ini dilihat mampu menarik sokongan rakyat berbanding perjuangan menuntut penegakan Negara Islam. Manifesto ini dilihat mampu memberi tekanan kepada BN dan memperkukuh cita-cita Putrajaya.

Ayat 15 Surah sabar’

“Sesungguhnya bagi kaum sabar ada tanda (kekuasaan Rabb) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri.(kepada mereka dikatakan):”Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Rabb-mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.(Negerimu) adalah negeri yang baik (Baldatun Thayyibah) dan (Rabb-mu) adalah Rabb Yang Maha Pengampun”.

Mungkin inilah ayat yang menjadi sandaran Haji Hadi, hingga keluar dari lisannya dalam Al Quran tidak sebut Negara Islam, tetapi menyebutnya sebagai baldatun thayyibah yang ditafsirkannya sebagai negara berkebajikan. Seterusnya beliau memperincikan ciri Negara Berkebajikan tersebut sebagai:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
( )

Saya menelusuri asbab annuzul dan tafsiran ayat ini, nyatanya rincian Haji Hadi itu jauh terpesong dari penfsiran yang benar. Imam jalaludin As Sayuthi dalam Lubaabun Nuquul fi Asbaabin Nuzul, meriwayatkan ayat ini turun ketika Farwah bin Masik bertanyakan kepada baginda saw kebenaran untuk memerangi kaum sabar’. Rasulullah me njawab bahawa baginda belum belum mendapat perintah lagi, hinggala turun ayat 15 hingga 17 surah sabar’.

Dalam ayat ke 16 dan 17 seterus Allah menceritakan:
Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.

Ibnu katsir meriwayatkan dari Ibn `Abbas, Wahb bin Munabbih, Qatadah dan Ad-Dahhak menyatakan Allah menghukum mereka dengan banjir yang sangat besar, hingga keluar segala binatang dari empangan Ma’rib, dan tikus-tikus besar yang menggigit empangan tersebut hingga runtuh menenggelamkan seluruh negeri mereka.

Sungguh menghairankan bagaimana dari pengkisahan kaum sabar’ ini, Haji Hadi berani membuat pengumuman untuk menjadikan Negara Berkebajikan sebagai gagasan perjuangan dan menenggelamkan perjuangan Negara Islam yang selama ini PAS kobarkan.

Istilah Negara Islam

Saya pernah mengulas permasalahan istilah daulah islamiah, darul Islam, Darul muhajirn, bilad islamiyah, khilafah islamiah dalam posting terdahulu. Sememangnya istilah ’daulah’ yang membawa maksud negara wujud kemudian apabila para inteltual muslim dan filosofnya menterjemah perkataaan state dari tamadun Yunani. Antara orang terawal yang menterjemahkan istilah state kepada daulah adalah Hunain Ubnu Ishaq sekitar abad ke 3 hijrah. Ibnu Khaldun dalam membezakan antara ad daulah(negara) dan al mulk(kerajaan) dalab bab fi ma’na al khilafah wal imamah (muqaddimah ibnu Khaldun).



Pada zaman Nabi, wilayah kekuasaan Islam disebut darul Islam, atau darul muhajirin. Mana kawasan diluar kekuasaan Islam disebut darul syirk. Ada banyak hadith yang menyebut hal ini. Rasul menunjukkan struktur pemerintahan baik dari aspek tafwidh, tanfidz, kewalian, qudhat dan juga ketenteraan. Baginda juga menjelaskan pengganti baginda dalam soal kenegaraan disebut sebagai khalifah. Penterjemahan struktur kenegaraan ini ditunjukkan pada zaman khulafa urrasyidun, baik melalui ijma’ sahabah (qauli dan suquti) dan juga ijtihad para khalifah dan sahabat.

