Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-11-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Alai_Syafa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43068

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33

  Yang Masuk Ke Sini
RedPetunia: 1 hari, 1 jam, 29 minit yang lalu
IbnuKhaldun: 1 hari, 8 jam, 28 minit yang lalu
sahabat_amin: 3 hari yang lalu
Gorodkovie: 5 hari yang lalu
Swarig123: 8 hari yang lalu
sunan-faqih: 14 hari yang lalu
ajefikrah: 19 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
owl_UM: 23 hari yang lalu
rasian: 27 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah

Carian Forum

Moderator: Admin, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah

Please Mendaftar To Post

Oleh Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 21-03-11 11:21

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama

rashdin----->tapi Kenapa ia jadi trend di sini ya???mari bincangkan

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  

posticon Posting pada: 21-03-11 11:43

AKAD NIKAH???

PENDAPAT SAYA, DEKAT MASJID LEBIH BERKAT...

TAPI DEKAT TEPI JALAN..TEPI BANGUNAN..TEPI RUMAH PUN BOLEH APAAAA...........

MACAM NAK BAYAR ZAKAT JUGAK LAH...

SEKARANG NI ADA ONLINE ZAKAT..

TEPI BANGUNAN PUN BOLEH BAYAQ ZAKAT..

BAWAH RUMAH PUN BOLEH BAYAQ ZAKAT..

ASALKAN ADA SAH 'AKAD'... :sopan:

SAMA LAH KALAU NAK 'AKAD NIKAH' NII...........

BUATLAH MANA-MANA PUN..

ASALKAN ADA 2 SAKSI....

ASALKAN 'AKAD' ITU BERJALAN ELOK DAN SAHHHH.........

:sopan:

TAPI JANGAN LAH PULAK BUAT TEPI 'JAMBAN' PULAK NAA...

TEPI 'JAMBATAN' TAK APAAA.....

ISLAM ITU MUDAH....

:sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 21-03-11 14:51

kenapa sebelum ini tak pernah diperbincangkan...
saya yang kurang ilmu ini..tak pernah tahu pun..
betul ke?
ada tak hadis menyokong pendapat ini...

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 21-03-11 16:55

Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi. Ini petikan dari Mstar sebagai jawapan balas ...

Isnin Mac 21, 2011

Samakan Nikah Di Masjid Seperti Kristian: Menyimpang Daripada Ajaran Islam

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Perbuatan menyamakan upacara akad nikah di dalam masjid dengan amalan penganut Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Islam.

Demikian tegas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang menayatakan bahawa masjid adalah tempat yang suci dan penuh kemuliaan dan tidak ada hadis serta nas al-Quran yang melarang upacara akad nikah diadakan di masjid.

“Oleh kerana berkahwin itu satu ibadat maka Islam tidak pernah melarang umatnya berkahwin di dalam masjid.

“Sebaliknya, Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kita bernikah di masjid sudah pasti berkat lebih berbanding di tempat lain kerana masjid itu tempatnya suci,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh yang mendakwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dilaporkan berkata, Nabi Muhammad pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Mengulas lanjut, Muhamad Baderudin yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang ingin bernikah di masjid.

“Kita tidak ada larangan dan halangan untuk sesiapa bernikah di masjid sebaliknya kita galakkan mereka bernikah di masjid,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan pandangan Ahmad Jusoh itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya kenyataan Jabatan Mufti Negeri.

“Jabatan Mufti Negeri mengambil pendirian tiada larangan untuk bernikah di masjid dan sesebuah perkahwinan itu sah apabila ia mengikut rukun nikah.

“Tak kisah lah, orang itu bernikah secara maya atau di rumah, selagi mereka ikut turutan rukun nikah maka perkahwinan itu sah di sisi agama Islam,” katanya.

Juanda berkata, Ahmad Jusoh juga telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dan menerangkan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu atas kapasiti beliau sebagai pengerusi jawatankuasa masjid dan bukannya anggota Majlis Fatwa Perlis mahupun ahli MAIPs.

Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengesahkan bahawa Jabatan Mufti Negeri tidak pernah mengeluarkan larangan mengadakan upacara akad nikah di mana-mana masjid di negeri itu.

“Di zaman Rasulullah SAW pun ada majlis akad nikah yang diadakan di masjid, memang tak ada larangan.

“Cuma yang tidak dibenarkan adalah jadikan masjid seperti tempat pemujaan yang meniru Yahudi dan Kristian,” katanya.

