Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-11-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tj
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43038

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 12
Ahli: 0
Jumlah: 12




  Yang Masuk Ke Sini
tj: 8 hari yang lalu
aye: 10 hari yang lalu
NisaAdDeen: 33 hari yang lalu
RijaludDeen: 33 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Masalah kawan rumah yang bermasalah.


Carian Forum

Moderator: Admin, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Masalah kawan rumah yang bermasalah.

Please Mendaftar To Post


Oleh Masalah kawan rumah yang bermasalah.

Vspace
Warga Rasmi
Menyertai: 25.04.2011
Ahli No: 41296
Posting: 2
Dari: Kedah

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-04-11 21:14


Assalamualaikum semua...

Salam...firstly, bersyukur sangat-sangat dapat 8 org housemate yang macam family sendiri.

Masalah bermula bila A dan B (kawan baik) ada konflik tahun lepas...mereka bergaduh, tapi masiing2 bersikap cool(tak nampak macam bergaduh)...

lepas itu B ni pula, dia tiada moto(family susah)...so sentiasa pinjam, kadang-kadang moto saya...dan kawan-kawan lain...then satu hari tu, moto kawan saya hilang waktu B pinjam...so bermulalah masalah lain..

Kami terpaksa berulang alik, hantar dan ambik dari rumah ke kampus...memang letih, tapi kawan..so on saja..then ada lagi masalah, B ni pinjam moto kawan lain, dan eksiden...(masalah demi masalah)..

B ni datang dari family susah...moto pun tak ada...memang masalah kewangan sangat-sangat..tapi B ni kalau ada duit, dia suka shopping....so lepas tu kami cuti panjang...sepanjang cuti tu, B tak bayar duit rumah sewa selama 3 bulan...ikutkan saya, memang kasihan..

kawan-kawan lain semua dok bising2, kalau tak bayar juga, nak kick saja..tak hendak bagi muka dah, saya tahan...suruh cari jalan dulu.....di sebabkan saya sayang B(sayang, tapi tak close sangat)..., tak sampai hati...so saya dan family tolong bayarkan duit rumah 3 bulan tu...tapi tanpa pengetahuan housemate lain...

dan sekarang bila dah mula sem baru, hampir semua kawan-kawan kat sini macam tak puas hati macam-macam....saya mengaku, sebelum cuti, saya berharap B bawa moto sekarang ni(dia pun cakap nak bawa)...saya saya ingat sem ini tak perlu berulang alik dah(letih)...tapi still kena berulang alik...hanya mampu bersabar saja...

dan masalah terbaru lagi, disebabkan B dan C (c dok rumah ni dah setahun, hanya baru bayar sewa deposit dan 2 bulan sewa)....kami yang lain-lain ni terpaksa bayar lebih setiap bulan untuk back up mereka-mereka ni....so ramai tak puas hati, dan ayah A mempertikaikan Kenapa harga naik??

A sekarang dalam keadaan stress sangat-sangat...dan pada masa sama marah2 sangat-sangat kat mereka...

Dan saya?? saya mengaku, saya letih berulang alik mengangkut tu...tapi dari sudut lain, saya tak tahu apa lagi saya mampu tolong...berdiam saja agaknya....tapi dalam hati susah hati sangat-sangat...kami bersama dah hampir 2 tahun, tak mahu gaduh2 dan berpecah belah.... tapi saya pun macam dah pasrah, kalau apa-apa hal jadi (contoh B dan C kena keluar dari rumah ni)...atleast saya dah pernah tolong...so tak terkilan sangat...

apa yang patut saya, dan kawan-kawan lain buat?? apa pandangan semua...

Bookmark and Share

  


  Member Information For VspaceProfil   Hantar PM kepada Vspace   Quote dan BalasQuote

Vspace
Warga Rasmi
Menyertai: 25.04.2011
Ahli No: 41296
Posting: 2
Dari: Kedah

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-04-11 21:15


Saya kasihan kat B, sebab mak dia susah....saya selalu fikir, kalau saya susah, siapa akan tolong saya?? thats why saya tolong dia....simpati sangat-sangat...dan saya tak nak kasihan saja, tanpa berbuat apa-apa, nanti pasti saya menyesal...

dan wajarkah saya beritahu housemate lain, yang saya dah tolong bayarkan duit rumah sewa tu?? seboleh2nya nak rahsiakan sampai bila-bila, tapi takut mereka tahu...dan takut juga nak bagitahu, sebab mereka memang tak suka kat B, dan realitinya saya lebih rapat dengan housemate lain, berbanding b...

kadang-kadang rasa bersalah pula, sembunyikan perkara ni dari kawan baik sendiri....patut tak saya bagitahu, duit rumah B 3 bulan tu saya yang bayarkan?

Bookmark and Share

  


  Member Information For VspaceProfil   Hantar PM kepada Vspace   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-05-11 00:33


tak payah lah bagi tau roomate lain...biarlah benda tu rahsia sampai bila-bila...sepatutnya B tu kena sedar...antum tolong lah sedarkn dia... tak payah lah shoping sakan kalau tak ada duit sangat...apa kata awak tulis surat layang kat dia. bagi nasihat sikit....hihihihi....

Bookmark and Share

  


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-05-11 07:16


Assalamualaikum,

Kena terus terang sajalah dengan rakan yang bermasalah tu. Sampai bila nak cover dia? Kalau dah tolong, pas tu jadi pening2 ... alamatnya jangan tolong. Kalau nak tolong jugak, kena redha sajalah.

Boleh minta bantuan kaunselor pelajar ke nasihatkan? Atau mungkin you all boleh nasihatkan dia bersama? Saya pun pernah ada kawan begini - anak org susah tapi suka berbelanja kalau ada duit. Kalau saya di tempat awak, saya pindah saja cari rumah baru.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-10-11 06:21


saya PUN ADA masalah dengan HMATE juga,,KAMI semua perempuan, TINGGAL DI taman yang PELBGAI KAUM..sebelah KANAN CINA, KIRI INDIA...masalah BRMULA masa saya CUTI penting yang panjang..KAMI TINGL 3 org, SI tak selalu balik KG sebab anak DI KG..saya PUN AT LEAST 2MINGU sekali balik..SI yang pula SUKA BWAK LAKI MASUK, KAMI TAU daripada JIRAN..DAH cakap DIRECT PUN buat tak reti saja..LAKI TU DRUG ADICT, perempuan NI macam dah DPRGUNAKAN PUN ADA....bulan puasa tak pernah nampak BUKA kat rumah...dalam SMINGU ADA agaknya sekali balik awal rumah..pagi tadi pukul 7.30 baru sampai...

Bookmark and Share

  


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095723 saat. Lajunya....