Kita boleh lihat betapa banyaknya kitab-kita tulisan para fuqaha yang menjelaskan struktur kenegaraan ini. Ini boleh jumpai ada perbezaan pandangan dalam perkara furu’ tetapi ushool bagi perkara ini iaitu negara Islam baik disebut daulah islamiah atau pun darul Islam mereka tidak berselisih. Jelas bahawa struktur pemerintahan bagi negara Islam tersebut adalah khilafah dan ia sememangnya identik, hingga umat memahaminya sebagai makna yang sama. Mereka memberi idhafah ’islamiah’ kepada istilah darul , khilafah mahupun daulah, membawa maksud negara yang menerapkan hukum Islam. Sehingga Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa siyasah syar’iyyah adalah khilafah Islamiah atau daulah Islammiah. Membezakan dengan siyasah aqliah (yang dibawa oleh tamadun yunani) sebagai mulk(kerajaan) dan daulah kufur.

Penjenamaan Islam Berserta Intipatinya Itu Wajib

PAS sewajibnya memperjuangkan Negara Islam ini, bukannya menyorokkan jenama apatah lagi intipatinya. Ciri-ciri kebajikan yang digariskan TGHH ini sekadar idea umum dan sangat tercapah dari rincian negara Islam. Saya tidak menafikan mungkin cita-cita Putrajaya mungkin lebih mudah apabila mereka menggelamkan jenama Islam dan bersama dengan cita-cita negara kebajikanPakatan Rakyat, tetapi ingatlah matlamat tidak mengghalalkan cara. Tetapi ini adalah suatu kesilapan hukum syara’ yang sepatutnya dimuhasabah. Jangan sampai kerana terlalu mahu berkuasa, kita menyelindung apatah lagi memesongkan kewajipan Istilah Negara Islam. Kepada sahabat dan saudara-saudara saya yang bersama PAS, tulisan dalam kesempitan ini semata agar kalian sedar kesilapan yang dilakukan ini, dan sama-sama kita memperbetulkannya. Sesungguhnya thayyibah itu hanya wujud apabila Islam diterapkan dalam khilafah Islamiah dan bukannya negara berkebajikan. Semoga terjemahan ayat 15-17 surah sabar’ ini menyentuh hati kita semua.

“Sesungguhnya bagi kaum sabar ada tanda (kekuasaan Rabb) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri.(kepada mereka dikatakan):”Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Rabb-mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.(Negerimu) adalah negeri yang baik (Baldatun Thayyibah) dan (Rabb-mu) adalah Rabb Yang Maha Pengampun”. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.

Bookmark and Share

  


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-06-11 22:05


Ada orang selalu menyebut - matlamat menghalalkan cara. Yang menyokong PAS ni sokong sebab PAS (dahulunya) dilihat memperjuangkan Islam. Masih sama ke perjuangannya?

Baguslah kalau saudara/i wuzaraa boleh mengulas begitu panjang lebar isu ini untuk pengetahuan orang macam saya yang tak pandai nak mengulas. Bagi saya dah tak perlu nak ulas pasal PAS sebab perjuangannya yang sudah semakin kabur. Semua nak spin, semua nak spin. Bukan saya kata PAS sahaja ... kalau dah nama politik, semuanya kaki spin, semuanya kaki pusing.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 13-06-11 13:15


Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah

Negara berkebajikan tiada di dalam islamkah? bukankah kebajikan itu subset kepada islam? Di sini saya bersetuju dengan gagasan PAS, suatu perubahan dan relevan.

Cuba dahulu, saya tidak mahu komen, kerana saya mahukan perbandingan.

!!! QUOTE !!!

Saya menelusuri asbab annuzul dan tafsiran ayat ini, nyatanya rincian Haji Hadi itu jauh terpesong dari penfsiran yang benar. Imam jalaludin As Sayuthi dalam Lubaabun Nuquul fi Asbaabin Nuzul, meriwayatkan ayat ini turun ketika Farwah bin Masik bertanyakan kepada baginda saw kebenaran untuk memerangi kaum sabar’. Rasulullah me njawab bahawa baginda belum belum mendapat perintah lagi, hinggala turun ayat 15 hingga 17 surah sabar’.

Dalam ayat ke 16 dan 17 seterus Allah menceritakan:
Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.

Ibnu katsir meriwayatkan dari Ibn `Abbas, Wahb bin Munabbih, Qatadah dan Ad-Dahhak menyatakan Allah menghukum mereka dengan banjir yang sangat besar, hingga keluar segala binatang dari empangan Ma’rib, dan tikus-tikus besar yang menggigit empangan tersebut hingga runtuh menenggelamkan seluruh negeri mereka.