Bookmark and Share

  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  

posticon Posting pada: 21-03-11 18:08

Pada 21-03-11 16:55 , ija1508 posting:

!!! QUOTE !!!

AKAD NIKAH NI SATU HAL..

ADA SATU LAGI YANG MENGURANGKAN BERKATTT........

NAK TAHU TAK APA DIA???

PAKAIAN..... PAKAIAN....

PAKAIAN PENGANTIN PEREMPUAN JANGAN LAH SEKSIII..........

TERBELAH SANA..TERBELAH SINI.......

:sopan:

KALAU MENUTUP AURAT ELOK TAK BOLEH KA??

JADI MORALNYAA..

LEBIHH BERKAT LAH AKAD NIKAH ITU TANPA BERPAKAIAN SEKSII.....

TOK KADI PUN TAK LAH SAMPAI TERBELIAK BIJI MATA...

:sopan:

:sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar

posticon Posting pada: 22-03-11 06:35

Sekadar pendapat. Memang benar ianya bukan sunah namun bukan pula bererti tidak boleh. Kita mungkin ghairah menyamakan nikah di masjid menyerupai ajaran agama lain tetapi ada banyak perkara2 lain yang jauh lebih mungkar dalam majlis pernikahan yang patut kita tegah.

Bookmark and Share

  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

e-zah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2008
Ahli No: 36268
Posting: 73
Dari: johor bahru

Johor  

posticon Posting pada: 22-03-11 16:33

AKAD NIKAH NI SATU HAL..

ADA SATU LAGI YANG MENGURANGKAN BERKATTT........

NAK TAHU TAK APA DIA???

PAKAIAN..... PAKAIAN....

PAKAIAN PENGANTIN PEREMPUAN JANGAN LAH SEKSIII..........

TERBELAH SANA..TERBELAH SINI.......

:sopan:

KALAU MENUTUP AURAT ELOK TAK BOLEH KA??

JADI MORALNYAA..

LEBIHH BERKAT LAH AKAD NIKAH ITU TANPA BERPAKAIAN SEKSII.....

TOK KADI PUN TAK LAH SAMPAI TERBELIAK BIJI MATA...

:sopan:

:sopan:

tol itu.............

Bookmark and Share

  Member Information For e-zahProfil   Hantar PM kepada e-zah   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  

posticon Posting pada: 22-03-11 17:52

Pada 22-03-11 16:33 , e-zah posting:

!!! QUOTE !!!

AKAD NIKAH NI SATU HAL..

ADA SATU LAGI YANG MENGURANGKAN BERKATTT........

NAK TAHU TAK APA DIA???

PAKAIAN..... PAKAIAN....

PAKAIAN PENGANTIN PEREMPUAN JANGAN LAH SEKSIII..........

TERBELAH SANA..TERBELAH SINI.......

:sopan:

KALAU MENUTUP AURAT ELOK TAK BOLEH KA??

JADI MORALNYAA..

LEBIHH BERKAT LAH AKAD NIKAH ITU TANPA BERPAKAIAN SEKSII.....

TOK KADI PUN TAK LAH SAMPAI TERBELIAK BIJI MATA...

:sopan:

:sopan:

tol itu.............

SEKARANG NI BANYAK FESYEN PENGANTIN BERKEMBANNN... :sopan:

NAK BERKEMBAN TU SEBAB APA YE??

NAK MANDI SUNGAI KA??

FESYEN PENGANTIN PUN TERPENGARUH DENGAN BARAT..

APA NAK JADI PUN TAK TAUUU.........

:sopan:

PENGANTIN LELAKI PULAK DAH TAK PAKAI TENGKOLOK DAHH..

KINI BANYAK YANG PAKAI KOTT..... :sopan:

KERIS PUN HILANG ENTAH KE MANAA... :sopan:

DAH TAK ADA GAYA 'HANG TUAH' LAGII....

ITU BUKAN GAYA HANG TUAH..

TAPI DEGELAR 'HANG TUUU'.....

NAMPAK SANGAT BUDAYA BARAT DAH MASUK MASJID... :sopan:

BUKAN SAJA BUDAYA PAKAIAN....

SENI BINA BARAT DAN CINA PUN MERESAP HALUSS DALAM MASJIDD.........

MASJID BERBENTUK SENI BINA CINA DAH ADA...

MASJID BERBENTUK SENI BINA GEREJA PUN DAH ADA...........

BILA LAH PULAK SENI BINA ISLAM NAK MASUK GEREJA DAN TOKONG YE...??

