Oleh |
Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah |
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 21-03-11 11:21
KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid. Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat. Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama rashdin----->tapi Kenapa ia jadi trend di sini ya???mari bincangkan ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 21-03-11 11:43
AKAD NIKAH??? PENDAPAT SAYA, DEKAT MASJID LEBIH BERKAT... TAPI DEKAT TEPI JALAN..TEPI BANGUNAN..TEPI RUMAH PUN BOLEH APAAAA........... MACAM NAK BAYAR ZAKAT JUGAK LAH... SEKARANG NI ADA ONLINE ZAKAT.. TEPI BANGUNAN PUN BOLEH BAYAQ ZAKAT.. BAWAH RUMAH PUN BOLEH BAYAQ ZAKAT.. ASALKAN ADA SAH 'AKAD'... SAMA LAH KALAU NAK 'AKAD NIKAH' NII........... BUATLAH MANA-MANA PUN.. ASALKAN ADA 2 SAKSI.... ASALKAN 'AKAD' ITU BERJALAN ELOK DAN SAHHHH......... TAPI JANGAN LAH PULAK BUAT TEPI 'JAMBAN' PULAK NAA... TEPI 'JAMBATAN' TAK APAAA..... ISLAM ITU MUDAH....
|
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 21-03-11 14:51
kenapa sebelum ini tak pernah diperbincangkan... saya yang kurang ilmu ini..tak pernah tahu pun.. betul ke? ada tak hadis menyokong pendapat ini...
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 21-03-11 16:55
 , Sekadar berkongsi. Ini petikan dari Mstar sebagai jawapan balas ... Isnin Mac 21, 2011 Samakan Nikah Di Masjid Seperti Kristian: Menyimpang Daripada Ajaran Islam Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN PETALING JAYA: Perbuatan menyamakan upacara akad nikah di dalam masjid dengan amalan penganut Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Islam. Demikian tegas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang menayatakan bahawa masjid adalah tempat yang suci dan penuh kemuliaan dan tidak ada hadis serta nas al-Quran yang melarang upacara akad nikah diadakan di masjid. “Oleh kerana berkahwin itu satu ibadat maka Islam tidak pernah melarang umatnya berkahwin di dalam masjid. “Sebaliknya, Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kita bernikah di masjid sudah pasti berkat lebih berbanding di tempat lain kerana masjid itu tempatnya suci,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh yang mendakwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW. Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dilaporkan berkata, Nabi Muhammad pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. Mengulas lanjut, Muhamad Baderudin yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang ingin bernikah di masjid. “Kita tidak ada larangan dan halangan untuk sesiapa bernikah di masjid sebaliknya kita galakkan mereka bernikah di masjid,” katanya. Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan pandangan Ahmad Jusoh itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya kenyataan Jabatan Mufti Negeri. “Jabatan Mufti Negeri mengambil pendirian tiada larangan untuk bernikah di masjid dan sesebuah perkahwinan itu sah apabila ia mengikut rukun nikah. “Tak kisah lah, orang itu bernikah secara maya atau di rumah, selagi mereka ikut turutan rukun nikah maka perkahwinan itu sah di sisi agama Islam,” katanya. Juanda berkata, Ahmad Jusoh juga telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dan menerangkan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu atas kapasiti beliau sebagai pengerusi jawatankuasa masjid dan bukannya anggota Majlis Fatwa Perlis mahupun ahli MAIPs. Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengesahkan bahawa Jabatan Mufti Negeri tidak pernah mengeluarkan larangan mengadakan upacara akad nikah di mana-mana masjid di negeri itu. “Di zaman Rasulullah SAW pun ada majlis akad nikah yang diadakan di masjid, memang tak ada larangan. “Cuma yang tidak dibenarkan adalah jadikan masjid seperti tempat pemujaan yang meniru Yahudi dan Kristian,” katanya.
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 21-03-11 18:08
Pada 21-03-11 16:55 , ija1508 posting:!!! QUOTE !!! ,
Sekadar berkongsi. Ini petikan dari Mstar sebagai jawapan balas ...
Isnin Mac 21, 2011
Samakan Nikah Di Masjid Seperti Kristian: Menyimpang Daripada Ajaran Islam
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Perbuatan menyamakan upacara akad nikah di dalam masjid dengan amalan penganut Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Islam.