Sungguh menghairankan bagaimana dari pengkisahan kaum sabar’ ini, Haji Hadi berani membuat pengumuman untuk menjadikan Negara Berkebajikan sebagai gagasan perjuangan dan menenggelamkan perjuangan Negara Islam yang selama ini PAS kobarkan.


Cuba terangkan kisah ini mengenai apa? kaum Sabar' itu berpaling dari ajaran Islam? menarik juga ceritanya.

p/s

Maafkan saya, cara saudara komen PAS yang mana PAS sudah lari daripada Dasar Parti mereka seakan-akan komen UMNO di dalam akhbar milik mereka.

Saya katakan begitu kerana UMNO pada suatu tika dahulu mengkritik dan menghina gagasan Islam PAS, kemudian kini UMNO beria-.a menghina gagasan PAS yang sudah terpesong katanya. Manakala HT pula dahulu sentiasa mengkritik PAS kerana menlibatkan diri di dalam amalan demokrasi, kini mengkritik pula PAS kerana sudah lari daripada landasan keislamannya.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-06-11 20:34


sokong daeng jati...

mereka semua apa yang PAS buat semua tak kena...orang kalau dah benci.macam-macam lah kata..

Bookmark and Share

  


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-06-11 17:39


sebenarnya negara kebajikan ni pun tuntutan islam sebabnya jika dilihat intipati2 yang sudah dipersetujui,ia mengikut apa yang telah dibuat oleh baginda SAW yang mana baginda juga semasa hayat bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tidak membahayakan islam sendiri


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

  


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-11 18:32


Pada 14-06-11 17:39 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya negara kebajikan ni pun tuntutan islam sebabnya jika dilihat intipati2 yang sudah dipersetujui,ia mengikut apa yang telah dibuat oleh baginda SAW yang mana baginda juga semasa hayat bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tidak membahayakan islam sendiri



dah lah tu che din, buat penat anda saja...kita pun semakin faham dengan cara HT ni. Entah bila pulak ada syabab HT yang merasakan pas sebenarnya 'wajib' perjuangkan Negara Islam ni sedang merekalah sedari dulu mempersoal dan menolak perjuangan Pas menegakkan negara Islam di Malaysia...mungkin mereka sudah lupa.Kata mereka bukan daulah Islam, tetapi daulah khilafah... maka untuk isu negara kebajikan ini, jika Pas menukar semula dari negara kebajikan kepada negara Islam...adakah anda semua rasa dengan mudah HT akan terima???.. . semua tahu jawapannya.

sebenarnya bukan isu istilah atau isu jenama...ia isu fikrah politik Pas yang tidak diterima HT. Saya pernah mengatakan dalam pas juga kita juga bercita-cita menegakkan khilafah macam depa ...itu pun ditolak dan tetap dipersoalkan kerana berbeza thariqah pula...saya sangat percaya , sebenarnya bubuh lah nama apa pun, tetap akan ditentang juga... kerana 'penyakit' yang ada di hati mereka.

jadi, jangan sebut kata persaudaraan jika kita jenis tak berhenti2 menawarkan permusuhan. jangan juga sebut muhasabah jika kita jenis yang tak pernah berhenti mencari salah.

Negara berkebajikan tidak masalah ....yang masalah org yang tak faham apa dia 'kebajikan'..


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-11 21:09


Assalamualaikum Setelah PAS menyertai Pakatan Rakyat (PR), PAS kini dilihat seolah-olah telah menyembelih akidah perjuangan parti mereka...setelah Negara Islam, kini Negara Berkebajikan pula...

:berfikir: Bukankah apabila wujudnya Negara islam maka secara automatiknya pula akan wujudlah Negara Berkebajikan kerana melakukan kebajikan adalah sudah termaktub dalam ajaran Islam, bukankah Islam itu sudah lengkap dan mudah (bukan bermaksud mudah yang mempermudah-mudahkan...).


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

  


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-06-11 21:31


Pada 21-06-11 21:09 , eme86 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum Setelah PAS menyertai Pakatan Rakyat (PR), PAS kini dilihat seolah-olah telah menyembelih akidah perjuangan parti mereka...setelah Negara Islam, kini Negara Berkebajikan pula...