:sopan:

:sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

adikwa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2011
Ahli No: 41016
Posting: 47

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 23-03-11 00:28

Pada 22-03-11 17:52 , FIRDAUSNUR posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-03-11 16:33 , e-zah posting:

!!! QUOTE !!!

AKAD NIKAH NI SATU HAL..

ADA SATU LAGI YANG MENGURANGKAN BERKATTT........

NAK TAHU TAK APA DIA???

PAKAIAN..... PAKAIAN....

PAKAIAN PENGANTIN PEREMPUAN JANGAN LAH SEKSIII..........

TERBELAH SANA..TERBELAH SINI.......

:sopan:

KALAU MENUTUP AURAT ELOK TAK BOLEH KA??

JADI MORALNYAA..

LEBIHH BERKAT LAH AKAD NIKAH ITU TANPA BERPAKAIAN SEKSII.....

TOK KADI PUN TAK LAH SAMPAI TERBELIAK BIJI MATA...

:sopan:

:sopan:

betul itu..sepatutnya mereka kena hormat dan berpakaian sopan untuk masuk kemasjid..bukan sahaja pgntin malah org yang turut hadir kemajlis akad nikah itu juga perlu menjaga adab..kesopanan..

Bookmark and Share

  Member Information For adikwaProfil   Hantar PM kepada adikwa   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar

posticon Posting pada: 24-03-11 21:46

Pada 21-03-11 11:21 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Apakah bernikah dimasjid tu dijamin dapat keberkatan? Cuba fikir kalau dewan solat tu jadi tempat bercampur lelaki perempuan ... Aurat atau pakaian para jemputan, dan kalau ada umpat keji didalam masjid tidak kah ia mengundang laknat Allah ...

Dan bagaimana pula kalau ada yang nak mengerjakan solat sunat, saya pernah terbaca komplen ketika CT kawin, ada yang komplen ketika beliau nak mengerjakan solat dhuha, beliau diarahkan kemasjid lain ... patut ke?

Bookmark and Share

  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar

posticon Posting pada: 24-03-11 22:05

Memang majlis nikah boleh diadakan dimana2 termasuk dimasjid, tetapi fahaman yang mengatakan mengadakan majlis nikah dimasjid itu lebih afdal adalah tidak betul ... tidak ada hadith yang sahih mengenainya ...

Bookmark and Share

  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  

posticon Posting pada: 25-03-11 06:23

Pada 24-03-11 21:46 , lily_mawar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-03-11 11:21 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Apakah bernikah dimasjid tu dijamin dapat keberkatan? Cuba fikir kalau dewan solat tu jadi tempat bercampur lelaki perempuan ... Aurat atau pakaian para jemputan, dan kalau ada umpat keji didalam masjid tidak kah ia mengundang laknat Allah ...

Dan bagaimana pula kalau ada yang nak mengerjakan solat sunat, saya pernah terbaca komplen ketika CT kawin, ada yang komplen ketika beliau nak mengerjakan solat dhuha, beliau diarahkan kemasjid lain ... patut ke?

MASJID BUKAN TEMPAT PERPECAHAANN............

CONTOHNYA KALAU BUDAK KECIK NAK DOK SAF DEPAN PUN ORANG TUA HALAU BUDAK-BUDAKK NIII........... :sopan:

ADA KA PATUTT??

LEPAIH TU SURUH DOK BELAKANG NUUU........... :sopan:

MACAM MANA LAH BUDAK-BUDAK NI TAK PENINNGG..

MACAM LAH ORANG TUA TU SEMBAHYANG BETOOIII SANGATT................. :sopan:

ORANG ISLAM MACAM NI LAH SIKAP DEPAA......

ORANG LEBIH SIKIT DEPA DENGKII........

BAB POLITIK DENGKI..

BAB BERNIAGA DENGKI..

BAB BELAJAQ DENGKI..

BAB SEMBAHYANG PUN DOK DENGKII.........

:sopan:

SEMBAHYANG 2 IMAM SATU HAL..

SEMBAHYANG DHUHA PUN KENA PII MASJID LAIN JUGAK KAA???? :sopan:

ADOOIILAHHH.................... :sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar

posticon Posting pada: 25-03-11 07:23

Pada 24-03-11 22:05 , lily_mawar posting:

!!! QUOTE !!!

Memang majlis nikah boleh diadakan dimana2 termasuk dimasjid, tetapi fahaman yang mengatakan mengadakan majlis nikah dimasjid itu lebih afdal adalah tidak betul ... tidak ada hadith yang sahih mengenainya ...