Demikian tegas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang menayatakan bahawa masjid adalah tempat yang suci dan penuh kemuliaan dan tidak ada hadis serta nas al-Quran yang melarang upacara akad nikah diadakan di masjid.
“Oleh kerana berkahwin itu satu ibadat maka Islam tidak pernah melarang umatnya berkahwin di dalam masjid.
“Sebaliknya, Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kita bernikah di masjid sudah pasti berkat lebih berbanding di tempat lain kerana masjid itu tempatnya suci,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh yang mendakwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dilaporkan berkata, Nabi Muhammad pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Mengulas lanjut, Muhamad Baderudin yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang ingin bernikah di masjid.
“Kita tidak ada larangan dan halangan untuk sesiapa bernikah di masjid sebaliknya kita galakkan mereka bernikah di masjid,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan pandangan Ahmad Jusoh itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya kenyataan Jabatan Mufti Negeri.
“Jabatan Mufti Negeri mengambil pendirian tiada larangan untuk bernikah di masjid dan sesebuah perkahwinan itu sah apabila ia mengikut rukun nikah.
“Tak kisah lah, orang itu bernikah secara maya atau di rumah, selagi mereka ikut turutan rukun nikah maka perkahwinan itu sah di sisi agama Islam,” katanya.
Juanda berkata, Ahmad Jusoh juga telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dan menerangkan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu atas kapasiti beliau sebagai pengerusi jawatankuasa masjid dan bukannya anggota Majlis Fatwa Perlis mahupun ahli MAIPs.
Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengesahkan bahawa Jabatan Mufti Negeri tidak pernah mengeluarkan larangan mengadakan upacara akad nikah di mana-mana masjid di negeri itu.
“Di zaman Rasulullah SAW pun ada majlis akad nikah yang diadakan di masjid, memang tak ada larangan.
“Cuma yang tidak dibenarkan adalah jadikan masjid seperti tempat pemujaan yang meniru Yahudi dan Kristian,” katanya.
AKAD NIKAH NI SATU HAL.. ADA SATU LAGI YANG MENGURANGKAN BERKATTT........ NAK TAHU TAK APA DIA??? PAKAIAN..... PAKAIAN.... PAKAIAN PENGANTIN PEREMPUAN JANGAN LAH SEKSIII.......... TERBELAH SANA..TERBELAH SINI....... KALAU MENUTUP AURAT ELOK TAK BOLEH KA?? JADI MORALNYAA.. LEBIHH BERKAT LAH AKAD NIKAH ITU TANPA BERPAKAIAN SEKSII..... TOK KADI PUN TAK LAH SAMPAI TERBELIAK BIJI MATA...
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 22-03-11 06:35
Sekadar pendapat. Memang benar ianya bukan sunah namun bukan pula bererti tidak boleh. Kita mungkin ghairah menyamakan nikah di masjid menyerupai ajaran agama lain tetapi ada banyak perkara2 lain yang jauh lebih mungkar dalam majlis pernikahan yang patut kita tegah.
|
e-zah
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.12.2008 Ahli No: 36268
Posting: 73
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 22-03-11 16:33
AKAD NIKAH NI SATU HAL.. ADA SATU LAGI YANG MENGURANGKAN BERKATTT........ NAK TAHU TAK APA DIA??? PAKAIAN..... PAKAIAN.... PAKAIAN PENGANTIN PEREMPUAN JANGAN LAH SEKSIII.......... TERBELAH SANA..TERBELAH SINI....... KALAU MENUTUP AURAT ELOK TAK BOLEH KA?? JADI MORALNYAA.. LEBIHH BERKAT LAH AKAD NIKAH ITU TANPA BERPAKAIAN SEKSII..... TOK KADI PUN TAK LAH SAMPAI TERBELIAK BIJI MATA...  tol itu.............
