Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46

  Yang Masuk Ke Sini
tereturubuzu: 6 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 17 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya?

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya?

Please Mendaftar To Post

Oleh Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya?

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 02-04-11 11:51

Jawapan: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.

Zamani, Johor.

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.

2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).

Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)

“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.

3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.

4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan sama ada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.

6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-ra`iy wa al-ra`iyyah:

“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)

7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:

“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat

Sumber: dr.maza.com

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  

posticon Posting pada: 02-04-11 11:56

DID YOU MEAN THISS...???

http://www.youtube.com/watch?v=ptcZReoXNd4

FUNNY....

:sopan:

AND COMPARED IT TO THISS...

http://www.youtube.com/watch?v=MeE1GbsOyYA

I LIKE ITT........

:sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 02-04-11 12:12

..antara tanda baik sesuatu aliran atau parti politik; ahli-ahli yang terlibat dengannya akan terbentuk jiwa dan budi yang luhur..lebih dekat kepada Allah, lebih cintakan kebaikan, bersimpati dengan manusia dll..namun jika penglibatan itu membentuk menjadi rakus, suka maki hamun orang, tidak takutkan Allah tentang hak orang lain, maka ia petanda buruk aliran atau parti tersebut..walaupun apa nama dan lambangnya sekalipun..

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  

posticon Posting pada: 02-04-11 12:37

Pada 02-04-11 12:12 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

..antara tanda baik sesuatu aliran atau parti politik; ahli-ahli yang terlibat dengannya akan terbentuk jiwa dan budi yang luhur..lebih dekat kepada Allah, lebih cintakan kebaikan, bersimpati dengan manusia dll..namun jika penglibatan itu membentuk menjadi rakus, suka maki hamun orang, tidak takutkan Allah tentang hak orang lain, maka ia petanda buruk aliran atau parti tersebut..walaupun apa nama dan lambangnya sekalipun..

PAS IS ONLY A PARTY NOT ISLAM RELIGION...

UMNO IS ONLY A PARTY NOT ISLAM RELIGION...

PKR IS ONLY A PARTY NOT ISLAM RELIGION...

:sopan:

ISNT IT?? :sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

CahayaPembukaan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.11.2010
Ahli No: 40565
Posting: 49
Dari: terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 06-04-11 09:20

Assalamualaikum

first sekali,saya nak minta maaf banyak-banyak dengan komen yang bakal saya berikan..tapi harap-harap boleh terima secara terbuka...ini sekadar pandangan saya sebagai manusia biasa yang banyak kelemahan...
kadang-kadang rasa macam kelakar dengan kenyataan firdausnur...semua yang anda sebut tu memang lah parti saja..tapi dasar yang dibawa berlainan...entah lah.saya pun bukan pandai sangat bab politik ni..saya tak katakan Pas totally bagus..ada antara ahli yang tak berapa bagus,tapi perkara utama yang kita perlu tengok adalah dasar yang dibawa..Umno pun ada jugak bagusnya tapi dasar yang dibawa tu berlandaskan Islam ke?kalau nak tengok,isteri pemimpin Umno kebanyakan tak menutup aurat dengan sempurna...tu 1 contoh yang sangat asas dan simple..org macam anda mungkin akan cakap semua benda tu adalah soal peribadi tapi itu sebenarnya persoalan umat sebab melibatkan hukum ALLAH...dr apa yang saya lht,anda memang hentam Pas habis2an...saya tak tahu apa yang anda lihat kepada kepimpinan negara sekarang,dengan dasar yang entah apa-apa...tapi itu juga lah yang anda pertahankan...teruskan lah dengan pendirian anda...kadang-kadang org bagi post secara umum saja tapi anda terus kaitkan dengan Pas dan hentam saja...lepas itu apa-apa perbincangan pun terus lari dr topik asal dan jadi sempit isu nya...bila anda mencelah,jadi susah nak bincang sesuatu perkara secara terbuka...cuba2 lah lihat balik apa yang anda cuba sampaikan...kalau nak berpegang dengan prinsip anda,teruskan saja lah...tapi jangan buat org rasa tak senang dengan post anda...wallhua'lam. :oops:

-----------------
~ mendamba CINTA yang SATU ~

Bookmark and Share

  Member Information For CahayaPembukaanProfil   Hantar PM kepada CahayaPembukaan   Pergi ke CahayaPembukaan's Website   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 06-04-11 15:03

Pada 06-04-11 09:20 , CahayaPembukaan posting:

cahaya pembukaan...
dah puas orang lain nasihati dia ni..tapi nak buat macam mana..dia tu keras hati..dah gelap hati tu.lain orang bincang lain dia cakap.
nak berhujah biar lah berilmu dan berasas ini tidak,provaksi saja lebih..info zero.
terima kasih cayaha pembukaan,sebab faham situasi...
kalau masih ada provok dari firdausnur tu usah dilayan.

Bookmark and Share

  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

CahayaPembukaan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.11.2010
Ahli No: 40565
Posting: 49
Dari: terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 06-04-11 15:46

Pada 06-04-11 15:03 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

saya memang faham situasi yang berlaku sekarang ni.....kalau ikutkan memang tak nak layan segala macam point yang dia bagi 2 sebab rasa macam nothing saja...cma sebagai manusia biasa,saya rasa geram dan sakit hati juga..bukan sakit hati pada tuan punya badan 2 tapi pada kenyataan yang dia buat...kadang-kadang ada juga kenyataan yang agak mencabar hukum ALLAH....saya pun tak arif sangat soal agama,tapi tak ada lah nak main hentam saja...entah lah.mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang digelapkan hatinya....amiin!