Setuju. Bukanlah lebih afdal tetapi bukan pula tidak boleh. Jika rumah pengantin menimbulkan fitnah, jika rumah pengantin menimbulkan kesukaran pada orang yang terlibat dan berbagai alasan yang munasabah, apasalahnya akad nikah dilakukan di masjid. Jika alasan ianya bukan amalan Nabi dijadikan alasan, maka kursus pra nikah, sijil kursus berbayar dan seribu satu peraturan yang dipraktikkan di Malaysia khususnya di Perlis juga harus ditiadakan. Maka kita lakukan semua ini bersebab dan tidak menggelincirkan kita dari akidah, wallahualam. Ini bukan statement membangkang mufti tetapi pandangan untuk difikirkan bersama.

Bookmark and Share

  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

fardina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 25-03-11 08:01

Assalamualaikum
:-D :bunga: :-D :bunga:

nikah lah di mana-mana sahaja asalkan berkat, suci dan sah di sisi agama Islam

Islam itu Indah

:bunga: :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

  Member Information For fardinaProfil   Hantar PM kepada fardina   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 25-03-11 11:48

!!! QUOTE !!!

Apakah bernikah dimasjid tu dijamin dapat keberkatan? Cuba fikir kalau dewan solat tu jadi tempat bercampur lelaki perempuan ... Aurat atau pakaian para jemputan, dan kalau ada umpat keji didalam masjid tidak kah ia mengundang laknat Allah ..

masjid adalah rumah Allah, memasukinya juga mengundang rahmat dan pahala Allah,apatah lagi memasukinya untuk mengerjakan ibadah...tentulah Allah menyukainya. Pernikahan adalah ibadah dan disukai Allah, kalau forum, ceramah. tahlil boleh dilakukan di masjid mengapa akad nikah nak ditegah pula?

soal percampuran lelaki perempuan, kejadian umpat keji, membuka aurat, pada saya itu isu yang lain. Andai bukan majlis akad nikah , majlis2 lain yag dibuat dimasjid juga boleh mengundang perkara maksiat seumpama ini. Saya lihat ramai jemaah wanita yang tidak sempurna menutup aurat seperti jeans ketat, Tshirt lengan pendek, tudung singkat masuk mengerjakan solat. Jadi pada saya bukan solat itu yang silap, bahkan individu yang lemah iman itulah yang wewenang berbuat maksiat. Begitu dengan akad nikah....bukan akad nikah yang silap, tapi insan yang mengumpat, yang tak jaga aurat itulah yang silap.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 01-04-11 11:41

Pada 25-03-11 11:48 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Apakah bernikah dimasjid tu dijamin dapat keberkatan? Cuba fikir kalau dewan solat tu jadi tempat bercampur lelaki perempuan ... Aurat atau pakaian para jemputan, dan kalau ada umpat keji didalam masjid tidak kah ia mengundang laknat Allah ..

masjid adalah rumah Allah, memasukinya juga mengundang rahmat dan pahala Allah,apatah lagi memasukinya untuk mengerjakan ibadah...tentulah Allah menyukainya. Pernikahan adalah ibadah dan disukai Allah, kalau forum, ceramah. tahlil boleh dilakukan di masjid mengapa akad nikah nak ditegah pula?

soal percampuran lelaki perempuan, kejadian umpat keji, membuka aurat, pada saya itu isu yang lain. Andai bukan majlis akad nikah , majlis2 lain yag dibuat dimasjid juga boleh mengundang perkara maksiat seumpama ini. Saya lihat ramai jemaah wanita yang tidak sempurna menutup aurat seperti jeans ketat, Tshirt lengan pendek, tudung singkat masuk mengerjakan solat. Jadi pada saya bukan solat itu yang silap, bahkan individu yang lemah iman itulah yang wewenang berbuat maksiat. Begitu dengan akad nikah....bukan akad nikah yang silap, tapi insan yang mengumpat, yang tak jaga aurat itulah yang silap.

jika hias macam ni dalam masjid boleh tak???

.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 02-04-11 10:52

Dulu cadang nikah dimasjid, tetapi tak jadi. Akhirnya bernikah di rumah isteri saya. Tak kisahlah kat mana pun, asalkan cukup syarat dan selamat. Apa yang penting, keberkatan. rasa tenang sangat selepas selesai mengucapkan lafaz nikah dan disahkan oleh saksi dan tok kadi...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.126609 saat. Lajunya....