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 22-03-11 17:52
Pada 22-03-11 16:33 , e-zah posting:SEKARANG NI BANYAK FESYEN PENGANTIN BERKEMBANNN... NAK BERKEMBAN TU SEBAB APA YE?? NAK MANDI SUNGAI KA?? FESYEN PENGANTIN PUN TERPENGARUH DENGAN BARAT.. APA NAK JADI PUN TAK TAUUU......... PENGANTIN LELAKI PULAK DAH TAK PAKAI TENGKOLOK DAHH.. KINI BANYAK YANG PAKAI KOTT..... KERIS PUN HILANG ENTAH KE MANAA... DAH TAK ADA GAYA 'HANG TUAH' LAGII.... ITU BUKAN GAYA HANG TUAH.. TAPI DEGELAR 'HANG TUUU'..... NAMPAK SANGAT BUDAYA BARAT DAH MASUK MASJID... BUKAN SAJA BUDAYA PAKAIAN.... SENI BINA BARAT DAN CINA PUN MERESAP HALUSS DALAM MASJIDD......... MASJID BERBENTUK SENI BINA CINA DAH ADA... MASJID BERBENTUK SENI BINA GEREJA PUN DAH ADA........... BILA LAH PULAK SENI BINA ISLAM NAK MASUK GEREJA DAN TOKONG YE...??
|
adikwa
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.02.2011 Ahli No: 41016
Posting: 47
|
Posting pada: 23-03-11 00:28
Pada 22-03-11 17:52 , FIRDAUSNUR posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-03-11 16:33 , e-zah posting:
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 24-03-11 21:46
Pada 21-03-11 11:21 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Apakah bernikah dimasjid tu dijamin dapat keberkatan? Cuba fikir kalau dewan solat tu jadi tempat bercampur lelaki perempuan ... Aurat atau pakaian para jemputan, dan kalau ada umpat keji didalam masjid tidak kah ia mengundang laknat Allah ... Dan bagaimana pula kalau ada yang nak mengerjakan solat sunat, saya pernah terbaca komplen ketika CT kawin, ada yang komplen ketika beliau nak mengerjakan solat dhuha, beliau diarahkan kemasjid lain ... patut ke?
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 24-03-11 22:05
Memang majlis nikah boleh diadakan dimana2 termasuk dimasjid, tetapi fahaman yang mengatakan mengadakan majlis nikah dimasjid itu lebih afdal adalah tidak betul ... tidak ada hadith yang sahih mengenainya ...
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 25-03-11 06:23
Pada 24-03-11 21:46 , lily_mawar posting:!!! QUOTE !!! Pada 21-03-11 11:21 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Apakah bernikah dimasjid tu dijamin dapat keberkatan? Cuba fikir kalau dewan solat tu jadi tempat bercampur lelaki perempuan ... Aurat atau pakaian para jemputan, dan kalau ada umpat keji didalam masjid tidak kah ia mengundang laknat Allah ...
Dan bagaimana pula kalau ada yang nak mengerjakan solat sunat, saya pernah terbaca komplen ketika CT kawin, ada yang komplen ketika beliau nak mengerjakan solat dhuha, beliau diarahkan kemasjid lain ... patut ke? MASJID BUKAN TEMPAT PERPECAHAANN............ CONTOHNYA KALAU BUDAK KECIK NAK DOK SAF DEPAN PUN ORANG TUA HALAU BUDAK-BUDAKK NIII........... ADA KA PATUTT?? LEPAIH TU SURUH DOK BELAKANG NUUU........... MACAM MANA LAH BUDAK-BUDAK NI TAK PENINNGG.. MACAM LAH ORANG TUA TU SEMBAHYANG BETOOIII SANGATT.................  ORANG ISLAM MACAM NI LAH SIKAP DEPAA...... ORANG LEBIH SIKIT DEPA DENGKII........ BAB POLITIK DENGKI.. BAB BERNIAGA DENGKI.. BAB BELAJAQ DENGKI.. BAB SEMBAHYANG PUN DOK DENGKII......... SEMBAHYANG 2 IMAM SATU HAL.. SEMBAHYANG DHUHA PUN KENA PII MASJID LAIN JUGAK KAA???? ADOOIILAHHH....................