-----------------
~ mendamba CINTA yang SATU ~

Bookmark and Share

  Member Information For CahayaPembukaanProfil   Hantar PM kepada CahayaPembukaan   Pergi ke CahayaPembukaan's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 06-04-11 18:08

Pada 06-04-11 15:46 , CahayaPembukaan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-04-11 15:03 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-04-11 09:20 , CahayaPembukaan posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

first sekali,saya nak minta maaf banyak-banyak dengan komen yang bakal saya berikan..tapi harap-harap boleh terima secara terbuka...ini sekadar pandangan saya sebagai manusia biasa yang banyak kelemahan...
kadang-kadang rasa macam kelakar dengan kenyataan firdausnur...semua yang anda sebut tu memang lah parti saja..tapi dasar yang dibawa berlainan...entah lah.saya pun bukan pandai sangat bab politik ni..saya tak katakan Pas totally bagus..ada antara ahli yang tak berapa bagus,tapi perkara utama yang kita perlu tengok adalah dasar yang dibawa..Umno pun ada jugak bagusnya tapi dasar yang dibawa tu berlandaskan Islam ke?kalau nak tengok,isteri pemimpin Umno kebanyakan tak menutup aurat dengan sempurna...tu 1 contoh yang sangat asas dan simple..org macam anda mungkin akan cakap semua benda tu adalah soal peribadi tapi itu sebenarnya persoalan umat sebab melibatkan hukum ALLAH...dr apa yang saya lht,anda memang hentam Pas habis2an...saya tak tahu apa yang anda lihat kepada kepimpinan negara sekarang,dengan dasar yang entah apa-apa...tapi itu juga lah yang anda pertahankan...teruskan lah dengan pendirian anda...kadang-kadang org bagi post secara umum saja tapi anda terus kaitkan dengan Pas dan hentam saja...lepas itu apa-apa perbincangan pun terus lari dr topik asal dan jadi sempit isu nya...bila anda mencelah,jadi susah nak bincang sesuatu perkara secara terbuka...cuba2 lah lihat balik apa yang anda cuba sampaikan...kalau nak berpegang dengan prinsip anda,teruskan saja lah...tapi jangan buat org rasa tak senang dengan post anda...wallhua'lam. :oops:

cahaya pembukaan...
dah puas orang lain nasihati dia ni..tapi nak buat macam mana..dia tu keras hati..dah gelap hati tu.lain orang bincang lain dia cakap.
nak berhujah biar lah berilmu dan berasas ini tidak,provaksi saja lebih..info zero.
terima kasih cayaha pembukaan,sebab faham situasi...
kalau masih ada provok dari firdausnur tu usah dilayan.

saya memang faham situasi yang berlaku sekarang ni.....kalau ikutkan memang tak nak layan segala macam point yang dia bagi 2 sebab rasa macam nothing saja...cma sebagai manusia biasa,saya rasa geram dan sakit hati juga..bukan sakit hati pada tuan punya badan 2 tapi pada kenyataan yang dia buat...kadang-kadang ada juga kenyataan yang agak mencabar hukum ALLAH....saya pun tak arif sangat soal agama,tapi tak ada lah nak main hentam saja...entah lah.mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang digelapkan hatinya....amiin!

senang saja..anggap si FIRDAUSNUR untuk tak ada dalam forum ni... :-D

Bookmark and Share

  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 07-04-11 07:58

senang saja..anggap si FIRDAUSNUR untuk tak ada dalam forum ni... :-D

hehehehe....kejamnya...tapi memang patut pun...
kasihan dia..mesti nangis dia nanti....

Bookmark and Share

  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 07-04-11 09:28

assalamualaikum.. betul tu.saya pun dah try pm dengan dia.. tapi tetap begitu..tak tahu lah macam mana begitu..

apapun.. Hidayah Milik ALLAH.. bila ALLAH mengkehendaki, maka org itu dapat petunjuk..kalau tak..nauzbillah..

apa kata pihak admin?
boleh kah pihak ADMIN blok dia dari web ukhwah ini?

web ukhwah ini seolah-olah dihuru-harakan dengan post yang saja untuk melaga-lagakan...

-----------------
ANaMusaFir87

Bookmark and Share

  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 07-04-11 11:16

Pada 07-04-11 09:28 , al-biruni03 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum.. betul tu.saya pun dah try pm dengan dia.. tapi tetap begitu..tak tahu lah macam mana begitu..

apapun.. Hidayah Milik ALLAH.. bila ALLAH mengkehendaki, maka org itu dapat petunjuk..kalau tak..nauzbillah..

apa kata pihak admin?
boleh kah pihak ADMIN blok dia dari web ukhwah ini?

web ukhwah ini seolah-olah dihuru-harakan dengan post yang saja untuk melaga-lagakan...

tak perlu block pun tak mengapa...
sebab dia tetap dipatahkan kalau bagi hujah2...
orang lain dapat menilai mana lagi buruk dan mana lagi baik..
biar dia bercakap terpekik seorang-seorang...hasil tulisan dia tu orang ramai dah boleh buat tafsiran..dan sekali gus memalukan diri dia sendiri...

kalau tak block pun tak pa..tak orang nak layan kata-kata yang cari gaduh tu.

Bookmark and Share

  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.125505 saat. Lajunya....