Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Hasan al-Basri dan jubah 4000 dinar


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Hasan al-Basri dan jubah 4000 dinar

Please Mendaftar To Post


Oleh Hasan al-Basri dan jubah 4000 dinar

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-11 09:27


Semalam saya ada menonton rancangan Muqaddimah di TV9. Di dalamnya, ada suatu kisah menarik yang diceritakan berkenaan zuhud. Kisahnya adalah mengenai seorang ulamak tersohor umat islam, anak seorang hamba yang lahir di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi), iaitu Hasan al-Basri. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang sahabat nabi, menjadi seorang guru di Basrah (Iraq) dan merupakan seorang yang sangat mementingkan nilai hidup zuhud.

Seorang yang zuhud menahan dirinya daripada berlebih-lebihan di dalam perkara-perkara yang halal. Biasanya orang yang zuhud mengelakkan diri daripada segala macam kemewahan. Ini tanggapan umum mengenai zuhud dan inilah yang difahami oleh anak murid Hasan Al-Basri.

Diceritakan pada suatu hari, di dalam suatu kuliah, Hasan al-Basri mengenakan sebuah jubah yang dihadiahkan oleh salah seorang anak muridnya yang hartawan. Jubah tersebut merupakan sebuah jubah yang sangat mahal dan diberitakan bernilai kira-kira 4000 dirham. Dirham adalah matawang emas tulen (24 karat, 99.9%) dimana 1 dirham bersamaan dengan 4.25 gram emas. Jika kita mengambil kira harga emas semasa di Malaysia ini, 1 gram = RM 160, maka 4000 dirham adalah bersamaan 4000 tak 4.25 = 17000 gram (17 kg) emas. Ini bermakna, 4000 dirham bersamaan dengan 17000 tak 135 = RM 2,720,000 atau hampir 2.7 juta Ringgit Malaysia ! Rasanya, tiada baju di Malaysia ini yang bernilai 2.7 juta ringgit !

Berbalik kepada kisah tadi, ketika Hasan al-Basri sedang mengajar, beliau ditegur muridnya kerana mengenakan pakaian yang sangat mahal, walhal beliau selalu mengajar supaya muridnya menghampiri cara hidup zuhud. Tiba-tiba, datang seorang miskin menemui Hasan al-Basri memohon sedikit bantuan kerana beliau orang susah. Mendengarkan hal itu, Hasan al-Basri lantas menyerahkan jubah 4000 dirham (RM 2.7 juta) yang dipakainya kepada orang miskin tersebut, supaya dijualkan jubah tersebut bagi mendapatkan wang untuk membantu si miskin tadi.

Bergegaslah si miskin tadi ke pasar untuk menjualkan jubah tersebut. Saban hari si miskin menunggu di pasar, menantikan pembeli jubah namun tiada yang sudi membeli jubah tersebut kerana nilainya yang sangat mahal. Tiba-tiba datang seorang lelaki menyapa si miskin yang sedang menjual jubah tersebut, "Wahai saudara, dari mana saudara mendapatkan jubah ini ?". "Jubah ini aku berikan kepada Hasan al-Basri", sambungnya lagi.

"Jubah ini diberikan kepadaku oleh Hasan al-Basri dan disuruh aku menjualnya", jawab si miskin tadi. Lelaki tadi kemudiannya membeli jubah tersebut pada harga 4000 dirham daripada si miskin tadi dan menghadiahkan jubah itu semula kepada gurunya Hasan al-Basri.

Kesesokan harinya ketika Hasan al-Basri mengajar, muridnya terkejut kerana beliau masih mengenakan jubah yang mahal tersebut, walapun semalam, beliau telah menyedekahkannya. Beliau menceritakannya kepada muridnya tentang apa yang telah berlaku. Benarlah akan kata-kata, "sesiapa yang hidupnya tidak bermatlamat untuk mencari dunia maka dunia akan datang mencarinya".

Erti zuhud sebenarnya bukan terhad kepada tidak memilih untuk hidup secara mewah, namun yang lebih penting ialah, tiada ikatan atau kecenderungan hati terhadap kemewahan dunia. Seseorang mungkin mempunyai harta yang sedikit, dan hidup secara sederhana namun belum boleh dikatakan seorang yang hidup dengan sifat zuhud sehinggalah dia tidak meletakkan sebarang rasa cinta kepada harta yang dimilikinya.

Ingatlah, semua harta kekayaan adalah milik Allah. Semua rezeki yang kita perolehi baik wang ringgit, kesihatan, pangkat, anak, dan sebagainya adalah anugerah dari Allah. Kesemua harta tersebut tidak dapat kita miliki jika Allah tidak mengizinkannya dan begitu juga sebaliknya, jika Allah telah menetapkan bahawa sesuatu harta itu bakal milik kita, maka tiada siapa yang boleh menyebabkan kita kehilangan akan harta tersebut.

Jika kita berada di posisis Hasan al-Basri, sanggupkah kita menyerahkan harta bernilai RM 2.7 juta kepada orang yang tidak dikenali sebagai sedekah ?

Fikir-fikirkanlah....

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137163 saat. Lajunya....