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 25-03-11 07:23
Pada 24-03-11 22:05 , lily_mawar posting:!!! QUOTE !!! Memang majlis nikah boleh diadakan dimana2 termasuk dimasjid, tetapi fahaman yang mengatakan mengadakan majlis nikah dimasjid itu lebih afdal adalah tidak betul ... tidak ada hadith yang sahih mengenainya ... Setuju. Bukanlah lebih afdal tetapi bukan pula tidak boleh. Jika rumah pengantin menimbulkan fitnah, jika rumah pengantin menimbulkan kesukaran pada orang yang terlibat dan berbagai alasan yang munasabah, apasalahnya akad nikah dilakukan di masjid. Jika alasan ianya bukan amalan Nabi dijadikan alasan, maka kursus pra nikah, sijil kursus berbayar dan seribu satu peraturan yang dipraktikkan di Malaysia khususnya di Perlis juga harus ditiadakan. Maka kita lakukan semua ini bersebab dan tidak menggelincirkan kita dari akidah, wallahualam. Ini bukan statement membangkang mufti tetapi pandangan untuk difikirkan bersama.
|
fardina
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka
|
Posting pada: 25-03-11 08:01
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 25-03-11 11:48
!!! QUOTE !!! Apakah bernikah dimasjid tu dijamin dapat keberkatan? Cuba fikir kalau dewan solat tu jadi tempat bercampur lelaki perempuan ... Aurat atau pakaian para jemputan, dan kalau ada umpat keji didalam masjid tidak kah ia mengundang laknat Allah .. masjid adalah rumah Allah, memasukinya juga mengundang rahmat dan pahala Allah,apatah lagi memasukinya untuk mengerjakan ibadah...tentulah Allah menyukainya. Pernikahan adalah ibadah dan disukai Allah, kalau forum, ceramah. tahlil boleh dilakukan di masjid mengapa akad nikah nak ditegah pula? soal percampuran lelaki perempuan, kejadian umpat keji, membuka aurat, pada saya itu isu yang lain. Andai bukan majlis akad nikah , majlis2 lain yag dibuat dimasjid juga boleh mengundang perkara maksiat seumpama ini. Saya lihat ramai jemaah wanita yang tidak sempurna menutup aurat seperti jeans ketat, Tshirt lengan pendek, tudung singkat masuk mengerjakan solat. Jadi pada saya bukan solat itu yang silap, bahkan individu yang lemah iman itulah yang wewenang berbuat maksiat. Begitu dengan akad nikah....bukan akad nikah yang silap, tapi insan yang mengumpat, yang tak jaga aurat itulah yang silap. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 01-04-11 11:41
Pada 25-03-11 11:48 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! Apakah bernikah dimasjid tu dijamin dapat keberkatan? Cuba fikir kalau dewan solat tu jadi tempat bercampur lelaki perempuan ... Aurat atau pakaian para jemputan, dan kalau ada umpat keji didalam masjid tidak kah ia mengundang laknat Allah ..
masjid adalah rumah Allah, memasukinya juga mengundang rahmat dan pahala Allah,apatah lagi memasukinya untuk mengerjakan ibadah...tentulah Allah menyukainya. Pernikahan adalah ibadah dan disukai Allah, kalau forum, ceramah. tahlil boleh dilakukan di masjid mengapa akad nikah nak ditegah pula?
soal percampuran lelaki perempuan, kejadian umpat keji, membuka aurat, pada saya itu isu yang lain. Andai bukan majlis akad nikah , majlis2 lain yag dibuat dimasjid juga boleh mengundang perkara maksiat seumpama ini. Saya lihat ramai jemaah wanita yang tidak sempurna menutup aurat seperti jeans ketat, Tshirt lengan pendek, tudung singkat masuk mengerjakan solat. Jadi pada saya bukan solat itu yang silap, bahkan individu yang lemah iman itulah yang wewenang berbuat maksiat. Begitu dengan akad nikah....bukan akad nikah yang silap, tapi insan yang mengumpat, yang tak jaga aurat itulah yang silap.
jika hias macam ni dalam masjid boleh tak???  ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 02-04-11 10:52
Dulu cadang nikah dimasjid, tetapi tak jadi. Akhirnya bernikah di rumah isteri saya. Tak kisahlah kat mana pun, asalkan cukup syarat dan selamat. Apa yang penting, keberkatan. rasa tenang sangat selepas selesai mengucapkan lafaz nikah dan disahkan oleh saksi dan tok kadi... -----------------
|