:berfikir: Bukankah apabila wujudnya Negara islam maka secara automatiknya pula akan wujudlah Negara Berkebajikan kerana melakukan kebajikan adalah sudah termaktub dalam ajaran Islam, bukankah Islam itu sudah lengkap dan mudah (bukan bermaksud mudah yang mempermudah-mudahkan...).



sila bagi bukti kukuh ya jangan cepat-cepat tuduh2


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

  


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-11 15:33


Assalamualaikum Saya tidak menuduh tetapi ini adalah apa yang dikatakan oleh Senator Bahagian Kulim Bandar Baru iaitu YAB Dato' Zulkifli Nordin yang mana adalah salah seorang ahli parlimen bebas setelah "DIPECAT" daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) (semasa bertanding & dipecat, beliau bukanlah ahli Parti Keadilan Rakyat tetapi ahli PAS yang bertanding atas tiket PKR. Dato' Zulkiflui Nordin adalah ahli salah seorang ahli PAS yang memegang salah satu jawatan penting dalam PAS (bukan hendak mengatakan beliau laparkan jawatan)....

:berfikir: Beliau berkata, cara atau tatatertib untuk memasuki/ menyertai PAS pada masa dahulu dan sekarang sangat berbeza...sangat-sangat berbeza...dan jika dahulu, sebelum menyertai PAS, para pemohon hendaklah mengucap, tahu berkenaan rukun Iman & Islam, menghafal serta mengamalkan al-Mathurat serta lain-lain lagi yang mana akan diuji dihadapan para mursyid tetapi sekarang jauh berbeza (p/s: perkara sebegini mungkin bolah diguna pakai untuk para pemohon yang beragama Islam sahaja dan bukan untuk para pemohon dari agama lain untuk menyertai PAS).

:berfikir: Ini bukan saya dengan dari mulut org lain tetapi dengan dua telinga yang diberi oleh ALLAH semasa beliau memberikan ceramah ditempat saya...

:berfikir: Fikir-fikirkan lah saudara ku...


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

  


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-11 15:41


:berfikir: Serta saudara perlu melihat bahawa barisan kepimpinan PAS sekarang adalah bukan dari golongan ulamak tetapi dari golongan profesional...saya berkata sebegini bukanlah kerana saya mahu menghentam PAS...malahan saya sayangkan PAS dan saya adalah salah seorang yang akan mengundi untuk PAS (tetapi setelah semua kekusutan dan kekalutan politik negara serta PAS diBERSIHkan...


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

  


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-11 17:52


Assalamualaikum

Cuba baca dan hadamkan artikel ni...

http://saifulislam.com/9929


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

  


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

Fattul_Bari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR

turkey   avatar


posticon Posting pada: 17-08-11 05:54


Macam best saja tajuk ini.Ada pandangan dan pendapat masing-masing atas tujuan masing-masing..bagus2! teruskan

Bookmark and Share

  


  Member Information For Fattul_BariProfil   Hantar PM kepada Fattul_Bari   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-08-11 19:18


pendapat ana mudah. Islam itu agama..sebagai muslim, wajiblah berpegang teguh pada agama. manakala kebajikan itu suatu perkara yang baik dan sebagai muslim wajiblah kita menjaga kebajikan diri dan jiran tetangga. dalam keadaan malaysia sekarang, agama islam itu sepertinya dipijak2,dicanang2 oleh media yang menjadikannya amat teruk..tapi jangan menunding jari menyalahkan sesiapa...sebaliknya bertanya lah diri kita..apakah kebajikan sesama jiran,sesama muslim di sekeliling kita dilaksanakan.?jika islam itu tidak diamalkan sempurna,maka tak salah kita ubah nama matlamat tu kepada negara kebajikan..sebab bangsa lain mudah sensitif dengan agama islam sekarang, dan apabila negara berkebajikan terlaksana,maka negara islam juga akan muncul bersama kerana matlamat keduanya adalah sama.Sekian.


-----------------
Disela kesakitan yang menghantarku pada nestapa
Ku tersedar….
Hanya DIA yang masih ku punya..


Bookmark and Share

  


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134501 saat. Lajunya....